.

.

16 November 2012

PARTI SYAITAN TAK MAMPU TEGAK KEADILAN

Presiden PAS Datuk Ser Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua" katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS Pusat di PUTIK, Pengkalan Chepa hari ini.

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.  

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam.   

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Sambil membacakan sepotong ayat al-Quran, Abdul Hadi berkata konsep adil dalam Islam adalah tawaran parti itu kepada rakyat.
Tambahnya, keadilan dalam Islam menyebabkan agama itu "bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani".

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter