ISYTIHAR HARTA:NIK AZIZ BERANI KERANA BENAR, ALI RUSTAM TAKUT KERANA SALAH?

Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika peraturan pengisytiharan harta dikenakan kepada pemimpin kerajaan. Tok Guru berani kerana beliau tahu hartanya tidak seberapa dan diperolehi dari sumber yang halal dan haknya sendiri.

Namun bagi pemimpin yang tahu bahawa jumlah harta yang mereka punyai adalah datang dari sumber yang tidak betul dan tidak munasabah dengan pendapatan mereka, maka sudah tentulah mereka tidak berani. Oleh kerana mereka tidak berani maka, mereka cuba mencari alasan tertentu yang tidak masuk akal

Semalam salah seorang pemimpin yang Umno memberikan alasan yang menunjukkan beliau takut untuk mengisytiharkan hartanya.

Pengisytiharan harta milik ahli UMNO kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergantung pada persetujuan semua pihak termasuk presiden parti Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali, yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata langkah itu perlu dipersetujui semua ahli parti termasuk wakil rakyat kerana ia melibatkan beberapa perkara seperti keselamatan.

"Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga," katanya ketika ditemui pemberita pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Melaka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di Melaka, semalam. Jelas sekali Ali Rustam takut untuk berhadapan dengan rakyat.

Comments