Ustaz Nasa MASUK 'GENG' HASSAN ALI, BAKAL DIPECAT?


Ahli Parlimen Bachok yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa terus menerus difitnah oleh orang tertentu yang mahu merosakkan beliau supaya meninggalkan jemaah.

Terbaru bekas Timbalan Presiden PAS itu membuat Laporan Polis di Balai Polis  Bandar Seri Putra menafikan penglibatannya dalam satu program di Bandar Baru Bang di mana banner yang di pasang memaparkan gambar beliau. Banner tersebut dipasang di sekitar Bandar Baru Bangi.

Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Nasa, dan Ustaz Hassan Basri,

Program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat.

Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan Polis sebentar tadi.


Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Setakat ini Ustaz Nasa jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS.

Comments