Peristiwa tangkapan beramai-ramai pada Himpunan Bersih sebelum ini bakal berulang untuk Bersih 4 kerana kerajaan awal-awal lagi mengeluarkan warta mengharamkan apa-apa pakaian berwarna kuning.
Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan warta kerajaan melarang pemakaian "apa-apa pakaian berwarna kuning" dan yang mengandungi perkataan "Bersih 4" berkuatkuasa hari ini.
Perintah itu juga melarang apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpinan itu.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Ia disiarkan di laman web Pejabat Peguam Negara.
Perhimpunan tersebut akan diadakan selama 34 jam bermula esok di tiga kota besar - Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
Comments