ISU VIDEO : PAS DAN DAP TINGGALKAN PR?

Mungkinkah hajat dan niat BN untuk melihat PAS dan DAP berpecah dengan PKR dan meranapkan PR akan menjadi kenyataan? Inilah yang diidamkan BN sejak Tsunami politik 2008.
Pelbagai percubaan dilakukan antaranya pembunuhan 'character', fitnah liwat, pembelian Ahli Parlimen dan macam-macam lagi. Semuanya gagal. Kini isu terbaru dibangkitkan oleh pihak yang tidak bermaruah iaitu mensabitkan Anwar dengan video seks. Semua ini dibuat semata-mata untuk memburukkan Anwar dan PR.
Pihak terbabit sebenarnya silap percaturan. PAS dan DAP bukanlah sebuah parti setahun jagung yang mudah ditipu dan diperdaya. PAS adalah sebuah Parti Islam yang berpegang kepada prinsip dan janji. Sebuah parti yang takut kepada Allah bukan takut kepada manusia. PAS dalam sejarah politiknya tidak pernah mungkir janji menikam kawan. Robohnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di era 90-an bukan kerana PAS. Berpecahnya BA selepas PRU 1999 bukan kerana PAS. PAS tetapi setia kepada janji.
Sebab itulah apa juga isu yang dibangkitkan oleh pihak yang TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH tidak memberi bekas kepada PAS.

Begitu juga DAP yang kita yakin tidak akan melatah tidak tentu hala. DAP yang dipimpin oleh individu-individu yang cukup berpengalaman sudah tentu akan mengkaji dengan penuh teliti dan cermat sebelum membuat sebarang keputusan. Sebab itu setelah 3 tahun PAS, DAP dan PKR berkawan pelbagai ranjau berjaya mereka lepasi walaupun badai dan taufan begitu deras melanda.
Kita yakin serangan terbaru ini akan makan tuan dan rakyat semakin muak dan mual dengan puak-puak yang TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH ini.

Comments