SELEWENG WANG ZAKAT : DULU WILAYAH DAN MELAKA KINI PAHANG PULA?

Sebelum ini wang zakat disalahguna di Wilayah Persekutuan dan Melaka seperti dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. 


Di Wilayah wang zakat digunakan untuk membiayai kos guaman Menteri manakala di Melaka, wang zakat diguna untuk membina bangunan Komples Majlis Agama Isam Melaka (MAIM).


Terbaru ada pihak memberitahu bahawa Majlis Agama Islam Pahang akan digunakan untuk membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.

Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.

"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar) dengan wang zakat bernilai RM50 juta. 

"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.


Beginilah nasib negeriku yang malang diperintah oleh orang-orang yang tidak takut kepada sesiapa pun hatta tuhan. Wang zakat pun hendak diselewengkan.

Comments