BATU DAN PAKU JADI JAWAPAN UMNO/BN TERHADAP HUJAH PR

Lantaran tidak dapat membendung kecenderungan dan sokongan rakyat kepada PR, Umno/BN terus meneruskan menggunakan keganasan untuk menggerunkan rakyat dan PR. Umno/BN tidak mengaku bahawa keganasan itu adalah tajaan mereka. Mereka berselindung disebalik pelbagai nama seperti Perkasa(M) dan sebagainya.

Semalam satu lagi siri keganasan dilakukan oleh 'pengganas-pengganas' ini apabila menggunakan batu dan paku untuk menggagalkan program bersama rakyat anjuran PKR di Johor Baharu. 

NONERombongan PKR ke Johor yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang semalam yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu media, semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

Rentetan keganasan terhadap rombongan bas jelajah merdeka ini bermula di Kelantan, Kedah, Melaka dan seterusnya di Johor.

Lebih malang lagi semalam menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, Hishamuddin Hussein tanpa rasa malu dan segan mengeluarkan kenyataan paling dangkal dengan berkata bahawa kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakiniketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bukankah menjadi tanggungjawab Polis untuk menjaga keselamatan semua rakyat tidak mengira siapa rakyat itu. Kalau Menteri berkata demikian maksudnya hanya orang-orang tertentu sahaja yang dijaga keselamatannya oleh pihak berkuasa. Pemimpin dan ahli-ahli PR tidak perlu dijaga keselamatan, mereka boleh diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja.

Malang sungguh negara kita mempunyai kerajaan dan menteri yang berminda kolot seperti ini.

Comments