.

.

12 September 2015

SIARAN LANGSUNG PELANCARAN PARTI AMANAH NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG SEKARANG

Jom kita ikuti siaran langsung Pelancaran Parti AMANAH Negara peringkat Negeri Pahang sekarang, Klik DI SINI

Pagi tadi AMANAH dilancarkan dengan jayanya di Melaka. Sekarang sedang berlangsung majlis pelancaran AMANAH Negeri Pahang di Temerloh.

AMANAH MELAKA DILANCARKAN SECARA RASMI, AYUH SERTAI AMANAH

Pagi tadi Parti AMANAH Negara (AMANAH) Negeri Melaka dilancarkan dengan jayanya oleh Presiden AMANAH Pusat, Hj Mohamad Sabu di Hotel Mahkota, Melaka.

Pada majlis perasmian tersebut kira-kira 500 borang keahlian AMANAH diserahkan oleh 6 kawasan parlimen dalam Melaka kepada Presiden AMANAH. Adalah dijangkakan menjelang tahun baru 2016, Insya Allah, AMANAH Melaka akan mempunyai 5,000 oranga ahli.

Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari dalam ucapannya menjelaskan bahawa AMANAH Melaka telah menubuhkan AJK Negeri, 6 kawasan, Angkatan Pemuda dan Wanita. Fasa kedua menurutkan akan melibatkan penubuhan cawangan-cawangan dan seterusnya mendekati rakyat dengan program peduli, prihatin dan progressif.

Kepada rakyat negeri Melaka yang ingin menyertai AMANAH boleh menghubungi talian 016-770 5820 dan 019-6821318

11 September 2015

JOM KLIK LINK INI UTK RADIO YG BEBAS

🌐 Dengarkan dan dapatkan maklumat yang tulus dan benar tanpa tapisan di Radio Internet Harapanbaru FM
Listen : http://harapanbarufm.listen2myradio.com
Klik di atas utk mendengar.
Check out "Listen2MyRadio" - https://play.google.com/store/apps/details…
install app diatas dan search "harapanbarufm"

09 September 2015

TUN MAHATHIR SEMAKIN BERANI - BETULKAH DIA BERANI

Dr M berkata "nak tangkap, tangkap lah" betul ke beliau berani. Tetapi itulah antara ungkapan beliau ketika disambut oleh penyokongnya semasa ketibaannya dari luar negara hari ini.

Nampaknya bekas Perdana Menteri yang disifatkan sebagai seorang negarawan walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi semasa pemerintahannay semakin berani menongkah arus. Beliau tidak sedar bahawa Perdana Menteri sekarang adalah anak didik beliau yang dilatih beliau sejak dari mula-mula terjun di arena politik.


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dipetik dari portal Malaysiakini, beliau bersedia sekiranya ditangkap oleh pihak polis berhubung kehadirannya ke perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.
Beliau juga berkata, akan memberikan kerjasama sekiranya polis memanggilnya untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung perkara itu.
"Itu hak mereka. Nak tangkap, tangkaplah," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Ditanya sama ada beliau menerima sebarang notis daripada polis, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau hanya mengetahuinya melalui surat khabar.
"Saya baca di akhbar. Sudah tentu apabila polis panggil kita kena pergi. Itu adalah cara di Malaysia.
"Saya akan patuh," katanya lagi.

08 September 2015

TUN MAHATHIR JADI WIRA SEMULA

Agaknya Tun M akan jadi wira semula. Apabila ada pihak yang merancang untuk mengadakan sambutan agak besar semasa kepulangan beliau esok.
Begitulah hebatnya negarawan Malaysia ini walaupun memang diketahui beliau mempunyai rekod yang agak unik semasa pemerintahannya tetapi beliau tetap mendapat perhatian dari rakyat. 
Portal Malaysiakini melaporkan bahawa satu sambutan dirancang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang esok untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari luar negeri.
Jemputan untuk menghadiri 'sambutan' itu disebarkan dalam talian melalui Facebook. Jemputan itu meminta mereka yang berhasrat untuk menyertainya supaya datang mulai jam 12.30 tengahari.
"Jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta, merdeka bersama Tun. Rakyat bersama Tun M, selamatkan Malaysia," tulis jemputan itu yang tidak meletakkan nama penganjurnya.
Seorang blogger, yang enggan namanya disiarkan, memberitahuMalaysiakini bahawa sambutan itu diadakan secara ad hoc tanpa jawatankuasa penganjur rasmi.
"Benda ni ad-hoc, tiada jawatankuasa formal. Tapi memang akan ada.
"Tun (akan) balik dari Jordan dan merata tempat di Eropah termasuk dari pusat (kenderaan) Lotus di Norwich, United Kingdom," katanya.
Polis akan soal siasat Dr M
Mahathir telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau muncul semasa perhimpunan BERSIH baru-baru ini yang antara lain menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau menghadiri perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti bersama rakyat yang mahu Najib berundur.
Selepas perhimpunan hujung minggu itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Mahathir akan disiasat berhubung kehadirannya di perhimpunan BERSIH itu.
Beliau akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, mengenai fitnah jenayah bagi kenyataan beliau yang dibuat semasa kunjungan ke perhimpunan tersebut.

MUHYIDDIN BERSEDIA UNTUK DIPECAT

Sumber dalaman berpendapat tiada alasan kukuh untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno apabila majlis tertinggi parti itu bermesyuarat 9 September ini.
Difahamkan Muhyiddin yang pulang dari Australia beberapa hari lalu mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya bagi membincangkan kemungkinan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Rabu ini.
Ia adalah mesyuarat pertama badan tertinggi Umno itu sejak presiden mereka melakukan rombakan kabinet menyaksikan Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disingkirkan kerana lantang menyoal cara perdana menteri menguruskan skandal 1MDB
Nampak gayanya Muhyiddin sudah bersedia untuk dipecat. Jika beliau mula membuat pertemuan dan mesyuarat dengan penyokongnya itu bermakna beliau sudah  bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dinyah dari jawatannya sebagai orang no. 2 dalam Umno.
Muhyiddin tahu beliau juga mempunyai penyokong. Antaranya Dr Mahathir, Shafei Apdal. Mukhriz dan ramai lagi. Mungkin beliau akan melakukan silent protest dengan membiarkan sahaja apa yang hendak dilakukan oleh Najib tetapi pada masa yang sama akan bertindak secara diam-diam menikam Najib dan Umno. 
Semua orang tahu ramai pemimpin dan ahli Umno Johor yang berdiri di belakang beliau. Johor sendiri mempunyai 26 Bahagian dan ianya agak merbahaya kepada Umno jika sebahagian besar Umno Bahagian di Johor menyokong Najib.
Jadi beranikah Ah Jib Gor memecat Muhyiddin ????? Sama-sama kita tunggu .....

HUDUD : TMI PUTAR BELIT KENYATAAN MAT SABU

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN
7hb SEPTEMBER 2015‎

Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.

Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.

Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang,  persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.

Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.

Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

BERHENTI JADI PAHLAWAN BUGIS WAHAI NAJIB

Boo lah perase jadi Tok Ddekar Najib ooo. Malu kokrae ......
Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar menggamatkan dewan tempat sebuah forum diadakan di Petaling Jaya hari ini apabila meminta perdana menteri berhenti bermimpi kononnya beliau seorang pahlawan Bugis.
Kata Affifuddin, keadaan itu kerana orang Bugis juga dikenali sebagai lanun.
Menurut beliau yang kini aktif menulis novel, kenyataan berulang kali Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mahu mengalah walaupun berdepan kritikan hebat kelihatan lompong kerana beliau tidak menjawab tuduhan yang ditujukan.
"Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh dok diam (tak ke mana-mana) saja.
"Orang Bugis (berlayar) di laut selalu menyamun saja.
"(Jadi), tak payah bermimpi jadi pahlawan Bugis. Saya pun ada darah Minang," katanya.
PAC tak ada kuasa
Sementara itu, Afiffudin juga berkata, kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat ketika ini mungkin menandakan berakhirnya hayat politik Najib dan UMNO.
"Pihak yang tampil menyokong beliau adalah pemimpin bahagian tetapi ahli tahu apa yang berlaku di peringkat bawahan, terutama dalam pilihan raya kecil Rompin lalu.
Affifuddin juga menyokong desakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu akaun 1MDB diaudit dengan teliti tanpa bergantung hanya kepada siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).
Kata Affifuddin, pengalaman menjadi Pengerusi PAC mengajar beliau bahawa jawatankuasa itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyiasat secara bebas serta berkesan.
"Ketika saya mempengerusikan PAC, kami tidak membuat semakan forensik. Kami cuma membincangkan laporan Ketua Audit Negara.
"Jika mereka (kerajaan) meminta pengaudit menyembunyikan sesuatu, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Skop PAC terhad. Kami tak ada kuasa memanggil sesiapa dan kami juga tidak ada kuasa mendakwa," katanya.
Affifuddin juga bertanya mengapa Najib dipaksa menjawab setiap dakwaan mengenai 1MDB ketika ada pihak lain yang turut terlibat.
Sambil menunjukkan dokumen mengenai syarikat tajaan kerajaan itu, Affifuddin berkata, ada ramai orang bergelar Datuk dan Tan Sri dari UMNO yang dilantik sebagai ahli lembaga serta penasihat 1MDB.
"Mengapa mereka berdiam diri? Mereka juga patut disiasat. Gergasi korporat ini hanya berdiam diri dan mengapa mereka tidak pernah memberikan jawapan?" katanya.
~ Mkini

06 September 2015

PENUBUHAN PR 2.0 MULA DIBINCANGKAN SECARA TIDAK RASMI

Rakyat jangan bimbang tentang 'meninggal'nya Pakatan Rakyat dengan perpecahan yang berlaku baru-baru ini. Ini kerana tidak lama lagi PR baru akan ditubuhkan tidak lagi lagi. Perbincangannya mula dilakukan oleh pimpinan Parti AMANAH, DAP dan PKR secara tidak rasmi. 
Hari ini Pengerusi AMANAH, Hj Mohd Sabu berkata pakatan pembangkang mula mengadakan perbincangan secara tidak rasmi untuk membentuk sebuah gabungan baharu berikutan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah).
Bagaimanapun, perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September, kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu.
"Secara tidak rasmi, kami dah mula. Kami umumkan parti kami pada 31 Ogos dan pada 16 September, kami akan lancarkan parti baharu itu.
"Kemudian, kami akan mulakan perbincangan rasmi," katanya selepas menghadiri satu majlis kerajaan negeri di Masjid Bayan Baru hari ini. 
Ditanya sekiranya PKR akan memilih Amanah menggantikan PAS untuk menjadi sebahagian anggota gabungan parti pembangkang baharu, beliau memberi gambaran yang parti itu masih belum menjelaskan pendiriannya, tidak seperti DAP. 
"Kamu kena tanya PKR tentang perkara itu, tetapi DAP sudah tentu memilih Amanah," kata bekas timbalan presiden PAS itu.
Amanah ditubuhkan sebuah kumpulan serpihan PAS, terdiri daripada golongan progresif dalam parti Islam itu.
Sambil DAP jelas menolak PAS, yang memutuskan hubungan dengannya ketika di bawah gabungan Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi, PKR tidak menyatakan sebarang pendirian.
DAP yang sekular dan PAS yang memperjuangkan Islam, berselisih faham atas pelbagai isu, terutamanya berhubung undang-undang hudud yang menjadi agenda parti Islam itu, serta tiadanya kerjasama daripada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kumpulan progresif daripada PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai pelopor kepada sebuah parti politik baharu.
Pada Isnin, GHB mengumumkan ia dalam proses mengambil alih Parti Pekerja yang tidak aktif dan menjenamakannya semula sebagai Amanah.
Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata parti baharu itu akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang.
Salah seorang pemimpin Amanah, Mohamed Hanipa Maidin, bagaimanapun berkata, 4 parti itu (termasuk Amanah) tidak akan boleh bekerjasama sekiranya PAS dimasukkan kerana parti itu membawa terlalu banyak masalah.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga berkata hari ini, parti-parti itu sudah memulakan perbincangan untuk menubuhkan gabungan parti pembangkang baharu.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, timbul juga keperluan menyertai pasukan yang mempunyai parti yang "ikhlas" dalam menentang skandal yang wujud di negara ini.
"Kami akan bekerjasama dan bergabung tenaga dengan sesiapa sahaja yang menentang 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad.
"Kami akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas. Tetapi mana-mana pihak yang tidak ikhlas dan sanggup menyokong (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak, kita tinggalkan mereka dengannya," kata Lim.
Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir berkata, sambil rundingan tidak rasmi dengan parti pembangkang sudah bermula, mereka akan mengalu-alukan mana-mana ahli Parlimen lain yang mahu "menyelamatkan Malaysia".
"Memandangkan apa yang sedang dialami negara dan ke mana hala tujunya, ia sangat melemahkan semangat. Pada masa ini, kita perlukan seramai mungkin untuk bersama bagi mengadakan undi tidak percaya (terhadap Najib)."
Katanya, cubaan untuk mengemukakan usul tidak percaya tidak pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia sambil menambah, ia merupakan satu usaha yang sukar untuk menjatuhkan Najib.
"Di bawah Perlembagaan kita, Raja bertindak atas nasihat perdana menteri.
"Oleh itu, pada masa ini, ia boleh dikatakan satu keadaan yang sukar. Malah bekas perdana menteri juga menghadapi kesukaran, apatah lagi kita," kata Dr Wan Azizah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang berulang kali menggesa Najib meletak jawatan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dengan-tertubuhnya-amanah-parti-pembangkang-mula-bincang-gabungan-baru#sthash.stKwMvWG.dpuf

NAJIB PURA-PURA KATA NIZAR

Bekas menteri besar Perak yang digulingkan pada 2009 itu berkata, ucapan Najib malam tadi mengenai "kuasa rakyat" memilih kerajaan dan tentang ia hanya boleh digunakan semasa pilihan raya, penuh dengan kepura-puraan.
Jika benar seperti yang dikatakan beliau, Nizar bertanya Najib mengapa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi digulingkan melalui "pintu belakang" tanpa undi tidak percaya diusulkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, tidak syak lagi, Najib kini bercakap dengan lidah bercabang kerana tindakannya tidak sepadan dengan kata-katanya.
"Ucapan Najib jelas merupakan satu kepura-puraan. Beliau meminta rakyat atau ahli Parlimen untuk tidak melakukan apa yang dia lakukan di Perak pada 2009," Nizar memberitahu The Malaysian Insider.
Anggota DUN Changkat Jering itu berkata demikian mengulas ucapan Najib di Pasir Salak, Perak malam tadi di mana perdana menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk menghukum atau mendakwa siapa yang mereka suka atau benci semasa pilihan raya yang diadakan sekali dalam setiap lima tahun.
"Waktu pilihan rayalah waktu kita serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Hukumlah kita, adililah kita sebagai kerajaan pada hari ini sama ada baik atau tidak, rakyat boleh tentukan.
"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," katanya semalam.
Nizar mendakwa, pada 2009, Najib dan timbalannya sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berusaha di belakang tabir untuk menghasilkan pembelotan yang akhirnya mengakibatkan kerajaan negeri Perak ketika itu jatuh. 
Pada masa itu, Pakatan Rakyat (PR) mempunyai 31 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) 28, tetapi 3 wakil rakyat tiba-tiba menjadi mesra BN.
Najib yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu juga memegang jawatan Ketua Umno Perak dengan Zahid sebagai timbalannya.
"Najib dan Zahid pergi ke istana untuk berunding dengan Almarhum Sultan Azlan Shah," kata Nizar.
Pada pertemuan itu, katanya, Najib menyampaikan surat sokongan dari 28 Adun BN dan tiga wakil rakyat mesra BN itu.
Menurut surat itu, mereka akan menyokong sesiapa saja dinamakan Najib sebagai menteri besar.
Sultan kemudian melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang baru pada hari berikutnya selepas baginda yakin Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti.
Nizar, yang gagal meyakinkan Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kemudian memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan itu.
Peguam perlembagaan berkata, Mahkamah Persekutuan pada 2010 menyebut, perlembagaan membenarkan ketua eksekutif negeri disingkirkan tanpa perlu mengadakan undi tidak percaya dalam DUN.
Sebaliknya, mereka berkata, akuan bersumpah (SD) daripada majoriti wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dibenarkan dalam perlembagaan.
Peguam Edmund Bon berkata, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria meluluskan prosedur tersebut dalam kes Nizar lawan Zambry di Perak itu.
Bon, yang terlibat dalam kumpulan peguam yang mewakili Nizar bagaimanapun berkata, kebanyakan peguam dan ahli akademik masih berpendapat pilihan yang lebih baik ialah dengan mengadakan undi tidak percaya di dewan perundangan.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu menetapkan dasar yang pihak berkuasa pelantik (Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan gabenor) boleh mengkaji faktor luaran dalam menentukan sama ada seorang penyandang ketua kerajaan hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat.
Apabila ini sudah ditetapkan, ketua kerajaan mesti meletakkan jawatan bersama dengan kabinet atau ahli exconya.
Keputusan itu juga membawa maksud, ketua kerajaan dianggap dipecat daripada jawatan jika dia enggan meletak jawatan selepas hilang undi keyakinan.
Ini membuka jalan bagi pelantikan seorang ketua kerajaan baru atau pembubaran Dewan.
BN mempunyai 134 kerusi di Dewan Rakyat, pembangkang (DAP, PKR dan PAS) 87 dan seorang bebas (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Bandar Tun Razak).
Sebarang pertukaran perdana menteri hanya boleh dilakukan jika lebih daripada 112 ahli Parlimen menyuarakan ketidakyakinan mereka terhadap Najib
Memang dari dahulu memang Najib dan pemimpin Umno/BN berpura-pura, namun rakyat masih belum sedar kepura-puraan mereka. Insya Allah Parti AMANAH akan menggerakkan rakyat untuk mematikan kepura-puraan Umno/BN ini dengan menumbangkan mereka pada PRU 14 nanti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter