.

.

16 November 2012

PARTI SYAITAN TAK MAMPU TEGAK KEADILAN

Presiden PAS Datuk Ser Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua" katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS Pusat di PUTIK, Pengkalan Chepa hari ini.

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.  

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam.   

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Sambil membacakan sepotong ayat al-Quran, Abdul Hadi berkata konsep adil dalam Islam adalah tawaran parti itu kepada rakyat.
Tambahnya, keadilan dalam Islam menyebabkan agama itu "bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani".

MUKTAMAR PAS PUSAT BERMULA

Muktamar PAS Pusat bermula dengan upacara perasmian yang sedang berlangsung. Wakil kami berada di Dewan Muktamar untuk melaporkan situasi muktamar Insya Allah

14 November 2012

DR ASRI MASUK DAP?

Ada berita menyatakan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai DAP. Hebatkan bukan PAS, bukan PKR tetapi DAP. Kalau betul ia merupakan suatu senario baru, di mana agamawan menyertai DAP, parti yang dikatakan sebagai anti agama, anti Melayu dan anti segala anti.

Bagi sesetengah pihak berita ini tidak mustahil kerana Dr Asri memang seorang yang sukar diramal dan suka kepada kontroversi. Sebenarnya jika dikira salasilah keluarga, beliau lebih rapat dengan PAS kerana keluarganya dan keluarga isterinya semua PAS. Namun tidak pelik jika benar beliau akan masuk DAP.

SIARAN LANGSUNG PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT

Ucapan Perasmian Tuan Guru Presiden PAS pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Kota Bahru malam ini. Sila klik di sini.

PILIH PEMIMPIN AMANAH UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA

Rasuah dan jenayah merosakkan negara sehingga boleh menjadikan rakyat mundur walau sudah lebih setengah abad merdeka.

Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, agihan ekonomi negara juga dilihat tidak adil kerana yang kaya dalam kalangan kroni berterusan jadi kaya dan miskin terus miskin walaupun berusaha keras.

Malah katanya, perkara itu tidak tepat dengan kehendak Islam.

“Oleh itu, mengambil semangat hijrah, kita perlu berubah dengan meletak tanggungjawab memimpin negara kepada individu amanah yang bukan sahaja mampu bangunkan negara, tetapi juga amanah dalam pemerintahan dan adil kepada rakyat.

“Selain itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah lebih baik dalam amal ibadah dan berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau mewakili Pas turut mengucapkan salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam kerana peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna bagi menghadapi pilihan raya.

“Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah adalah mendirikan masjid dan keduanya, membina pasar.

“Tindakannya adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara,” katanya.

Menurutnya, masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertakwa kepada ALLAH SWT dan menghubungkan manusia sesama mereka, manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting bagi membangunkan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap semoga tahun baru hijrah akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh umat Islam di dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan keluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku pada masa ini.

~ SH

AMBIL SEMANGAT HIJRAH UNTUK BUAT PERUBAHAN

Blog Mutaligat mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia. Ambillah semangat tahun Hijrah 1434 untuk membuat perubahan total dalam negara kita.

Tahun Hijrah umat Islam diambil sempena Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah berhijrah lantaran penentangan hebat kaumnya sendiri, Quraisy yang tidak henti-henti mendera Rasulullah dan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Rasulullah sedar mustahil untuk Islam ditegakkan di Mekah kerana penentangannya datang dari penguasa-penguasa dan pemuka-pemuka Quraisy yang sebahagian besarnya adalah kaum kerabat Rasulullah S.A.W sendiri. Mustahil untuk Rasulullah menegakkan daulah Islamiah di bumi Mekah kerana bumi yang Rasulullah cinta itu dihuni oleh penyangak dan penentang Islam yang tegar.

Undangan penduduk Madinah kepada Rasulullah untuk Hijrah ke Madinah bagi mengembangkan Islam cukup mengubat kesedihan Rasulullah. Akhirnya baginda berhijrah dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh penduduk Madinah.

Semasa Rasulullah berhijrah, seorang yang bukan Islam bernama Abdullah Uraikih menjadi penunjuk jalan Rasulullah. Maknanya Rasulullah memberikan kepercayaan kepada seorang yang bukan Islam membantu baginda. Hubungan Rasulullah dan seorang yang bukan Islam ini membuktikan bahawa orang bukan Islam boleh dibuat kawan dalam melaksanakan perjuangan baginda. 'Tahalluf' seperti ini membuktikan bahawa Islam tidak melarang kerjasama orang bukan Islam dengan Rasulullah dan umat Islam.

Di Madinah Rasulullah dilantik menjadi Ketua Negara Madinah dan menggubal perlembagaan Madinah yang dibuktikan bahawa ianya merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Para sejarawan barat terpaksa menerima hakikat dan fakta bahawa Rasulullah adalah tokoh negarawan terhebat berjaya memimpin negara Madinah dan perlembagaan bertulis yang hebat. Malah Rasulullah membuktikan bahawa Islam itu amat adil untuk semua bangsa dan agama, ISLAM UNTUK SEMUA. Umat Yahudi terdiri dari Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqak memeterai janji setia dengan Rasulullah untuk menjadi warganegara yang taat setia kepada kerajaan Islam Madinah. Undang-undang dan pentadbiran Islam Madinah menjadi pelindung kepada  semua rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Umat bukan Islam hidup aman dan bahagia dan diberikan hak serta perlindungan oleh kerajaan Islam Madinah pimpinan Rasulullah.

12 November 2012

UMNO TAKKAN BERANI MINTA CALONNYA ISYTIHAR HARTA

Umno/BN tidak akan berani mengarahkan calon-calonnya mengisytiharkan harta bagi membuktikan mereka bersih dan tidak terlibat dengan rasuah dan penyelewengan.

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih belum membincangkan rancangan untuk menetapkan calon barunya supaya mengisytihar harta masing-masing.

Umno bagaimanapun telah memfailkan borang pengistiharan harta dengan jabatan perdana menteri bagi calon yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan anggota exco, katanya.

Sepanjang pengetahuannya pengisytiharan harta untuk calon baru tidak pernah dibincangkannya.

"Masalah kami ialah, senarai calon panjang dan masih belum diputuskan," katanya dalam satu sidang media hari ini selepas melawat terminal bas Jalan Duta hari ini dipetik dari Malaysiakini.

Semua rakyat yakin Umno/BN tidak akan berani berbuat demikian kerana pimpinannya tahu bahawa ramai di kalangan calon-calonnya mungkin terlibat dengan pelbagai masalah. 

Kalau PAS dan parti Pakatan Rakyat lain melakukan pengisytiharan harta ini tidak jadi masalah kerana mereka memang tidak mempunyai masalah dan kontroversi. 

FAKTOR YANG TAK MAMPU UMNO/BN SEMBUNYIKAN

Rujuk carta di sebelah ini. Jelas sekali negeri-negeri PR jauh lebih baik dari BN. Apa lagi alasan pemimpin Umno/BN untuk menipu dan mengelirukan rakyat dengan fakta yang jelas dan nyata ini.


11 November 2012

SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN TUMBANGKAN BN

"Saya bersumpah bahawa satu-satunya cara untuk selamatkan Malaysia, selamat bangsa dan agama hanyalah dengan menumbangkan BN pada PRU 13" demikian sumpah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Kadir dalam ucapannya juga menegaskan bahawa Umno sudah menyimpang jauh dari sebuah parti yang memperjuangkan bangsa dan agama kepada parti yang penuh dengan rasuah, pimpinan yang pentingkan diri, kronisme dan sebagainya.

"PAS adalah parti yang terbaik, terbesar dan untuk semua, sesuai dengan slogan PAS untuk Semua" ujar Kadir.

Beliau berkata demikian pada program santai bersama Abby anjuran PAS Kawasan Kota Melaka malam Sabtu lalu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter