PRU 13 : ALI RUSTAM IKUT JEJAK KHIR TOYO CAKAP BESAR LEPAS ITU 'TERJELEPOK'

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali menuruti langkah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang bercakap besar menjelang PRU 12 lalu. 


Khir Toyo pernah berkata BN akan memastikan Selangor sifar pembangkang selepas PRU 12 tetapi yang nyata BN dihumban dari tampuk pemerintahan negeri Selangor. Khir Toyo pula menerima nasib malang bukan sahaja hilang jawatan Menteri Besar malah disabitkan dengan kesalahan rasuah. Mungkin Ali Rustam juga menerima nasib sama, BN Melaka kalah dan dia dihadapkan ke mahkamah kerana semua orang tahu dia adalah bapa rasuah negeri Melaka malah pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan Umno.


rustam ali silat group bersih 4Biarlah Ali Rustam bercakap besar. Hari ini dengan angkuh beliau berkata BN Melaka bertekad untuk menjadikan negeri itu sebagai kubu kuat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bapa rasuah itu berkata lagi, BN akan mempertahankan 23 kerusi DUN sedia ada selain mahu memastikan mereka mampu merampas kembali DUN Bachang daripada DAP.

“Timbalan  Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berpuas hati dengan persediaan negeri bagi menghadapi PRU pada perjumpaan khas bersama jawatankuasa BN negeri baru-baru ini.

“Kita akan pertahankan 23 kerusi DUN dan mahu rampas Bachang selain mempertahankan lima parlimen.

“Kita sama-sama ikrar untuk menawan kawasan yang pernah menang dahulu seperti Ayer Keroh, Kesidang dan Kota Laksamana,” katanya, hari ini.

Sementara itu, laluan yang diberikan MCA kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk menawan kerusi Kota Laksamana diharap memberi kemenangan buat parti.

Mohd Ali turut melahirkan rasa berpuas hati terhadap sokongan rakyat kian meningkat berbanding PRU lalu.

Namun, harapannya jentera BN akan terus mengorak langkah bekerja keras bagi memastikan kemenangan kekal milik BN.

“Setiap Bahagian juga diminta senaraikan nama calon sebagai persediaan awal sekiranya diminta pucuk pimpinan pada bila-bila masa,” katanya.

Comments