PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR

Proses pembuangan undi berjalan lancar di mana pengundi berpusu-pusu keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di kesemua 8 peti undi. Peti-peti undi itu ialah di JKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah. Sebanyak 39 saluran disediakan untuk mereka membuang undi.

Di peti undi SMK Sama Gagah kelihatan orangramai mula beratur seawal jam 8 pagi begitu juga di lain-lain peti undi. Keadaan dilaporkan terkawal sehingga setakat ini.

Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail adalah pengundi di DUN ini. Mereka membuang undi di SK Seri Penanti kira-kira jam 8.30 pagi. Calon PAS Ustaz Salleh Man juga turut bersama-sama Anwar melawat peti undi ini.

Ustaz Salleh dan calon BN Rohaizat Othman tidak mengundi kerana kedua-dua mereka adalah pengundi di DUN lain.

PAS dijangka menang dengan majoriti antara 3,000 ke 3,500 undi berdasarkan sambutan rakyat kepada kempen PAS. Bagaimanapun majoriti dijangkan kurang dari majoriti pada PRU 2008 lalu kerana peratusan keluar mengundi dijangka lebih rendah.

Pada PRU 2008, calon PAS Allahyarham Datuk Hamda menang dengan majoriti 5,433 undi.

Comments