.

.

28 August 2015

PEJABAT PAS JELEBU DITAWAN GHB

24 dari 28 AJK PAS Kawasan Jelebu dan 18 Ketua/Naib Ketua Cawangan dalam PAS Kawasan Jelebu meletakkan jawatan pagi tadi.

Pejabat PAS KawasanJelebu juga telah diistiharkan tutup dan dijadikan Pej Urusan Harapan Baru Daerah Jelebu.


Permohonan keahlian Harapan Baru diserahkan kepada Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan Sdr Zulkefly Mohamad Omar dan Timb Pengerusinya Haji Taufek Abd Ghani.

BEKAS TIMBALAN PENGARAH SB ANAK JANTAN TIDAK TAKUT ADA UGUTAN

Berani kerana benar takut kerana salah. Itu adalah bidalan orang Melayu yang sememangnya dan sewajibnya diamalkan oleh orang Melayu jika ingin bangsa dan agamanya maju. Bukan menikus dan kecut perut bila digertak walaupun diri sendiri tahu kesalahan dan kezaliman pihak tertentu terhadap rakyat dan sesiapa sahaja.
Sikap bekas  timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador wajib dicontohi di mana beliau berani mengeluarkan kenyataan yang sinis dan benar walaupun diugut oleh bossnya. 
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada mana-mana pihak atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak media berhubung pertukarannya.
Abdul Hamid juga memberitahu bahawa beliau tidak akan tunduk pada pihak yang juga cuba untuk menakut-nakutkannya.
"Sejara jujur, saya sedikitpun tidak gentar. Insya-Allah, saya tidak takutkan sesiapa," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini malam tadi.
Abdul Hamid diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini.
Katanya, beliau akan memberi penjelasan apabila menerima surat tunjuk sebab itu.
Abdul Hamid memberitahu, beliau sedang bercuti dan akan memulakan tugasnya semula pada awal September ini.
"Bila saya terima (surat tunjuk sebab) nanti, saya jawab. Tunggu saya masuk pejabat dulu 2 September ini. Sekarang saya masih pegawai polis tanpa portfolio," katanya.
Menurut Abdul Hamid, beliau juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman terhadap dirinya termasuk kemungkinan disingkirkan sebagai kakitangan kerajaan.
"Sudah tentu saya akan menerima apa sahaja bentuk hukuman. Saya seorang polis. Saya akan menjunjung tinggi maruah itu," ujar beliau.
Pada masa yang sama, Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa pertemuan di antara beliau dan Khalid sememangnya berlaku.
"Ya, seperti mana yang IGP cakap," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butir-butir dan hasil pertemuan itu.

BERSIH 4 : KSU KEMENTERIAN DALAM NEGERI TAK TAHU UNDANG-UNDANG

Memalukan apabila Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim sendiri tidak tahu undang-undang dan sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan yang melucukan.
Sebelum ini Alwi dalam kenyataannya berkata bahawa Bersih 4 telah bergiat secara tidak sah. 
Beliau tidak sedar bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah mengenepikan pengisytiharan menteri dalam negeri bahawa Bersih adalah pertubuhan haram.
Malah keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak pun dirayu dan masih kekal hingga kini.
Presiden ProGuam, sebuah NGO Peguam yang baru ditubuhkan, Norazmir Zakaria  berkata ProGuam menegaskan bahawa kenyataan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri di atas adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut serta boleh mengundang rasa kebimbangan yang tidak berasas kepada masyarakat.
"ProGuam percaya kenyataan ini lebih kepada ingin menakut-nakutkan rakyat daripada hadir menyertai perhimpunan aman terbabit," katanya sambil menyeru kepada rakyat untuk tidak berasa takut selagimana hak mereka dijamin undang-undang.
Sebaliknya, beliau menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berganding bahu bagi memastikan perjalanan perhimpunan Bersih 4 tersebut berjalan dengan aman dan tanpa sebarang provokasi.
"Secara tidak langsung, ia boleh memartabatkan imej Negara sebagai Negara yang mendaulatkan hak-hak demokrasi dan hak-hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

24 DARI 28 AJK PAS KAWASAN JELEBU SERTAI HARAPAN BARU

24 dari 28 AJK PAS Kawasan Jelebu dan 18 Ketua/Naib Ketua Cawangan dalam PAS Kawasan Jelebu meletakkan jawatan pagi tadi.

Pejabat PAS KawasanJelebu juga telah diistiharkan tutup dan dijadikan Pej Urusan Harapan Baru Daerah Jelebu.


Permohonan keahlian Harapan Baru diserahkan kepada Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan Sdr Zulkefly Mohamad Omar dan Timb Pengerusinya Haji Taufek Abd Ghani.

NAMA ISLAM MENGERIKAN KERAJAAN UMNO/BN

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baru yang hendak ditubuhkan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan, lapor Bernama.
Ternyata kerajaan BN takut kepada nama Islam sehingga apa juga badan khususnya parti politik yang menggunakan nama Islam tidak dibenar untuk didaftarkan.
Beberapa tahun lalu kita masih ingat bagaimana kerajaan BN cuba mengharamkan nama Islam pada PAS dan institusi lain. Jelas sekali Umno/BN begitu alergik dengan nama Islam sehingga membuat tafsiran salah terhadap nama Islam. 
Kita ingin mencadangkan kepada Umno supaya mereka juga menyelitkan perkataan Islam pada nama Umno supaya mereka juga dilihat Islamik. Tiada siapa yang mahu menghalang Umno menggunakan nama Islam kerana Umno sendiri mendakwa mereka parti Islam terbesar di dunia. 

TAKUTNYA KERAJAAN BN KEPADA RAKYAT

Peristiwa tangkapan beramai-ramai pada Himpunan Bersih sebelum ini bakal berulang untuk Bersih 4 kerana kerajaan awal-awal lagi mengeluarkan warta mengharamkan apa-apa pakaian berwarna kuning. 
Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan warta kerajaan melarang pemakaian "apa-apa pakaian berwarna kuning" dan yang mengandungi perkataan "Bersih 4" berkuatkuasa hari ini.
Perintah itu juga melarang apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpinan itu.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Ia disiarkan di laman web Pejabat Peguam Negara.
Perhimpunan tersebut akan diadakan selama 34 jam bermula esok di tiga kota besar - Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

HEBATNYA TANAHAIRKU ....SEMUA SALURAN MEDIA HENDAK DISEKAT?????

Hebatnya negara kita. Apa sahaja yang tidak sehaluan dengan kerajaan akan disekat dan diambil tindakan. Malaysia sudah menjadi negara yang hebat. Sesiapa sahaja yang tidak berperangai 'Yes Man' akan menerima padah. Sesiapa yang mengkritik akan ditukar, dihantar ke 'bilik sejuk beku', disuruh berhenti atau akan menerima seribu satu macam tindakan. Sebab itu ramai yang tidak berani bersuara walaupun kekejian dan kesalahan berlaku di hadapan mata.
Apa juga saluran maklumat yang tidak sealiran dengan kerajaan BN akan disiasat, disekat dan diambil tindakan. Maka manusia akan menjadi manusia 'Yes Man', media menjadi 'Media Badut', pihak berkuasa juga menjadi 'Yes Man' atau hanya berdiam diri tidak menyatakan kebenaran.
Semalam sekali lagi media negara kita 'diceroboh'. SKMM akan mengambil tindakan ke atas laman yang mempromosi Bersih 4.0. 
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata keputusan yang diambil SKMM itu tepat memandangkan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
"Jadi sekiranya mana-mana pengguna laman sesawang di luar sana yang cuba 'posting' apa-apa untuk menarik pelayar internet menghadiri perhimpunan itu, SKMM tidak teragak-agak untuk menutup (laman sesawang) dan PDRM juga tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan," katanya yang ditemui media di luar persidangan dan pameran tahunan KL Converge! 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, hari ini.
Jailani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan SKMM hari ini yang memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta ke perhimpunan Bersih 4.0, yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, lanjutan dari kenyataan media oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Katanya, keputusan yang dibuat oleh SKMM itu dibuat susulan perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.
Oleh itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana laman sesawang yang menjemput mereka hadir ke perhimpunan berkenaan.
SKMM dalam kenyataan berkenaan turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sesawang dan media sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi undang-undang negara. – Bernama, 27 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/portal-media-turut-disekat-jika-promosi-bersih-4-kata-jailani#sthash.RbhvGGPm.dpuf

PENJELASAN TENTANG GHB OLEH DR DZULKEFLY

Ucapan Dr Dzulkefly Ahmad Di Program Dialog Terbuka Politik Malaysia, Lembah Pantai 

1. Betul kami kelompok kalah. Tetapi tidak pernah dalam sejarah pemilihan, berlaku kalah yang gugurnya setandan sebegini. Kami mengakui kekalahan itu, namun kekalahan yang mungkin juga merupakan 'rahmat yang tersembunyi'. 
2. Kami dikalahkan dengan cara telah pun tuan-tuan ketahui. Kelompok kami dianggap sebagai mengekang kelompok yg diketuai presiden kerana setiap kali mesyuarat kelompok ini datang dgn penghujahan yang cukup, sehingga presiden tidak dapat membuat keputusan dalam perkara dasar. Hakikat ini diakui okeh Ketua Dewan Ulama (intrview MM).

3. Betul juga kita kelompok 'kecewa'. Kita kecewa kerana sejurus kita kalah, sementara TGNA sudah tiada, PAS membuat pendirian berpisah dengan DAP, sekaligus berakhirnya PR. Mengkuburkan satu muafakat politik yang disuburkan sekian lama yang memberi manfaat yang besar kepada perjuangan Islam yang inklusif dalam sebuah mesyarakat majmuk.

4. Asalnya tiada sorang pun di kalangan kami mahu buat parti baru. Tak ada niatpun. Tapi pada 16 Jun di Johor, kami buat brainstorming, sebulat suara bersetuju meneruskan perjuangan TGNA, membawa Islam 'Rahmatan lil alamin' yang menaungi semua. Semua berasa selamat dan terbela di bawah lembayung 'Islam Untuk Semua'. Justeru cara terbaik untuk membawa mesej itu adalah dengan meneruskan tahaluf siyasi.

5. Kenapa kami tubuh wadah baharu, adalah kerana mahu mengangkat kembali agenda Pakatan Rakyat 2.0 utk depani persaingan sengit PRU14 akan datang.

6. Kalau persoalan hudud dijadikan sebab PR pecah, itu tidak tepat. Ketika metrai polisi bersama pada April 2008 pun tidak agenda hudud dalam 'Dasar-dasar Bersama atau 'CPF'. Sejak awal lagi tidak ada. Zaman TGNA masih ada, Karpal Singh masih ada. Bab hudud kita 'setuju untuk tidak bersetuju'. Kelantan boleh terus bentang dan rakan-rakan boleh kekal tidak setuju. Mengapa berubah sikap dan pendirian? Tentunya banyak lagi yang tidak difahami umum. Mengapa langgari perjanjian tahaaluf?

7. Kami berkeyakinan ini wadah politik Islam baru untuk menjadi satu penyelesaian kepada kemelut dan krisis yg didepani negara dan rakyat. Kami meyakini bahawa ini kehendak dan desakan rakyat untuk kami angkat semula PR 2.0 bagi berdepan kemelut kebobrokan pentadbiran negara pimpinan Najib Razak dan Umno-BN.

8. 1MDB meletakkan Malaysia 'sempurna' dalam krisis. Tiada lagi aspek dalam negara yang tidak berkrisis dan dalam kerentakan. Semua cabang kuasa yakni Legislatif dan Judisiari, dijerut dan dicekik pihak Eksekutif. Negara hampir lumpuh dan kegagalan sistem itu dicerminkan oleh keruntuhan nilai matawang ringgit negara.. Alahai!

9. Jadi inilah masanya, rakyat membuat perubahan bersama kami harapan baru sekaligus bersama Pakatan Rakyat 2.0 menumbangkan UMNO-BN. 


~ Team Media GHB ....dipetik dari Greenboc. 

RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKAN .......ALANGKAH BAIKNYA JIKA KITA MENGKAJI DAN MENILAI PENDAPAT DAN PANDANGAN ORANG LAIN SEBELUM KITA MENGHUKUM DAN MENGHENTAM SECARA SEMBERONO. SEBAIKNYA KITA BERBINCANG DAN BERDIALOG BUKANNYA MEMBURUK-BURUKKAN ORANG LAIN TANPA DIBERI PELUANG MEMBELA DIRI. 

PERLEKEH GHB : HUJAH PERKAUMAN UMNO JADI SIULAN

Dulu sebaik sahaja kerajaan PR ditubuhkan di Perak, Selangor dan Kedah pasca PRU 2008, PAS dituduh dengan pelbagai tuduhan antaranya kuda tunggangan DAP, pengkhianat Melayu dan sebagainya.

Umno menggunakan segenap jentera penerangan dan medianya menghentam PAS kononnya Menteri Besar dari PAS menjadi badut DAP, budak suruhan DAP dan macam-macam lagi. Namun semua itu gagal dibuktikan apabila Nizar terus memberikan khidmat terbaik tanpa mengendahkan tuduhan dan fitnah Umno dan media hapraknya.

Namun kini hubungan DAP dan PAS serta PKR dalam Pakatan Rakyat sudah menjadi sejarah yang menjadi kenangan indah rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan. Kini parti baru yang bakal ditubuhkan (belum tahu namanya) akan menggantikan PAS dalam pakatan baru yang mungkin dinamakan sebagai Pakatan 2.0 atau nama-nama lain yang bersesuaian. Sebelum parti baru ditubuhkan GHB sebuah NGO telah ditubuhkan buat sementara bagi menjadi platform pemimpin-pemimpin yang cintakan Pakatan Rakyat berpartisipasi dalam politik.

Situasi politik hari ini yang menggambarkan hubungan yang cukup akrab antara DAP, GHB dan PKR membuktikan bahawa Pakatan 2.0 ini akan ujud dan menjadi satu gabungan mantap menentang Umno/BN pada PRU akan datang.

Kini usaha-usaha sedang dijalankan oleh pihak tertentu untuk menggagalkan Pakatan baru ini. Pelbagai hujah dan tuduhan dilemparkan kepada GHB maupun DAP. Antaranya pemimpin GHB budak suruhan DAP, Kuda tunggangan DAP, DAP parti chauvinis, DAP parti serpihan PAP, PAP di Singapura dan DAP Malaysia perangai sama, DAP anti Islam, DAP akan perintah Malaysia dan macam-macam lagi.

Jelas sekali hujah Umno dahulu yang ditujukan kepada PAS, kini menjadi siulan pihak tertentu menghentam GHB dan mahu menggagalkan penubuhan pakatan baru.

Kita sebagai rakyat Malaysia mesti mengkaji dan menilai tuduhan dan fitnah ini. Mana mungkin DAP dapat memerintah Malaysia sedangkan mereka bertanding tidak lebih dari 60 kerusi Parlimen dan hanya boleh menang dalam 30-40 kerusi sahaja. Sedangkan kerusi Parlimen seluruh Malaysia ada 222 kerusi. Sebab itulah DAP malah parti-parti lain termasuk Umno tidak akan mampu memerintah negara atau negeri secara bersendirian tanpa kerjasama dengan parti lain. Maka sudah tentu bila ada gabungan, parti-parti komponen akan sentiasa memastikan kedaulatan dan keluhuran perlembagaan Malaysia akan dihormati dan diamalkan. Tidak timbul isu DAP akan perintah Malaysia.

Isu kuda tunggangan DAP ini juga sudah tidak laku lagi kerana tiada bukti yang menunjukkan GHB menjadi kuda tunggangan DAP. Malah semasa Nizar menjadi Menteri Besar Perak dahulu beliau meluluskan keluasan tanah dan sekolah agama jauh lebih besar dari sekolah Cina, tetapi semua ini tidak disiarkan oleh media arus perdana.

Tuduhan yang menyatakan DAP chauvinis, komunis, sama perangai dengan DAP semuanya dibuat tanpa bukti kukuh dan ianya hanyalah usaha pihak tertentu untuk memburukkan gabungan baru Pakatan 2.0 dan juga ingin menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyokong GHB dan Pakatan 2.0

BERANIKAH NAJIB PECAT MUHYIDDIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Najib sudah hampir pasti akan memecat Muhyiddin dari jawatan nombor 2 Umno. Anak Tun Razak itu sudah pasti yakin tiada sebarang protes atau bantahan akan dibuat oleh ahli Umno jika Muhyiddin dipecat sebagaimana pemecatan Muhyiddin sebagai TPM baru-baru ini. Paling hebat pun penyokong-penyokongnya hanya berkumpul di rumah Muhyiddin, hanya sekadar berkumpul sahaja.
Namun ada sumber-sumber dalaman Umno Johor menyatakan bahawa hampir 100 cawangan UMNO di Johor akan dibuburkan sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO.
Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, perkara itu disahkan sendiri seorang pemimpin UMNO negeri itu.
“Terdengar ura-ura beliau (Muhyiddin) akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.
“Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu.
“Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti,” tulisnya di Shahbudindotcom.
Dia berkata, pemimpin tersebut menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan dilakukan keatas Muhyiddin memandangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan UMNO.
Shahbudin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September ini merupakan penentu masa depan politik Muhyiddin dalam UMNO.
“Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya,” katanya.
FMT

200,000 DIJANGKA SERTAI BERSIH 4.0

Lebih 200,000 dijangka akan menyertai perhimpunan aman Bersih 4.0 yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.


Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dipetik dari laman FMT, berkata, jumlah peserta Bersih 4.0 itu dijangka melebihi peserta Bersih 3.0 yang mencatatkan penyertaan 200,000 peserta.




Katanya, jangkaaan itu berdasarkan sambutan luar biasa yang diberikan orang ramai di seluruh negara termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap perhimpunan aman itu.
Katanya, ramalan itu juga apabila lebih 45,000 t-shirt Bersih 4.0 telah habis dijual dalam tempoh singkat berbanding jualan berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini.
“Setiap kali kita adakan ceramah, sambutannya sangat luar biasa. Kita jangka perhimpunan kali ini lebih ramai berbanding sebelum-sebelum ini,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Ditanya ketiadaan pasukan Unit Amal Pas dalam perhimpunan itu, Maria enggan mengulas lanjut tetapi menegaskan pihak penganjur menyediakan 2,000 petugas termasuk wakil parti politik untuk keselamatan peserta.
Maria berkata, pihaknya telah menghantar jemputan kepada Unit Amal Pas tetapi unit berkenaan berkata mereka tidak menerimanya.
Jika benar ramalan ini maka ia membuka sejarah baru kepada politik Malaysia. Rakyat menyuarakan bantahan secara aman terhadap kebejatan yang berlaku dalam sistem pentadbiran negara serta sistem pilihanraya negara kita. 
Ayuh rakyat Malaysia kita berhimpun menyatakan bantahan kita ..........

MUSTAFA ALI AKUI RAMAI YB PAS AKAN KELUAR PARTI

 Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.
“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, ” katanya ketika dihubungi FMT.
Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu
“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana nak keluar.
“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu,” katanya.
@ fmt

27 August 2015

NAJIB TAK DAPAT SOROK LAGI KEBURUKANNYA?????

Rakyat negara ini dimalukan dengan kenyatan bekas Duta Amerika Syarikat, John Mallot yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini. 
Kita harap Perdana Menteri kita, Najib Razak tampil menangkis kenyataan Mallot yang jelas memalu dan menjatuhkan aib Najib yang dikatakan bersih lagi suci oleh pimpinan yang membodek beliau.
Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu, kita menggesa Najib mengambil tindakan undang-undang dengan mengheret Mallot ke muka pengadilan jika apa yang dikatakan oleh Mallot adalah fitnah, penipuan dan pembohongan semata-mata. Rakyat sanggup bergolok bergadai untuk mempertahankan Najib jika benar beliau seorang yang suci bersih.

Tetapi jika tuduhan Mallot itu benar dan tiada yang lain kecuali benar belaka, maka kami rakyat mahukan pihak SPRM, Polis dan agensi berwajib menyiasat dan mengambil tindakan menurut undang-undang yang sedia ada.
Jangan berlengah lagi Najib sila ambil tindakan, pihak berkuasa juga sila bertindak berdasarkan undang-undang dan peraturan.
Hari ini Portal Malaysiakini melaporkan bahawa Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata, masyarakat dunia kini sudahpun dapat wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malott berkata, imej Najib di persada antarabangsa – yang digilap oleh agensi perhubungan raya dengan kos sehingga jutaan ringgit – amat berbeza dengan wajah “korup” perdana menteri itu di ceruk rantau ini.
“Hari ini, (hasil laporan) akhbar dan majalah berprestij dunia, seluruh dunia tahu siapa Najib yang sebenar,” katanya dalam tulisan rencana disiarkan oleh media online itu hari ini.
Malott seterusnya membangkitkan mengenai kekangan kebebasan di bawah pentadbiran Najib, termasuk kekasaran polis ke atas peserta demonstrasi BERSIH dan penahanan ahli politik serta aktivis bawah Akta Hasutan.
“Dialah Najib yang korup, orang yang mengatur pembelian kapal selam Scorpene yang terlalu mahal, walau tidak berfungsi.
“Dan terbaru (dialah) orang di belakang 1MDB dan jutaan ringgit yang hilang. Dialah Najib yang menerima AS$700 juta dalam akaun bank peribadinya.
“Dialah Najib, yang mana beg tangan Birkin dan rantai leher zamrud jutaan dollar isterinya menjadi bahan pendedahan tiga halaman dalam The New York Times,” kata Mallot.
Malott memerhatikan bahawa Najib sering bercakap mengenai Global Movement of Moderates, reformasi ekonomi Malaysia dan usaha untuk mengubah Malaysia untuk menjadi model dunia.
“(Itu adalah) Najib yang palsu, Najib internasional, Najib yang bercakap muluk-muluk di luar negara.
“Najib itu disokong oleh jutaan dolar dalam bentuk yuran perhubungan raya. (Najib) malah berjaya mengecek presiden Amerika Syarikat untuk bermain golf, Krismas lalu,” tulis Malott.
Tambahnya, Najib pasti akan menggunakan kaedah sama pada hujung minggu ini melalui kekerasan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 4.
“Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan belantan polis untuk mengekalkan kekuasaannya.
“Seluruh dunia akan melihat dan akhirnya sedar siapakan (Najib) yang sebenar.
“Dan Najib akan berakhir.”

AHLI DAN PEMIMPIN UMNO MESTI SERTAI BERSIH 4.0

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Saifuddin Abdullah pula berpandangan BERSIH 4 dilihat sebagai satu perhimpunan rakyat yang wajar disertai oleh semua parti politik terutamanya Umno.
Menurutnya, Umno perlu menjadi sebuah parti politik yang lebih komprehensif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
"BERSIH 4 sebahagian daripada proses demokrasi matang dan progresif. Jadi ia harus disokong oleh semua parti politik termasuk Umno dan BN.
"Umno perlu jadi parti politik yang lebih kompetitif kerana pilihan raya akan datang akan lebih kompleks.
"Umno tak boleh ke pilihan raya ke-14 dengan paradigma lama. Mesti pergi dengan perjuangan yang ditambah dengan
satu harapan dan wacana baru," katanya lagi
Beliau berkata demikian dalam forum anjuran Malaysiakini yang bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat'.


Ulasan : Kami amat bersetuju dengan pandangan Saifuddin ini, ianya menggambarkan keterbukaan beliau dalam menghadapi situasi sukar negara dan rakyat Malaysia kini. Pemimpin Umno seharusnya mempunyai pandangan seumpama ini bagi menunjukkan bahawa mereka sudah berubah dan terbuka untuk membuat perubahan.

KOMPLEN SEDIKIT SAHAJA KENA SURAT TUNJUK SEBAB - INILAH MALAYSIAKU

Inilah Malaysiaku. Cakap sikit, komplen sikit, terus kena tindakan. Apa yang mereka mahu ialah seorang yang yes man, pak sanggup, pak turut. Hancur negara jika perangai macam ini terus menjadi budaya dalam pentadbiran. 
Malaysiakini melaporkan bahawa bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador akan diberikan surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata sebagai pegawai polis, Abdul Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh sembarangan mengeluarkan kenyataan kepada media.
Katanya surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan terhadapnya.
"Saya telah temui dan berbincang dengan beliau panjang lebar, tetapi saya tidak mahu ulas lanjut apa yang kami bincang. Saya percaya beliau bertindak demikian kerana rasa kecewa.
"Dalam pertemuan itu, saya juga telah mengingatkan yang beliau telah melanggar peraturan polis, kerana polis ada peraturan (mengenai), siapa yang boleh bercakap dengan media. Jadi kita terpaksa ambil tindakan disiplin dan tatatertib," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji
Ahmad Shah di Kuantan hari ini.
Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan media baru-baru ini tentang beberapa perkara termasuk soal pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya ada 'tangan-tangan ghaib' yang sering campur tangan dalam urusan pentadbiran pasukan polis.
"Saya sebagai Ketua Polis Negara, mentadbir pasukan polis. Tidak ada tangan yang beri arahan kepada pasukan saya, sebarang arahan adalah saya sendiri keluarkan.
"Kami melaksanakan polisi yang telah dibentuk oleh kerajaan tetapi sebarang pelaksanaan polisi ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua untuk arahkan anak buah untuk ikut peraturan," katanya

AHLI PARLIMEN BN BANTU PAKATAN 2.0 SINGKIRKAN NAJIB????

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pembangkang menawarkan bantuan kepada MP BN untuk memperolehi majoriti baru bagi menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menukar kepada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Perkara ini merupakan satu daripada beberapa syarat yang ditetapkan pembangkang dalam kenyataan oleh DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru.
"Ahli-ahli parlimen dari DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru bersedia membincang mengenai cadangan-cadangan dari ahli-ahli palimen Barisan Nasional untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan Datuk Seri Najib Razak dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baru berkenaan.
"Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini. Semua penganiayaan politik harus dibatalkan," kata mereka.
Tawaran itu diputuskan selepas pertemuan antara anggota parlimen ketiga-tiga wakil parti itu di parlimen semalam.
Kumpulan MP itu turut memutuskan dua lagi perkara, menyokong perhimpunan aman BERSIH 4 hujung minggu ini dan akan menyertai Majlis Perundingan Kebangsaan mengenai pembiayaan politik.
Bagaimanapun, mereka bersedia menyertai majlis itu jika isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam bank peribadi oleh suatu pihak asing ditangani dahulu.
Selain itu, kata mereka, skop majlis diperluaskan kepada pembaharuan pilih raya dan kebebasan diberikan kepada SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kenyataan itu dipersetujui oleh Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan Teo Kok Seong dari DAP. Rafizi Ramli, Datuk Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin dan S Manikavasagam dari DAP.
Manakala Gerakan Harapan Baru diwakili Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli dan Khalid Samad.
Jika perkara ini dapat direalisasikan ia merupakan suatu kejayaan rakyat Malaysia untuk menyingkirkan seorang PM yang didakwa korup bukan sahaja oleh rakyat, pembangkang malah orang luar seperti bekas Duta Amerika ke Malaysia.
Kita mengharapkan ahli-ahli Parlimen meletakkan kepentingan negara lebih dari kepentingan parti buat sementara bagi memastikan kita mendapat kepimpinan baru yang lebih telus dan amanah.
~ Gambar hanya hiasan 

GHB SARAWAK SEMAKIN MENGANCAM, AKAN BERTANDING 13 KERUSI PADA PRN SARAWAK NANTI

Harapan Baru (HB) Sarawak telah selesai mengadakan mesyuarat pemilihan Ajk bagi persediaan parti baru yang akan dilancarkan seterusnya bagi memulakan langkah dalam arus politik di Bumi Kenyalang.

Mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara memilih saya sebagai peneraju HB negeri Sarawak dan akan dibantu oleh Ajk yang terdiri daripada berbagai bangsa dan agama serta berbagai latar belakang profesional dan aktivis.
Dalam mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara HB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.
Dun yang menjadi sasaran HB bukan hanya kerusi pengundi melayu malah kerusi majoriti bukan Islam juga menjadi sasaran.
Antara kerusi yang disasarkan HB Sarawak ialah di dun lambir, Samalaju,Semariang, Muara Tuang, kedup, Triboh, Batang Sadong, Sebuyau, Beting Maro,belawai; Dalat,demak laut dan Matu Daro.
Namun pembahagian kerusi ini hanya akan diputuskan selepas berunding dengan rakan-rakan dari DAP dan PKR serta kelulusan dari HB pusat untuk semakan.
Kita sudah mempunyai calon yang berwibawa, berpotensi serta bersedia untuk di letaklan di kawasan fokus tersebut.Rata-ratanya adalah dikalangan anak tempatan yang sudah tentu diberi keutamaan.
HB Sarawak percaya bahawa sampai masanya untuk rakyat Sarawak memilih alternatif yang lain selain Barisan Nasional (BN) yang gagal memperbaiki sosio ekonomi, taraf pendidikan dan kehidupan penduduk khususnya mereka yang tinggal di luar bandar.
Seiring dengan kepercayaan kita dalam sebuah Persekutuan yang bersatu padu, kita juga dapat membantu menangani isu-isu kebangsaan dan antarabangsa yang membabitkan rakyat dan negara kita.
Kami akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini untuk memberikan gambaran secara lebih terperinci.
Andri Zulkarnaen Hamden @ hud abusiraj almuner
Pengerusi HB Sarawak
26 Ogos 2015

~ Gambar sekadar hiasan

POLITIK MALAYSIA : APA ANAK MUDA MAHU???o

Politik Malaysia dah jadi macam cerita hindustan. Pecat TPM, tukar pegawai kerajaan, pecat orang itu pecat orang ini, tukar sana, tukar sini. Tak semena-mena bangunan terbakar, tak semena-mena ada orang derma RM2.6billion .........rekod terpadam, rekod hilang dan macam-macam lagi.

Ikuti pandangan dan kritikan dari beberapa anak muda yang mempunyai idealisme dan pendapat masing-masing di SINI 

Buka minda dan fikir-fikirkanlah ..........

ULANG SIAR : RESOLUSI NADWAH ULAMA - NUNJI 15

Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) baru-baru ini berjaya mengumpulkan lebih dari 500 peserta yang mana 2/3 dari mereka adalah para asatizah. 

NUNJI yang dianjurkan itu ternyata mendapat sambutan yang hebat kerana ianya memang dinanti-nanti oleh semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan pandangan tentang perjuangan Islam, kewujudan parti Islam dan sebagainya. 

RESOLUSI NUNJI 15 

Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang pada Sabtu 15 Ogos 2015, bersamaan 30 Syawal 1436H, di Shah Alam, Selangor, yang disertai oleh 500 perwakilan dan peserta, dan dikongsi kelilmuannya dari ilmuan dan ulamak Islam dalam dan luar negara memperakui bahawa keperluan memasakkan dan membumikan risalah Rahmatan Lil Alamin memerlukan usaha berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif.

Meyakini betapa besarnya amanah Islam dalam memenuhi kehendak perub

ahan politik semasa, dan kegagalan kerangka politik penindasan, dan kegagalan pentadbiran kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, maka NUNJI’15 mengusulkan beberapa ketetapan resolusi untuk diambil ketetapan selanjutnya;

1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang negara dan Perlembagaan Negara.


2. Memantapkan dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali semula, dan memunggah semula khazanah Siyasah Syariyyah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana / kondisi dan keperluan setempat bagi menelurkan FIQH SIYASAH ACUAN MALAYSIA.


3. Memperkukuhkan dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi HAK, dan membela sebarang pencabulan HAK, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara berpandukan kepada ketetapan Siayah Syariyyah.

4. Memperjuangkan bahawa Syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan Syariat dengan hanya Hudud semata-mata.

5. Menetapkan dan memperjuangkan bahawa satu dasar Islam yang memantulkan penghayatan makna Rahmatan Lil Alamin diterjemahkan melalui wujudnya sebuah Negara Madani melalui dasar Keterangkuman dan kepimpinan yang Beramanah kepada rakyat yang berbagai kaum dan agama di Malaysia.


6. Meyakini dan menghayati bahawa kepelbagaian Jamaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan.


7. Meyakini bahawa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik pemuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama.

8. Bersetuju sebulat suara untuk mengasaskan sebuah parti politik baru berpandukan kepada maqasid dan siyasah syariyah sebagai salah satu cara bagi mencapai ketetapan-ketetapan di atas.

Bagi mencapai matlamat resolusi yang dipersetujui, NUNJI’15 menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha Islah pemikiran dan Islah organisasi dan kemudian mengembelingkan tenaga bersama untuk menjayakan ketetapan-ketetapan yang dibuat.

ROMPAK PARTI KITA, GHB NAFIKAN TUDUHAN ITU

Pelbagai tohmahan dan fitnah dikemukakan kepada Gerakan Harapan Baru (GHB), samada oleh parti politik pembangkang lain, Umno/BN mahupun orang perseorangan.
Terbaru GHB dituduh ingin merompak parti KITA. Namun tuduhan itu dinafikan oleh Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad. Jelas sekali ramai yang tidak senang dengan keujudan GHB dan parti baru yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Ini merupakan petanda baik bahawa GHB dan parti baru tersebut akan mendapat sambutan ramai. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada GHB antaranya serpihan, pengkhianat, tak kekal lama, 2 tahun mati, munafik dan macam-macam lagi.
Semalam Gerakan Harapan Baru (GHB), menafikan dakwaan akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA).
Setiausahanya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil alih parti yang sebelum ini diasaskan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim itu.
"Kami (GHB) tak cakap pun akan ambil parti KITA. Jadi tak ada apa-apa saya nak komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hari ini, Setiausaha Agung parti KITA Azmi Othman dilapor membuat laporan polis kerana mendakwa ada pihak tertentu cuba mengambil alih parti tersebut.
The Star Online melaporkan, Azmi mendakwa ada orang luar yang kini mendakwa dirinya sebagai presiden baru parti KITA, namun enggan menamakan individu terbabit.
“Saya mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila ada dakwaan yang mengatakan GHB berhasrat ambil alih parti KITA.
"Tetapi tidak seorang pun daripada mereka yang hendak ambil alih parti pernah menghubungi ketua kami Masrum Dayat atau saya," Azmi dilaporkan sebagai berkata.
Jawapan ROS
Harian berbahasa Inggeris itu juga melaporkan ROS mengesahkan GHB tidak mengemukakan apa-apa permohonan untuk menubuhkan parti baru.
Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Azmi, Dzulkefly berkata ia hak beliau untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, kata Dzulkefly, KITA tidak akan "dicuri" memandangkan tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat antara GHB dan jawatankuasa parti berkenaan.
"Kalau dia seorang setiausaha, dia mesti bawa perkara ini berbincang dengan jawatankuasa pusat dia. Kalau dia bertindak sorang-sorang seperti dia seorang sahaja yang memiliki parti, pada kami, biar dia selesaikan masalah rumah tangga dia dulu.
"Apa yang disebut Azmi itu ialah kerana dia terlalu gusar, takut, cemas sebab apa yang sebetulnya, parti itu tidak akan dicuri orang kalau tiada perbincangan rasmi dalam jawatankuasa pusat mereka," katanya.
Dzulkefly berkata lagi, berdasarkan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak menerima permohonan bagi menubuh parti baru oleh GHB, jelas menunjukkan Azmi sedang “mengigau”.
"Kalau benar nak ambil, tentu ROS dah beritahu. Dia itu mengigau ke? Jadi saya tak mahu komen apa-apa kerana kita tak ada urusan rasmi antara organisasi dan organisasi pun.
"Malang kalau dia sebagai setiausaha bercakap dengan media seperti menunjukkan bahawa parti itu tidur dan tak ada buat apa-apa kerana sebagai sebuah parti, ia perlu hidup dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti," ujar Dzulkefly lagi.

PARTI BARU BELUM LAHIR SUDAH 'MENINGGAL'

Pelbagai pihak mendakwa parti baru yang bakal ditubuhkan pada September bakal mati selepas beberapa ketika dilahirkan.

Ada yang mendakwa ia akan mati selepas 2 tahun ditubuhkan. Ada yang kata selepas sekali pilihanraya dan macam-macam telahan dan ramalan.

"Biarlah apa orang lain ingin kata, yang penting kita laksanakan kerja yang kita rancangkan" kata salah seorang penyokong GHB tegar yang kami temui.

Benarkah dakwaan itu. Bagi kami kita tidak boleh mengukur kekuatan dan ketahanan parti baru ini sekarang. Biarlah ia dilahirkan dahulu, bergerak dahulu dan selepas itu baru kita buat ramalan dan telahan berdasarkan fakta dan info yang kita perolehi bukannya sekadar ramalan yang belum tentu tepat.

Kalau dahulu Hamim, Berjasa, Parti Negara, Nasma, S46, Makkal Sakti dan lain-lain semua berkubur itu adalah benar dan telah dicatatkan dalam sejarah. Ianya tidak boleh disangkal. Tetapi parti baru ini belum dilahirkan lagi.

Biarlah ia bernafas, merangkak dan berlari dahulu, selepas itu baru kita buat ramalan dan telahan.

Jangan parti itu belum lahir kita kata dia sudah meninggal .................

PARTI BARU SUBURKAN SLOGAN - ISLAM MEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM

Parti baru yang akan ditubuhkan menjadikan Islam sebagai 'Rahmatan Lil A'lamin' sebagai salah satu slogan parti tersebut. Ia menggambarkan bahawa Islam sebagai Agama yang membawa rahmat kepada sekelian alam bukan sahaja kepada manusia, binatang, kayu kayan tetapi juga kepada segenap mahluk yang ada di bumi Allah yang bertuah ini.

Islam yang dibawa oleh parti tersebut ialah Islam yang tetap mempertahankan prinsipnya tetapi pada masa yang sama akan berbincang, berdialog, berdiskusi dan beramah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa menutup pintu kepada orang lain yang berlainan agama, ideologi, bangsa dan sebagainya.

Parti itu tidak mahu Islam dilabelkan sebagai sombong, bongkak, suka menghukum dan merasakan mereka sahaja yang betul tanpa memberi peluang kepada pihak lain menyuarakan pendapat dan idea mereka.

Sejak akhir-akhirnya kita melihat ada kecenderungan untuk pemimpin-pemimpin Islam melabel, menuduh, menghentam dan mencerca pihak lain tanpa diadakan perbincangan dan diskusi yang memungkinkan kekusutan terlerai.

Kita semua tahu manusia memang ego masing-masing. Jika semua orang ego dan tidak mahu bertolak ansur dan berbincang maka sukarlah sesuatu perkara yang kusut itu diselesaikan.

Parti baru ini dikatakan akan menyuburkan budaya dialog, diskusi, wacana dan perbincangan supaya semua kita dapat memahami isi hati satu sama lain khususnya dalam negara kita rakyat majmuk dan berbeza dalam banyak perkara.

Perkara telah dibuktikan sejak sekian lama, di mana figura-figura seperti Dr Mujahid, Dr Dzul, Salahuddin, Mat Sabu dan lain-lain sering muncul dalam program-program dialog bersama rakyat di gereja-gereja, masjid-masjid dan forum terbuka yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Syabas GHB dan parti baru yang akan ditubuhkan kelak.

PEMIMPIN BANGSAT SEBABKAN UMNO KALAH

Pemimpin BANGSAT menyebabkan Umno kalah. Hebat bunyi kenyataan itu. Ianya seakan-akan ucapan dan ungkapan yang datang dari pemimpin pembangkang yang marah kepada Umno.

Namun kenyataan itu bukannya datang dari pembangkang tetapi dibuat oleh bekas Menteri Besar Kedah, mantan Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri Umno. Beliau ialah Sanusi Junid bekas orang kuat Tun Mahathir suatu ketika dahulu.

Ikuti kenyataan beliau di SINI 

Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

NAJIB TAK DAPAT SOROK LAGI KEBURUKAN BELIAU???

Rakyat negara ini dimalukan dengan kenyatan bekas Duta Amerika Syarikat, John Mallot yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini. 
Kita harap Perdana Menteri kita, Najib Razak tampil menangkis kenyataan Mallot yang jelas memalu dan menjatuhkan aib Najib yang dikatakan bersih lagi suci oleh pimpinan yang membodek beliau.
Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu, kita menggesa Najib mengambil tindakan undang-undang dengan mengheret Mallot ke muka pengadilan jika apa yang dikatakan oleh Mallot adalah fitnah, penipuan dan pembohongan semata-mata. Rakyat sanggup bergolok bergadai untuk mempertahankan Najib jika benar beliau seorang yang suci bersih.

Tetapi jika tuduhan Mallot itu benar dan tiada yang lain kecuali benar belaka, maka kami rakyat mahukan pihak SPRM, Polis dan agensi berwajib menyiasat dan mengambil tindakan menurut undang-undang yang sedia ada.
Jangan berlengah lagi Najib sila ambil tindakan, pihak berkuasa juga sila bertindak berdasarkan undang-undang dan peraturan.
Hari ini Portal Malaysiakini melaporkan bahawa Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata, masyarakat dunia kini sudahpun dapat wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malott berkata, imej Najib di persada antarabangsa – yang digilap oleh agensi perhubungan raya dengan kos sehingga jutaan ringgit – amat berbeza dengan wajah “korup” perdana menteri itu di ceruk rantau ini.
“Hari ini, (hasil laporan) akhbar dan majalah berprestij dunia, seluruh dunia tahu siapa Najib yang sebenar,” katanya dalam tulisan rencana disiarkan oleh media online itu hari ini.
Malott seterusnya membangkitkan mengenai kekangan kebebasan di bawah pentadbiran Najib, termasuk kekasaran polis ke atas peserta demonstrasi BERSIH dan penahanan ahli politik serta aktivis bawah Akta Hasutan.
“Dialah Najib yang korup, orang yang mengatur pembelian kapal selam Scorpene yang terlalu mahal, walau tidak berfungsi.
“Dan terbaru (dialah) orang di belakang 1MDB dan jutaan ringgit yang hilang. Dialah Najib yang menerima AS$700 juta dalam akaun bank peribadinya.
“Dialah Najib, yang mana beg tangan Birkin dan rantai leher zamrud jutaan dollar isterinya menjadi bahan pendedahan tiga halaman dalam The New York Times,” kata Mallot.
Malott memerhatikan bahawa Najib sering bercakap mengenai Global Movement of Moderates, reformasi ekonomi Malaysia dan usaha untuk mengubah Malaysia untuk menjadi model dunia.
“(Itu adalah) Najib yang palsu, Najib internasional, Najib yang bercakap muluk-muluk di luar negara.
“Najib itu disokong oleh jutaan dolar dalam bentuk yuran perhubungan raya. (Najib) malah berjaya mengecek presiden Amerika Syarikat untuk bermain golf, Krismas lalu,” tulis Malott.
Tambahnya, Najib pasti akan menggunakan kaedah sama pada hujung minggu ini melalui kekerasan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 4.
“Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan belantan polis untuk mengekalkan kekuasaannya.
“Seluruh dunia akan melihat dan akhirnya sedar siapakan (Najib) yang sebenar.
“Dan Najib akan berakhir.”
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter