.

.

26 March 2011

SIAPA PEMBOHONG ANWAR ATAU RAHIM THAMBY CHIK?

Cuba tuan-tuan renung muka Anwar Ibrahim dan Rahim Thamby Chik, siapa yang anda lebih percaya?
Blog ini memilih Rahim Thamby yang lebih kita percaya berbanding Anwar. Rahim seorang yang maksum tidak pernah terlibat dengan apa-apa skandal. Itu dakwa Rahim sendiri. Menurutnya mahkamah tidak pernah mensabitkan kesalahan terhadap tuduhan merogol gadis bawah umur. Maknanya Rahim bersih dari mahkamah dunia. Yang tidak bersih menurut Rahim adalah Anwar.
Anwar pernah dipenjara. Rahim tak pernah. Maksudnya Rahim lebih hebat dan lebih baik dari Anwar.
Namun begitu tuan-tuan kena jujur. Tidak ada orang waras yang sebenarnya percaya kepada Rahim kerana semua orang kenal siapa Rahim. Rahim sebenarnya sedang mencari publisiti murahan untuk mempopularkan dirinya yang tidak dilayan orang ramai dan ahli Umno sendiri. Jadi mahu tak mahu Rahim mesti mencari jalan untuk mempopularkan dirinya.

25 March 2011

VIDEO LUCAH HALAL DI MALAYSIA

Malang sungguh rakyat negara ini kerana pihak berkuasa membiarkan sahaja video lucah ditayang dan disimpan tanpa tindakan. Patutlah jumlah anak luar nikah ribuan setahun. Apa sudah jadi dengan negara kita. Jelas sekali jika BN tidak ditumbangkan pada pilihanraya umum akan datang rakyat dan negara ini akan hancur.

Namun oleh kerana BN sudah tahu mereka akan hancur, maka bermacam taktik dan strategi telah sedang dan akan dirancang bagi memastikan mereka menang pada PRU ke 13 ini.

Beberapa bukti telah diperolehi di mana Pendatang Tanpa Izin dan dengan Izin dijadikan anak emas oleh mereka supaya menjadi pengundi BN; SPR dan agensi lain menjadi kuda tunggangan BN bagi memastikan mereka menang. Fitnah, tohmah dan pembohongan terus menjadi senjata mereka untuk memburuk-burukkan lawan politik mereka. Kita yakin rakyat sudah matang dan cerdik untuk berhadapan dengan semua taktik jahat mereka.

Mari kita berdoa kepada Allah supaya segala perancangan jahat puak-puak ini digagalkan oleh Allah.

ISU VIDEO : SIAPA 2 LELAKI YANG DITAHAN?

Dua lelaki dilaporkan ditahan berhubung dengan isu video fitnah Anwar. Namun pihak berkenaan tidak mendedahkan identiti kedua-dua lelaki tersebut.

Apa sebab nama mereka tidak didedahkan tidaklah pula kita ketahui. Apa muslihat mereka? Apa strategi mereka?

The Star Online yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.
Yang peliknya Rahim Thamby Chik (RTC) dan Eskay tidak pula ditahan sedangkan mereka yang sepatutnya ditahan awal-awal lagi kerana menyimpan dan menayangkan gambar lucah.

BEKAS YDP KOTA MELAKA MENINGGAL DUNIA

Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahman, 48 meninggal dunia jam 2.00 petang tadi di Hospital Besar Melaka. Beliau diamanah sebagai YDP Kota Melaka selama sepenggal pada 2007-2009.
Beliau yang berasal dari Bukit Katil merupakan seorang ahli perniagaan selepas melepaskan jawatannya dengan sebuah syarikat GLC. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Bukit Katil selepas solat Asar. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para anbia, syuhada, solohin. Al Fatihah.

VIDEO RAHIM THAMBY TULEN BUKAN PALSU?


Blog ini berpendapat Video itu bukan palsu tetapi tulen. Cuma pelakonnya Anwar palsu bukan Anwar sebenar.

Tidak berbangkit video itu palsu, ia mungkin tulen cuma pelakonnya sahaja bukan Anwar. Tetapi ada pihak cuba mengaitkan Anwar dengan pelakon video tersebut bagi mencalarkan imej Anwar dan mengugutnya supaya meletakkan jawatan.

Pihak Polis tidak perlu membuat penyiasatan samada ia palsu atau tidak yang penting mereka mesti menyiasat siapa pelakon sebenar dalam video dan seterus menghukum sesiapa yang terlibat dengan pembikinannya, ugutan, pelakon dan sebagainya.

Semalam Rahim Thamby Chik menyerahkan video itu kepada Polis. Tetapi yang menghairankan Rahim tidak pula ditangkap walapun jelas beliau terlibat menayangkan, menyimpan dan membuat ugutan.

PILIHANRAYA : TOLAK GUNA DAKWAT UNTUK MENIPU?

SPR tidak akan menggunakan dakwat sebagai bukti seseorang itu telah mengundi sebaliknya sedangkan mencari kaedah baru yang lebih moden bagi memastikan tiada yang mengundi dua kali. Kalau pengunaan dakwat pun tidak diterima, sudah pasti pengunaan kaedah moden seperti biometrik yang mahal dan memerlukan bajet banyak tidak akan digunakan. Jelas sekali Kerajaan dan SPR berdolak dalik dalam hal ini kerana ianya tidak menguntungkan BN. Malah jika pengunaan dakwat ini tidak diamalkan maka sudah tentu akan ada pihak yang boleh mengundi dua tiga kali asalkan namanya di dalam daftar pemilih.
Memang kita sudah bertemu dengan keadaan di mana orang yang sama ada dua tempat mengundi dan membuang undi di kedua-dua tempat tersebut.
Jadi sah bahawa kerajaan dan SPR bukannya mahu memperbaiki sistem pengundian kita supaya telus tetapi membiarkan ianya terbuka kepada penyelewengan dan penipuan.
Kaedah celupan tangan dalam dakwat ini masih digunakan di banyak negara antaranya India dan lain-lain.
Kita tidak kisah kalau sistem pilihanraya kita tidak pernah dipertikaikan ketelusannya tetapi apa yang kita ketahui memang ada pengundi yang namanya tercatat lebih dari sekali dalam daftar pemilih.
Penipuan dan penyelewengan ini sudah lama berlaku dan ianya dibiarkan terus menimbulkan keraguan.

PILIHANRAYA SARAWAK : PAS BUAT KEJUTAN

PAS yang tidak pernah dibayangkan akan bertapak di Sarawak sebelum ini akan membuat kejutan pada Pilihanraya Negeri Sarawak 16 April ini. Ini kerana program-program PAS yang dijalankan di sana mendapat sambutan yang baik sejak akhir-akhir ini.

Rakyat mula sedar bahawa mereka terus berada dalam kedaifan walaupun negeri Sarawak kaya dengan hasil bumi kurnian Allah. Malah pemimpin BN negeri juga membina empayar dengan harta bukan ratusan juta malah mungkin mencecah billion ringgit.

Dari 'feedback' yang kita terima dari Sarawak, rakyat tempatan sebenarnya terbuka dalam menerima bantuan dan sedia hadir pada program anjuran PAS. Mereka amat dahagakan pembelaan PAS dalam isu tanah adat, peluang pekerjaan, tempat kediaman, pendidikan dan lain-lain.

Kalau negeri-negeri lain kemudahan asas dilihat sudah berada pada tahap memuaskan, di Sarawak kemudahan asas masih teruk. Ada banyak kampung yang tiada elektrik, tiada sekolah, jalan tanah merah dan sebagainya. Inilah nasib rakyat bila pemimpin hanya sibuk mengkayakan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat.

24 March 2011

MALAYSIA SYURGA VIDEO LUCAH

Malaysia boleh disifatkan sebagai syurga video lucah kerana ianya boleh ditayangkan di mana-mana hatta di bilik hotel dengan disaksikan berpuluh orang.
Malah lebih teruk lagi 'taukeh' kepada video lucah itu adalah pimpinan Umno dan ahli perniagaan yang secara terang-terang mengaku menjadi penganjur kepada tayangan video lucah. Bukan sahaja penganjur ada yang berani mengaku bahawa dirinya sendiri juga ada didalam video tersebut.
Alangkah jijiknya orang seperti ini yang sanggup membuat tidak berasas. Malangnya pihak berkuasa membiarkan mereka bebas ke sana ke mari tanpa ditangkap, tidak seperti pemimpin PR yang sudah tentu akan ditangkap jika didakwa melakukan perkara yang sama.
Inilah sikap 'double standard' pihak berkuasa hari ini yang jelas diperkudakan oleh golongan tertentu mengikut kepentingan diri masing-masing.

23 March 2011

video : sah fitnah paling dahsyat selepas liwat 1 dan 2

PENGAKUAN AHLI PERNIAGAAN SHAHRIL ESKAY YANG BELIAU TERLIBAT DALAM VIDEO ITU MEMBUKTIKAN IANYA SUATU FITNAH. APATAH LAGI BELIAU DIAPIT OLEH SI HIDUNG BELANG RAHIM THAMBY CHIK. CUBA TUAN-PUAN BAYANG MUNGKINKAH ORANG WARAS BOLEH PERCAYA DENGAN ORANG-ORANG SEPERTI MEREKA. SIAPA YANG TIDAK KENAL RAHIM THAMBY CHIK SEORANG TERKENAL SUATU KETIKA DAHULU KINI SEDANG BERGELUT UNTUK MERAIH POPULARITI LAMANYA UNTUK KEMBALI KE PERSADA ARENA POLITIK TANAHAIR.  

video : rupanya rahim tamby chik terlibat

GELI GELAMAN BILA MENGETAHUI BAHAWA RAHIM THAMBY CHIK TERLIBAT DENGAN PENDEDAHAN VIDEO FITNAH TERBARU ANWAR IBRAHIM. SIAPA YANG TIDAK KENAL RAHIM THAMBY CHIK 'KASANOVA' TUA YANG HANDAL SUATU KETIKA DAHULU. KINI KEMBALI UNTUK MEMPOPULZRKAN DIRINYA MELALUI PENDEDAHAN VIDEO FITNAH INI. DALAM SIARAN BERITA SEBENTAR TADI RAHIM DENGAN LANTANG MENGGESA ANWAR MELETAKKAN JAWATANNYA SEBAGAI PEMIMPIN POLITIK KERANA MARUAH. MENURUT RAHIM KALAU BELIAU DULU MELETAKKAN JAWATAN KETUA MENTERI MELAKA WALAUPUN MAHKAMAH MEMBUKTIKAN BELIAU BERSALAH, ANWAR JUGA KATANYA WAJAR MELETAKKAN JAWATANNYA. TERBUKTI BAHAWA HANYA SATU TUJUAN VIDEO INI DIDEDAHKAN IAITU MEREKA MAHU ANWAR LETAK JAWATAN DAN BERSARA DARI POLITIK. JADI MUDAHLAH MEREKA MENANG PILIHANRAYA AKAN DATANG

22 March 2011

PILIHANRAYA SARAWAK : BN KECUT PERUT

BN jelas sekali kecut perut dengan perkembangan terbaru rakyat yang semakin memberikan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar di Sarawak. Golongan ini yang terdedah kepada maklumat alternatif dilihat akan bangkit menolak BN pada pilihanraya akan datang ini.

Penganalisis politik tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kejutan akan berlaku di Sarawak sebagaimana keputusan PRK Sibu tahun lalu. Namun begitu ianya banyak bergantung kepada sejauh mana pilihanraya ini dijalankan secara telus atau professional. Jika tidak ada penipuan dan penyelewengan sudah tentu PR akan menambah kerusi kalaupun tidak menafikan majoriti 2/3 BN.

Namun begitu ianya bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi kadar celik politik di Sarawak masih rendah ditambah pula dengan serangan jentera kerajaan pusat dan negeri yang sudah tentu akan menjadikan pengundi Sarawak sebagai anak emas mereka.

VIDEO : DATUK 'T' SILA SERAH DIRI??

Datuk T (wajar dipanggil Si T sahaja) yang pengecut dan penakut lebih baik serah diri. Jangan memanjangkan fitnah yang tidak masuk akal ini. Lambat laun rakyat akan tahu tembelang Si T ini kerana video yang di'arah'kan beliau itu tidak masuk akal. Kanak-kanak PASTI pun reti dan faham.
Si T lebih baik serah diri sebelum dikutuk dan dilaknat oleh semua rakyat. Jangan buat fitnah jijik lagi menjijikkan ini. Tiada siapa yang untung. Cuma orang yang difitnah akan diberikan kemuliaan oleh Allah kerana bersabar dengan prinsip dan aqidah perjuangan. Orang yang membuat fitnah akan dilaknat oleh Allah kalau tidak di dunia pastinya di Akhirat kelak. Ada berani untuk berdepan dengan Allah di Hari Kiamat kelak.?
Si T lebih baik tarik balik tuduhan, ajak semua orang yang terlibat samada yang mengupah (producer), krew pengambaran, pengarah, pelakon dan sebagainya bertaubat dan mohon maaf dari Anwar, kaum keluarganya serta seluruh pemimpin dan penyokong PR.
Si T sila memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya di muka depan media arus perdana kerana media itulah juga yang mengaibkan Anwar dan keluarganya.
Kita juga mengharapkan kerajaan berusaha membenteras perkara seumpama ini dari terus berulang. Mustahil SB tidak dapat mengesan siapa dalang di sebalik video jijik ini. Polis sering mengaku mempunyai antara pasukan terbaik di dunia. Takkan 'taukeh' video jijik macam ini pun SB dan Polis tak dapat tangkap, mustahil.
Anwar pagi tadi telah membuat laporan Polis di Balai Dang Wangi tentang video fitnah tersebut.

VIDEO LUCAH JADI 'BACKFIRE' PADA BN?

Sudah melampau, keterlaluan dan hilang kewarasan, itu antara komen yang kita dengar berkenaan fitnah terbaru terhadap Anwar.

Orang yang waras, ada iman dan normal sudah pasti tidak akan mempercayai fitnah terbaru ini kerana terlalu banyak perkara yang membuktikan video itu palsu dan fitnah dahsyat.

Antaranya anwar sendiri berada dirumahnya pada waktu gambar itu dirakamkan (seperti tercatat pada video tersebut), wajah pelakon video itu tidak berapa jelas, perutnya buncit, aksinya hebat tidak seperti orang yang sakit belakang, staminanya luarbiasa dan lain-lain.

Ternyata pengarah, pelakon serta produsernya tidak berhati-hati sewaktu pengambaran video fitnah ini sehingga ianya dipersoalkan banyak pihak.

Mengapa manusia tergamak melakukan fitnah yang dahsyat sebegini. Fitnah ini mungkin kecil bagi mereka, sedangkan ada orang sanggup membunuh dengan lebiih dahsyat .....pakai bom!
Insya Allah, fitnah dahsyat ini akan jadi 'backfire' pada musuh yang menjadi juara fitnah ini. Kita memohon Allah membukakan hati rakyat Malaysia supaya menyokong Anwar dan PR lantaran fitnah yang tidak masuk akal dan dahsyat ini.

Taib Mahmud sedia berundur tapi masih bertanding?

Taib Mahmud berkata beliau sedia berundur dari jawatan Ketua Menteri. Namun begitu masih mahu bertanding pada Pilihanraya negeri yang bakal dilangsungkan April ini. Apa maknanya bila beliau terus bertanding????
Tidak hairan nanti jika selepas menang pilihanraya nanti, Taib Mahmud akan mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Blog ini mencadangkan kepada Taib Mahmud supaya meneruskan kerjayanya sebagai Ketua Menteri, mungkin kekayaan beliau belum sampai ke tahap yang beliau mahu miliki. Mungkin beliau mahu meninggalkan dunia ini dengan jawatan Ketua Menteri masih disandangnya.
Kepada rakyat Sarawak satu cara sahaja untuk memastikan Taib Mahmud benar-benar jatuh dari jawatannya tersebut iaitu dengan mengundi PR dan parti-parti selain BN maka sudah pasti Taib dan BN akan kalah.

VIDEO SEX : JAHATNYA UTUSAN?

Kejahatan akhbar Utusan Meloya memang sudah lama diketahui. Kerjanya tidak lain memfitnah, mengadu domba, tohmah, membuat bohong, mengaibkan orang dan lain-lain.
Isu seperti Video Sex yang didakwa melibatkan Anwar ini memang menjadi 'makanan' Utusan kerana ia memang menjadi wirid Utusan.
Lihat sahaja muka depan Utusan hari ini. Gambar Anwar dengan muka yang bengis dan marah sengaja dipaparkan untuk menunjukkan Anwar seorang yang bengis, pemarah. Ini merupaka perang psikologi untuk menunjukkan kepada rakyat Anwar marah-marah dengan dakwaan ini. Jadi bila marah maknanya betul la tu......itu mungkin niat Utusan.
Sedarlah wahai Editor dan Ketua Pengarang Utusan akan amaran Allah. Fitnah itu lebih berat dari membunuh. Selagi tulisan fitnah itu terlekat di dada akhbar dan terlekat di minda rakyat dan pihak terbabit tidak minta maaf kepada orang yang kena fitnah selagi itulah dosa tidak terlepas. Oleh itu marilah sama-sama kita memohon kemaafan atas apa juga fitnah dan kesalahan yang kita lakukan secara sedar atau tidak.

VIDEO SEX : SIAPA DI BELAKANG DATUK 'T'?

Siapa dalang sebenar di belakang Datuk T yang mengarahkan video itu dihasilkan?

Sudah tentu orang itu mungkin adalah :-

1) Musuh Anwar bukan kawan Anwar
2) Musuh yang merasa tergugat dengan sokongan rakyat kepada Anwar dan PR.
3) Musuh Anwar yang merasa tergugat takut-takut kehilangan kuasa, pangkat, kemuliaan dunia dan sebagainya.
4) Musuh Anwar yang mungkin sama dengan 'Pengarah Filem' Liwat 1 dan Liwat 2.
5) Musuh Anwar yang mempunyai hati kering sanggup memfitnah orang lain sedangkan Allah tegaskan fitnah merupakan dosa besar.
6) Musuh yang merasakan dirinya berkuasa sedangkan Allah berkuasa untuk mematikan sesiapa sahaja pada bila-bila masa............

Cuba teka siapa musuh Anwar???????

145 ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN SETIAP HARI

STATISTIK TERBARU : Sebanyak 145 orang anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia, iaitu sejumlah 52,982 orang anak luar nikah yang direkodkan pada tahun 2010.

Siapa yang mesti dipertanggungjawabkan??? Malangnya kerajaan Malaysia tidak rasa bimbang dan takut dengan statistik ini.

Sebaliknya kerajaan Malaysia terus menggalakkan program maksiat dan bertindak memantau program-program makhruf seperti kuliah agama, tazkirah dan sebagainya.

Apakah tuan-puan yang mengundi BN tidak berasa bersalah mengundi BN yang membiarkan maksiat terus berlaku?

21 March 2011

LIWAT, VIDEO LUCAH, FITNAH JADI SENJATA LAWAN PR

Senjata musuh PR untuk menentang PR ialah liwat, fitnah lucah, video seks dan segala perkara yang menjijikkan. Memang dasar parti jijik dan jahat maka sudah tentu senjata mereka untuk menentang musuh mereka adalah perkara-perkara yang menjijikkan.

Orang-orang yang lucah dan jijik setiap saat akan sentiasa bergelumang dengan benda-benda jijik dan lucah. Bagi mereka benda lucah dan jijik itu perkara biasa sebab mereka juga suka kepada benda kotor, jijik dan lucah.

Maka tidak hairanlah jika satu demi satu fitnah dilemparkan kepada Anwar Ibrahim seteru utama parti pemerintah. Pelbagai cara mereka gunakan untuk membunuh karier politik Anwar. Halal haram sudah tidak menjadi hal.

Neraka syurga tiada dalam kamus hidup mereka. Yang penting kuasa mesti dipertahankan. MAKA MATLAMAT AKAN MENGHALALKAN CARA.

VIDEO ANWAR : SIAPA DATUK 'T'?

Tahukah anda siapa Datuk T orang yang menjadi Taukeh Video Lucah fitnah terhadap Anwar. Cuba teka siapa Datuk T?

Mungkinkah Datuk T ialah :-

1) Datuk T_k_ _ u _ _ _ n.
2) Datuk T_ _i _
3) Datuk T_ _ u _ _ o _ l _.
4) Datuk T_ _ u _ _ n
5) Datuk T _ g _ l
6) Datuk TTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT??????

Apa yang pasti Datuk T adalah seorang yang berani, tidak takut kepada Allah, tidak takut syurga neraka dan sebagainya.

INILAH ORANG YANG FITNAH ANWAR.

Orang yang memfitnah Anwar ialah bersifat seperti dibawah :-

1) Tidak takut akan azab Allah terhadap orang yang memfitnah
2) Bertuhankan hawa nafsu dan manusia
3) Tidak akan neraka Allah
4) Tidak takut azab kubur
5) Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
6) Menjadikan harta, pangkat, habuan dunia sebagai tujuan hidup di dunia
7) Tidak takut celaan Allah
8) Mengejar wang ringgit dan kemuliaan dunia
9) Membeli kesesatan dengan kebenaran
10) Di dalam hatinya ada penyakit yang dahsyat.

Orangnya ialah .......................................$@^$#*@^

VIDEO : TANGKAP PENGANJUR TAYANGAN LUCAH

Blog ini menggesa pihak Polis menangkap penganjur Tayangan Video lucah yang menayangkan video lucah seseorang di sebuah hotel mewah pagi ini. Tidak syak lagi penganjur kepada tayanan telah menyalahi undang-undang dengan menayangkan video lucah dan juga menyimpan video lucah.
Para penonton juga mesti ditangkap dan disoal siasat keranan menonton video yang salah di sisi undang-undang.
Pagi tadi media melaporkan bahawa sekumpulan wartawan telah dipertontonkan dengan video lucah seorang yang dikatakan Pemimpin parti politik tersohor. Ada blog yang mendakwa pelakon video itu adalah Anwar Ibrahim.

Samada benar atau tidak dakwaan itu, video itu asli atau palsu yang penting penganjur itu mesti ditangkap kerana menyalahi undang-undang menayangkan video lucah. Pada masa yang sama pihak berwajib juga mesti menyiasat siapa yang membuat video dan siapa pelakonnya. Jika terdapat kesalahan hadapkan semua mereka yang bersalah terpaksa 'taukeh panggung' itu sekali.

BN: Mala petaka di akhir zaman

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Dan fitnah ini cukup jelas dan nyata dihamburkan oleh pihak BN ketika di PRK, melalui saksi mata saya sendiri dan dari mata sahabat yang lain ketika di sana. Strategi perang saraf BN tidak mengenal erti benar dan salah, erti hakikat fakta dan palsu malah erti pahala dan dosa asalkan matlamat utama mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara yang cukup jijik dan dayus tercapai.

Itulah BN yang dilihat seiras kaum yang dimaksudkan oleh persoalan Huzaifah yang dikatakan mengambil sunnah dan petunjuk selain daripada sunnah dan petunjuk nabi.

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’".

Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Dan kerana itu, para pengundi khususnya, haruslah bijak di dalam menapis setiap maklumat yang disampaikan, Allah SWT berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Al-Hujurat :6).

Kerana pengundi yang bijak itu disebut oleh Prof Hamka dalam mentafsirkan ayat di atas sebagai orang yang beriman kerana sentiasa berfikir sebelum bertindak atau berbuat sesuatu, dan senantiasa bersifat sabar dalam menerima segala berita, dan tidak tergopoh-gapah di dalam mempercayai sesuatu berita, kerana sikap buruk (tergopoh-gapah) itu dari sabda Nabi adalah dari syaitan.

Dan untuk tidak bersama-sama dengan sikap buruk itu, maka amatilah dengan fikiran terbuka dan dengan penuh sabar maklumat yang saya kumpul dari risalah-risalah ketika di PRK sebelum ini termasuk memeriksa kebenarannya sebagai bukti berimannya kita kepada Allah S.W.T.

Antaranya ialah:

DAP anti Melayu dan anti ISLAM? (Hampir 21 contoh dikemukakan untuk mengukuhkan tuduhan itu).

Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu termasuk Institusi Raja-Raja Melayu?

Perbezaan di antara kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menentang rasuah dengan tindakan beliau yang juga pengamal rasuah?

Kes liwat Datuk Seri Anwar termasuk tiada bukti yang dikemukan beliau terhadap tuduhan beliau dalam isu pembelian kapal selam, pembunuhan Altantuya dan APCO?

Mungkir janjinya Anwar untuk menyelesaikan isu Kg. Buah Pala di Pulau Pinang?

Anwar sebagai penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1 tetapi mempunyai defisit RM70 juta serta pejabat di luar Negara?

Datuk Seri Anwar dan Khalid Samad ingin meliberalkan ISLAM?

Melayu untuk dijual?

Isu pimpinan DAP di dalam dan di sekitar kawasan masjid?

Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah?

Doa pecah perut untuk orang Islam. Doa qunut nazilah dan solat hajat untuk orang kafir?
PAS tidak mempertahankan nama Allah kerana membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah termasuk menggunakan perkataan Allah di gereja?

Sejauh mana benar tuduhan di atas terletak di bahu kita semua untuk sama-sama menelitinya, dan jika ia tidak benar, maka wajiblah untuk sama-sama kita memeranginya.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Dan janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam bahaya fitnah ini kerana azab siksanya amatlah pedih.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Memberi undi atau menyokong mereka tanpa usul periksa yang menyeluruh atau berat-sebelah pasti akhirnya akan meruntuhkan seluruh struktur sosio-ekonomi negara lebih-lebih lagi kepada masa hadapan anak-anak kita yang akan hancur kerananya. Adakah itu yang kita mahu?

Dan jika BN khususnya Umno berada di landasan yang benar dan yakin dengan setiap tuduhan mereka, dan yakin bahawa setiap rakyat malaysia berhak diberi kebebasan untuk melaksanakan usul periksa secara adil dan saksama demi agama dan negara, kenapa kebebasan media khususnya kepada Pakatan Rakyat disekat sebegitu rupa? Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Kenapa dilihat begitu takut? sehingga tiada ruang langsung disediakan oleh media Radio dan Televisyen untuk Pakatan Rakyat memperjelaskan setiap dari tuduhan di atas.

Untuk rakyat khususnya para pengundi fikirkan.
Sumber : Harakahdaily

ISU VIDEO : PAS DAN DAP TINGGALKAN PR?

Mungkinkah hajat dan niat BN untuk melihat PAS dan DAP berpecah dengan PKR dan meranapkan PR akan menjadi kenyataan? Inilah yang diidamkan BN sejak Tsunami politik 2008.
Pelbagai percubaan dilakukan antaranya pembunuhan 'character', fitnah liwat, pembelian Ahli Parlimen dan macam-macam lagi. Semuanya gagal. Kini isu terbaru dibangkitkan oleh pihak yang tidak bermaruah iaitu mensabitkan Anwar dengan video seks. Semua ini dibuat semata-mata untuk memburukkan Anwar dan PR.
Pihak terbabit sebenarnya silap percaturan. PAS dan DAP bukanlah sebuah parti setahun jagung yang mudah ditipu dan diperdaya. PAS adalah sebuah Parti Islam yang berpegang kepada prinsip dan janji. Sebuah parti yang takut kepada Allah bukan takut kepada manusia. PAS dalam sejarah politiknya tidak pernah mungkir janji menikam kawan. Robohnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di era 90-an bukan kerana PAS. Berpecahnya BA selepas PRU 1999 bukan kerana PAS. PAS tetapi setia kepada janji.
Sebab itulah apa juga isu yang dibangkitkan oleh pihak yang TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH tidak memberi bekas kepada PAS.

Begitu juga DAP yang kita yakin tidak akan melatah tidak tentu hala. DAP yang dipimpin oleh individu-individu yang cukup berpengalaman sudah tentu akan mengkaji dengan penuh teliti dan cermat sebelum membuat sebarang keputusan. Sebab itu setelah 3 tahun PAS, DAP dan PKR berkawan pelbagai ranjau berjaya mereka lepasi walaupun badai dan taufan begitu deras melanda.
Kita yakin serangan terbaru ini akan makan tuan dan rakyat semakin muak dan mual dengan puak-puak yang TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH ini.

ANWAR BERLAKON VIDEO LUCAH?

Riuh rendah satu Malaysia malah seluruh dunia dengan berita Anwar didakwa berlakon filem lucah ala seorang pemimpin BN. Hari ini media melaporkan sekumpulan wartawan dipertontonkan dengan video lucah tersebut.

Jelas sekali politik Malaysia menjadi terlalu kotor lebih kotor dari politik barat. Inilah akibatnya apabila nafsu serakah mengatasi segalanya. Fitnah, tohmah, mengaibkan orang lain sudah menjadi bahan mainan. Yang penting kuasa mesti dipertahankan.

Siapa yang percaya dengan fitnah ini sedangkan sebelum ini Anwar difitnah dengan kes liwat 1 dan 2. Kini dengan kes video lucah. Bagi orang yang waras dan tidak dipengaruhi dengan nafsu serakah sudah tentu tidak akan percaya dengan fitnah ini.

Zaman moden ini semua benda boleh dilakukan. Lakonan, topeng, superimpose, camera trick semua boleh dilakukan,. Semuanya tidak mustahil.

Ternyata pihak-pihak tertentu benar-benar terdesak dengan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Jadi cara terbaik untuk mereka memusnahkan PR ialah dengan membunuh karier politik Anwar dengan fitnah sebegini.

Kita memohon kepada Allah supaya menghukum sesiapa sahaja yang membuat fitnah dahsyat ini. Sesungguhnya fitnah lebih merbahaya dari membunuh.

1:5 RAKYAT MALAYSIA GILA : STATISTIK YANG MENGGERUNKAN

Rakyat Malaysia menghadapi risiko menjadi gila dengan nisbah 1:5. Ini merupakan suatu fakta yang menakutkan kerana ianya terlalu tinggi iaitu 20 % rakyat Malaysia berisiko menjadi gila. Apa jenis agaknya kerana banyak jenis gila yang ada antaranya betul-betul punya gila atau gila yang ‘main-main’ antaranya gila bayang, gila talak, gila kuasa, gila ising, gila babi dan macam-macam lagi.

Bagi blog ini faktor yang tinggi adalah disebabkan manusia sudah tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam sehingga mereka mudah hilang punca, stress, murung, putus asa dan sebagainya sehingga mereka menjadi tidak keruan dan akhirnya gila.
Kebanyakan orang gila ini mungkin tidak dapat menerima sesuatu yang menimpa diri mereka antaranya putus cinta, perniagaan rugi, kehilangan insan tersayang, gagal dalam pelajaran dan sebagainya. Memang semua itu asam garam kehidupan namun oleh kerana mereka tidak kuat menghadapi dugaan dan tidak dapat menerima qada’ dan qadar Allah mereka menjadi gila.

Suasana persekitaran hari ini juga menyebabkan seseorang itu mudah gila. Masyarakat hari ini terlalu jauh dari Allah. Apa yang mereka kejar hanyalah maddiyah (kebendaan), pangkat, kedudukan dan sebagainya yang tidak disandarkan kepada Islam. Jadi bila mereka gagal mendapatkannya mereka mudah tergelincir hilang arah dan menjadi gila.

Sejak akhir-akhir ini juga sering berlaku kejadian membunuh ahli keluarga, mengamuk dan sebagainya disebabkan rasukan makhluk halus dan sebagainya. Mungkin kejadian ini berlaku disebabkan mereka yang terlibat dengan mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan Islam berkawan syaitan dan sebagainya. Ada juga yang menuntut ilmu yang tidak setaraf dengan ilmu didada yang menyebabkan mereka tersalah amalan dan sebagainya.

Untuk itu kita mengharapkan seluruh rakyat khasnya umat Islam supaya kembali kepada Allah dan tidak mengamalkan ajaran yang boleh menyebabkan kita cenderung kepada amalan sesat. Selain itu setiap orang juga mesti mendekatkan diri kepada Allah supaya tidak bersabar dan redha dengan apa juga dugaan Allah pada hari mendatang.

20 March 2011

RAKYAT SARAWAK BILA MAHU SEDAR?

Sarawak adalah antara negeri yang mempunyai hasil mahsul yang banyak. Bumi Kenyalang itu ada minyak, hasil hutan yang banyak dan bermacam-macam lagi. Namun hakikatnya negeri dan rakyat Sarawak adalah antara yang termiskin di Malaysia. Banyak tempat masih tidak mempunyai kemudahan asas yang baik. Tetapi yang peliknya Ketua Menteri dan kaum keluarganya adalah pemimpin yang paling kaya jika hendak dibandingkan dengan pemimpin negeri lain.
Rakyat Sarawak wajib berubah dan memperbetulkan perkara ini. Caranya tidak lain tidak bukan ialah menumbangkan pemimpin yang mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarganya sendiri. Apakah dakwaan ramai orang yang mengatakan Taib Mahmud kaya raya tidak benar? Jika tidak benar sila isytiharkan hartanya kepada rakyat. Biar rakyat tahu dan membuat perhitungan pada pilihanraya Sarawak yang bakal menjelang ini.

TAPEM BERI AMARAN TARIK BANTUAN KEWANGAN

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) memberi surat tunjuk sebab kepada seorang pelajar, Muhammad Azelan Abdul Ghani kerana didakwa melakukan kesalahan merayu undi bagi pihak PAS semasa Pilihanraya Kecil Merlimau baru-baru ini.

Surat tunjuk sebab bertarikh 16 Mac dengan Ruj. No : TAPNM/PPT/506-08(Mei) ditandatangani oleh Pengurus Besar TAPEM, Karim Yaacob jelas membuktikan sikap tidak adil TAPEM.

Ini kerana pelajar yang berkempen untuk Umno/BN tidak menerima apa-apa tunjuk sebab.

Cerita lengkap akan menyusul.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter