.

.

28 January 2012

Video Kedua Anwar : LEBIH PANAS MARI NONTON SAMA-SAMA?

Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".


Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu -Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.


‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.


‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Tidak lama lagi ramai menjangkakan video tersebut akan di'upload'kan di dalam Youtube sebagaimana yang berlaku kepada video sebelum ini. Taukeh Video Porno sudah tentu menggunakan modus operandi mereka sebelum ini. 

Mereka langsung tidak takut kepada amaran Allah bahawa fitnah itu lebih besar dari membunuh. Mereka tidak takut dikenakan hukum qazaf kerana mereka tahu mereka kebal dan imun. Mereka dilindungi dan dijaga dengan rapi. Mereka ibarat permata dan senjata berbisa oleh musuh Anwar dan PR. Mereka rela menjadi kuda tungangan yang mungkin mendapat habuan yang bukan sedikit jumlahnya.

Namun semua fitnah ini akan terjawab bila kita semua berhadapan dengan Allah. Orang yang memanjangkan fitnah ini sudah tentu ada sahamnya ............

Sumber : Malaysiakini

Angelina Jolie MASUK ISLAM?

Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya./

Kita mengharapkan suatu hari nanti dan Angelina Jolie dan Brad Pitt akan menerima Islam sebagai anutan dan anak-anak mereka juga dikurniakan hidayah oleh Allah. Tidak mustahil mereka akan menerima Islam kerana Islam sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira bangsa, tempat dan masa.
detikislam


Ustaz Nasa MASUK 'GENG' HASSAN ALI, BAKAL DIPECAT?


Ahli Parlimen Bachok yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa terus menerus difitnah oleh orang tertentu yang mahu merosakkan beliau supaya meninggalkan jemaah.

Terbaru bekas Timbalan Presiden PAS itu membuat Laporan Polis di Balai Polis  Bandar Seri Putra menafikan penglibatannya dalam satu program di Bandar Baru Bang di mana banner yang di pasang memaparkan gambar beliau. Banner tersebut dipasang di sekitar Bandar Baru Bangi.

Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Nasa, dan Ustaz Hassan Basri,

Program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat.

Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan Polis sebentar tadi.


Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Setakat ini Ustaz Nasa jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS.

27 January 2012

LIW@% SUDAH ZINA PUN SUDAH, TAK LAMA LAGI SKANDAL DENGAN BINATANG PULAK!


Anwar telah difitnah dengan pelbagai fitnah. MeLI@$% Sukma, Azizan, Saiful Bukhari dan lain-lain. Beliau dituduh berzina dengan Amoi dan entah siapa lagi. Namun majoriti rakyat tidak percaya dengan fitnah ini. Sang Penuduh tidak dapat membawa saksi mengikut mengikut Islam. Sepatutnya Sang Penuduh dikenakan hukum Qazaf.


Mahkamah Sivil yang membicarakan Anwar mendapati Anwar tidak bersalah dalam kedua-dua fitnah tersebut. Namun cerita kotor dan fitnah ini terus dimainkan oleh media pencacai Umno/BN. tanpa henti. Fitnah zina dengan amoi dibesar-besarkan pula. Malah lebih jijik video fitnah zina ini ditayangkan di kampung-kampung, Tersipu-sipu Pak Imam, Pak Haji dan Mak Aji serta orang tua dan wanita menontonnya. Namun Umno tidak kisah yang penting Anwar dan PR hendak diburukkan imej mereka. Halal dan Haram belakang kira ...mereka sendiri tak pernah kisah tentang besar dosa memfitnah orang berzina dan LIW@%.

Semakin dekat dengan PRU 13 semakin hebat serangan dan fitnah dilemparkan dari segenap sudut. Atas bawah kiri kanan semua kena. 

Hari ini keluar pula satu cerita bahawa ada satu lagi video yang lebih hebat,  katanya berlaku di Thailand. Siapa lagi kalau bukan Trio Pemfitnah 3 orang itu yang membuat tuduhan. Mereka cabar Anwar supaya saman mereka. 

Agaknya selepas ini kalau fitnah LIW@% dan Zina ini tak dipercayai rakyat.....mereka akan buat tuduhan Anwar dengan BINATANG pula ...............nauzubillah....

Gambar di atas sekadar hiasan

Khutbah hari ini : Rakyat diminta bersederhana (WASATIYAH), berjimat, PEMIMPIN BOROS TAK APA!

Tajuk khutbah di Melaka hari ini ialah Wasatiah dlm kehidupan. Mungkin juga di negeri lain pun tajuk yang sama.


Arakian, seraya khatib berkata, "bersederhanalah manfaatkan bantuan RM500 yang kerajaan beri..". Ya, rakyat yang menerima bantuan tu dah memang dah hidup sederhana, pemimpin yang atas tu hidup mewah, belanja sakan, mereka yang patut menjadi contoh hidup bersederhana..!


Rakyat yang sememangnya terhimpit dan susah untuk menjalani kehidupan sudah lama berjimat dan besederhana. Manakan duit belanja bulanan pun tak cukup lantaran harga barangan yang semakin meningkat. Caj perkhidmatan semakin melonjak. Harga minyak tak turun-turun.


Pemimpin yang berada di atas membazir, anak isteri shopping ratusan juta, beg tangan berharga ratusan ribu, barang kemas jangan cakap. Bil air dan  bil api pun cecah juta ringgit. Rakyat diminta berjimat.


Inilah bahananya bila kita tersilap pilih pemimpin Umno/BN menjadi kerajaan pusat. Diharapkan pada PRU 13 seluruh rakyat Malaysia akan buat perubahan secara total.


UBAH SEBELUM PARAH.


Sumber : Thelegendz

Pemimpin BN kaya, membazir, buat salah TAK APA itu HAK DIA ...Engkau dengki ke?

Bila kita tegur dan bongkar segala penyelewengan dan pembaziran serta salah laku pemimpin kerajaan BN, pengikut-pengikut mereka yang mengikut secara membuta tuli menjawab :

"Nafsi-Nafsi...rezeki masing2..... Korang pun kalu dapat status tuuu pun sama jugak....sebab tak pernah dapat DENGKI laaaa..."


Itulah jawapan 'standard' penyokong Umno dari dahulu, kini dan selamanya. Langsung tidak ada kesedaran untuk menegur pemimpin atasan. Sebab mereka diajar supaya 'yes man' dan tidak membetulkan kesalahan pemimpin.


Kalau ada yang berani menegur dan membongkar kesalahan dan salah laku pemimpin maka mereka akan dicap dan diketepikan.


Sebab itulah pemimpin Umno/BN berani melakukan apa sahaja kerana pengikut mereka tidak berani membuat teguran walaupun mereka melakukan kesalahan yang jelas bertentangan dengan agama.


Kalau beginilah perangai pengikut Umno/BN punahlah negara kita. Pemimpin yang mengumpul kekayaan. membazir, melakukan kesalahan biarlah mereka, itu hak pemimpin, mereka boleh buat apa sahaja. Lama-lama negara hancur dan bangkrap!!!!!!!!

Parlimen BUBAR 10 Feb?

Ramalan awal pilihanraya umum akan diadakan pada Disember tidak menjadi kenyataan. Pejam celik pejam celik kita sudah menghampiri bulan Februari.

Pada bulan Mac ini ada cuti sekolah, ada sidang parlimen. Bantuan BR1M Malaysia sedang diagihkan. PM Najib sibuk ke sana ke mari menjelajah tanahair yang bertuah. Media pencacai sibuk mempromosikan PM Najib jauh lebih hebat dari Anwar. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu pula dilabelkan sebagai pemimpin tidak bermaruah, penting diri, agen Yahudi dan mengamalkan Islam liberal. Kuasa ketiga pula diwar-warkan sebagai penentu kepada keputusan PRU 13.

Media pencacai semakin hebat mempromosi BN, sumbangan dan jasa BN, kebaikan BN dan sebagainya. PR pula digambarkan dengan hodoh dan buruk.

Semua perkara di atas memungkin PM Najib dan 'Mama'nya membubarkan Parlimen. PM Najib yakin mereka berjaya merampas Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.. Tapi PM Najib tak yakin Melaka dapat dipertahankan ............ha ha ha.


Lagi PEMBAZIRAN Kerajaan Negeri Melaka, MUZIM PENGANGKUTAN GAJAH PUTIH

Ini adalah muzium pengangkutan Melaka.

Kos penubuhannya ialah RM198,900.
Kos Operasinya (April - Jun 2010)
1) Emolumen bagi bulan April hingga Jun 2010 adalah  RM3,840.59 (April - RM986.53, Mei - RM986.53 dan Jun - RM1,444.03). 


2) Perbelanjaan bagi utiliti (April - Jun 2010)adalah berjumlah RM784.23 


3) Kos kawalan keselamatan pada Jun 2010 adalah berjumlah RM1,946.67.


TAHUKAH ANDA BERAPA RAMAI YANG DATANG MELAWAT MUZIUM INI - Jumlahnya dari hari penubuhan iaitu 15 April 2010 adalah seramai 28 orang (tempatan) dan jumlah kutipan tiket adalah berjumlah RM265.00.


Cuba anda fikirkan TIDAKKAH IA MEMBAZIR PENDAPATANNYA HANYA RM265 BERBADING KOS PENUBUHAN DAN KOS  BULANAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG .........................DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN DAN HANGUS LAGI SEMATA-MATA HENDAK 'MAINTAIN' GAJAH PUTIH INI.


Sumber : Blog yusofwahab

Pemimpin BOROS, Rakyat MEREMPAT

Di saat pemimpin negara menghabiskan jutaan ringgit kos bil elektrik dan air, masih ada rakyat yang hidup merempat kerana kesempitan hidup. Jumlah mereka sebenarnya masih ramai cuma tidak diheboh dan dilaporkan oleh media samada kerana tidak diketahui atau mereka menyembunyikan diri mereka dari diketahui oleh orang ramai keran malu.


Sinar Harian 2 hari lalu menyiarkan laporan yang menyedihkan di mana 5 sekeluarga (gambar) terpaksa merempat kerana tiada wang untuk menyewa rumah. Anak-anaknya juga tidak bersekolah. Malah ibu 4 orang anak itu juga tidak bekerja.


Laporan itu menyebut bahawa keluarga malang itu  tidak mampu membayar sewa rumah berjumlah RM350 sebulan ­selama setahun lebih, lima beranak terpaksa hidup ­merempat sejak seminggu lalu.

G Eliza Scott, 36, bersama empat anaknya berusia antara dua hingga 16 tahun kini menetap di sebuah ­rumah kosong di sebuah flat, dekat sini untuk berteduh.

Eliza yang berasal dari Teluk Intan, Perak berkata, mereka sudah diarah keluar oleh pemilik rumah yang disewa sebelum ini pada minggu lalu.

“Sudah hampir setahun lebih saya tidak membayar sewa rumah kerana tidak bekerja kerana ada anak ­masih kecil dan tiada siapa yang akan menjaganya,” katanya.

Menurutnya, kehidupan dia sekeluarga kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sejak setahun lalu.

“Suami saya sudah berkahwin lain dan sudah mempunyai keluarga sendiri. Bagaimanapun, dia ada juga berusaha ­mencarikan rumah sewa baru yang sewanya lebih murah.

“Tetapi ia tetap mustahil untuk saya mampu membayar deposit dan sewa ­bulanan kerana saya tiada wang simpanan,” katanya.

Eliza berkata, anak ­sulung dan keduanya juga sudah hampir tiga tahun ­tidak bersekolah kerana ­masalah kewangan yang dihadapi.

“Dua lagi anak saya berusia lima dan dua tahun pula tidak memiliki sijil ­kelahiran. Ini menyukarkan saya dalam sebarang urusan terutama ketika mahu mendapatkan rawatan di klinik,” katanya.

Menurutnya, walaupun tinggal di rumah kosong, pengawal keselamatan dan pengurus bangunan di situ juga sudah mengarahkan ­mereka keluar meninggalkan rumah itu.

“Saya risau dengan keselamatan anak-anak yang ­semakin dewasa. Setiap malam saya hanya sekadar ‘tidur ayam’ kerana bimbang diganggu mereka yang mem­punyai niat jahat,” katanya.

26 January 2012

Makin ramai ORANG MELAYU masuk PARTI PERKAUMAN CINA?

Hairan semakin hebat Umno menghentam DAP bahawa parti anti Melayu, anti Islam dan anti Raja, semakin  ramai orang Melayu menyertai DAP. Apakah tuduhan dan dakwaan pemimpin Umno itu 'valid' atau tidak.

Paling hebat orang kuat Najib sendiri iaitu Arif Sabri, bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan (Najib Ketua Umno Pekan) menyertai DAP. Selepas itu Wartawan Kanan, akhbar pencacai Umno, Hata Wahari yang juga bekas Presiden Persatuan Wartawan Kebangsaan  (NUJ) juga tidak masuk Umno tetapi berjuang bersama DAP.

Maka jelas bahawa segala momokan dan fitnah Umno/BN yang menyatakan DAP dan PR anti Melayu, anti Islam dan anti Raja tidak dipercayai rakyar. 5 hari lepas 2 anak muda Melayu professional seorang peguam wanita dan seorang lagi penulis juga menyertai DAP di Perak.

Mereka tidak percaya lagi kepada Umno, hatta bekas Wakil Rakyat Umno/BN 2004, Arif Sabri yang duduk dibawah 'ketiak' Haji Najib pun 'bye bye' pada Haji Najib.

Rakyat sebenarnya sudah tidak percaya lagi kepada tuduhan dan fitnah pemimpin Umno/BN. Mereka akan menyelidik tuduhan dan fitnah itu terlebih dahulu. Selepas menurut sumber yang boleh dipercayai lebih ramai orang-orang Melayu yang akan menyertai DAP.

FLASHBACK : DUIT RAKYAT DIBUAT MACAM DUIT SENDIRI

Mereka beli barang dengan harga yang TIDAK MUNASABAH. Mengapa harga SANGAT TINGGI.

LU PIKIR LA SENDIRI. MESTI LU TAHU PASAI APA TINGGI .....MASYUK KOT!!!!

Jangan biarkan gerombolan kerajaan yang ada sekarang terus memerintah. Jika tidak lambat laun negara boleh bankrap dengan sikap mereka yang menjadikan duit rakyat macam duit mereka sendiri.

UBAH SEKARANG Jangan tunggu LAMA-LAMA. 

Klik atas imej untuk gambar lebih besar.

BANGKIT BETULKAN KERAJAAN BN - TOLAK BN PADA PRU 13

Laporan Audit saban tahun dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Pelbagai penyelewengan, rasuah, salah laku, kebocoran dan sebagainya dilaporkan.

Namun Kerajaan BN tetap berdegil dan tidak mahu berubah. Mereka tidak faham 'bahasa audit'. Mereka hanya faham BAHASA UNDI.

Rakyat mesti menolak mereka dengan MENGUNDI PR pada PRU 13.

Lebih malang SPRM hanya menjadi penonton tidak berani menyiasat dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Bangkit UBAH SEKARANG untuk MASA DEPAN.

Klik atas imej untuk gambar lebih besar.

Flashback : Penyelewengan dan Pembaziran

Ini data diambil dari Laporan Ketua Audit Negara bukan di kaki Kedai Makan Mamak.

Fikirkan wahai rakyat!!!!

Klik imej untuk gambar lebih besar.

PR vs BN : Bukti terbentang di DEPAN MATA.

Sudah terang lagi bersuluh kerajaan PR jauh lebih baik dari BN. Apa rahsianya...pemimpin PR tidak rasuah, tiada boros, tiada penyalahgunaan kuasa, Takut pada Allah dan tidak PELAHAP.

Apa tunggu lagi tumbangkan kerajaan BN di negeri dan di pusat pada PRU 13 nanti.

Klik pada imej untuk gambar yang lebih BESAR.

25 January 2012

SELEWENG WANG ZAKAT : DULU WILAYAH DAN MELAKA KINI PAHANG PULA?

Sebelum ini wang zakat disalahguna di Wilayah Persekutuan dan Melaka seperti dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. 


Di Wilayah wang zakat digunakan untuk membiayai kos guaman Menteri manakala di Melaka, wang zakat diguna untuk membina bangunan Komples Majlis Agama Isam Melaka (MAIM).


Terbaru ada pihak memberitahu bahawa Majlis Agama Islam Pahang akan digunakan untuk membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.

Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.

"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar) dengan wang zakat bernilai RM50 juta. 

"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.


Beginilah nasib negeriku yang malang diperintah oleh orang-orang yang tidak takut kepada sesiapa pun hatta tuhan. Wang zakat pun hendak diselewengkan.

'ULANG TAYANG' : Umno BUSUK sampai KE USUS?
















Ingatkah anda kepada kenyataan seorang bekas pemimpin ulung Umno yang berkata "UMNO SUDAH BUSUK SAMPAI KE USUS"! Mungkin sebab itulah PAS tidak mungkin menerima LAMARAN Umno untuik ........

Mengapa beliau berkata demikian rujuk gambar (SILA KLIK ATAS GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH BESAR).

Insaflah kawan-kawan ku ...jangan kita tertipu sekali lagi pada PRU 13 nanti.

UBAH SEBELUM PARAH.

GRADUAN UiTM MASUK DAP, Mengapa TAK MASUK UMNO?

Dua graduan UiTM iaitu Fairuz Azhan, 25 seorang penulis dan Dyana Sofia Mohd Daud seorang Peguam, 24 menyertai DAP Sabtu lepas.

UiTM memang terkenal menjadi pusat meng'kader'kan anak muda menyokong Umno tetapi mengapa 2 anak muda ini menyertai DAP?

Mungkin mereka tertarik dengan perjuangan DAP yang tidak pernah membuang Raja-Raja Melayu, tidak menghina Agama Islam  dan hukum Islam, disamping tidak memperjuangkan semakin perkauman sempit. 

Tidak seperti Umno yang menjadi tunjang BN yang menggubal undang-undang menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu pada era 90-an; tidak seperti MCA yang menghina hukum hudud dan hukum haram bersalam wanita dan lelaki bukan Muhrim; tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang menggunakan perkauman sempit untuk menarik sokongan kaum masing-masing.



KAKI RASUAH VS TAK RASUAH

Cuba tuan-puan lihat perbezaan pentadbiran antara MB KAKI RASUAH vs  MB TAK RASUAH.

Siapa lebih baik. Rakyat FIKIRKANLAH.

Klik atas gambar untuk imej LEBIH BESAR.

Najib TAKUT DEBAT, beri ALASAN yang MENGGELIKAN HATI


Memang diijangkakan Najib tidak akan berani untuk berdebat secara terbuka dengan mana-mana pemimpin PR. Di kalangan Umno hanya beberapa kerat sahaja pemimpinnya yang berani berdebat di hadapan rakyat. Antaranya Shabri Cheek, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, yang lain semuanya pengecut. Cakap berdegar-degar hanya di media tetapi diajak berdebat di hadapan rakyat mereka tidak berani.

Maka pelbagai alasan diberikan oleh Najib. Ianya disampaikan melalui Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan. Antara alasannya ialah :-
  • cadangan debat terbuka bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.
  • Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.
  • banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.
  • Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. 
  • Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.
Itu alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan yang kesemuanya jelas tidak professional dan melambangkan Najib takut berdepan dengan Anwar dan pemimpin PR disebabkan beliau bimbang tidak dapat menangkis hujah dan fakta yang dikeluarkan di depan rakyat.

Ternyata Najib berjiwa kecil dan tidak berwatak sebagai seorang Negarawan. Sepatutnya sebagai seorang yang berjiwa besar dan bakal digelar Negarawan beliau berani untuk menerima apa juga nasihat dan kritikan membina dari sesiapa sahaja, bukannya mengamalkan sindrom penafian. 

Kalau begitu sifatnya beliau tidak layak untuk digelar Negarawan.......

BAHAN RUJUKAN : FIKIRKAN WAHAI RAKYAT!!!!!!

Klik atas gambar untuk mendapatkan IMEJ LEBIH BESAR.

Tanah Rezab Melayu semakin berkurangan sekarang. SIAPA PUNYA ANGKARA?

BAHAN RUJUKAN : FIKIRKAN WAHAI RAKYAT!!!!!!

KLIK ATAS GAMBAR UNTUK MENDAPATKAN IMEJ LEBIH BESAR. FIKIRKANLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA!!!!!!!!!!! 

BAHAN RUJUKAN : FIKIRKAN WAHAI RAKYAT!!!!!!

24 January 2012

PASCA PRU 13 : Kerajaan, pemimpin, Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri yang macamana ANDA MAHU?


Apa yang tuan-puan mahu?
Kerajaan macamana yang tuan-puan mahu?
Pemimpin macamana yang kita mahu?
Perdana Menteri bagaimana yang kita dambakan?
Isteri Perdana Menteri yang macamana kita hendakkan?

BERI KOMEN ANDA?

BN PIKAT PENGUNDI CINA DENGAN APA SAHAJA, HALAL HARAM TAK KISAH


Pengerusi BN, Najib Razak berkata BN akan melakukan apa sahaja untuk memikat pengundi Cina supaya kembali mengundi BN pada PRU 13 nanti. Apa BN akan terus melakukan gerakerja TIDAK KIRA HALAL HARAM. Haram disisi Agama diLANGGAR, Halal disisi Undang-undang apatah lagi .........itulah sikap bongkak dan angkuh BN yang tidak takut kepada Tuhan dan undang-undang. Apa yang penting BN menang, dosa dan salah itu mereka tidak kira kerana mereka merasakan dunia ini mereka yang punya.

Tidak lama dahulu, Najib pernah berkata, BN akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun. Maknanya dia tidak kisah ....kerana baginya kuasa tuhan dan undang-undang boleh diatasi. Dosa belakang kira. Sebab itu mereka sanggup menipu, merasuah, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya, apa yang penting BN mesti menang.

Menurut Najib kerajaan bukan sahaja membela nasib orang Cina terutama yang pendapatan rendah, malah semua kaum termasuklah Melayu dan India.
“Membantu meringankan beban mereka adalah strategi kerajaan untuk menawan hati orang Cina dan pada hari raya ini dengan tahun naga, saya berharap, ia membawa rahmat kepada negara ini.
“Sama-sama kita kekalkan apa yang ada sekarang dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan berharap tuah naga akan bersama-sama dengan kita,” katanya semalam.
Dalam hal ini kita tidak hairan jika Najib akan mengumumkan sesuatu yang diluar jangkaan menjelang pilihanraya umum akan datang hanya semata-mata untuk merasuah dan mengambil hati pengundi Cina.
Ketika diajukan soalan mengenai perancangan kerajaan mengambil alih semula Pulau Pinang daripada DAP, katanya, semua berjalan baik dan “kita telah melakukan kerja bersungguh-sungguh ke arah itu.”
Mengulas mengenai usaha Umno untuk membantu Gerakan ‘merampas’ kembali negeri itu, Najib berkata, “kita akan lakukan bersama-sama.”
“Umno tidak keseorangan dalam perkara ini,” katanya.

ISYTIHAR HARTA:NIK AZIZ BERANI KERANA BENAR, ALI RUSTAM TAKUT KERANA SALAH?

Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika peraturan pengisytiharan harta dikenakan kepada pemimpin kerajaan. Tok Guru berani kerana beliau tahu hartanya tidak seberapa dan diperolehi dari sumber yang halal dan haknya sendiri.

Namun bagi pemimpin yang tahu bahawa jumlah harta yang mereka punyai adalah datang dari sumber yang tidak betul dan tidak munasabah dengan pendapatan mereka, maka sudah tentulah mereka tidak berani. Oleh kerana mereka tidak berani maka, mereka cuba mencari alasan tertentu yang tidak masuk akal

Semalam salah seorang pemimpin yang Umno memberikan alasan yang menunjukkan beliau takut untuk mengisytiharkan hartanya.

Pengisytiharan harta milik ahli UMNO kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergantung pada persetujuan semua pihak termasuk presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali, yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata langkah itu perlu dipersetujui semua ahli parti termasuk wakil rakyat kerana ia melibatkan beberapa perkara seperti keselamatan.

"Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Melaka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di Melaka, semalam. Jelas sekali Ali Rustam takut untuk berhadapan dengan rakyat.

23 January 2012

Pelakon Video Lucah Tegur Taukeh Lembu


Seorang pelakon video lucah, menegaskan, Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai “sangat teruk”.
Pelakon itu yang juga bekas seorang menteri menjelaskan, Shahrizat telah “dinasihatkan dengan lemah” berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.
“Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut,” kata pemimpin BN itu kepada The Malaysian Insider dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.
Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC “mempunyai masalah”, yang kemudiannya dimanipulasi pembangkang di media.
“Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.
“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.
Hebat juga pelakon video ini hingga berani menasihatkan orang lain, Kalau dia nasihatkan dalam hal buat video saya rasa itu memang bidang dia, Tetapi dalam isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah macam ini kita rasa ramai pemimpin BN sama sahaja ..................

FAKTA : PEMIMPIN UMNO/BN SARAT DENGAN SKANDAL RASUAH

1) Pada 23 Disember 2011, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara kerana kesalahan rasuah berkuatkuasa serta merta dan memerintahkan

2) Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Menteri Pertahanan dengan Abdul Razak Baginda - komisen scorpene ini berjumlah RM500 juta

3) Skandal PKFZ membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.

4) Skandal melibatkan Ketua Menteri Sarawak, yang didakwa memiliki harta sebanyak RM3 trillion.

5) Skandal NFC membabitkan Ketua Wanita Umno, berjumlah RM250 juta

6) Skandal bekas Menteri Besar Selangor. Dalam perbicaraan kes Mohamad Muhd Taib diberitahu bahawa harta Mat Taib bernilai RM30,811,306 melebihi kemampuan beliau sebagai Menteri Besar dan Menteri Kabinet.

7) Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Mohamad Hassan didakwa mengirimkan wang secara haram ke luar negeri membabitkan RM10 juta ke London pada tahun 2008

8) Skandal penggunaan wang zakat membabitkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk kos guaman.

9) Skandal melibatkan Setiausaha Politik bekas Menteri Kewangan II, Hasbie Satar ditahan SPRM berikutan penemuan wang tunai berjumlah RM2juta di Pangsapurinya.

10) Kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Melaka dan Bekas Ketua Menteri Negeri Sembilan yang dijatuhkan lembaga disiplin Umno.

Untuk maklumat lengkap sila rujuk Harakah bil 1710, 23-26 Januari 2012
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter