200,000 DIJANGKA SERTAI BERSIH 4.0

Lebih 200,000 dijangka akan menyertai perhimpunan aman Bersih 4.0 yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.


Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dipetik dari laman FMT, berkata, jumlah peserta Bersih 4.0 itu dijangka melebihi peserta Bersih 3.0 yang mencatatkan penyertaan 200,000 peserta.




Katanya, jangkaaan itu berdasarkan sambutan luar biasa yang diberikan orang ramai di seluruh negara termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap perhimpunan aman itu.
Katanya, ramalan itu juga apabila lebih 45,000 t-shirt Bersih 4.0 telah habis dijual dalam tempoh singkat berbanding jualan berbanding perhimpunan Bersih sebelum ini.
“Setiap kali kita adakan ceramah, sambutannya sangat luar biasa. Kita jangka perhimpunan kali ini lebih ramai berbanding sebelum-sebelum ini,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Ditanya ketiadaan pasukan Unit Amal Pas dalam perhimpunan itu, Maria enggan mengulas lanjut tetapi menegaskan pihak penganjur menyediakan 2,000 petugas termasuk wakil parti politik untuk keselamatan peserta.
Maria berkata, pihaknya telah menghantar jemputan kepada Unit Amal Pas tetapi unit berkenaan berkata mereka tidak menerimanya.
Jika benar ramalan ini maka ia membuka sejarah baru kepada politik Malaysia. Rakyat menyuarakan bantahan secara aman terhadap kebejatan yang berlaku dalam sistem pentadbiran negara serta sistem pilihanraya negara kita. 
Ayuh rakyat Malaysia kita berhimpun menyatakan bantahan kita ..........

Comments