MALAYSIA SYURGA VIDEO LUCAH

Malaysia boleh disifatkan sebagai syurga video lucah kerana ianya boleh ditayangkan di mana-mana hatta di bilik hotel dengan disaksikan berpuluh orang.
Malah lebih teruk lagi 'taukeh' kepada video lucah itu adalah pimpinan Umno dan ahli perniagaan yang secara terang-terang mengaku menjadi penganjur kepada tayangan video lucah. Bukan sahaja penganjur ada yang berani mengaku bahawa dirinya sendiri juga ada didalam video tersebut.
Alangkah jijiknya orang seperti ini yang sanggup membuat tidak berasas. Malangnya pihak berkuasa membiarkan mereka bebas ke sana ke mari tanpa ditangkap, tidak seperti pemimpin PR yang sudah tentu akan ditangkap jika didakwa melakukan perkara yang sama.
Inilah sikap 'double standard' pihak berkuasa hari ini yang jelas diperkudakan oleh golongan tertentu mengikut kepentingan diri masing-masing.

Comments

Anonymous said…
Jgn guna perkataan syurga untuk perkara yg buruk......Patunya Tajuk Malaysia Pengeluar Video Lucah!!!!!!