.

.

15 November 2014

ROYALTi MINYAK, SABAH DAPAT KELANTAN BAGAIMANA???

Perdana Menteri Najib Razak memberi jaminan bahawa hasil yang bakal diperoleh rakyat Sabah daripada industri minyak dan gas di negeri ini akan terus meningkat pada masa akan datang.

Najib berkata pada masa ini, selain royalti minyak lima peratus, Sabah juga telah diberi kepentingan 10 peratus dalam Petronas LNG Train 9 Sdn Bhd, di Bintulu, Sarawak, yang akan memberi hasil tambahan kepada Sabah dan rakyatnya.

"Sebab itu saya kata, kita boleh minta tetapi kita rundingkan perkara ini, dan kita ada formula supaya Sabah dapat terima lebih daripada hasil minyak dan gas. Perkara ini telah diperjelaskan oleh (Ketua Menteri Sabah) Datuk Musa Aman," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di sini Sabt
u. 

Kalau untuk Sabah Najib boleh berjanji sedemikian bagaimana dengan royalti minyak Kelantan yang telah lama dinafikan. Apakah Najib memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan tuntutan rakyat Kelantan. Apakah Kelantan bukan sebahagian dari Malaysia sehingga hasil mahsul negeri ini dikutip oleh kerajaan pusat tidak dikembalikan sebahagiannya kepada Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian Petronas dan kerajaan Kelantan.

Gambar sekadar hiasan



PERSEMPANDANAN SEMULA BUKAN LAGI SENJATA BN

Persempadanan semula kawasan pilihanraya seringkali menjadi senjata ampuh BN untuk menang pilihanraya umum. Sebelum ini amat senang untuk BN meluluskan persempadanan baru pilihanraya di parlimen kerana mereka mempunyai majoriti 2/3. Tetapi kini mereka sukar untuk melakukan sedemikian kerana mereka sudah kehilangan keistimewaan itu pada PRU 13 lalu.
Malah pada kali ini juga sukar untuk mereka memecah dan memadankan kawasan-kawasan pilihanraya kerana sokongan semua kaum kepada PR sudah meluaskan dan melepasi sempadan kaum, agama dan budaya

Kalau dulu pada persempadanan 2003 mereka menambahkan kawasan campuran  dengan memperbanyakkan kawasan yang terdiri dari pengundi Cina dan India yang peratusan agak seimbang dengan Melayu tetapi kini mereka tidak berani berbuat demikian lagi kerana ternyata pengundi Cina dan India 70% menyokong PR.

Kini BN tidak ghairah untuk melakukan persempadanan baru kerana mereka pening untuk mencari formula kemenangan melalui persempadanan ini.

Kita tunggu dan lihat apa yang mereka akan lakukan nanti. 

Gambar sekadar hiasan. 

14 November 2014

PROGRAM PJJ IPTA : BENARKAN IANYA PJJ SEPENUHNYA???


Sudah sampai masanya IPT di Malaysia mengamalkan Program Pra dan Pasca Siswazah secara PJJ secara sepenuhnya. Sekarang ini walaupun kebanyakan IPT menyatakan ianya program PJJ tetapi pelajar-pelajar masih perlu hadir ke kuliah di kampus masing-masing. Jadi jelas ianya bukan PJJ sepenuhnya. 

Bagi kita jika benar ianya PJJ sepatutnya pelajar tidak perlu lagi pergi ke kampus menghadiri kuliah. Memadai dengan kuliah secara online melalui video conference dan sebagainya. Sekarang teknologi IT semakin canggih, jadi sudah sampai masanya IPT memanfaatkan teknologi sepenuhnya.  Pelajar tidak perlu lagi menghabiskan masa dalam perjalanan dan juga membazirkan wang untuk pengangkutan.


Mungkin mereka hanya perlu berjumpa pensyarah beberapa kali sahaja sehingga bergraduasi. 

Hari ini media melaporkan bahawa Naib Canselor UUM, Mustapha Ishak membuat kenyataan bahawa UUM akan meningkatkan perkhidmatan program PJJ melalui teknologi IT. Beliau berharap dengan langkah itu lebih ramai pelajar luar negara akan memilih UUM sebagai hub untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Kita tengok nanti apakah benar apa yang dikatakan oleh Naib Canselor UUM ini atau ianya sekadar indah khabar dari rupa. 

Gambar sekadar hiasan.

NOH JUMPA AH JIB GOR UNTUK BODEK

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.


Jelas sekali Noh mahu berjumpa dengan Najib bagi menagih simpati Najib supaya mengekalkan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor. Noh dan Najib teruk dibelasah Mahathir berhubung 'performance' Umno Selangor yang sangat teruk pada PRU 12 dan 13 lalu.

Apa yang nyatakan kedua-duanya iaitu Najib dan Noh sama sahaja di mana kedua-dua gagal sama sekali meyakinkan rakyat Selangor supaya menyokong BN.

Media melaporkan Noh sebagai berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

"Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour ... menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.

"Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di sini, Rabu.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media Selasa terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.

Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

"Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak ... beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan," kata Noh.

(VIDEO KLIP) KETUA MENTERI MELAKA SINDIR ADUN PAS .....BN TAK SEMESTI TERUS MENANG!!!!


Ketua Menteri Melaka, Idris Haron memuji sikap dan cara Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim berbahas semasa perbahasan Bajet 2015.

Memang sudah banyak kali beliau memuji Dr Khalid. Samada pujian itu ikhlas atau tidak bukan itu bukan dalam pengetahuan kita.

Namun PR akan terus menjalankan tanggungjawab kami menegur kerajaan dan membela kebajikan rakyat. (Video Klip di bawah).


LAPORAN AUDIT JADI HIASAN ....TIADA TINDAKAN KONKRIT???

Saban tahun Laporan Ketua Audit dikeluarkan. Maka akan tersebarlah laporan di sini membazir di sama tiris dan sebagainya.

Namun selepas itu ianya senyap begitu sahaja walaupun pelbagai desakan dan cadangan dikemukakan oleh rakyat dan pembangkang. 

Sampai bilakan laporan audit ini akan hanya menghiasi dada akbar dan media sosial, tanpa tindakan konkrit. Tiada tangkapan dan pendakwaan dibuat ke atas individu yang terlibat. Jauh sekali untuk jerung-jerung ganas, buas dan besar disiasat. Kalau disiasat pun kita sudah tahu apa hasil siasatan itu.

Kalau beginilah keadaannya negara kita tidak akan maju dan berkembang. Ini kerana rasuah, penyelewengan dan ketirisan dilihat sebagai penghias laporan audit sahaja bukannya untuk tindakan........
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter