.

.

24 March 2012

Ceramah Mat Sabu di Lendu malam tadi

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohd Sabu akan menyampaikan ceramah di dua tempat malam ini iaitu di Kg Lendu dan Selandar.

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir.

Wasatiyyah cara Najib

1) Beg tangan bini harga puluhan dan ratusan ribu
2) Belanja bertunang anak ratusan ribu
3) Baju bini harga puluh ribu
4) Kasut bini puluhan ribu

dan macam-macam lagi

23 March 2012

ROGOL SEMAKIN MEMBARAH , TETAPI PEMIMPIN UMNO TETAP TAK MAHU LAKSANA HUKUM ISLAM

Keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635.  Pada tahun 2003 sebanyak 1,479 kes dicatatkan, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

Namun yang menyedihkan Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan di Parlimen tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir."

Umno tetap berdegil tidak mahu kembali kepada Islam walaupun terbukti undang-undang ciptaan manusia gagal menyelesaikan masalah.

Sumber : harakahdaily







22 March 2012

NAJIB JANGAN TIPU RAKYAT ......FAKTA YANG MESTI DIFAHAMI !!

1) Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

2) Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Maaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3) Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah “outsource”kan politik melampau kepada Perkasa.

4) Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah “demokrasi paling baik di dunia” , beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

5) Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6) Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

7) Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.

8) Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terpelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha “menyelamatkan” bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.

9) Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.

10) Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11) Salah urus perhimpunan Bersih 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, semhaentara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12) Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Datuk Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden “mata lebam” Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai “kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah”, mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharum, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang. Adalah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini – dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?

Sedutan ucapan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada 22 Mac 2012
Sumber Harakahdaily





Ku Li tanding Umno atau BEBAS?

Ku Li pasti bertanding pada PRU 13 nanti. Cuma yang kita tidak ketahui samada bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu bertanding tiket bebas atau BN. Atau mungkin juga tiket PAS, PKR atau DAP. Semua boleh berlaku.

Kita yakin jika BN mahu memberikan saingan kepada PR sudah tentu mereka tidak akan mengenepikan Ku Li. BN sudah tentu tahu bahawa meminggirkan Ku Li bermaksud menggadaikan satu kerusi BN yang amat berharga. Sebab itu Blog ini berpendapat walaupun terdapat desakan dari pimpinan Umno Gua Musang yang mabuk pangkat untuk memalukan Ku Li tetapi tidak semudah itu Presiden Umno, Ah Jib Gor hendak melepaskan kerusi BN kepada PR di Gua Musang.

Semua orang tahu Ku Li memang 'berhantu' di Gua Musang. Meminggirkan Ku Li bukan sahaja menjejaskan kerusi Parlimen malah ia akan juga memberi kesan kepada kerusi Dun di Gua Musang iaitu Dun Galas, Paloh dan Dabong. Apakah Mustapha Mohamad sanggup untuk kehilangan ketiga-tiga kerusi tersebut bersama-sama dengan kerusi Parlimen Gua Musang.

DR NILAM SEMAKIN BAIK

Sahabat kita Setiausaha PAS Kawasan Raub, Dr Mohd Nilam Abdul Manaf semakin baik kesihatannya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa beliau berada dalam keadaan lebih baik dari sebelum ini. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali berkhidmat untuk agama dan rakyat.

21 March 2012

Orang Melayu takutkan bukan Islam kepada agama Islam

Bekas pelawak terkenal, Mohd HakimLokman berkata orang Melayu di negara ini menjadi penyebab kepada orang bukan Islam takut untuk mendekati Islam.


“Bila kita lihat orang Melayu, maka pelbagai pandangan negatif tergambar pada kita kerana yang rasuah, penagih dadah, miskin, melakukan jenayah majoritinya orang Melayu.

“Orang Melayu yang mengaku Islam tidak mengamalkan Islam sepenuhnya sehingga orang bukan Islam tidak berminat kepada Islam”ujar Mohd Hakim yang lebih mesra dengan panggilan Bob Lokman.

Beliau berkata lebih teruk lagi, orang Islam sendiri memusuhi Islam dan tidak mahu berjuang menegakkan Islam.

“Kalau orang bukan Islam menentang hokum Islam seperti hudud dan sebagainya kita tidak kisah, tetapi malangnya orang yang mengaku Islam sendiri menentangnya malah menghalang orang lain untuk mengamalkannya.

“Bila Chua Soi Lek memperlekehkan hukum Islam mereka diam tanpa menegurnya kerana mereka juga bersetuju agaknya dengan pandangan Soi Lek itu” tambah Bob.

Menurutnya sudah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah Malaysia tetapi orang bukan Islam semakin tidak faham tentang Islam kerana dikelirukan oleh pimpinan mereka.

“PAS baru sahaja berkawan dengan DAP tetapi kita sedikit demi sedikit berjaya memberikan kefahaman Islam kepada DAP kerana yang jelas Islam sesuai untuk semua tidak kira orang Islam atau bukan Islam” ujar Bob.

Beliau berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD) Asahan di Kg Bukit Senggeh malam tadi. Turut berceramah bersama beliau ialah Pengerusi Biro Politik DAP Melaka, Damian Yeo.

20 March 2012

DEBAT ADLY-ALI : PJ PAS SEDIA, ALI DIAM SERIBU BAHASA

Pesuruhjaya PAS Melaka dengan tegas menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Pengerusi Umno Melaka, Ali Rustam.

Dalam entri terbaru blognya Adly berkata jalan terbaik, kita bercakap satu pembesar suara, satu pentas dan satu Malaysia boleh dengar. Kita berdebat!


"Ada anak anak muda yang sudah buat banner dan siarkan dalam FB tentang debat 15 April 2012, tentang Pembangunan atau pemborosan Melaka?."


"Jawapan saya tentang 15 April, saya tunggu respond Datuk Ali, saya secara peribadi bersedia Debat pada 15 April 2012."


"Debat bukan mencari menang atau kalah. Membina minda kelas pertama generasi Melaka adalah keutamaan kita. Jom Debat!" ujar Adly

Kebebasan media : Betul ke media kita bebas?

Najib berkata media Malaysia bebas dan semakin bebas. Betul ke? Kalau bebas mengapa berita-berita di media arus perdana berat sebelah. Jika keluar berita berkaitan Pakatan Rakyat pun hanya yang negatif dan menguntungkan BN. Menteri Besar Kelantan memohon untuk bersiaran dalam Radio Kelantan pun tidak dibenarkan. Adakah ini yang dikatakan BEBAS .....mungkin kebebasan dari kacamata Najib agaknya.

19 March 2012

PHAHROLRAZI SILA TUTUP MULUT

Sudah-sudahlah tu Phahrolrazi SILA TUTUP MULUT. Jangan dok beri peluru dekat musuh. Jangan buat lagi kenyataan akhbar yang memberikan keuntungan kepada BN. Takkan hang tidak faham politik.........
Berita Hairan menyiarkan kenyataan Phahrolrazi yang menuduh Dewan Pemuda Kedah cuba menggulingkan beliau dan Dr Ismail Salleh dari kepimpinan PAS Kedah.

Hal-hal dalam kelambu, suami isteri sebegini jangan dibongkar dan diceritakan kepada orang lain malah kepada masyarakat umum. Tambah lagi buat kenyataan media di media massa musuh ........punah.

Takkan dengan budak-budak pun hang hendak bergaduh.....kalau nak bergaduh juga bergaduhlah dalam kelambu jangan bergaduh di 'Pekan Rabu' malulah kat orang. Macam laki bini bergaduh ditengah-tengah pasar malam kan malu ...........itu pun tak reti ke.

Hari ini media melaporkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah itu mendakwa bahawa Dewan Pemuda PAS Kedah yang didalangi pihak ketiga cuba menggulingkan beliau dan dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh daripada barisan kepemimpinan PAS negeri itu.

Akhbar Berita Harian memetik beliau sebagai berkata, usul untuk merombak semula Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah itu dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan yang benar-benar faham. Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku,” katanya dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

NONEMenurut Phahrolrazi, beliau juga menyanjung tinggi sikap ditunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu supaya jawatannya dan Dr Ismail dalam PAS Kedah dikekalkan.

Beliau menyifatkan, menteri besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.

“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,” katanya lagi kepada Berita Harian 

KADIR KELUAR UMNO, KU LI MENYUSUL


NONEPemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Selepas ini mungkinkah Presiden AMANAH, Tengku Razaleigh Hamzah pula akan keluar Umno? Kalau timbalannya telah keluar Umno kemungkinan besar, Presidennya akan keluar Umno.



18 March 2012

ALI RUSTAM BERDEBAT DENGAN PJ MELAKA?

Ketua Menteri Melaka sudah beberapa kali kononnya mencabar pimpinan PAS Melaka berdebat. Tetapi bila cabaran itu disambut pimpinan PAS, Ali Rustam menyepi diri dan tidak berani bersuara.

Malah cabaran pimpinan PAS Melaka sejak zaman Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman menjadi Pesuruhjaya PAS pun tidak pernah disambut beliau. Hanya berani bercakap dalam media tidak berani merealisasikannya.

Blog ini mencadangkan pimpinan PAS Melaka khususnya Tuan Pesuruhjaya, Adly Zahari menghantar surat jemputan rasmi mengajak Ali Rustam berdebat. Tempat paling sesuai ialah di MITC dan minta stesyen TV siarkan secara langsung.

Pada pendapat tuan-puan beranikah Ali Rustam berdebat dengan Adly......bagi blog ini kami yakin bukan sahaja Adly, .....dengan dengan Ketua Cawangan PAS pun dia takut untuk berdebat.

UMNO-BN TAK TAHU MALU DAN SEMAKIN SAMSENG


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Umno-BN tidak tahu malu dan semakin samseng dalam menghadapi kebangkita sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

“Walau pun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu." kata Guan ENg dalam perutusan sempena ulang tahun ke 46 DAP hari ini.

“Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah.

“Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan.' ujar beliau lagi.


“Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka,” katanya dalam perutusan ulang tahun ke-46 DAP hari ini.

Menurutnya, beliau sendiri bersama pemimpin-pemimpin PR seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila menghadiri acara-acara awam.

Malah, katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh penyokong BN di Pahang yang bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal.

Walau pun “mangsa” wanita itu telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa ia adalah palsu dan tidak pernah sesekali pun berjumpa dengan saya atau anak saya, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis terhadap Umno-Online dan blogger-blogger UMNO yang menyebarkan pembohongan ini,” tambah beliau.



Beliau berkata DAP menyeru agar semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, usaha itu penting untuk mengekalkan kedudukan Pakatan sebagai kerajaan negeri yang ada sekarang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, selain mengharapkan mandat rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

“Isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

“Kunjungan para pemimpin BN ke setiap pelusuk negara untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalah gunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.


Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu – iaitu Duit, Media, Jentera Kerajaan dan Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR (4M: Money, Media, Machinery of Government, Menacing PR Leaders).

Malah, ujarnya, UMNO-BN juga memainkan taktir kotor menggunakan Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (4R: Race, Religion, Royalty, Rigging The Election Commission) yang bakal disemarakkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Justeru, menurut beliau, para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik 4M dan 4R ciptaan BN itu supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti.

“Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-oleh ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan kad pengenalan kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, keengganan kerajaan BN menubuhkan Suruhanjaya Driraja untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan serta peralihan pengundi secara senyap kepada kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, membuktikan taktik kotor yang sedang digunakan.

Sumber : Roketkini.

PRU 13 : ALI RUSTAM IKUT JEJAK KHIR TOYO CAKAP BESAR LEPAS ITU 'TERJELEPOK'

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali menuruti langkah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang bercakap besar menjelang PRU 12 lalu. 


Khir Toyo pernah berkata BN akan memastikan Selangor sifar pembangkang selepas PRU 12 tetapi yang nyata BN dihumban dari tampuk pemerintahan negeri Selangor. Khir Toyo pula menerima nasib malang bukan sahaja hilang jawatan Menteri Besar malah disabitkan dengan kesalahan rasuah. Mungkin Ali Rustam juga menerima nasib sama, BN Melaka kalah dan dia dihadapkan ke mahkamah kerana semua orang tahu dia adalah bapa rasuah negeri Melaka malah pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan Umno.


rustam ali silat group bersih 4Biarlah Ali Rustam bercakap besar. Hari ini dengan angkuh beliau berkata BN Melaka bertekad untuk menjadikan negeri itu sebagai kubu kuat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bapa rasuah itu berkata lagi, BN akan mempertahankan 23 kerusi DUN sedia ada selain mahu memastikan mereka mampu merampas kembali DUN Bachang daripada DAP.

“Timbalan  Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berpuas hati dengan persediaan negeri bagi menghadapi PRU pada perjumpaan khas bersama jawatankuasa BN negeri baru-baru ini.

“Kita akan pertahankan 23 kerusi DUN dan mahu rampas Bachang selain mempertahankan lima parlimen.

“Kita sama-sama ikrar untuk menawan kawasan yang pernah menang dahulu seperti Ayer Keroh, Kesidang dan Kota Laksamana,” katanya, hari ini.

Sementara itu, laluan yang diberikan MCA kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk menawan kerusi Kota Laksamana diharap memberi kemenangan buat parti.

Mohd Ali turut melahirkan rasa berpuas hati terhadap sokongan rakyat kian meningkat berbanding PRU lalu.

Namun, harapannya jentera BN akan terus mengorak langkah bekerja keras bagi memastikan kemenangan kekal milik BN.

“Setiap Bahagian juga diminta senaraikan nama calon sebagai persediaan awal sekiranya diminta pucuk pimpinan pada bila-bila masa,” katanya.

ISU KAPAL SELAM DIBICARA DI PERANCIS, LIHAT SIAPA YANG KENA?6666

Kes pembelian kapal selam Scorpean akan dibicarakan di mahkamah terbuka Perancis tidak lama lagi.

Menurut pembawa kes itu, Suaram - sebuah pertubuhan hak asasi Malaysia, selepas tiga tahun diselidik akhirnya kes itu akan dibicarakan.

Tiga tahun lepas, Suaram meminta mahkamah Perancis mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan kapal selam Perancis, DCNS ekoran dakwaan rasuah.

Suaram mendakwa, pembeli kapal selam dari syarikat ini iaitu kerajaan Malaysia telah memberikan rasuah ketika pembelian kapal ini.

Pembelian ini dibuat melalui Perimekar, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Abdul Razak Baginda, penasihat strategik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seteah begitu lama kita menunggu akhirnya kes ini akan dibicarakan juga. Kita lihat nanti siapa yang akan dipanggil menjadi saksi......mampu si dia mengenepikan sapina Mahkamah Perancis, andai disapina nanti????
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter