Rasuah dan jenayah merosakkan negara sehingga boleh menjadikan rakyat mundur walau sudah lebih setengah abad merdeka.
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, agihan ekonomi negara juga dilihat tidak adil kerana yang kaya dalam kalangan kroni berterusan jadi kaya dan miskin terus miskin walaupun berusaha keras.
Malah katanya, perkara itu tidak tepat dengan kehendak Islam.
“Oleh itu, mengambil semangat hijrah, kita perlu berubah dengan meletak tanggungjawab memimpin negara kepada individu amanah yang bukan sahaja mampu bangunkan negara, tetapi juga amanah dalam pemerintahan dan adil kepada rakyat.
“Selain itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah lebih baik dalam amal ibadah dan berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau mewakili Pas turut mengucapkan salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam kerana peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna bagi menghadapi pilihan raya.
“Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah adalah mendirikan masjid dan keduanya, membina pasar.
“Tindakannya adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara,” katanya.
Menurutnya, masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertakwa kepada ALLAH SWT dan menghubungkan manusia sesama mereka, manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting bagi membangunkan negara.
Sehubungan itu, beliau berharap semoga tahun baru hijrah akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh umat Islam di dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan keluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku pada masa ini.
~ SH

Comments