TOK GURU TERIMA PENJELASAN ANWAR


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pahgi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbarWall Street Journal (WSJ), bulan lalu.
Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB DarbyPark di sini kira-kira jam9.15 pagi dan keluar sejam kemudian.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Nik Aziz baik. Kita bukan sahaja membincangkan tentang soal Israel, tetapi mengenai Pakatan Rakyat (PR) juga.
"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz.
Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.
Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.
Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.
"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.
"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya.
Kita pasti penjelasan Anwar ini memberikan penyelesaian kepada kekeliruan yang ditimbulkan oleh media pencacai Umno. Tok Guru sendiri menerima penjelasan Anwar dengan senang hati. 
Sumber : Sinar Hairan.

Comments

PenganutPAS said…
beza pendapat pun beza pendapatlah ... janji dana pilihanraya dari yahudi amerika masuk untuk PRU13 . Putrajaya kan matlamat utama .... apa nak jadi pun jadi lah .... PAS Parti Angguk Saja