.

.

03 January 2014

HARUSSANI MENYOROK DAN MALUKAN DIRI SENDIRI

Dewan Pemuda PAS Perak hendak berjumpa dengan Harussani dia tiada di Pejabat, menyorok agaknya. NGO Jingga 13 membuat laporan Polis. Ada pihak pula mendedahkan kelulusan dan pengajian Harussani. Itulah akibatnya apabila terlalu membodek .............

Kita harap pihak Polis menyiasat Harussani kerana kenyataannya jelas amat merbahaya.

Dewan Pemuda PAS Perak hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Perak bagi merealisasikan hasrat untuk bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Ia bertujuan untuk mendengar penjelasan berhubung 'fatwa' yang mendakwa peserta Himpunan Turun sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Timbalannya, Ustaz Akmal Kamaruddin, Penolong Setiausaha, Ustaz Hafez Sabri dan barisan Exconya iaitu Ustaz Anuar Morad dan Ustaz Syakirin Hussain.

Hadir sama dalam rombongan Pemuda PAS itu ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Walau bagaimanapun Harussani menyatakan bahawa beliau tidak bersedia untuk bertemu walaupun pada awalnya menyatakan persetujuaan dengan hasrat murni Pemuda PAS Perak bagi merungkai permasalahan itu.

Namun begitu, Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim telah mewakili Harussani bagi meraikan kehadiran rombongan Pemuda PAS tersebut. (Gambar atas)

Sementara itu Jingga 13 Malaysia hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan mereka yang hadir pada himpunan 31 Disember lalu sebagai 'bughah' iaitu penderhaka kepada kerajaan dan halal darah mereka.

Berkata kepada media, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, laporan tersebut dibuat di bawah seksyen 503 dan 505 (C) Kanun Keseksaan.

Jelasnya, Harussani wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan sebarang fatwa dan kenyataan iaitu menghasut dan mendorong untuk melakukan keganasan.

"Kita menyelar kenyataan Mufti Perak yang melabelkan para demonstran yang berhimpun pada 31 Disember sebagai penderhaka kepada kerajaan dan dihalalkan darah.

"Ia merupakan satu kenyataan yang penuh dangkal dan tidak masuk akal sebagai seorang yang bergelar mufti dan sangat memalukan.

"Malah kenyataannya itu turut dilihat menghasut dan mendorong untuk melakukan keganasan, kecederaan termasuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir pada perhimpunan aman itu," jelasnya.

02 January 2014

JIMAT YANG DAHSYAT

Ha3 ......

~ fb Uray Zamhari

RAKYAT MALAYSIA DI SAUDI JUGA BERDEMO TURUNKAN HARGA BARANG

Jubail Saudi Arabia, 31 Disember – Sekumpulan penyokong Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Jubail Saudi Arabia turut bersama-sama mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kenaikan kos sara hidup yang sedang dialami oleh rakyat Malaysia dan menyatakan tahun 2014 adalah merupakan tahun sengsara buat rakyat.
Solidariti untuk menyatakan protes ini bukan hanya dibuat di Malaysia malahan turut dirasai oleh rakyat Malaysia di Saudi dan di seluruh dunia untuk memberi mesej yang jelas kepada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional bahawa rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi cintakan Malaysia dan mahu melihat Malaysia mempunyai kemampanan dari segi ekonomi yang stabil pada masa akan datang.
Sekumpulan penyokong gerakan ini yang mula berkumpul pada jam 9 malam di Royal Commision, Jubail dan memegang sepanduk menyokong usaha orang ramai menyertai Turun dan segala usaha-usaha yang bakal dilakukan oleh Gerakan Turun secara demokratik untuk mengurangkan sengsara rakyat pada tahun 2014.
Tahun 2014 merupakan tahun sengsara buat rakyat kerana kenaikan harga minyak sebanyak 0.30 sen seliter bagi ron 95, kenaikan harga gula sebanyak 0.34 sekilogram, kenaikan harga diesel sebanyak 0.20 sen seliter dan kesan daripada kenaikan ini akan menyebabkan seluruh harga-harga barang akan meningkat pada tahun 2014.
“Kita rakyat Malaysia di Jubail Saudi Arabia mengingatkan kerajaan supaya mengkaji semula penstrukturan kenaikan harga tol, tambang teksi dan tren, kadar taraf elektrik, dan perlaksanaan GST kerana sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal, seluruh rakyat Malaysia sama ada di dalam negara atau di luar negara akan menggembleng usaha dan tenaga untuk tidak teragak-agak menukar kerajaan pada PRU 14 yang akan datang”. Ujar jurucakap Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jubail Saudi Arabia.
Beliau juga turut mengulas harga minyak di Saudi hanya 0.39 sen seliter bagi rol 95 bebanding Malaysia RM 1.90 sen seliter, sedangkan kedua-dua negara merupakan pengeluar minyak dan Malaysia mempunyai kualiti minyak yang lebih berkualiti daripada Saudi, tetapi menjualnya dan mengguna pakai minyak Saudi yang kualitinya lebih rendah berbanding Malaysia.
Di Arab Saudi juga tidak mengenakan sebarang tol, malahan kerajaan Saudi telah menetapkan gaji minimum rakyat saudi sebanyak SAR 5000(RM 4250) berbanding Malaysia menetapkan gaji minumum sebanyak RM 900, di samping mengenakan tol, GST, kenaikan harga minyak dan pelbagai-bagai lagi kenaikan harga yang tidak munasabah dikenakan oleh rakyat.
Malaysia bukan seperti Saudi yang hanya bergantung kepada minyak, Mekah dan Madinah sahaja untuk menjana pendapatan ekonomi negara, tetapi Malaysia mempunyai pelbagai hasil bumi seperti minyak, hasil tani, kelapa sawit, dan lain-lain lagi tetapi masih mengenakan cukai dan kenaikan harga yang tinggi malahan perbelanjaan negara saban tahun sentiasa defisit.
Sebab itu rakyat Malaysia di Jubail Saudi Arabia, mengesyaki terdapat urus tadbir yang lemah oleh kerajaan Malaysia dalam soal pengurusan harta negara dan mungkin ia berlaku disebabkan oleh pembaziran atau ketirisan yang tidak mampu dibendung oleh kerajaan.
Selagi lagi, kami sebagai penyokong gerakan Turun di Jubail Saudi Arabia menyeru seluruh rakyat terutama anak muda supaya bangkit dan menyatakan rasa amarah kita terhadap kenaikan kos sara hidup di Malaysia yang begitu menghimpit untuk menyelamat dan melihat Malaysia yang lebih baik dalam urus tadbir ekonomi negara pada masa yang akan datang.

Yang benar
Jurucakap Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun),
Jubail Saudi Arabia

GEMPAR : MURID SEKOLAH TERSEPIT KEPALA DI CELAH KERUSI

Kreatif sungguh murid ini. Boleh masukkan kepala di celah kerusi. Lepas tu nak keluarkan kepala tak boleh pulak......

PROTES AMBANG TAHUN BARU CAPAI MATLAMAT DAN BERLANGSUNG AMAN

Dataran Merdeka sekali lagi menjadi medan protes rakyat apabila seramai 50,000 orang memenuhi padang dan sekitar bangunan Sultan Hishamuddin. Kita merakam syabas dan tahniah buat semua anak muda aktivis dan mahasiswa khususnya mereka yang terlibat himpunan tersebut.

Dua pengumuman dari Perdana Menteri dan Timbalannya, untuk turun elaun menteri dan untuk kaji semula rasionalisasi subsidi merupakan salah satu kejayaan protes. Namun ianya belum cukup untuk menyekat kegusaran dan kesengsaraan rakyat dengan kenaikan harga barangan dan kos hidup.

Fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan media pencacai BN kononnya akan berlaku keganasan pada himpunan tersebut ternyata meleset sama sekali. Himpunan tersebut terbukti aman, damai dan santai.

Pihak berkuasa sekali lagi ingin memperbodohkan rakyat dengan fitnahapabila menaikkan gambar palsu di laman facebook rasmi kononnya terdapat seorang anggota yang cedera parah ketika bertugas di Dataran Merdeka pada himpunan tersebut. Walaupun permohonan maaf telah dibuat namun ianya jelas cuba untuk menipu dan mengelirukan orang ramai.

Mereka sekali lagi menipu dengan mendakwa peserta himpunan mengganggu konsert tetapi hakikatnya tiada seorang pun peserta himpunan yang naik ke pentas konsert seperti yang dilaporkan oleh TV3 suku. Ianya jelas satu lagi pembohongan dan fitnah jijik mereka.


Gerakan rakyat ini tidak akan terhenti di sini.Rakyat akan tetap bangkit membela nasib mereka sendiri dengan dibantu NGO dan parti-parti politik.

Sumber : SAMM dan portal2 berita ......

SEMUA NAIK. SIAPA PALING BERSALAH?

Apabila barang keperluan harian naik. Barang persekolahan naik. Yang paling bersalah ialah penyokong Umno dan BN yg memangkah Umno/BN dlm PRU 13. Betul tak?

Setuju setuju....sebab apa. Merekalah yang menaikkan BN menjadi kerajaan dan bermaharajalela ..........

fb YB Ustaz Idris Ahmad

BANJIR : KERAJAAN SARAWAK MESTI PROAKTIF

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnain Hamden menggesa kerajaan Sarawak lebih proaktif dalam membantu mangsa banjir di negeri tersebut.

Antara langkah-langkah yang diharapkan ialah mengasingkan mangsa wanita dan lelaki dengan memasang khemah, menyalurkan bantuan segera kepada mangsa dan memberikan cuti tanpa rekod kepada kakitangan kerajaan yang membantu mangsa banjir.

Selain itu beliau berkata pihak kerajaan juga mesti membantu mangsa yang terlibat untuk membuat tuntutan insuran atau takaful kepada mangsa-mangsa yang mencarum dalam institusi tersebut.

PAS Sarawak katanya akan cuba sedaya mampu untuk membantu mangsa-mangsa tersebut dalam pelbagai bentuk bantuan.

31 December 2013

TERKINK DTRN MERDEKA : PIMPINAN MULA BERUCAP

Kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sekali lagi menyampaikan ucapan kepada peserta yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
Ratusan anggota polis serta FRU dilihat berkawal di jalan masuk ke Dataran.
Dataran Merdeka- Beberapa pemimpin parti politik serta aktivis mula berucap di lokasi berdekatan dataran. Turut berucap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin.
Laungan "Turun Harga Barang,Turun Harga Minyak, Turun Harga Gula" bergema.
Dataran Merdeka- Peserta himpunan dilihat semakin ramai. Mereka memenuhi sepanjang jalan sehingga ke Masjid Jamek..
Di pentas utama dataran, sedang berlangsungnya konsert nyanyian anjuran DBKL. Suasana sorakan penonton bagaimanapun meneggelamkan bunyi nyanyian.

TERKINI DATARAN MRRDEKA :

Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sambil bertepuk tangan.

Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut.

Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang.

 Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua.

Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya.

“Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana,” kata OCPD Dang Wangi.

10pm, Jalan Raja Laut – Lebih 3,000 peserta kini berarak ke arah menara DBKL di Jalan Raja Laut dengan pelbagai laungan menuntut penurunan kos sara hidup.

Jalan ditutup berikutan ramainya peserta yang memenuhi keseluruhan jalan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai bangsa.

9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut.
Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang.

Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak.

Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari.

Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks.

Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak.

TERKINI : GULING KERAJAAN KENA PEROLOK2

Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu “menggulingkan” kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: “Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka”.

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota
 polis di kawasan itu.

TERKINI : GULING KERAJAAN KENA PEROLOK2

Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu “menggulingkan” kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: “Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka”.

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota
 polis di kawasan itu.

TERKINI DATARAN MERDEKA

9.30pm

SOGO 
- Lebih 1,000 sudah berkumpul di hadapan kompleks membeli belah SOGO sekarang dengan nyanyian penaik semangat dan sorakan "Turunkan harga barang" dan Hidup Rakyat" masih kedengaran.

Peserta turut mula turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan meminta agar kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Sebilangan kecil peserta juga mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

Mereka dipercayai sedang menunggu pimpinan dari NGO Turun untuk berarak ke arah Dataran Merdeka dan Menara DBKL.
Beberapa peserta turut mengambil kesempatan mengisi perut di gerai yong tau fu dan makanan ringan oleh peniaga di tepi jalan.
Keadaan agak tenang tetapi bingit dan sesak. Masih tiada polis berhampiran.

Dataran Merdeka - Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL.

Bagaimana pun, mereka dihalang oleh satu lagi lapisan yang dikawal polis di depan Panggung Bandaraya.

Pasar Seni - Penyelaras Suaram Syukri Razab kelihatan sedang meninjau di Dataran Merdeka sama ada terdapat tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Beliau memberitahu, barisan peguam disediakan jika terdapat sebarang masalah.

LINTAS LANGSUNG DARI DATARAN MERDEKA

Kumpulan dari Masjid Jamek mula bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".

Sewaktu melintasi Dataran Merdeka, polis dan petugas DBKL kelihatan sudah bersedia di sebalik hadangan masuk ke Dataran Merdeka

Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

RAKYAT TERUS DITIPU

Menjelang PRU 13 banyak papatanda projek dinaikkan oleh BN. Kini semuanya terbukti ianya hanya gula-gula BN. Tembelangnya pecah apabila sampai sekarang projek-projek tersebut tidak dimulakan walaupun ia sepatutnya sudah siap.

Ada 2 projek di Sg Putat dan Taman Ara Permai yang hanya tinggal papantanda sahaja. Pertama projek Sekolah Agama di Sungai Putat dan Dewan Serbaguna di Taman Ara

PEMUDA PR MELAKA LANCAR SKUAD ANTI BARANG NAIK

Telok Mas : Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan NGO Negeri Melaka melancarkan skuad anti kenaikan harga barang di bawah NGO Gerakan Anak Muda Melaka yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Angkatan Muda Keadilan Melaka dan Pemuda DAP DAPSY Melaka.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua DPPNM, Jauhar Md Dawi pada program ceramah hentikan kezaliman rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Kota Melaka di sini malam tadi.5

Dalam ucapannya Jauhar menyelar sikap kerajaan yang menaikkan harga minyak, tarif elektrik dan harga gula yang menyebabkan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan.

"Kerajaan sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat bukannya menambahkan lagi penderitaan kita semua"

"Bila duit negara semakin menipis kerana ketirisan, rasuah, boros dan penyelewengan mereka berusaha untuk mencari duit dengan mengurangkan subsidi yang menyebabkan harga minyak dan barangan serta caj perkhidmatan naik" ujar beliau.

Jauhar berkata skuad anti kenaikan harga barang ini akan menjalankan kempen menjelaskan tentang kezaliman kerajaan yang menyebabkan harga barang dan caj perkhidmatan meningkat.

"Kita akan mengadakan road show bermula di Pasar Besar Melaka Sentral pada 4 Jan 2014 " tambah Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Selain Jauhar turut berceramah pada program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leng San dan Pengerusi PKR Negeri Shamsul Iskandar Md Akin.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter