.

.

28 August 2015

MUSTAFA ALI AKUI RAMAI YB PAS AKAN KELUAR PARTI

 Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.
“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, ” katanya ketika dihubungi FMT.
Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu
“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana nak keluar.
“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu,” katanya.
@ fmt

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter