.

.

29 August 2009

KOTA SEPUTEH TIDAK 'PUTIH' UNTUK BN

Walaupun DUN Kota Seputeh adalah kerusi BN namun dalam keadaan politik sekarang DUN ini tidak lagi 'putih' untuk BN malah ianya sudah menjadi hitam buat BN.
Situasi ini dapat dilihat dengan jelas di mana PR mendapat sambutan yang hebat kebelakangan ini terutama selepas PR berjaya memerintah Kedah.
Oleh kerana itulah BN takut untuk berhadapan dengan PR jika ditakdirkan pilihanraya kecil diadakan di DUN ini.
Maka oleh sebab itulah agaknya SPR masih tidak membuat keputusan tentang status DUN tersebut. Mungkin BN memainkan peranan di belakang tabir sehingga SPR masih membisu sehingga ke hari ini.

28 August 2009

INKUES TEOH BENG HOCK MACAM-MACAM ADA

Macam-macam cerita kita dengar dalam Inkues kematian Teoh Beng Hock (TBH). Beng Hock bunuh diri, dibunuh, tergelincir, disiksa, bergaduh dengan rakannya dan macam-macam lagi.

Ada dakwaan Pegawai Kanan SPRM terlibat dan kemudian dinafikan .....entahlah mana satu yang benar. Hanya Allah dan orang-orang yang terlibat(jika ada) sahaja yang mengetahui.
Nampaknya sehingga ke hari ini belum nampak 'warna-warna' sebenar siapa yang terlibat dan apa punca kematian beliau.....kita tunggu dan lihat...

APA ERTI MERDEKA KALAU .....

Apa ertinya merdeka kalau ......... :-
- Undang-undang zalim tangkap tanpa bicara masih diamalkan
- Undang-undang mengongkong mahasiswa dan pensyarah masih ditegakkan
- Kebebasan rakyat berkumpul secara aman dinafikan
- Hak asasi manusia dipermainkan
- Diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat masih dijulang
- Bantuan perka pita kepada sekolah agama dihentikan
- Biasiswa ditiadakan
- Kronisme dan nepotisme berleluasa
- Rasuah menjadi barah gagal dikawal
- Institusi kerajaan masih dikongkong dan tidak 'merdeka' dari cengkaman parti pemerintah
- Kebebasan bersuara jauh panggang dari api
- Kebebasan media jauh sekali
- Negara seolah-olah menjadi negara Polis
- Ubatan dan rawatan masih kena dibayar
- Pendidikan masih kena bayar
- SPRM, Polis, ATM, SPR dan lain-lain masih dipersoalkan kebebasan dan ketelusannya
Dan banyak lagi ...............

USTAZ ISMAIL KAMUS MENINGGAL? SIAPA PUNYA ANGKARA

Saya berasa hairan dan pelik dengan cerita yang tersebar malam tadi bahawa bekas ADUN Gombak Setia, Ustaz Ismail Kamus yang juga penceramah terkenal telah meninggal dunia. SMS tersebar di segenap pelusuk negara bahawa beliau telah meninggal dunia. Saya menerima sms tersebut lebih kurang jam 8.00 malam. Apa lagi saya terus baca Fatihah la!!!

Tidak lama kemudian si penghantar sms menghantar balik sms baru menarik balik kenyataan bahawa Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia.
Siapa punya angkara yang menyebarkan berita angin sebegini. Perkara hidup mati ini bukan boleh dibuat main-main. Ianya memberikan impak yang besar.
Lain kali sila berhati-hati dan cermat sebelum menghantar sms kepada orang lain dalam apa juga isu dan hal.....

KABINET CACA MARBA

Saya bersetuju dengan pandangan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang disiarkan oleh Harakahdaily berkenaan isu perlantikan Idris Jala sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Dato' Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya.
Bagi saya tindakan Najib melantik Idris menjaga KPI sedangkan Koh Tsu Kon sudah ada menyebabkan ianya sesuatu membazir dan 'overlap'. Apa perlunya 2 orang menteri menjaga KPI. Sedangkan menteri sendiri sudahpun mempunyai pegawai dan kakitangan yang cukup untuk membuat follow up dan sebagainya.
Persoalannya jika Koh Tsu Kon gagal beliau sepatutnya digantikan oleh Idris Jala bukannya membiarkan 2 menteri buat satu kerja.
Apa motif sebenar perlantikan Idris perlu diumumkan kepada rakyat. Adakah kerana Kon Tsu Kon gagal atau Koh Tsu Kon tiada masa dan sebagainya. Najib mesti menjawabnya rakyat ingin tahu.

27 August 2009

ADUN KOTA SEPUTEH & LUNAS MESTI LETAK JAWATAN

Dua orang Wakil Rakyat di Kedah iaitu ADUN Kota Seputeh dan ADUN Lunas wajar meletakkan jawatan jika mereka berdua benar-benar bermaruah.
Mereka berdua telah melakukan kesalahan dari segi perlembagaan negeri dan integriti seseorang calon.
ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sharif seolah-olah tidak berminat untuk meneruskan tugasnya sehingga tanggungjawab asasinya sebagai Wakil Rakyat iaitu menghadiri sidang DUN diabaikan oleh beliau begitu sahaja tanpa sebarang makluman. Jelas sekali beliau telah mensia-sia harapan rakyat di Kota Seputeh dan lebih bayar dari itu beliau telah melanggar perlembagaan negeri. Dari itu jelas sekali beliau wajar meletakkan jawatan sebagai ADUN.
ADUN Lunas, Md Razhi Salleh juga mesti meletakkan jawatan kerana kemenangannya pada PRU 2008 adalah disebabkan rakyat mahukan PKR bukannya kerana batang tubuhnya. Kemenangan beliau adalah kerana beliau bertanding atas tiket PKR. Oleh itu apabila beliau keluar dari PKR maka sewajibnya beliau meletakkan jawatan kerana rakyat mahukan wakil rakyat dari PKR bukan bebas atau BN.
Tidak syak lagi kedua-dua ini wajar melepaskan jawatan masing-masing jika mereka masih ada harga diri.

BN KALAH : BUKTI POLITIK LAMA DITOLAK RAKYAT

BN kalah buat kali ke 7 selepas PRU 2008 di Semenanjung. Ini bukti bahawa politik lama yang menjadi dasar dan perjuangan BN sudah lapuk dan di tolak secara total oleh rakyat.
Politik lama BN ialah :-
1) Politik pembangunan
2) Politik projek
3) Politik perkauman
4) Politik ugutan
5) Politik rasuah
6) Politik penipuan
7) Politik penyelewengan
8) Politik wang
9) Politik adu domba
10) Politik kroni
11) Politik nepotisme
12) Politik menyalah gunakan kuasa
13) Politik suku sakat dan seribu satu macam lagi politik kuno dan tidak bertamadun.
Cara politik di atas sudah tidak ada tempat di negara kita. Parti yang mengamalkan dasar politik kuno dan kolot ini hanya menunggu hari untuk dikapan dan dikuburkan.

IDRIS JALA DILANTIK JAGA KPI, APAKAH KOH TSU KON GAGAL?

Perdana Menteri, Najib Tun Razak membuat pengumuman petang tadi bahawa CEO MAS, Idris Jala dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Persoalannya apakah Menteri yang sedia ada iaitu Koh Tsu Kon gagal melaksanakan tanggungjawab ini sehingga kerajaan terpaksa melantik seorang lagi Menteri memantau dan menguruskan KPI ini. Jika Koh gagal beliau sepatutnya diberhentikan. Jangan bazirkan duit rakyat sehingga terpaksa melantik begitu ramai menteri untuk menjaga sesuatu perkara sehingga tugasnya bertindih dan caca marba.
Perlantikan Idris Jala ini membuktikan bahawa perancangan dan pelaksanaan KPI sebelum ini boleh dipersoalkan. Sebab itulah sehingga sekarang kerajaan masih gagal mengumumkan bentuk KPI dan angka-angka yang berkaitan dengannya.

Seperti yang kita fahami KPI mestilah sesuatu yang boleh dikira yakni ada nilai atau angka. Tanpa angka dan nilai sudah tentu sukar untuk kita menilai samada KPI itu tercapai atau sebaliknya.
Dakwaan rakyat bahawa KPI yang diwar-warkan oleh Najib hanyalah retorik akhirnya terjawab hari ini apabila beliau terpaksa melantik seorang lagi menteri bagi membantu pelaksanaanya. Bermakna apa yang dibuat sebelum ini hanyalah retorik dan omongan kosong.

BN HILANG PUNCA, RAKYAT TETAP SOKONG PR

Guna duit tak jalan
Guna Polis dan Askar rakyat tak heran
Guna ugutan rakyat tak takut
Guna penipuan tak berkesan
Guna penyelewengan rakyat tak tertipu
Guna rasuah rakyat ambil tapi tak pangkah
Guna TV rakyat tak tengok
Guna radio rakyat tak dengar
Guna kain pelekat rakyat tak pelik
Guna barang makanan rakyat ambik
Guna kenduri rakyat makan
Undi tetap PR
BN semakin hilang punca dan menjadi tak keruan. Insya Allah PR akan semakin gagah dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia

PELAKON VIDEO VS TAUKEH PKFZ

Pelakon Video, Chua Soi Lek yang dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden berjanji akan terus bertempur dengan 'Taukeh PKFZ', Ong Tee Keat jika umurnya panjang.
Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.
Nampak jelas Chua sangat kecewa dengan keputusan MCA memecat beliau semalam. Episod ini agaknya tidak akan berakhir sehingga setakat ini. Ianya mungkin akan berlanjutan dan menjadi krisis yang hebat.
Chua sendiri dilihat mempunyai sokongan akar umbi yang kuat jika tidak masakan beliau boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan MCA yang lalu.
Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa Chua bukanlah seorang ahli politik yang boleh duduk diam jika dirinya di'aniaya'. Beliau dilihat akan melakukan 'kerja' untuk menganyang Ong Tee Keat selepas pulang dari bercuti untuk menenangkan fikiran dan mengatur strategi bagi meneruskan karier politiknya atau sekurang-kurang membalas dendam kepada Ong.
Krisis dalam MCA ini sudah tentu akan memberikan impak yang besar kepada BN yang dilihat semakin hari semakin menggelupur dengan isu dalaman yang tidak kunjung padam.
Terbukti Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN gagal menstabilkan BN malah BN semakin layu dan longlai menunggu masa untuk mati.

SPR TAKUT HENDAK TENTUKAN KEDUDUKAN DUN KOTA SIPUTEH

Mengapa begitu lama masa di ambil SPR untuk menentukan kedudukan kerusi DUN Kota Seputeh sedangkan ianya sudah jelas kosong sebagaimana pemberitahuan dari Speaker DUN Kedah Datuk Abdul Isa Ismail.

Kelewatan SPR membuat pengumuman tentang kedudukan DUN tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi.

Apa yang ditakutkan SPR sehingga mengambil masa yang begitu lama?

Ada udang di sebalik mee ke?

Pengerusi SPR sila jawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat berhubung isu ini dengan segera.

Apakah SPR mengambil kira perkara di bawah ini?

1) mendapat lampu hijau dari BN
2) memberikan masa untuk BN bersedia
3) melakukan pelbagaikan persediaan untuk kepentingan BN????

Semuanya bermain di kepala rakyat

DUN PERAK BAKAL BERGEGAR LAGI

Sidang DUN Perak pada 2 September ini bakal mencatatkan satu lagi sejarah dunia. Kalau sebelum ini Perak telah mencatatkan beberapa rekod dunia seperti :-
1) Ada 2 Menteri Besar
2) 2 barisan Exco
3) 2 Speaker
4) Speaker di halang masuk Dewan
5) ADUN dihalang masuk Dewan
6) Speaker dinafikan kuasa
7) Speaker diseret dari kerusinya
8) Berpuluh-puluh Polis mencemarkan DUN
9) Pistol dibawa masuk DUN
10)ADUN dicederakan
11) Sidang DUN bawah pokok
Antara rekod yang mungkin dicipta ialah :-
1) 2 Speaker mengendalikan 2 Sidang DUN berasingan
2) Kerusi speaker dipatahkan
3) Meja speaker diusung
dan lain-lain .....kita tunggu dan lihat nanti

BN SEMAKIN MENGHAMPIRI 'DUE DATE'

BN semakin menghampiri tarikh 'padamnya'. Antara petanda yang jelas ialah seperti di bawah :-
1) Ditolak oleh majoriti rakyat khasnya di Semenanjung pada PRU 2008 lalu.
2) Tewas di kesemua 7 kali Pilihanraya Kecil di Semenanjung selepas PRU 2008
3) Krisis dalaman MCA semakin memuncak dengan pemecatan Timbalan Presiden MCA
4) Krisis keyakinan orang India kepada MIC semakin hebat berikutan tindakan Samy Vellu
terus mahu menjadi Presiden MIC sedangkan MIC jelas gagal membela orang India
5) Umno sudah hamcur berikutan masalah rasuah, akhlaq pemimpin dan masalah dalaman yang semakin teruk
6) Rakyat semakin faham, celik dan cerdik dalam menilai siapa yang seharusnya diangkat menjadi pemimpin dan kerajaan. BN dijangka tewas pada PRU 13 nanti dan seterusnya berkubur.

PARLIMEN WAJAR DIBUBARKAN

Kerajaan BN di bawah pemerintahan Najib Tun Razak wajar membubarkan parlimen untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru kerana jelas rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN.
BN sudah kalah 7 kali pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia. Mereka tidak pernah menang di Semenangjung suatu rekod paling buruk bagi BN dalam sejarah negara kita.
Kekalahan mereka di Permatang Pasir Selasa lalu melengkapkan lagi bukti bahawa BN sudah tentu tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.
Oleh kerana itu BN sudah tidak ada alasan untuk tidak membubarkan DUN kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada BN. Jika BN benar-benar berintegriti dan ada harga diri sudah pasti pemimpinnya akan membubarkan parlimen.

PILIHANRAYA KECIL DI DUN KOTA SEPUTEH & LUNAS?

Pilihanraya Kecil bakal berlaku di Kedah iaitu di DUN Kota Seputeh dan Lunas. Itulah harapan pencinta demokrasi. Ini kerana kedua-dua ADUN sebenarnya sudah tidak layak untuk meneruskan tugas sebagai ADUN kerana sebab-sebab tertentu.

ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sharif terang dan nyata melanggar perlembagaan negeri apabila tidak hadir 2 kali sidang DUN secara berturut-turut tanpa memberitahu speaker DUN. Ini jelas melanggar perlembagaan negeri Kedah seperti yang dimaklumkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail. SPR sepatutnya tidak memberikan apa-apa alasan untuk menafikan pilihanraya kecil ini.
Begitu juga ADUN Lunas Md Razhi Salleh sepatutnya meletakkan jawatan kerana telah keluar dari PKR di mana rakyat sebenarnya mengundi beliau kerana beliau mewakili PKR bukannya kerana batang tubuhnya.

25 August 2009

JANGKAAN SAYA TEPAT, PAS MENANG BESAR

Seperti yang saya jangka sebelum ini PAS akan menang mudah akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan oleh SPR tetapi keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS menang besar iaitu lebih dari 4,000 undi.

Antara faktor kemenangan PAS ialah (seperti yang saya nukilkan sebelum ini) :-

1) Perpaduan PR semakin mantap dan ini menyebabkan rakyat semakin yakin kepada PR. Ini ditunjukkan dengan gerakerja bersepadu antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Semua pimpinan utama PR turun padang membantu kempen dan ini dilihat oleh rakyat sebagai suata perkara positif yang melambangkan perpaduan dan keutuhan PR.

2) Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan DAP berjaya meyakinkan rakyat semua kaum bahawa ianya sebuah kerajaan rakyat yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Program kebajikan seperti pembasmian golongan miskin tegar, elaun guru KAFA yang dinaikkan, elaun untuk pada Hafiz dan Hafizah dan lain-lain berjaya menutup mulut Umno/BN.

3) Pengaruh Anwar terus utuh dan kukuh di Permatang Pauh sehingga rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat

4) Jasa dan perkhidmatan Allahyarham Hamdan tetap dikenang rakyat Permatang Pasir dan mereka yakin Ustaz Salleh Man mampu untuk meneruskan legasi Allahyarham Hamdan

5) Sifat tenang, mesra, mudah didekati, tidak mempunyai rekod buruk dan ketekunan Ustaz Salleh Man sepanjang kempen memikat hati rakyat untuk mengundi beliau

6) Ustaz Salleh Man memang telah lama dikenali rakyat kerana pengelibatan politiknya bersama PAS sejak lebih 25 tahun bergiat dalam gerakerja politik dan kemasyarakatan. Malah beliau sering bersama-sama dengan Allahyarham Datuk Hamdan menyelesaikan masalah rakyat.

7) Kekuatan asas PR di Permatang Pasir memang cukup untuk memberikan kemenangan kepada PR kerana di DUN ini PAS dan PKR mempunyai lebih dari 2,000 ahli berdaftar ditambah lagi dengan bilangan ahli dan penyokong DAP yang juga ramai. Rekod bersih PAS memenangi semua Peti Undi pada PRU 2008 dahulu membuktikan sokongan padu rakyat kepada PR dan ianya terus dipertahankan pada PRK Permatang Pauh sehingga sekarang.

8) Mood rakyat yang sememangnya terus cenderung menyokong PR dengan isu-isu nasional seperti kematian Teoh Beng Hock, isu perkauman, serangan dan fitnah berlebihan kepada Datuk Nik Aziz menambah sokongan dan simpati kepada calon PR

9) Jentera PR yang sistematik, cekap, sepadu di tambah dengan strategi kempen yang mengena menambahkan lagi keperitan Umno/BN. Jentera PAS sendiri iaitu MTD terus beristiqamah menjalankan gerakerja di DUN ini sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjadi wakil rakyat selepas PRU 1999 lagi.

10) Kesilapan Umno/BN memilih calon bermasalah memudahkan lagi PR untuk menang di Permatang Pasir. Sejak dari awal kempen Umno/BN berada dalam keadaan defensive dimana terpaksa ‘membersihkan’ salah laku dan peribadi calonnya yang jelas buruk dan tercemar

11) BN sendiri dilihat bercakaran sesama sendiri dengan isu terbaru berkaitan PKFZ menambahkan parah BN yang sememangnya sudah parah dengan isu dalaman MCA, MIC dan Umno yang sehingga kini tidak dapat diatasi.

12) Umno Bahagian Permatang Pauh masih bercakaran sesame sendiri di tambahkan lagi dengan penentangan akar umbi terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon sedangkan masih ramai lagi calon lain yang bersih, berkarisma dan diterima oleh akar umbi

13) Pengundi di DUN ini sememangnya tidak mudah ditipu dan termakan dengan pujuk rayu dan sogokan Umno/BN kerana mereka terdedah kepada maklumat alternative dengan lokasi mereka yang berdekatan dengan Bandar dan mudah mendapat maklumat

14) Isu-isu pembangunan dan projek segera tidak menarik minat pengundi di sini kerana hampir semua kemudahan asas telah sedia ada di sini.

15) Fitnah Umno/BN terhadap Tok Guru Nik Aziz dalam isu syurga dan fitnah terhadap Ustaz Salleh akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana rakyat faham dan sudah mangli dengan isu seumpama itu.

APA YANG UMNO/BN HENDAK KATAKAN, BUBAR PARLIMEN !!!

Kita tunggu apa yang pemimpin BN hendak komen dengan kekalahan teruk mereka di Permatang Pasir. Kekalahan dengan majoriti lebih dari 4,000 dalam pilihanraya kecil merupakan kekalahan yang memalukan.
Walaupun mereka me'lunggun'kan wang, projek dan janji-janji manis rakyat tetap menolak BN. Maka sudah sampai masanya kerajaan membubarkan parlimen dan memberikan peluang suatu pilihanraya umum bagi memilih kerajaan baru kerana jelas saya menolak BN secara total.

PAS TERUS DI DEPAN

PAS 9618
BN 5067

MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

KEDUDUKAN TERKINI : MAJORITI MELONJAK 4675 UNDI

PAS : 9616
BN : 4941

MAJORITI : 4675

JUMLAH UNDI ROSAK : 43

KEDUDUKAN TERKINI : 2,OOO UNDI BELUM DIKIRA PAS DAHULUI 4,00O UNDI

Hanya tinggal kira-kira 2,000 undi sahaja lagi belum dikira. PAS telah pun mendahului dengan majoriti 4461 undi.
PAS hampir pasti menang.

KEDUDUKAN TERKINI : PAS HAMPIR PASTI MENANG

PAS : 8524
BN : 4063
MAJORITI : 4461

JUMLAH UNDI ROSAK : 44

KEDUDUKAN TERKINI : PAS DILAPORKAN MENANG DI SEMUA PETI UNDI

Sumber dalaman PAS melaporkan bahawa PAS sedang mendahului di kesemua 8 peti undi. Ada antaranya telah selesai dikira dan PAS menang dengan majoriti yang besar.
Setelah lebih 11,000 undi dikira, PAS mendahului dengan majoriti lebih dari 4,000 undi. Hanya tinggal kira-kira 3,000 undi lagi belum dikira.

6.31 PTG : KEDUDUKAN TERKINI

PAS : 7222
BN : 3201

MAJORITI : 4021
JUMLAH UNDI ROSAK : 28

6.28 PTG : KEDUDUKAN TERKINI, PAS DI DEPAN

Sumber dalaman PAS membuat laporan bahawa setelah beberapa saluran siap dikira di beberapa peti undi PAS kini mengatasi BN dengan PAS memperolehi 2401 undi dan BN 1016 undi.

PAS 2401
BN 1016

KURANG DARI 80 % KELUAR MENGUNDI

Kurang dari 80 % pengundi Permatang Pasir menunaikan tanggungjawab mereka hari ini selepas masa pengundian ditutup jam 5.00 petang tadi. SPR masih belum membuat pengumuman rasmi tentang jumlah sebenar pengundi yang mengundi hari ini.
Peratusan ini adalah rendah jika dibandingkan dengan jumlah yang keluar mengundi pada PRU 2008 yang lalu. Antara faktor yang menyebabkan peratusan rendah ini ialah kerana ianya dijalankan pada hari kerja di mana ramai pengundi luar tidak pulang mengundi.
Sementara itu proses pengiraan undi telah dimulakan dan dijangkakan keputusan tidak rasmi pertama akan diketahui pada jam 6.45 petang nanti.

MUHYIDDIN DAN ZAHID HAMIDI SUDAH PULANG KE KL?

Ada pihak mendakwa bahawa Timbalan dan Naib Presiden Umno iaitu Muhyiddin dan Zahid Hamidi sudah berangkat 'bungkus' pulang ke Kuala Lumpur kerana mereka sudah tahu bahawa BN kecundang pada Pilihanraya Permatang Pasir hari ini.
Memang sudah menjadi tradisi pemimpin Umno dan calon mereka yang kalah tidak akan hadir ke pusat penjumlahan undi dan mendengar pengumuman rasmi keputusan jika mereka kalah. Mereka ini memang spesies yang tidak sanggup menghadapi kenyataan yang mereka ditolak oleh rakyat.
Sebab itulah jika anda ingin mendapat keputusan awal sesuatu pilihanraya mudah sahaja petunjuknya iaitu jika pemimpin utama BN balik awal ke KL dan juga keputusan lambat diumumkan maka sahlah BN tewas.
Beberapa pihak mendakwa bahawa kedua-dua pemimpin itu iaitu Tok Din dan Tok Zahid sudah 'chow' balik KL. Maka itu tandanya PAS menang.

KEPUTUSAN PERTAMA DIJANGKA DIKETAHUI SEAWAL 6.45 PTG

Adalah dijangkakan anda akan mendapat keputusan awal dari peti undi pertama pada jam 6.45 petang. Sebagaimana prosedur biasa proses pengiraan undi akan bermula seawal jam 5.30 petang selepas ianya di'seal' pada jam 5.00 - 5.10 minit.
'Polling Agent' terakhir bagi PAS biasanya akan menjadi Counting Agent.
Para tetamu blog saya boleh mendapatkan gambaran dan kedudukan peti-peti undi tersebut bermula jam 6.30 petang. Insya Allah.

PAS MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH 5,000 UNDI ?

Angin bertiup kencang bahawa PAS menang dengan majoriti besar 5,000 undi. Apa faktor yang menyebabkan keyakinan begitu tinggi tidak dapat saya pastikan.
Namun begitu dipihak BN memang mereka tidak menjangka mereka akan menang sebaliknya mereka berusaha untuk mengurangkan majoriti PAS.
Petugas-petugas PAS masih terus bersemangat berkumpul berhampiran tempat pembuangan undi di semua peti undi sementara penyokong BN sudah lama lengang meninggalkan kawasan tersebut.

Dari sumber dalaman PAS, diberitakan hampir semua pengundi PAS sudahpun keluar mengundi kecuali beberapa orang pengundi luar yang tidak pulang. Petugas-petugas PAS dan PR sedang bertungkus lumus mencari pengundi mereka yang belum membuang undi dengan menjejaki mereka ke rumah masing-masing atau pun membuat panggilan telefon kepada waris mereka supaya turun mengundi kerana masa tinggal 30 minit lagi.
Dengan usaha gigih dan istiqamah ini ramai yang menjangkakan PAS akan mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir ini dengan majoriti yang sama atau lebih sebagaimana PRU 2008 lalu.

70 % PENGUNDI TELAH BUANG UNDI PADA 4 PTG

Lebih dari 70 % atau 14,203 pengundi telah membuang undi pada jam 4 petang tadi. Adalah dijangkakan lebih ramai akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam 50 minit terakhir ini.
SPR menjangkakan 80 % pengundi akan keluar. Namun angkanya masih agak jauh sedangkan masa semakin suntuk.
Di pihak PAS dan PR, mereka masih berkeyakinan untuk menang dengan majoriti yang selesa manakala BN yakin majoriti PAS akan berkurangan dari majoriti PRU 2008 lalu.

8,000 PENGUNDI SUDAH MEMBUANG UNDI

Lebih dari 8,000 pengundi atau kira-kira 39.3 % telah membuang undi sehingga jam 12.00 tengahari tadi.
Suasana agak panas di beberapa peti undi namun tiada kejadian tidak diingini.
Sebuah pondok panas yang didirikan oleh BN di Peti Undi Permatang Pasir diarah supaya diruntuhkan oleh SPR.

PTG PASIR : REDUP HUJAN DIJANGKA TURUN

Cuaca dilaporkan redup di Permatang Pasir dan hujan dijangka turun hari ini. Orang ramai terutama pengundi Melayu dilihat mengundi awal kerana bulan puasa menyebabkan agak sibuk di sebelah petang.

Sementara pengundi-pengundi yang bekerja dilihat mengundi lebih awal sebelum bertolak ke tempat kerja.

Orang ramai dinasihatkan keluar mengundi lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dan hujan yang dijangka turun selepas ini.

Lalu lintas masih berjalan lancar mungkin kerana tiadanya pondok panas tempat orang ramai berkumpul.

SPR menjangkakan 80 % pengundi akan membuang undi hari ini.

KASIHAN BN. UNDI POS TAK MAMPU TOLONG MEREKA

Kalau pada sesetengah pilihanraya kecil, BN amat bergantung kepada pengundi pos kali ini BN sedih dan sayu kerana hanya 8 undi pos sahaja yang mereka dapat kali ini. 8 orang sahaja yang berdaftar sebagai pengundi pos di Permatang Pasir iaitu 7 petugas SPR dan seorang Pegawai Polis. Ini bermakna BN dijangka mendahului PAS 8-0 sebelum pengundian bermula.

Pengundi-pengundi Pos ini sudahpun membuang undi mereka semalam sehari lebih awal dari pengundian biasa.

Amat sukar untuk PAS dan parti PR lain untuk memperolehi undi pos pada mana-mana pilihanraya kalau dapat pun cuma tidak lebih dari 0.5 % - 1% sahaja.

Mengapa ini berlaku....orang kampung semua sudah tahu!!!!!!!!!!

PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR

Proses pembuangan undi berjalan lancar di mana pengundi berpusu-pusu keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di kesemua 8 peti undi. Peti-peti undi itu ialah di JKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah. Sebanyak 39 saluran disediakan untuk mereka membuang undi.

Di peti undi SMK Sama Gagah kelihatan orangramai mula beratur seawal jam 8 pagi begitu juga di lain-lain peti undi. Keadaan dilaporkan terkawal sehingga setakat ini.

Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail adalah pengundi di DUN ini. Mereka membuang undi di SK Seri Penanti kira-kira jam 8.30 pagi. Calon PAS Ustaz Salleh Man juga turut bersama-sama Anwar melawat peti undi ini.

Ustaz Salleh dan calon BN Rohaizat Othman tidak mengundi kerana kedua-dua mereka adalah pengundi di DUN lain.

PAS dijangka menang dengan majoriti antara 3,000 ke 3,500 undi berdasarkan sambutan rakyat kepada kempen PAS. Bagaimanapun majoriti dijangkan kurang dari majoriti pada PRU 2008 lalu kerana peratusan keluar mengundi dijangka lebih rendah.

Pada PRU 2008, calon PAS Allahyarham Datuk Hamda menang dengan majoriti 5,433 undi.

UMNO AKUI ADA PENGUNDI HANTU

Kalau sebelum ini Umno/BN menafikan sekeras-kerasnya keujudan pengundi hantu mengapa pula kali ini di Permatang Pasir mereka pula menuduh pengundi hantu ada di DUN tersebut.

Mungkin kerana takut kalah dengan majoriti yang besar Umno/BN mula mencari alasan untuk mengubat hati pemimpin dan ahli mereka.

SPR pula tidak membuat kenyataan media tentang tuduhan Umno/BN ini.

Saya menasihatkan jentera Umno/BN jika ada pengundi yang mencurigakan jangan segan dan malu tangkap pengundi terbabit dan bawa ke muka pengadilan.

24 August 2009

RAIS HINA ISLAM?

Kenyataan Rais biadap dan menghina Islam. Itulah antara komen spontan teman-teman rapat apabila membaca kenyataan Rais di dalam media ketika mengulas isu syurga dan Islam Plastik Umno.
Media hari ini melaporkan kenyataan Rais yang mengulas cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu menyaman TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian berkaitan isu ahli Umno tidak akan masuk syurga dan Islam Palastin.

Dalam kenyataannya, media melaporkan Rais menyebut Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, "mungkin lebih panjang dari serbannya."
Kenyataan Rais ini ternyata biadap dan kurang ajar. Saya menggesa Rais menarik balik kenyataannya ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dunia ini kerana kenyataannya itu menghina sunnah Rasulullah S.A.W iaitu serban.
Kalau beliau benci sekalipun kepada serban janganlah sampai menghina pakaian Rasulullah.

ISU SYURGA : UMNO/BN TAKUT KENA SAMAN

Nampaknya sehari dua ini Umno/BN sudah takut untuk memfitnah Tok Guru Nik Aziz dalam isu syurga. Ini kerana Tok Guru telah memberi amaran supaya mereka memohon maaf jika tidak mereka akan diseret ke mahkamah.

Jelas sekali isu ini tidak lagi dibangkitkan di dalam media elektronik dan cetak. Umno/BN ini memang suka memfitnah membabi buta tanpa usul periksa. Asalkan ianya memberikan sedikit keuntungan politik kepada mereka maka ianya akan digunakan.
Namun Umno/BN tidak sedar bahawa isu ini sebenarnya tidak memberi bekas kepada pengundi Permatang Pasir kerana ianya adalah isu lama yang di'recycle' kembali bila tiba musim pilihanraya.
Saya yakin apa juga isu yang dimainkan oleh Umno/BN ianya akan memakan diri sendiri termasuk isu ADUN Lunas keluar parti dan isu syurga ini.
Laporan serangan yang dikira fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.
Harakahdaily semalam melaporkan bahawa Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan Tok Guru Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

ISU ADUN LUNAS TIDAK JEJAS PR DI PERMATANG PASIR

Isu ADUN Lunas, Mohd Razhi Salleh yang keluar dari PKR tidak memberikan kesan kepada peluang PAS untuk menang di Permatang Pasir. Ini kerana tindakan beliau memang dijangkakan kerana dari dahulu lagi beliau memang bermasalah.
Oleh kerana itulah Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak sendiri tidak terkejut dengan berita tersebut dan bersikap tenang sahaja tanpa riak risau dan bimbang di muka beliau.
Malah di Permatang Pasir sendiri rata-rata penyokong PR tidak menampak kegusaran dan hilang punca kerana pada mereka isu tersebut tiada banyak kaitan dengan Permatang Pasir.
Cuma BN sahaja kelihatan mendapat suntikan baru menggunakan isu ini untuk menggambarkan bahawa PR berada dalam keadaan rapuh kerana pimpinan mereka dikatakan tidak tetap pendirian.
Namun sebaliknya isu ini dilihat akan menikam BN semula kerana isu beli ADUN oleh BN akan timbul kembali sekarang. Semua orang tahu bahawa BN sudah lama berusaha untuk membeli ADUN di negeri-negeri PR termasuk di Kedah. Malangnya SPRM tidak pernah mahu menyiasat isu ini secara serius.
Bekas ADUN Bukit Selambau V Arumugam pernah mendedahkan perkara ini tetapi ianya hilang begitu sahaja sehinggalah beliau meletakkan jawatan.
Saya yakin isu ini tidak akan menguatkan kebencian rakyat Permatang Pasir kepada BN kerana rakyat memang sudah faham bahawa kerja-kerja membeli ADUN ini memang ujud seperti yang berlaku di Perak dan Kedah.

23 August 2009

BN KETANDUSAN ISU SERANG MEMBABI BUTA

Umno/BN ketiadaan isu untuk mengalahkan PAS/PR di Permatang Pasir. Mereka menyerang PR membabi buta tanpa memikirkan samada isu tersebut benar atau tidak. Malah lebih teruk lagi mereka memfitnah bukan sahaja Ustaz Salleh Man calon Permatang Pasir malah Mursyidul Am PAS juga menjadi sasaran mereka.

Umno/BN menjadi seperti cacing kepanasan akibat kesilapan mereka memilih calon yang sangat bermasalah. Akibat kebodohan mereka sendiri akhirnya Umno/BN menjadi tidak keruan dan hilang focus.

Isu perkauman yang cuba mereka mainkan akhirnya memakan diri lantaran keberanian PR menggagaskan politik baru yang tidak membeza kaum dan agama. Gagasan politik baru ini akhirnya diterima oleh majority rakyat yang menyebabkan Umno/BN dilihat sebagai partoi lapuk dan ‘expired’ yang ketinggalan zaman.

BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara orang Melayu dengan mengapi-apikan semangat melayu akhirnya memakan diri dan menambahkan lagi kebencian pengundi Cina dan India.

Mereka cuba pula meraih simpati dari pengundi Cina dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz habis-habisan dengan memainkan isu sokong PAS masuk syurga sedangkan ianya hanyalah fitnah Umno. PAS mencabar Umno/BN supaya menyiarkan sepenuhnya ucapan Tuan Guru agar rakyat benar-benar faham akan isu ini. Malah isu ini sebenarnya isu lapuk yang sering di’recycle’ oleh Umno pada setiap kali Pilihanraya umum dan kecil.

Hasrat Umno/BN untuk memburuk-burukkan calon PAS yang kononnya meng’songlap’kan duit PAS Negeri akhirnya mudah dipatahkan kerana jumlah RM600,000 yang dikatakan digelapkan oleh Ustaz Salleh Man memang tidak masuk akal. Malah Zulkifli Mat Lazim dan Dr Mujahid yang dikatakan menuduh Ustaz Salleh Man menggelapkan duit tersebut tampil membuat laporan Polis menafikan tuduhan tersebut dan mencabar si penuduh membuktikan tuduhan itu.

Akhirnya Umno/BN terus berada dalam keadaan yang amat defensive sehingga ke hari pengundian dan akhirnya mengaku kalah sebelum hari mengundi lagi.

PAS DIJANGKA MENANG MUDAH

PAS dijangka akan memenangi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini atas beberapa alasan :-

1) Perpaduan PR semakin mantap dan ini menyebabkan rakyat semakin yakin kepada PR. Ini ditunjukkan dengan gerakerja bersepadu antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Semua pimpinan utama PR turun padang membantu kempen dan ini dilihat oleh rakyat sebagai suata perkara positif yang melambangkan perpaduan dan keutuhan PR.
2) Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan DAP berjaya meyakinkan rakyat semua kaum bahawa ianya sebuah kerajaan rakyat yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Program kebajikan seperti pembasmian golongan miskin tegar, elaun guru KAFA yang dinaikkan, elaun untuk pada Hafiz dan Hafizah dan lain-lain berjaya menutup mulut Umno/BN.
3) Pengaruh Anwar terus utuh dan kukuh di Permatang Pauh sehingga rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat
4) Jasa dan perkhidmatan Allahyarham Hamdan tetap dikenang rakyat Permatang Pasir dan mereka yakin Ustaz Salleh Man mampu untuk meneruskan legasi Allahyarham Hamdan
5) Sifat tenang, mesra, mudah didekati, tidak mempunyai rekod buruk dan ketekunan Ustaz Salleh Man sepanjang kempen memikat hati rakyat untuk mengundi beliau
6) Ustaz Salleh Man memang telah lama dikenali rakyat kerana pengelibatan politiknya bersama PAS sejak lebih 25 tahun bergiat dalam gerakerja politik dan kemasyarakatan. Malah beliau sering bersama-sama dengan Allahyarham Datuk Hamdan menyelesaikan masalah rakyat.
7) Kekuatan asas PR di Permatang Pasir memang cukup untuk memberikan kemenangan kepada PR kerana di DUN ini PAS dan PKR mempunyai lebih dari 2,000 ahli berdaftar ditambah lagi dengan bilangan ahli dan penyokong DAP yang juga ramai. Rekod bersih PAS memenangi semua Peti Undi pada PRU 2008 dahulu membuktikan sokongan padu rakyat kepada PR dan ianya terus dipertahankan pada PRK Permatang Pauh sehingga sekarang.
8) Mood rakyat yang sememangnya terus cenderung menyokong PR dengan isu-isu nasional seperti kematian Teoh Beng Hock, isu perkauman, serangan dan fitnah berlebihan kepada Datuk Nik Aziz menambah sokongan dan simpati kepada calon PR
9) Jentera PR yang sistematik, cekap, sepadu di tambah dengan strategi kempen yang mengena menambahkan lagi keperitan Umno/BN. Jentera PAS sendiri iaitu MTD terus beristiqamah menjalankan gerakerja di DUN ini sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjadi wakil rakyat selepas PRU 1999 lagi.
10) Kesilapan Umno/BN memilih calon bermasalah memudahkan lagi PR untuk menang di Permatang Pasir. Sejak dari awal kempen Umno/BN berada dalam keadaan defensive dimana terpaksa ‘membersihkan’ salah laku dan peribadi calonnya yang jelas buruk dan tercemar
11) BN sendiri dilihat bercakaran sesama sendiri dengan isu terbaru berkaitan PKFZ menambahkan parah BN yang sememangnya sudah parah dengan isu dalaman MCA, MIC dan Umno yang sehingga kini tidak dapat diatasi.
12) Umno Bahagian Permatang Pauh masih bercakaran sesame sendiri di tambahkan lagi dengan penentangan akar umbi terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon sedangkan masih ramai lagi calon lain yang bersih, berkarisma dan diterima oleh akar umbi
13) Pengundi di DUN ini sememangnya tidak mudah ditipu dan termakan dengan pujuk rayu dan sogokan Umno/BN kerana mereka terdedah kepada maklumat alternative dengan lokasi mereka yang berdekatan dengan Bandar dan mudah mendapat maklumat
14) Isu-isu pembangunan dan projek segera tidak menarik minat pengundi di sini kerana hampir semua kemudahan asas telah sedia ada di sini.
15) Fitnah Umno/BN terhadap Tok Guru Nik Aziz dalam isu syurga dan fitnah terhadap Ustaz Salleh akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana rakyat faham dan sudah mangli dengan isu seumpama itu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter