.

.

27 February 2014

SIAPA YANG DERHAKA TITAH SULTAN???

JENTERA UMNO/BN HINA DAN DERHAKA TITAH SULTAN DENGAN GUNAKAN SURAU UNTUK TUJUAN POLITIK SAMBIL MEMBAWA CALON DARI MCA. 

Terbukti sekarang siapa sebenarnya yang melanggar Titah Sultan.!!!

Sumber : omakkau

26 February 2014

KESAL SIKAP DOLAK-DALIK JABATAN IMIGRESEN - HUD ABU SIRAJ

Badan Perhubungan PAS Sarawak kesal dengan sikap berdolak-dalik Jabatan Imigresen yang tidak konsisten dalam keputusannya berkaitan penahanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman,

Ketua Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden@Hud Abu Siraj berkata sebelum Mazlan datang ke Sarawak pada 22 Februari, mereka telah dimaklumkan bahawa larangan ke atas Mazlan untuk datang ke Sarawak telah ditarik balik.

'Sebelum Mazlan terbang ke Sarawak pada 22 Feb lalu, kami diberitahu secara lisan bahawa larangan untuk beliau masuk ke Sarawak telah dibatalkan maknanya beliau boleh masuk bila-bila masa sahaja".

"Tetapi bila beliau sampai ke Lapangan Terbang Sibu pada 22 Februari lalu beliau ditahan atas alasan arahan dari Pejabat Ketua Menteri, mana satu yang betul ini" ujar Andri.

Andri dan ahli PAS Sarawak Mohd Tarmizi Mohd Yahaya mengadakan pertemuan dengan Jabatan Imigresen Sarawak (Gambar)  bagi membincangkan isu penahanan Mazlan Aliman  di Pejabat Jabatan tersebut di sini semalam.

"Dalam pertemuan tersebut Jabatan Imigresen Sarawak membuat penegasan bahawa parti-parti politik dan NGO mestilah menulis surat bagi mendapatkan maklumat rasmi tentang senarai mereka-mereka yang dihalang dari memasuki Sarawak".

"Selepas ini kami akan menurut apa yang dinyatakan oleh Jabatan Imigresen bagi memudahkan kami menjalankan aktivtiti yang melibatkan pimpinan-pimpinan dari luar Sarawak" tambah Andri.

Menurutnya peristiwa penahanan Mazlan ini tidak sepatutnya berlaku kerana tiada bukti menunjukkan bahawa beliau boleh mengancam keselamatan rakyat Sarawak seperti alasan yang dinyatakan oleh pihak berkenaan.

PAS Sarawak, katanya kesal dengan kejadian ini kerana ia berlaku buat kali yang kedua selepas peristiwa penahanan Mazlan pada Julai 2011.

"Sekali lagi kami ingin tegaskan kekesalan kami dengan tindakan Jabatan Imigresen yang jelas tunduk kepada tekanan politik dalam menjalankan tugas mereka".

"Kami menuntut supaya jabatan-jabatan kerajaan menjalankan tugas dengan professional, telus dan adil kepada rakyat dan jangan cenderung kepada mana-mana pihak" tegas Andri.

Pada 22 Februari lalu, Mohd Tarmizi telah membuat laporan Polis tentang penahanan Mazlan di Balai Polis Sibu Jaya.

WANG ZAKAT MELAKA RM13.85 JUTA SUDAH BAYAR BALIK ATAU BELUM?

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari buat kesekian kalinya melontarkan pertanyaan kepada Majlis Agama Islam dan kerajaan negeri Melaka tentang Wang zakat RM13.85 juta yang "dipinjam" kerajaan negeri Melaka adakah sudah dibayar balik?.
Kali ini beliau menulis dalam Facebook peribadinya tentang hal tersebut.
Nampaknya rakyat Melaka ingin mengetahui status wang zakat ini.????
Pelbagai reaksi dilihat dari rakyat Melaka tentang posting Adly antaranya ada yang bertanya :

Abd Yasin Ibrahim wang zakat boleh pinjam ke...... Kaedah dlm Islam setiap pungutan zakat pada tahun itu mesti di habiskan kepada 8 asnaf....... Ini satu salah guna kuasa yang harus di beri perhatian. Mana ulama UMNO

Pemburu Syahid sapa yg ajaq duit zakat diberi pinjam niii???duit tu utk 8 ASNAF saja!!!para mufti awat tk teguq!!!

Mah Wi Duit zakat tu amanah ooi..utk d agih2kan pd fakir miskin dan yg memerlukan bukan dok bg pinjam..jenis yg dok buat kkerja jenis xamanah nila jd nya

dan macam-macam lagi.

25 February 2014

NAJIB PEMIMPIN PALING 'CERMAT' DLM DUNIA.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ah Jib Gor digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.
Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2.5 triliun.
Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11.8 miliar.
Seterusnya adalah mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48.5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.
Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5.8 miliar untuk memberikan hadiah.
Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8.4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu  Rp 3.9 triliun dalam satu tahun.
Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294.2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.

~ Hebat PM kita .......... rakyat susah tak ape janji PM dan pemimpin kerajaan
bersenang lenang.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter