KENCING GAMBAR PEMIMPIN TAK SALAH, PIJAK SALAH?

Kencing di gambar pemimpin tidak salah dan berdosa, tetapi memijak gambar pemimpin satu dosa besar. Itulah negara Malaysia yang penuh dengan tanda tanya. Pendakwaan dilakukan kepada insan terpilih sahaja. Manakala insan tertentu maksum dan tidak berdosa walau buat apa sahaja.

Bayangkan segolongan manusia tidak lama dahulu kencing ke atas gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi tidak seorang pun disiasat dan didakwa. Tetapi dalam kes memijak gambar Perdana Menteri, Najib Razak sepantas kilat Polis menyiasat mereka yang terlibat. Apa beza Menteri Besar dan Perdana Menteri. Jika Menteri Besar dari BN sudah tentu Polis akan menyiasat dan membuat tangkapan. Tetapi apakan daya ia Menteri Besar Kelantan dari PAS maka apa sahaja yang dilakukan ke gambarnya hatta kencing atau berak sekalipun tidak berdosa dan tidak salah.

Mana lebih biadap antara kencing dan pijak. Budak kecil pun tahu sudah tentu kencing lebih biadap.

Dalam isu baling kasut dalam masjid di Seberang Pumpong, Alor Setar, perkara itu tidak salah sebab mereka yang melakukan perkara itu adalah dari Perkasa. Bayangkan kalau orang yang membaling kasut itu budak PAS, PKR atau DAP sebelum subuh lagi bebudak itu akan dijejaki dan digari untuk didakwa. Orang yang melakukan apa juga perkara tidak akan bersalah atau berdosa jika mangsa itu adalah pemimpin PR....balinglah kasut, tahik atau apa sekalipun itu semua tidak salah.

Mana lebih mulia gambar Najib dengan Rumah Allah iaitu masjid. Bila orang pijak gambar Najib sepantas kilat mereka siasat tetapi bila ada yang biadap dan kurang ajar baling kasut dalam masjid mereka berdiam diri seribu bahasa.

Inilah kezaliman yang sedang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini. Manusia yang berkuasa dan penyokong-penyokong serta pengampu-pengampunya bebas melakukan apa sahaja kerana mereka para 'bangsawan' yang ada imuniti dan kekebalan.

Semua kebobrokan ini hanya akan terpadam dari bumi Malaysia andai Umno/BN ditumbangkan pada PRU 13 nanti.

Comments