ISU ADUN LUNAS TIDAK JEJAS PR DI PERMATANG PASIR

Isu ADUN Lunas, Mohd Razhi Salleh yang keluar dari PKR tidak memberikan kesan kepada peluang PAS untuk menang di Permatang Pasir. Ini kerana tindakan beliau memang dijangkakan kerana dari dahulu lagi beliau memang bermasalah.
Oleh kerana itulah Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak sendiri tidak terkejut dengan berita tersebut dan bersikap tenang sahaja tanpa riak risau dan bimbang di muka beliau.
Malah di Permatang Pasir sendiri rata-rata penyokong PR tidak menampak kegusaran dan hilang punca kerana pada mereka isu tersebut tiada banyak kaitan dengan Permatang Pasir.
Cuma BN sahaja kelihatan mendapat suntikan baru menggunakan isu ini untuk menggambarkan bahawa PR berada dalam keadaan rapuh kerana pimpinan mereka dikatakan tidak tetap pendirian.
Namun sebaliknya isu ini dilihat akan menikam BN semula kerana isu beli ADUN oleh BN akan timbul kembali sekarang. Semua orang tahu bahawa BN sudah lama berusaha untuk membeli ADUN di negeri-negeri PR termasuk di Kedah. Malangnya SPRM tidak pernah mahu menyiasat isu ini secara serius.
Bekas ADUN Bukit Selambau V Arumugam pernah mendedahkan perkara ini tetapi ianya hilang begitu sahaja sehinggalah beliau meletakkan jawatan.
Saya yakin isu ini tidak akan menguatkan kebencian rakyat Permatang Pasir kepada BN kerana rakyat memang sudah faham bahawa kerja-kerja membeli ADUN ini memang ujud seperti yang berlaku di Perak dan Kedah.

Comments

Ipoh Marley said…
HAHAHA..KHINAT KEPADA PENGKHIANAT..

JGN JADI ISLAM JUMUD