.

.

15 September 2012

BATU DAN PAKU JADI JAWAPAN UMNO/BN TERHADAP HUJAH PR

Lantaran tidak dapat membendung kecenderungan dan sokongan rakyat kepada PR, Umno/BN terus meneruskan menggunakan keganasan untuk menggerunkan rakyat dan PR. Umno/BN tidak mengaku bahawa keganasan itu adalah tajaan mereka. Mereka berselindung disebalik pelbagai nama seperti Perkasa(M) dan sebagainya.

Semalam satu lagi siri keganasan dilakukan oleh 'pengganas-pengganas' ini apabila menggunakan batu dan paku untuk menggagalkan program bersama rakyat anjuran PKR di Johor Baharu. 

NONERombongan PKR ke Johor yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang semalam yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu media, semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

Rentetan keganasan terhadap rombongan bas jelajah merdeka ini bermula di Kelantan, Kedah, Melaka dan seterusnya di Johor.

Lebih malang lagi semalam menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, Hishamuddin Hussein tanpa rasa malu dan segan mengeluarkan kenyataan paling dangkal dengan berkata bahawa kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakiniketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bukankah menjadi tanggungjawab Polis untuk menjaga keselamatan semua rakyat tidak mengira siapa rakyat itu. Kalau Menteri berkata demikian maksudnya hanya orang-orang tertentu sahaja yang dijaga keselamatannya oleh pihak berkuasa. Pemimpin dan ahli-ahli PR tidak perlu dijaga keselamatan, mereka boleh diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja.

Malang sungguh negara kita mempunyai kerajaan dan menteri yang berminda kolot seperti ini.

14 September 2012

SISWAZAH PENDIDIKAN TERUS TERANIAYA

Siswazah pendidikan terus teraniaya lantaran kegagalan kerajaan membuat kajian terperinci tentang keperluan guru di negara kita. Sekarang ini terdapat kira-kira 10,000 siswazah pendidikan yang menamatkan pengajian dari IPTA masih belum mendapat tempat untuk memulakan tugas masing-masing.

Kementerian Pelajaran gagal menyediakan tempat untuk graduan ini menjadi guru di sekolah-sekolah kerajaan atau institusi pendidikan kerajaan yang lain. Kementerian itu lebih mengutamakan graduan dari Institut Pedidikan Guru (IPG) kendalian Kementerian Pelajaran di mana semua-semua siswazah dari IPG mendapat tempat mengajar selepas tamat pengajian mereka. Persoalannya apakah graduan pendidikan dari IPTA lain tidak berkualiti sehingga mereka dikesampingkan?

Kita juga hairan dan pelik bagaimana kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi boleh menawarkan tempat di IPTA untuk kursus pendidikan jika sekiranya tiada tempat untuk graduan ini bekerja selepas mereka tamat pengajian. Bukankah lebih baik mereka ini ditawarkan dengan kursus-kursus lain yang mungkin mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri selepas tamat pengajian.

Isu ini bukannya kali pertama berlaku malah telah puluhan tahun berlaku di mana Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran seolah-olah lepas tangan tidak mahu bertanggungjawab. Apa yang mereka tahu ialah menyediakan tempat untuk kursus pendidikan tanpa memikirkan peluang pekerjaan selepas siswazah ini menamatkan pengajian masing-masing.

Kita mendesak supaya Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran, meletakkan jawatan kerana kegagalan mereka menyelesaikan isu setelah lebih puluhan tahun berulang.

12 September 2012

LEPAS PUASA : UMNO KEMBALI BUAT PERANGAI

Sudah lama juga Umno tidak mengacau ceramah PAS di Bukit Katil. Seingat kami ceramah Tamrin dan Mahfuz di Kg Bukit Katil dalam bulan puasa baru-baru ini pun tidak diganggu.

Namun sebaik sahaja puasa tamat, Umno kembali buat perangai tidak bertamadun dan kebudak-budakan menganggu ceramah PAS di Kg Bukit Palah malam tadi.

Sejak dari awal lagi Umno memasang khemah hanya kira-kira 100 meter dari tapak ceramah PAS. Memang khianat dan jahat puak-puak UMno. Memang layaklah Dr Mahathir menggelarkan Umno/BN sebagai Syaitan yang dikenali.

Punyalah hebat Umno, penceramahnya 2 orang sahaja. Yang seorang itu hanya bercakap sekejap sahaja. Terpaksalah penceramah yang pertama naik 'stage' ceramah sekali lagi. Sampai serak-serak dia berceramah. Fitnah, penipuan dan pembohongannya pun berulang-ulang sebab sudah tiada idea lagi. Pendengarnya pula tidak sampai 15 orang. Kalau campur dengan kerusi sekali adalah lebih kurang 50 orang.

Gambar di atas sekadar hiasan


11 September 2012

SIAPA SIMBAH CAT : ADAKAH IA AHLI PARTI 'SYAITAN' YANG DIKENALI?


wawancara eksklusif anwar ibrahim simbah cat merdeka rakyat


Wartawan: Apa tindakan PR terhadap perbuatan simbah cat?
DSAI: Saya tak boleh marah.
Wartawan: Tapi ini dah kali kedua.
DSAI: Mahathir dah beritau mereka tu Syaitan.
Wartawan: ahakzzzahakzzz

10 September 2012

ISU NASHA : PRO-ANWAR GAGAL SINGKIR BELIAU

"Kumpulan Pro-Anwar (Anwarinas) gagal singkit Nasharuddin Mat Isa dari PAS". Itulah antara intipati laporan media pencacai. Mereka memang mahu PAS memecat Nasharuddin atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Bachok yang juga bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Kini hasrat dan cita-cita mereka untuk menangguk di air keruh tidak kesampaian. Jika Nasharuddin dipecat maka riuh rendahlah media pencacai ini memainkan isu kononnya tiada lagi demokrasi dalam PAS, sehingga ahli dan pemimpin yang tidak sealiran dengan pimpinan lain dipecat hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Jika Nasha tidak dipecat, maka mereka mainkan pula isu kumpulan Anwarinas (yang sememangnya tidak ujud) gagal mempengaruhi Majlis Syura memecat Nasharuddin. Seperti laporan Portal Utusan hari ini yang menyiarkan laporan bahawa keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu dilihat sebagai satu tamparan buat golongan 'Anwarinas' yang tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin selama ini termasuk terbaru, membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah baru-baru ini

Ternyata Umno dan media pencacainya sangat kecewa dengan keputusan malam tadi. Mereka memang mahu Nasha dipecat jadi mudahlah mereka menyerang PAS setelah isu Hassan Jati gagal memberikan kelebihan kepada mereka. Ahli dan penyokong PAS tidak termakan dengan isu Hassan Jati kerana semua orang tahu siapa Hassan Jati sebelum dan sesudah menjadi ahli PAS.

Yang peliknya siapa golongan Anwarinas yang dimaksudkan oleh media pencacai ini. Media pengampu dan pembodek ini sengaja melabelkan dan mengujudkan kumpulan-kumpulan ini untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS yang sekian lama utuh dan semakin padu. 

Kini mereka mula mencari isu baru bagi memberikan gambaran negatif kepada PAS dan PR. Nampaknya satu persatu isu yang mereka mainkan menjadi 'back fire' kepada mereka.

Akibat dari perkembangan sebegini PRU 13 tak jadi November ini .......................

ISU NASHA : TIADA SEBARANG MASALAH

Ramai pihak menjangkakan bahawa PAS akan mengambil tindakan keras terhadap bekas Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang membuat kenyataan terbuka meminta PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP.

Namun semua telahan dan ramalan penganalisis politik meleset di mana bukan sahaja Nasharuddin tidak diambil tindakan malah isunya langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam tadi.

Ramai berpendapat Nasharuddin akan dipecat atau sekurang-kurangnya diberi amaran keras kerana sikapnya yang akhir-akhir ini dilihat tidak selari dengan pendirian parti. Namun itu uniknya PAS yang sentiasa mengambilkira pandangan yang berbeza, asalkan ianya tidak menjejaskan keutuhan dan perpaduan parti dan yang lebih penting tindakan itu tidak berlawanan dengan syariat Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya wartawan sebaik keluar dari dewan mesyuarat menyatakan bahawa mesyuarat itu hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, malam tadi.

Dengan  perkembangan ini diharapkan semua pihak tidak lagi membangkitkan isu ini kerana ianya sudah tentu memberikan peluru kepada musuh jika ianya terus menjadi polemik yang tidak berkesudahan.

Ustaz Nasharuddin juga dilaporkan hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam tadi yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Beliau adalah ahli Majlis Syura Ulama sejak sekian lama.

09 September 2012

KENCING GAMBAR PEMIMPIN TAK SALAH, PIJAK SALAH?

Kencing di gambar pemimpin tidak salah dan berdosa, tetapi memijak gambar pemimpin satu dosa besar. Itulah negara Malaysia yang penuh dengan tanda tanya. Pendakwaan dilakukan kepada insan terpilih sahaja. Manakala insan tertentu maksum dan tidak berdosa walau buat apa sahaja.

Bayangkan segolongan manusia tidak lama dahulu kencing ke atas gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi tidak seorang pun disiasat dan didakwa. Tetapi dalam kes memijak gambar Perdana Menteri, Najib Razak sepantas kilat Polis menyiasat mereka yang terlibat. Apa beza Menteri Besar dan Perdana Menteri. Jika Menteri Besar dari BN sudah tentu Polis akan menyiasat dan membuat tangkapan. Tetapi apakan daya ia Menteri Besar Kelantan dari PAS maka apa sahaja yang dilakukan ke gambarnya hatta kencing atau berak sekalipun tidak berdosa dan tidak salah.

Mana lebih biadap antara kencing dan pijak. Budak kecil pun tahu sudah tentu kencing lebih biadap.

Dalam isu baling kasut dalam masjid di Seberang Pumpong, Alor Setar, perkara itu tidak salah sebab mereka yang melakukan perkara itu adalah dari Perkasa. Bayangkan kalau orang yang membaling kasut itu budak PAS, PKR atau DAP sebelum subuh lagi bebudak itu akan dijejaki dan digari untuk didakwa. Orang yang melakukan apa juga perkara tidak akan bersalah atau berdosa jika mangsa itu adalah pemimpin PR....balinglah kasut, tahik atau apa sekalipun itu semua tidak salah.

Mana lebih mulia gambar Najib dengan Rumah Allah iaitu masjid. Bila orang pijak gambar Najib sepantas kilat mereka siasat tetapi bila ada yang biadap dan kurang ajar baling kasut dalam masjid mereka berdiam diri seribu bahasa.

Inilah kezaliman yang sedang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini. Manusia yang berkuasa dan penyokong-penyokong serta pengampu-pengampunya bebas melakukan apa sahaja kerana mereka para 'bangsawan' yang ada imuniti dan kekebalan.

Semua kebobrokan ini hanya akan terpadam dari bumi Malaysia andai Umno/BN ditumbangkan pada PRU 13 nanti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter