.

.

16 May 2009

RASUAH DAN MENINGITIS LANDA BUKIT KATIL

Rasuah dan meningitis melanda Bukit Katil. Kedua-duanya sama-sama bahaya kepada manusia. Rasuah bahaya kerana ianya menghancurkan tamadun manusia kerana dengan rasuah orang bodoh, orang jahat, malaun maupun perompak boleh menjadi Ketua Negara. Manakala meningitis pula amat bahaya kerana ianya mengancam nyawa manusia.
Malangnya seperti posting di dalam Blogbukitkatil bahawa kedua-dua wabak ini telah melanda Bukit Katil dan saya amat risau dengan keselamatan diri sendiri, keluarga dan rakyat di Bukit Katil.

Alhamdulillah mengikut wabak meningitis mula terkawal. Namun wabak rasuah masih belum dapat dikawal kerana bapak segala rasuah masih berkuasa dan masih gagah berada di tampuk pemerintahan negeri ini walaupun beliau terbukti melakukan rasuah.
Memang muka tembok dan tidak bermaruah bapak segala rasuah tersebut.
Takziah buat rakyat negeri Melaka kerana masih dilanda wabak rasuah.

PEMILIHAN PAS : HARAP-HARAP TIADA YANG TARIK DIRI

Saya sentiasa positif pada setiap kali pemilihan dalam PAS. Bagi saya tiada salahnya untuk para pemimpin dipilih oleh ahli. Itu adalah lebih baik kerana pemimpin yang mendapat sokongan majoriti sudah tentu akan mendapat dokongan dan kerjasama yang baik dari ahli.

Sebab itu pada kali ini juga saya mengharapkan semua pemimpin yang dicalonkan pada peringkat pusat supaya tidak menarik diri. Cuma jika ada yang dicalonkan untuk 2 jawatan saya rasa eloklah mereka menarik diri dan bertanding satu jawatan sahaja.

Ada di kalangan ahli yang tidak suka adanya pertandingan. Saya berpandangan sebaliknya kerana bagi semua pimpinan PAS yang dicalonkan mempunyai kelebihan dan kredibiliti masing-masing sebab itu mereka dicalonkan.

Bila saya membaca saf pemimpin yang dicalonkan yang disiarkan oleh Harakahdaily hari ini saya yakin semuanya layak. Jadi teruskan jangan tarik diri ...........

Senarai calon :-

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail
TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
1. Ahmad Awang
2. Azizan Abd Razak
3. Mohamad Sabu
4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Ali Maidin
2. Ishak Surin
3. Khalid Samad
4. Khalil Idham Lim
5. Mohd Rashidi Hassan
6. Mohd Taulan Rasul
7. Musanif Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan

15 May 2009

SIAPA GILA KUASA : NIZAR ATAU ZAMBRY?

Terbukti Nizar tidak gila kuasa. Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bahawa beliau adalah MB yang sah baru-baru ini, beliau terus mengutus surat untuk memohon mengadap Sultan Perak bagi diperkenankan permohonan agar DUN Perak dibubarkan.
Maknanya beliau rela jawatan Menteri Besar dilucutkan jika DUN dibubarkan. Beliau tidak tamak kuasa!!!
Malangnya Zambry tidak berani berbuat demikian. Ternyata Zambry tamak kuasa sehingga tidak sanggup memohon DUN dibubarkan. Sedangkan Zambry sendiri tahu bahawa jawatan MB yang dipegangnya sekarang adalah HARAM.
Siapa yang sebenarnya tamak kuasa Nizar atau Zambry? Jawapnya sudah tentu Zambry semua orang setuju dengan saya betul tak?

HATI-HATI BUAT KENYATAAN AKHBAR

Saya sebagai seorang ahli biasa PAS sangat sayangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sudah beberapa kali saya nukilkan di dalam blog ini supaya pemimpin PAS berhati-hati membuat kenyataan akhbar.
Kita semua faham bahawa media di negara selain dari menjadi pengampu kepada BN matlamat mereka juga ialah untuk mencari duit demi keuntungan dunia. Media langsung tidak memikirkan implikasi laporan samada ianya fitnah mengelirukan dan sebagainya, yang penting cerita mereka panas, sedap dan menarik minat.
Sinar Harian edisi selatan hari ini benar-benar mengguris hati saya kerana tajuk utama akhbar itu berbunyi ' SOGOK WANG MULA LANDA PAS'.
Suatu kenyataan yang berat dan bagi saya tidak benar. Malah apabila membaca isi laporan tersebut ternyata ianya tidak berasas kerana kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS tidak menyebut bahawa perkara itu ujud. Sebaliknya beliau meminta jika perkara itu berlaku ia mesti dihentikan. Tidak semestinya ia telah berlaku.
Namun Sinar Harian menggunakan tajuk 'SOGOK WANG MULA MELANDA PAS' yang saya yakin tajuk itu digunakan untuk menarik pembaca membeli akhbar tersebut.
Jadi sekali lagi saya tegaskan kepada semua peringkat pimpinan PAS supaya menghentikan sebarang komen berkenaan isu ini kerana ternyata media mula memutarbelitkan isu ini demi kepentingan politik BN dan juga keuntungan masing-masing.
Saya yakin bahawa unsur-unsur rasuah dan politik ini tidak pernah berlaku dalam PAS sehingga ke saat ini.
Sebagai contoh semasa pemilihan peringkat cawangan dan Kawasan Bukit Katil baru-baru ini ahli PAS bukannya berebut untuk bertanding jawatan tertentu malah berebut-rebut menolak untuk bertanding dan memberi laluan kepada sahabat-sahabat lain sehingga jawatan Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang Dipertua dan kebanyakan jawatan Ketua Cawangan dimenangi tanpa bertanding.
Saya sendiri diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil setelah tiada calon lain yang sanggup memegang amanah yang bakal dipersoal oleh Allah di akhirat kelak. Berlainan dengan Umno yang mana mereka berebut-rebut untuk menjadi ketua sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang besar.

DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN TIDAK LAMA LAGI?

Blog Perak Ekspress melaporkan bahawa ia menerima sms dari Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi bahawa DUN Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat.
Samada berita ini benar atau tidak tuan-puan kena tanya Webmaster Perak Ekspress. Kalau benar Alhamdulillah kemelut akan berakhir. Kalau tidak benar takziah buat rakyat Perak dan Malaysia.

AHLI BERSEKUTU, APA MASALAHNYA?

Semalam Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Hu Pang Chow sekali lagi menggesa status KPP diangkat menjadi sebuah Dewan. Sudah lama isu ini dibincangkan tetapi sehingga sekarang masih belum ada kata putus. Bagi saya perkara ini tidak wajar dipendamkan dalam waktu yang begitu lama sehingga ada orang yang mendakwa PAS lambat buat kerja, lembap dan sebagainya.
Di bawah beberapa cadangan dari saya yang perlu diperhalusi :-
i) Naikkan taraf KPP menjadi sebuah Dewan dengan tarafnya sama seperti Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Muslimat. Taraf keahliannya juga sama seperti ahli PAS lain.
ii) Naikkan taraf KPP menjadi sebuah Dewan tetapi tarafnya ahlinya hanyalah ahli bersekutu yang tidak mempunyai autoriti untuk memilih pemimpin dan menjadi pemimpin kerana syarat menjadi ahli penuh PAS ialah beragama Islam. Tetapi KPP boleh hadir dalam mesyuarat PAS Pusat serta boleh memberikan pandangan dan cadangan.
iii) Jadikan KPP sebagai sebuah organisasi berdaftar tetapi seolah-olah 'associate company' kepada PAS.
iv) Lantik Pengerusi KPP menjadi AJK PAS Pusat sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional dan beliau boleh mengundi dan memberikan pandangan dalam mesyuarat. Namun begitu ahli-ahli KPP adalah bertaraf ahli bersekutu, cuma Pengerusi KPP sahaja yang bertaraf ahli penuh.
v) Berikan kouta 1 negeri satu kerusi PAS ditandingi oleh ahli-ahli KPP iaitu di kerusi-kerusi campuran ............

14 May 2009

KEMELUT POLITIK PERAK : APA TUNGGU KALAU DUA-DUA SETUJU LANGSUNGKAN SAHAJA

Najib dan Anwar hari ini mengumumkan bahawa masing-masing bersetuju untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut politik Perak yang didalangi BN.
Jadi oleh kerana kedua-dua pihak sudah bersetuju apa ditunggu lagi benda baik tidak elok ditangguh-tangguh.
Namun persoalannya bukan pertemuan itu yang penting tetapi yang lebih penting ialah adakah kedua-dua pihak berlapang dada mengenepikan kepentingan nafsu dan hajat masing-masing. Bagi saya oleh kerana isu ini didalangi oleh Umno/BN maka Najib mesti bersedia untuk menerima hajat dan kehendak rakyat iaitu membubarkan DUN Perak bagi memulangkan kuasa kepada rakyat.
Di pihak PR mereka hanya menuntut hak yang diragut dan dirampas secara tidak bermaruah oleh BN khususnya Umno.

Jika Najib dan BN tidak mahu mengakui kesalahan dan kejahatan mereka maka saya yakin pertemuan itu hanya membuang masa dan menghabiskan 'bogheh' saja, kata orang Negeri Sembilan.

MAHATHIR PUN SAMA-SAMA TAKUT MACAM NAJIB

Ku sangkakan Mahathir seorang yang berani dan anak jantan. Rupa-rupanya bekas Perdana Menteri kita ini yang dikatakan menjadi mentor kepada Perdana Menteri sama sahaja pengecut seperti anak didiknya itu.
Di saat parti-parti komponen BN seperti Gerakan dan SUHAKAM menggesa supaya DUN Perak dibubarkan, tiba-tiba Mahathir tanpa rasa malu dan segan mencadangkan supaya BN tidak membubarkan DUN Perak kerana katanya Pakatan Rakyat (PR) akan menang jika pilihanraya negeri diadakan.
Jadi alasan beliau supaya DUN tidak dibubarkan ialah takut PR menang dan alasan kedua ialah supaya duit rakyat tidak dibazirkan. Jelas sekali pemikiran Mahathir sama taraf dengan pemikiran Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKP kampung. Itu sebab kita selalu sedar bahawa sesiapa sahaja yang duduk dalam Umno pemikirannya tidak akan berkembang dan otak mereka menjadi beku.
Mengapa begitu sekali takutnya Mahathir kepada PR. Apa salahnya PR memerintah jika pemerintahannya disenangi oleh rakyat, tiada kacau bilau dan rakyat gembira dengan program kebajikan PR.
Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya kecil jika dibandingkan dengan duit rakyat yang tiris kerana rasuah, penyelewengan dan penipuan yang berlaku di bawah pemerintahan BN.
Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk pilihanraya dengan harga diri dan maruah negara yang tercalar akibat dari peristiwa menheret speaker, 2 MB, 2 Speaker, 2 Sidang DUN dan sebagainya.
Negara luar dan pelabur sudah kurang yakin dengan sistem demokrasi kita. Siapa yang hendak membayar kerugian ini?????

BENARKAH APA YANG DIDAKWA OLEH KETUA ULAMA'?

Utusan Meloya terus menerus menggunakan isu pemilihan dalam PAS sebagai senjata untuk memburuk-burukkan PAS.
Antara laporan yang dibuat ialah mengenai kononnya perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapat sokongan.

Perkara ini diakui oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menganggap situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa.

Justeru, beliau meminta para perwakilan yang bakal hadir pada Muktamar Agung Pas nanti menolak pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu.

"Situasi kurang sihat ini sedang berlaku kerana banyak perebutan jawatan dalam parti yang sebelum ini tidak terjadi sama sekali.

"Perebutan jawatan ini memang biasa tetapi ada yang sampai buat jamuan dan bagi baju kepada perwakilan untuk melobi. Kalau macam tu menanglah dia," tegasnya.
Saya ingin mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PAS supaya berhati-hati membuat kenyataan kerana media yang menjadi musuh utama kita sedang berusaha untuk menghancurkan PAS dengan mengutarakan berita-berita negatif supaya perpaduan di dalam PAS menjadi longgar dan kepercayaan rakyat kepada PAS terhakis.

NAJIB GAGAL SELESAIKAN KEMELUT PERAK

Baru lebih kurang 2 bulan Najib Razak menjadi Perdana Menteri pelbagai peristiwa memalukan berlaku di dalam negara kita yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kalau sebeum ini tidak pernah berlaku sebuah negeri mempunyai 2 MB, 2 Speaker, 2 Sidang DUN kini segala-gala berlaku. Lebih teruk lagi semasa Najib diangkat menjadi Perdana Menteri kita melihat tidak banyak atau mungkin tiada langsung ucapan tahniah diterima dari negara luar tidak sebagaimana ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah mengangkat sumpah.
Peristiwa hitam 7 Mei benar-benar menggugat imej negara. Seluruh dunia menonton bagaimana seorang Speaker diseret keluar dari Dewan, ADUN berdiri di atas meja, 2 Sidang dalam satu Dewan dan macam-macam lagi. Selain kita juga melihat bagaimana dalam masa 24 jam Menteri Besar bertukar tangan dari Zambry kepada Nizar dan kemudian diambilalih semula oleh Zambry.
Semua ini adalah gara-gara permainan politik kotor BN yang merampas kuasa rakyat yang memberikan mandat mentadbir negeri Perak kepada Pakatan Rakyat. Malah paling mengaibkan Najib sendiri di dakwa menjadi perancang utama kepada kerja jahat tersebut.
Kini segalanya telah berlaku. Imej negara tercalar. Demokrasi di Malaysia telah dilacurkan. Malangnya Najib sebagai Perdana Menteri seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan isu ini. Sedangkan penyelesaian terbentang di depan mata iaitu BUBARKAN DUN dan Insya Allah semuanya selesai. Tetapi apa yang jelas Najib tidak bersedia untuk membubarkan DUN. Ketamakan BN untuk berkuasa di Perak mengatasi kepentingan menjaga maruah dan imej negara.

13 May 2009

SIAPA YANG HENDAK PERCAYA DENGAN ZAMBRY

Zambry Abdul Kadir hari ini memberi jaminan bahawa semua urusan pentadbiran negeri berjalan seperti biasa dan pelabur tidak perlu bimbang dengan kemelut politik yang kini melanda negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan semua pelabur yang berminat melabur di Perak dan bersedia membantu mereka yang berhadapan masalah dalam proses permohonan.
Siapa yang hendak percaya dengan cakap Zambry ini. Macamana boleh seorang yang berkelulusan PhD boleh bercakap sama taraf dengan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Persekutuan JKKP. Memang layak Zambry menjadi Ketua JKKP di Perak.
Bagaimana pelabur tidak bimbang dengan kemelut politik di Perak, dalam masa 24 jam Perak bertukar Menteri Besar 2 kali. Pukul 3.30 petang Nizar diisytiharkan Menteri Besar. Keesokan harinya pukul 2.00 petang Zambry kembali berkuasa selepas Mahkamah Rayuan menangguhkan ketetapan Mahkamah Tinggi.
Kalau saya sebagai pelabur pun sudah tentu saya tak teringin hendak melabur di Perak. Banyak negeri lain yang lebih baik antaranya Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Jadi tidak perlulah Zambry mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik seperti itu.

GAMBAR YANG MEMBAWA SERIBU MAKNA

Beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan. Antaranya :-

1) Penderhaka kepada Raja
2) Penderhaka Melayu
3) Boneka DAP
4) Badut Cina

....dan lain-lain. Namun gambar yang diambil semalam menjelaskan segala-galanya. Lu fikirlah sendiri ...........

MINYAK NAIK KERAJAAN BN TIDAK BERHATI PERUT

Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter. Namun kerajaan 'One Malaysia' cuba membuat muslihat dengan menaikkan harga petrol seolah-olah dalam keadaan rakyat tidak sedar.
Media melaporkan bahawa 2 stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya mula menjual minyak petrol RON95 hari ini. Manakala di negeri-negeri lain minyak jenis ini akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat.
Kerajaan memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apa muslihat kerajaan sehingga mengambil keputusan ini cuba tuan-puan selediki.
Minyak jenis ini dilancarkan oleh Ismail Sabri Yaakob, Menteri Umno yang menggantikan Shahrir Samad.
Media tersebut juga menyebut bahawa apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber nanti, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.
Manakala mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.
Dalam keadaan minyak dunia yang harganya semakin rendah kerajaan 'One Malaysia' sanggup mendera rakyat menaikkan pula harga minyak.
Terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat sehingga sanggup menaikkan harga minyak dalam keadaan ekonomi seteruk ini di mana ramai rakyat yang dibuang kerja, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saya yakin selepas ini para peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan pula harga barangan yang sudah tentu akan menambahkan kesengsaraan rakyat.

KEMELUT PERAK : JATUH HUKUM ....RAYU ....JATUH HUKUM ...RAYU ...BILA MAU SELESAI

Kemelut Perak seolah-olah tiada penghujung. Semuanya kerana sikap tamak haloba, gila kuasa dan tidak menerima keputusan rakyat. Kemelut ini bermula apabila BN merampas kuasa dengan secara tidak bermaruah.
Kini setelah mahkamah menjatuhkan hukum bahawa DS Nizar adalah MB yang sah, Zambry membuat rayuan di mahkamah dan mahkamah menerima rayuannya menangguhkan keputusan bahawa DS adalah MB yang sah.
Hari ini DS Nizar pula akan memfailkan rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Hukum dah dijatuhkan ....rayuan akan dibuat dan begitulah seterusnya. Maka ia tidak akan berkesudahan .......hanya satu cara sahaja untuk selesaikannya. Dah berbuih mulut saya dan berkematu jari mengetuk 'keyboard' komputer memohon DUN Perak dibubarkan.

TIBA-TIBA ISU MAT REMPIT DIGEMBAR-GEMBURKAN

Isu rempit bukan isu baru. Ianya sudah berlarutan dari dulu, kini dan entah sampai bila. Tetapi sehari dua ini ia digembar-gemburkan semula. Bukannya ia tidak penting, tetapi seolah-olah ada usaha untuk mensensasikan isu ini untuk menenggelami isu lain yang lebih besar.
Semua orang tahu, salah satu cara untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada sesuatu isu ialah dengan mempopularkan isu-isu lain supaya rakyat bercakap, tidur, berborak dan berbual tentang isu tersebut. Maka rakyat akan lupa kepada isu sebenarnya. Kaedah ini memang berkesan terutama di Malaysia di mana akhbar arus perdana semunya menjadi pembodek dan barua kepada kerajaan. Media ini akan tunduk dan patuh secara membuta tuli kepada apa sahaja kehendak kerajaan.
Sebab itulah banyak perkara buruk yang dilakukan oleh kerajaan ditutup oleh media ini manakala perkara baik diwar-warkan menjadi yang terbaik. Perkara negatif yang dilakukan oleh lawan politik BN walaupun remeh temeh diperbesarkan sehingga lawan BN menjadi begitu hodoh, jijik, jahat dan zalim.
Saya juga mengagak isu rempit ini digunakan untuk memadamkan isu lain yang lebih besar antaranya kebiadapan BN yang menjadi punca kemelut politik di Perak.
Jadi rakyat jangan leka dengan permainan licik media yang menjadi pembodek nombor satu BN.

13 MEI TRAGEDI YANG AKAN DIINGATI SAMPAI BILA-BILA

Tanggal 13 Mei hari ini merupakan suatu hari yang menjadi sejarah hitam negara. Walaupun saya hanya berumur kurang dari setahun ketika itu, namun bila saya dewasa sejarah itu tetap di kenangi dan di ingati.
Ia merupakan suatu tragedi yang tidak sanggup untuk dihadapi oleh rakyat negara kita. Namun ada pihak masih suka dan seringkali menggunakan isu perkauman untuk meraih sokongan. Ini adalah stail politik lama yang berbahaya.
Tetapi di pihak PR kita mempelopori kaedah dan stail Politik Baru yang menrentasi agama, kaum dan warna kulit. Terbukti rakyat selesa dan menerima Politik baru yang mula diasaskan selepas PRU 12 lalu.
Kini rakyat selesa dengan Politik Baru ini. Rakyat tidak ingin mengulangi sejarah hitam 13 Mei. Rakyat Malaysia sedang melangkah ke era baru iaitu tidak mengira siapa dari mana datangnya pemimpin tersebut. Apa yang penting pemimpin mestilah seorang yang bersih, telus, berakhlaq, berkarisma dan lain-lain sifat mahmudah.
Saya yakin jika pihak yang menggunakan Politik Lama suka memainkan isu perkauman mereka ini akan dikuburkan tidak lama lagi. Buktinya jelas 4 PRK di Semenanjung selepas PRU 12 dimenangi oleh 'Geng Politik Baru'.

12 May 2009

RAKYAT PERAK DIHARAP BERTENANG

Saya mengharapkan rakyat negeri Perak Darul Ridzuan bertenang dengan apa juga keputusan mahkamah. Serahkan segala urusan menangani kemelut ini kepada pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
Kita mesti menaruh setinggi-tinggi kepercayaan kepada pemimpin kita dalam menghadapi situasi getir seperti ini.
Insya Allah doa kita golongan yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Mari sama-sama kita bermunajat kepada Allah, agar Allah mempermudahkan segala kerja buat kita dan dikira olehNya sebagai amal ibadat.
Amin.

BN DAN PAS SILA BERPAKAT NASIHATKAN SULTAN BUBAR DUN

Saya mengharapkan BN dan PR supaya berpakat agar DUN dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut di Perak. Janganlah kita terus memalukan negara dan negeri dengan adengan-adengan yang memalukan seperti Speaker diheret keluar dari Dewan, 2 sidang dalam satu masa, 2 MB, 2 Speaker, 2 barisan Exco dan lain-lain.
Alangkah elok jika kedua-dua parti berpakat mengadap Sultan dan menasihatkan baginda supaya membubarkan DUN. Biar rakyat menentukan siapa yang berhak jadi Menteri Besar. Jika tidak kita akan melihat bahawa Perak bertukar Menteri Besar setiap hari. Semalam Zambry, hari ini Nizar, esok Zambry dan sebagainya.
Malu kita semua.

BN RELA KEMELUT BERTERUSAN

Ternyata BN tidak mahu kemelut di Perak berakhir. Sebab itu mereka terus mengacau dan mengacau. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa DS Nizar adalah Menteri Besar yang sah tidak mahu diterima oleh mereka.
Sebaliknya mereka memfailkan rayuan.
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.
Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.
Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.
Keputusan mahkamah membenarkan permohonan Zambry hari ini menjadi kemelut ini betambah rumit.
Masing-masing meminta salah seorang dari mereka mengosongkan pejabat dan mendakwa diri masing-masing adalah MB yang sah.
Hanya satu yang ku pinta. Patik minta DUN dibubarkan, semua selesai. Selepas Pilihanraya kerajaan baru yang sah dan stabil akan dapat dibentuk.

NIZAR AKAN HANTAR SURAT MOHON MENGADAP

Pagi ini Menteri Besar akan menghadiri suatu majlis bersama Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di Kuala Kangsar. Namun ianya bukan majlis mengadap untuk memohon perkenan Tuanku membubarkan DUN.
Menurut Nizar, beliau akan menghantar surat memohon mengadap Tuanku hari ini.
Sementara itu Nizar menyatakan hubungan beliau dengan Istana Perak amat baik. Malah semasa Sidang DUN kontroversi 7 Mei lalu, Raja Nazrin bertitah bahawa baginda boleh bekerja dengan PR. Ini dititahkan Tuanku semasa Nizar mengiringi baginda dari lif sehingga ke kereta Baginda.

NIZAR KEMBALI MASUK PEJABAT MB

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan semua Exconya kembali ke bertugas di Pejabatnya hari ini. Mereka sampai di perkarangan Bangunan Pejabat Kerajaan negeri seawal jam 7.30 pagi.

Polis mengawal ketat perkarangan bangunan itu di mana Nizar dan Exconya sahaja yang dibenarkan masuk.

Jam 7.45 pagi, Nizar keluar dari Bangunan tersebut menuju ke Kuala Kangsar untuk majlis rasmi bersama Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Ihsan : Malaysiakini

RAKYAT SEDANG MENUNGGU-NUNGGU HASIL PERTEMUAN NIZAR-RAJA NAZRIN

Jika benar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diperkenan untuk mengadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pagi ini, satu lagi sejarah mungkin tercipta. Apakah DUN Perak diperkenankan untuk dibubarkan atau ianya tidak dibubarkan.

Jika ianya tidak dibubarkan saya yakin kemelut politik ini tidak akan selesai. Pelbagai perkara akan berlaku dalam sehari dua ini. Antaranya :-

1) BN akan mengemukakan rayuan

2) Sidang DUN tergempar mungkin dipanggil oleh Speaker HARAM untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Nizar

3) PR akan memohon perintah mahkamah mengisytiharkan Ganesan adalah Speaker HARAM

dan macam-macam lagi.

Jadi saya dan sebahagian besar rakyat Malaysia berdoa supaya kemelut ini berakhir dengan Pilihanraya Negeri diadakan. Biar rakyat menentukan siapa yang mereka mahu jadi kerajaan PR atau BN.

Sekarang sudah jam 8.36 pagi, persoalannya adakah Nizar sudah diperkenankan untuk mengadap????

NIZAR MENGADAP RAJA NAZRIN 8.30 PAGI ESOK?

Beberapa blog melaporkan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin diterima mengadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah jam 8.30 pagi esok.
Seluruh rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Perak mengharapkan Raja Nazrin memperkenankan pembubaran DUN bagi memberikan laluan kepada Pilihanraya Negeri bagi mengatasi kemelut politik Perak akibat tindakan rakus BN merompak kuasa Kerajaan PR Perak awal Februari lalu.
Saya mendoakan semuanya berjalan lancar dan kita mendapat berita gembira esok. Yang pasti Zambry dan barisan Exco HARAMnya mesti mengosongkan pejabat masing-masing dan YAB Nizar serta Exconya akan memasuki semula pejabat masing-masing dan segera bermesyuarat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Hashim saya nasihatkan supaya meletakkan jawatan serta merta. Kalau beliau bermuka tebal dan tidak ada maruah sila teruskan tugas beliua. Tetapi jika saya menjadi beliau tak tahu di mana hendak saya letakkan muka.

11 May 2009

BUBARKAN DUN UNTUK SELESAIKAN KEMELUT

Sekali lagi saya ulangi, bubarkan DUN Perak untuk selesaikan kemelut Perak. Jika DUN tidak dibubarkan, maka kemelut ini tidak akan berakhir.
Sudah beratus kali saya ungkapkan rayuan dan gesaan saya DUN Perak dibubarkan sejak dari peristiwa hitam 4 Februari lalu. Namun gesaan dan rayuan rakyat Malaysia khasnya rakyat Perak tidak dihiraukan. Sebaliknya BN lebih selesa melanggar undang-undang dan bertindak bagaikan serigala di rimba menggunakan undang-undang rimba, siapa kuat dia menang.
Jadi pada kali patik sekali lagi merayu Ke Bawah Duli Sultan Perak supaya memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak seberapa segera.

ZAMBRY AKAN DISERET KELUAR DARI PEJABAT MB?

Jika Speaker yang sah V Sivakumar diseret oleh Polis kerana enggan beredar dari kerusinya pada Sidang DUN 7 Mei 2009, adakah Menteri Besar HARAM, Zambry Abdul Kadir akan diseret keluar dari Pejabat MB jika enggan keluar dari pejabat tersebut.

Kita ingin melihat Polis bertindak tegas terhadap Zambry dengan mengheretnya keluar seperti yang dibuat ke atas YB Sivakumar jika Zambry berdegil.

Namun begitu saya mengharapkan Zambry tidak degil dan taat kepada undang-undang. Ini kerana Zambry seringkali menuduh PR dan Nizar tidak taat kepada undang-undang. Jadi kali ini rakyat mahu melihat apakah Zambry taat kepada undang-undang atau keras kepala.

Kalau keras kepala alamatnya mungkin beliau pun kena seret. Siapa yang akan seret beliau, saya pun tak pasti.

NIZAR MENGADAP SULTAN PERAK PETANG INI JUGA?

Sumber yg baru diterima, Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka akan mengadap Sultan Perak di Istana Perak, petang ini juga bagi memaklumkan kepada Baginda tentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.
Selain itu Nizar juga sudah tentu akan memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memboleh Pilihanraya Negeri diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik Perak.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memakbulkan doa kita agar DUN Perak dapat dibubarkan atas perkenan Tuanku Sultan. Daulat Tuanku.
Amin.

ZAMBRY SILA KELUAR DARI PEJABAT SEKARANG, SUK SILA LETAK JAWATAN

MB Besar HARAM, Zambry Kadir dan semua Exconya sila keluar dari Pejabat sekarang juga kerana kamu bukanlah menteri besar dan exco yang sah.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman Hashim sila letak jawatan kerana kamu terbukti menjadi barua kepada BN/Umno bukannya bertindak sebagai Setiausaha kepada sebuah kerajaan negeri.
Jika kamu semua bermaruah kamu mesti menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Jangan lagi berdolak dalik kerana rakyat sudah tahu siapa kamu sebenarnya.

NIZAR MB PERAK : DOA ORANG KENA ZALIM DIMAKBUL ALLAH

Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah. Nizar dan rakyat negeri Perak di zalimi. Bayangkan berapa ramai yang ditangkap, hidu gas, kena air kimia, dilucutkan jawatan, dijerkah, dizalimi dan macam-macam lagi.

Semua yang dizalimi berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T memohon dibalas segala kejahatan dan kezaliman pemimpin BN yang bongkak dan zalim.
Hari ini Allah menunjukkan kuasaNya. Kebenaran dibentangkan di depan mata.
PEMIMPIN BN YANG TIDAK BERMARUAH MESTI MENERIMA KEPUTUSAN INI DENGAN HATI TERBUKA.

TAKBIR : NIZAR MB YANG SAH

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa DS Nizar adalah MB yang sah.

Ulasan Blogger Angkasa Nuri :
Akhirnya segala perjuangan untuk mempertahankan hak sebagai Menteri Besar Perak terbukti hari ini apabila mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memutuskan bahawa Dato Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Sekaligus pelantikan Datuk Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini adalah tidak sah dan terbatal. Bermakna Zamry adalah Menteri Besar haram!
Bermakna segala keputusan dan arahan Zamry semasa menjadi 'Menteri besar' sebelum ini adalah terbatal dengan sendirinya.
Zamry sebelum ini dengan muka tak malu telah menduduki pejabat Menteri besar, melalui SUK mengarahkan Nizar mengosongkan kediaman rasmi MB, melelong Toyota Camry, melantik barisan 'Exco",melaksanakan pelbagai upacara rasmi sebagai 'Menteri Besar' termasuk sidang Dun haram pada 7 Mei lalu dengan melantik speaker haram dan membenarkan pihak polis mencemari sidang Dun Perak.
Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang. Keputusan mahkamah ini merupakan satu kemenangan rakyat dan tamparan yang paling hebat kepada Dato Seri Najib yang mendalangi dan merestui rampasan kuasa di Perak. Semua jentera Pakatan Rakyat mesti bersiap sedia di setiap peringkat bagi menghadapi pilihanraya kecil di Dun Perak dalam tempoh terdekat.

Laporan Malaysiakini

The Kuala Lumpur High Court today paved the way for a fresh battle in Perak by declaring that BN's Zambry Abd Kadir is not the legitimate menteri besar of Perak.
The decision by justice Abdul Aziz Abd Rahim rubberstamped ousted Pakatan Rakyat MB Mohammad Nizar Jamaluddin's argument that he is still the legitimate menteri besar.Zambry's lawyer Cecil Abraham's application for a stay of proceedings pending an appeal was also rejected by the court.
The judge said that if the Sultan of Perak had wanted to order Nizar's resignation, he should have called the assembly to table motion of no-confidence against him. The decision is now set to bring about more uncertainty in the state.
Only last Thursday Zambry and the BN coalition had made some inroads on the state assembly by gaining an upper hand by removing the Pakatan appointed speaker V Sivakumar and replaced him with R Ganesan from MIC.Nizar had sought a declaration that he was the he was the rightful menteri besar and to prevent Zambry from discharging his duty.
The state has been in a political impasse since February after Sultan Azlan Shah urged Nizar to step down and appointed Zambry as the menteri besar.
The sultan's decision was based on the defection of three Pakatan elected representatives to become BN-friendly independents.
Nizar however has questioned the legitimacy of Zambry's appointment and has been pushing for the state assembly to be dissolved so that fresh elections could be held.Nizar's lawyers previously argued in the court that if he got the declaration, he would seek a fresh mandate to resolve the political deadlock.
At present Pakatan and BN have 28 seats each in the state assembly but the three BN-friendly independents have shaded the power towards the BN side.

TAKBIR : NIZAR MB YANG SAH

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa DS Nizar adalah MB yang sah.

SELAMAT PULANG WAYTHA MOORTHY

Saya dimaklumkan bahawa pemimpin Hindraf P Waytha Moorthy hendak pulang ke Malaysia selepas rakan-rakannya yang pernah ditahan ISA telah dibebaskan oleh kerajaan Malaysia.

Hasrat Waytha untuk kembali ke Malaysia walaupun sedar akan risiko ditahan ISA merupakan hasrat murni sebagai seorang pejuang.
P Waytha Moorthy, yang melarikan diri ke United Kingdom sejak penangkapan abangnya hujung 2007, kini tiada lagi pasport setelah ditarik oleh Malaysia.

Saya mengucapkan syabas kepada beliau kerana medan beliau sebenarnya adalah di tanahair sendiri bukannya di luar negara. Saya yakin akan kembali memimpin perjuangannya demi masa depan rakyat dan negara Malaysia yang bercita-cita ingin menjadikan negara kita One Malaysia.

Diharapkan kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan menahan beliau di bawah ISA kerana ianya jelas bertentangan dengan Hak Asasi Malaysia. Jika Waytha bersalah maka sila dakwa beliau di bawah akta-akta dan undang-undang yang sedia ada selain dari ISA. Beri peluang beliau membela diri di mahkamah.

Insya Allah negara kita akan menjadi One Malaysia, harmoni dan bersatu padu.

SELAMAT KEMBALI P WAYTHA MOORTHY. RAKYAT MALAYSIA MASIH MEMERLUKAN SAUDARA.

KEMELUT PERAK : PENYELESAIAN MUDAH ADA, TAPI SENGAJA CARI MASALAH

Oleh kerana takut kehilangan kuasa dan dimalukan rakyat kerajaan HARAM Perak sengaja mencari jalan penyelesaian yang susah dan rumit serta tidak bertamadun. Sepatutnya sebaik sahaja kemelut ini berlaku masing-masing mesti bersikap professional dan berlapang dada dengan memulangkan mandat dan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa kerajaan yang sah. Bubarkan sahaja DUN dan semuanya akan selesai.

Tetapi oleh kerana sudah sebati dengan kerja-kerja jahat dan tidak bertamadun BN sengaja mencari jalan berliku dan susah untuk menyelesaikan kemelut di Perak. Mereka bukannya bodoh dan tidak tahu bahawa segala kerja buat mereka boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

BN tahu bahawa dengan cara bodoh dan tidak bertamadun cara terbaik bagi mereka untuk mendapatkan kuasa. Jika DUN dibubarkan BN tidak yakin akan dapat merampas kembali Perak.

Namun begitu PR jelas lebih gentleman dan berani. Mereka tahu bahawa andaikata DUN dibubarkan belum pasti PR akan menang dan memerintah semula. BN mempunyai segala macam jentera, duit yang banyak, media dan SPR yang memihak sudah tentu BN mempunyai kelebihan untuk menang. Tetapi mengapa BN takut untuk bertarung di gelanggang. Semua itu adalah kerana takut kepada bayang-bayang sendiri.

Keputusan petang ini samada Zambry atau Nizar akan diisytiharkan sebagai Menteri Besar juga tidak akan menyelesaikan kemelut politik Perak. Selepas akan ada lagi pelbagai saman dan semakan semula keputusan mahkamah akan difailkan. Antaranya kesahihan perlantikan Speaker HARAM Ganesan, kesahihan Sidang DUN 7 Mei dan sebagainya.

Maka sekali lagi patik merayu dan memohon Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak supaya memperkenankan permohonan hamba rakyat untuk membubarkan DUN Perak bagi menyelesaikan segala kemelut yang amat merugikan rakyat negeri Perak.

MB PERAK : NIZAR ATAU ZAMBRY, PETANG INI KITA TAHU!

Petang ini jam 2.30 petang bakal menyaksikan satu lagi sejarah buat sistem demokrasi negara kita apabila Hakim Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur bakal memutuskan siapa Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang sah.
Dalam hati kecil saya, terdetik bahawa Mahkamah di Malaysia sudah lama dipertikaikan ketelusannya lebih-lebih selepas perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan ditambah lagi dengan kes Altantuya. Namun begitu bukanlah ianya 100 % tidak boleh dipercayai kerana masih ramai Hakim yang baik, telus dan professional.
Maka marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah supaya Yang Arif yang menghakimi perbicaraan ini benar-benar telus, professional dan takut kepada Allah kerana jika beliau tidak berlaku adil dan berpihak maka sudah tentu beliau akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat kelak.
Jika keputusan tidak berpihak kepada kita, janganlah kita risau, gundah gulana dan berputus asa masih banyak saluran undang-undang yang boleh kita gunapakai dan yang lebih penting kita bermunajat kepada Allah agar ditunjukkan siapa yang benar siapa yang salah.
Kita masih mempunyai banyak saluran untuk mendapatkan keadilan dan kesaksamaan. Jangan risau !!!!

SEJAK BILA UTUSAN SOKONG KEPIMPINAN ULAMA?

Akhir-akhir ini Utusan Malaysia atau lebih mesra dipanggil Utusan Meloya begitu hebat memainkan isu pertembungan Ulama vs Professional yang di dakwa oleh mereka amat sengit menjelang Muktamar PAS Pusat awal bulan hadapan.
Lebih mengejutkan Utusan seolah-olah menyokong kepimpinan Ulama' yang lama bertunjang dan berakar umbi dalam PAS iaitu sejak tahun 80-an selepas kepimpinan Allahyarham Datuk Mohd Asri Haji Muda.
Hari ini Utusan sekali memuatkan cerita tentang Ulama. Sejak bila pula Utusan ini berkenan dan menyanjung kepimpinan Ulama' sedangkan sebelum ini mereka menghentam dan menghina Ulama'.
Semua tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari peluang dan ruang bagi memecahbelahkan perpaduan di dalam PAS yang dikatakan terdiri dari golongan Ulama' dan Professional.

Musuh-musuh PAS lupa bahawa sesiapa sahaja yang menerajui PAS sebagai Presiden dan Timbalan Presiden mereka tidak mempunyai kuasa penuh terhadap apa juga keputusan parti tidak seperti apa yang berlaku di dalam Umno yang mana Presiden mempunyai kuasa veto untuk menentukan apa juga keputusan.
Dalam PAS segala keputusan akan diajukan kepada Majlis Syura Ulama' untuk diperinci dan di'endorse'kan dengan mengambilkira semua aspek berkaitan dengan hukum hakam yang jelas termaktub di dalam Al-Qur'an, Al Hadis, Ijmak dan Qias.
Ketetapan dan peraturan ini sekali lagi dipertegaskan di dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas semalam (malam tadi) yang memutuskan bahawa pemilihan dua jawatan tertinggi parti itu akan meneruskan keputusan yang telah dibuat pada Muktamar Agung Pas 1982.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, keputusan muktamar itu ialah Pas akan mengamalkan dasar kepimpinan ulama.

Menurut beliau, keputusan ketetapan itu, telah diterima sebulat suara dan diamalkan dalam pelantikan pemimpin Pas sehingga kini.

“Mesyuarat malam ini ( malam tadi) kita masih kekalkan dan tidak ada sebarang perubahan. Pas tetap amalkan dasar kepimpinan ulama, tiada perkara yang hendak ditambah.

“Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas di pejabat agung PAS Jalan Raja Laut malam tadi.

Selain itu Datuk Prof Haron Din juga berkata Majlis Syura memberi kepercayaan penuh kepada perwakilan di muktamar untuk membuat keputusan terbaik bagi memilih pemimpin.

Menurutnya lagi, Majlis Syura juga memperakui bahawa keputusan yang dibuat oleh muktamar pada 1982 itu hanya boleh dipinda oleh muktamar sahaja.
Maka jelaslah bahawa PAS dan ahlinya tidak pernah bimbang dengan konsep kepimpinan Ulama' walau sesiapa pun yang menjadi Presiden atau Timbalan Presiden kerana perjuangan ini sebenarnya dipandu oleh Majlis Syura Ulama'.

10 May 2009

GIATKAN AKTIVITI KBSM

Saya mengharapkan semua petugas parti dan para dai'e di Melaka memperhebatkan aktiviti KSBM bagi mendekati rakyat.

Aktivit KBSM ialah meringankan tangan ketika KENDURI, ziarah rakyat yang BERANAK, ziarah rakyat SAKIT dan melawat rakyat dan keluarga yang MENINGGAL DUNIA.
Kita semua harus sedar bahawa rakyat yang dalam kesusahan amat memerlukan pertolongan walaupun tidak berupa duit atau barangan, doa dan ucapan sudah cukup untuk mengubat hati yang gundah gulana ditimpa musibah.
Kalau tak percaya ianya memberi kesan cuba dulu dan pasti anda rasa kelainannya pada PRU ke 13 nanti.

KEMELUT PERAK : BN TERTINGGAL KE BELAKANG 20 TAHUN

Sebelum persidangan DUN Perak 7 Mei BN melalui barua-baruanya awal-awal lagi melarang media-media bukan pengampu seperti Harakah, Siasah, Malaysiakini dan lain-lain membuat liputan persidangan tersebut. Alasannya tidak lain tidak bukan adalah untuk menyorokkan fakta sebenar apa yang berlaku di dalam DUN.

Ketika itu saya terfikir mengapa begitu bengap dan bodohnya pemimpin BN sehingga membuat peraturan begitu. Mereka agaknya terlupa bahawa sekarang ini adalah zaman ICT di mana tanpa mengira masa dan tempat sesiapa sahaja boleh membuat laporan, mengirim gambar dan sebagainya melalui handphone dan lain-lain alatan.

Laporan boleh dihantar melalui sms, email dan panggilan. Gambar boleh dihantar melalui mms, email dan sebagainya.

Walaupun wartawan media yang bukan pembodek tidak boleh masuk dewan tetapi ADUN yang ada di dalam dewan boleh membuat liputan dengan handphone, palm top, laptop dan sebagainya. Sebab itu semua kejadian di dalam Dewan dapat dilaporkan setiap saat oleh beberapa ADUN antaranya Ketua BBC, YB Khalil Idham Lim melalui blognya idhamlim.blogspot.com.

Semua gambar-gambar penting seperti tragedi Speaker diheret dan dikasari serta lain-lain dapat diperolehi sebaik sahaja ianya berlaku.
Saya sendiri memasukkan gambar tersebut ke dalam blog saya hanya selepas beberapa minit ianya berlaku selepas mendapatkannya dari Blog Cina Islam YB Khalil Idham.

Ternyata peraturan menghalang wartawan media alternatif untuk membuat liputan adalah tindakan bodoh dan dungu. Terbuktilah bahawa pemimpin BN tertinggal 20 tahun kebelakang dari segi teknologi ICT.

KEMELUT PERAK : NAJIB SEDIA KERJASAMA DENGAN PR?

Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional sedia bekerjasama dengan pihak PR bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Perdana Menteri berkata, kerjasama keduadua pihak mestilah menjurus kepada saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mematuhi undang-undang negara.

"Kerjasama tidak semestinya bererti kita buat kerajaan campuran, tidak semestinya bentuk itu, ia boleh dalam pelbagai bentuk, yang penting sekali saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan Umno bahagian Pekan, di sini, hari ini.
Bagi saya memang penting kerjasama BN dan PR dalam mengatasi masalah di Perak. Bagi menyelesaikan kemelut senang sahaja. BN tidak perlu susah-susah memikirkannya. Kedua-dua mohon mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Perak dan mohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN. Itu sahaja sebenarnya kerjasama yang dapat menyelesaikan kemelut tersebut.
Kerjasama dalam bentuk lain sudah pasti tidak akan menyelesaikan kemelut tersebut.

Najib tidak perlu berfikir panjang, yang penting pulang sahaja mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih untuk menjadi kerajaan negeri.
Malah saya yakin BN akan kembali berkuasa selepas itu kerana Menteri Besar HARAM Perak, Zambry Abdul Kadir berkata bahawa rakyat Perak telah kembali memberikan sokongan padu kepada BN terutama selepas kemelut politik Perak terjadi. Apa tunggu mari kita bekerjasama untuk membubarkan DUN Perak. Apa tunggu lagi yob!!!!

3 PROJEK MANGGA KERAJAAN NEGERI GAGAL JUTAAN RINGGIT DUIT RAKYAT HANGUS

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San mendedahkan bahawa 3 projek Ladang mangga delight kerajaan negeri Melaka menemui kegagalan.

Antara projek ladang mangga delight ialah di Kg Gelam dan Kg Air Barok. Dianggarkan sekurang-kurangnya RM3 juta duit rakyat hangus begitu sahaja lantaran kegagalan projek ini.

YB Goh menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada forum Menjana Gelombang 13 anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka di Kompleks PAS Jasin petang tadi.

Kegagalan projek ini membuktikan bahawa kerajaan negeri hanya mementingkan projek ini dijalankan tetapi kajian samada projek tersebut berdaya maju atau tidak kurang diberi perhatian. Akhirnya banyak projek kerajaan negeri gagal dan terbengkalai anataranya projek ladang mangga delight, Pulau Melaka dan lain-lain.

Difahamkan projek mangga ini diusahakan dengan bantuan Jabatan Pertanian. Kegagalan projek ini disahkan sendiri oleh Pegawai Jabatan Pertanian ketika dihubungi oleh YB Goh Leong San baru-baru ini.

Ladang Mangga Delight di Kampung Gelam diusahakan oleh Syarikat Petaniaga Sdn Bhd, di mana mangga tersebut di tanam di kawasan seluas 300 ekar sejak sembilan tahun lalu hasil galakan daripada Jabatan Pertanian.

Proses penanaman mangga di kawasan itu membabitkan empat fasa, iaitu fasa pertama bermula seluas 43 ekar, fasa kedua 75 ekar, fasa ketiga 90 ekar dan fasa keempat yang baru bermula seluas 300 ekar.

Terdapat 102 pengusaha yang digabungkan di bawah Petaniaga Sdn Bhd dan mereka mempunyai pegangan saham mengikut kemampuan masing-masing.

Mangga Melaka Delite bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah sudah berjaya menembusi pasaran luar.

Namun akhirnya projek ini gagal dan duit rakyat hangus.

FORUM MENJANA GELOMBANG 13 : SEMUA YAKIN MOMENTUM RAKYAT TETAP UTUH

Semua ahli panel Forum Menjana Gelombang 13 yakin bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menolak BN pada PRU 12 dahulu akan tetap utuh malah lebih hebat pada PRU 13 nanti.
Ahli-ahli Panel tersebut ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mereka sepakat bahawa gelombang tersebut akan terus bersemarak walaupun pelbagai usaha dan taktik digunakan BN untuk mempengaruhi rakyat. Antaranya senjata 3R iaitu Race, Religion dan Royal.
Dr Lo' Lo dalam ucapannya menegaskan bahawa walaupun negara mendapat Perdana Menteri baru namun ianya tidak akan memberikan kesan kepada sokongan rakyat, malah menurutnya rakyat semakin memihak kepada PR.
Pendapat beliau turut disokong oleh semua ahli Panel yang yakin bahawa suatu perubahan besar turut berlaku di negeri Melaka walaupun ianya tidak menjadi realiti ketika PRU 12 lalu.
Forum tersebut dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka sempena program Hari Terbuka PAS Melaka di Dataran Hamas, Komplek PAS Kawasan Jasin di Simpang Kemendor, Jasin.

USTAZ KAMARUDDIN KEKAL KETUA DPPN MELAKA

Ustaz Kamaruddin Sedik dipilih sekali sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka setelah menang tanpa bertanding pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di Maahad Ar Rahmah Solok Gaong di sini pagi tadi.

Naib Ketua sessi lalu, Yuhaizad Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua manakala Zakuan Samah dipilih sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda yang baru.

Muktamar tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof. Turut hadir ialah Harun Mohamad yang mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Sementara itu beberapa muka baru dilantik sebagai AJK antaranya Khairul Che Salleh, Abu Iskandar Khir dan lain-lain.

SELAMAT BERMUKTAMAR WAHAI PEMUDA KU

Terasa baru semalam saya meninggalkan dunia kepemudaan. Namun rupa-rupanya sudah lebih dari setahun saya melewati usia pemuda iaitu 40 tahun.

Saya pernah diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Satu di utara satu di Selatan.

Namun jiwa saya masih muda. Orang kata umur tua hati muda. Hati muda tak apa jangan perasan muda dan perangai macam orang muda.

Saya mula memasuki alam orang tua apabila diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri pada awal sessi lalu. Suatu amanah yang saya rasa amat berat untuk dipikul lebih-lebih dalam negeri Melaka yang mencabar ini. Sessi ini saya menjadi lebih tua apabila diamanahkan pula sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil pula. Saf AJK pula ada yang berumur 70 tahun. Susah juga untuk memimpin orang lama seperti itu.

"Aku makan garam lebih dulu dari kamu" itu antara ungkapan yang biasa kita dengar.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada Pemuda Ku (Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka) semoga berjaya memikir dan merancang program yang lebih baik dan berkesan pada masa depan.

BN LEGA : TIADA PILIHANRAYA KECIL DI KOTA ALAM SHAH

BN sudah pasti lega dengan tindakan ADUN Kota Alam Shah YB Manoharan yang menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatannya.

"Saya akan memberi khidmat terbaik di kawasan saya dan memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada saya."

"Mereka telah hilang 14 bulan perkhidmatan saya dan kehadiran saya di DUN Selangor," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Bandar Kinrara di sini lewat petang semalam.

Ternyata tindakan Kerajaan BN membebaskan YB Manoharan dari tahanan zalim ISA berjaya menyelamatkan BN dari mendapat malu sekali lagi jika Pilihanraya Kecil diadakan kerana hampir pasti BN akan kalah jika ianya diadakan.

BN sememangnya amat ngeri dengan pilihanraya kecil. Sehingga kini BN masih belum memutuskan samada untuk bertanding atau sebaliknya pada PRK Penanti yang dijadualkan tidak berapa lama lagi.

Jadi keputusan Manoharan ini benar-benar melegakan Najib dan kuncu-kuncunya.

SETIAUSAHA KERAJAAN PERAK....SILA LETAK JAWATAN DAN SERTAI POLITIK

Saya menggesa Setiausaha Kerajaan Perak (SUK), Dr Abdul Rahman Hashim supaya meletakkan jawatan dan menyertai Umno secepat mungkin. Ini kerana terbukti beliau tidak layak untuk menjadi SUK kepada sebuah negeri kerana jelas lebih Umno dari Umno.

Lebih baik beliau menyertai politik dan berlawan di gelanggang politik jika benar-benar beliau anak jantan.

Beliau inilah yang menjerkah dan menghalau Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin dari pejabatnya ketika BN mula merampas kuasa Februari lalu. Beliau juga didakwa menjadi dalang nombor satu bagi menjayakan perancangan BN merampas jawatan Speaker sehingga mencetuskan peristiwa amat memalukan Malaysia 7 Mei lalu.

..dan akhir sekali peristiwa yang berlaku juga pada 7 Mei lalu, beliau menjerkah MB Nizar supaya jangan turun bersama-sama Raja Nazrin Shah dalam lif yang sama dengan baginda. Namun Raja Nazrin memperkenankan MB Nizar untuk masuk ke dalam lif dan bersama-sama turun dengan baginda.

Biadap dan celupar betul SUK Perak ini sehingga di hadapan baginda Raja Muda Perak pun beliau biadap.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh MB Nizar pada ceramah umum beliau di Batu 8 Bukit Gantang 8 Mei lalu.

Sumber : Idhamlim.

KALAU ANAK JANTAN SILA BUBARKAN DUN

Melihat kepada gelagat MB HARAM Perak dan ADUN BN pada Sidang DUN HARAM 7 Mei lalu, mereka kelihatan seperti singa lapar yang gagah. Itupun kerana mereka dibantu oleh penceroboh yang tidak bermaruah masuk ke dalam Dewan dan menghina dewan.
Kalau melihat kepada kehebatan dan kebongkakan mereka saya yakin PR akan hilang semua kerusi DUN di Perak. Namun semua itu hanyalah retorik dan lakonan badut sahaja. Hakikatnya BN Perak dan BN keseluruhannya adalah pengecut, penakut dan pondan.
Manakan tidak sehingga kini mereka tidak berani membubarkan Dewan (jika mereka kerajaan sah) lantaran tidak yakin akan menang dengan kerusi majotiti di Perak. Sedangkan di pihak PR siang-siang lagi kita menyerahkan kuasa dan mandat kepada rakyat bagi membubarkan DUN Perak.
Jadi jika kamu anak jantan!!!!! Sila bubarkan secepat mungkin, jangan berselindung dan berpaut kepada agensi dan media pengampu BN.

JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT

Kerajaan 'One Malaysia' terbukti berundur beratus-ratus tapak ke belakang apabila mengulangi kesilapan kerajaan era Mahathir dengan mengujudkan permusuhan dengan rakyat.
Tindakan kerajaan dengan menggunakan Polis menangkap rakyat lebih dari 60 orang 7 Mei lalu benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia yang sememangnya sudah sedia benci dengan kerajaan BN.
Ini ditambah lagi dengan tindakan tidak beradab dan tidak bertamadun BN yang mempergunakan Polis sekali lagi merampas kuasa speaker setelah mereka merampas kuasa kerajaan PR di Perak dengan cara yang tidak bertamadun.
Saya hairan bagaimana peneraju negara hari ini Najib-Muhyiddin tidak berfikir secara waras dan professional sehingga sanggup mengulangi kesilapan Mahathir dan Pak Lah yang suka bermusuh dengan rakyat.
Najib-Muhyiddin ternyata tidak insaf dengan hukuman 8 Mac 2008 di mana BN kalah teruk sehingga hilang 2/3 di parlimen dan kempunan untuk menjadi kerajaan di 5 buah negeri.

TONTON VIDEO SIDANG DUN PERAK 7 MEI PUN SALAH

Menonton video lucah lebih bebas dari menonton video Sidang DUN Perak 7 Mei. Sebab itulah program makan malam DAP yang menyelitkan tayangan video tersebut diganggu Polis dan alatan siaraya bersama jurutekniknya ditahan Polis.
DAP telah menganjurkan program Makan Malam di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009.
Ia di anjurkankan di Sekolah Kebangsaan Nam Wah di Jalan Kampung Koh. Antara peceramah-penceramah yang menghadiri program ini ialah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham.
Program makan malam tersebut berjalan dengan lancar pada awalnya. Apabila tanyangan VCD mengenai peristiwa 7 Mei dimainkan, polis telah masuk ke dalam dewan itu dan mula merampas alat-alat tayangan tersebut. Ini telah menyebabkan kekecohan dalam dewan itu.
Persoalannya mengapa Polis begitu tegas dalam hal ini tetapi tidak bertindak tegas dengan penjualan VCD lucah yang dijual secara berleluasa di seluruh negara.
Jika benar ADUN PR yang ganas, kurang ajar, biadap dan menghina institusi Raja mengapa tayangan ini dihalang biarkan sahaja rakyat menonton dan menilainya.

PRA-MUKTAMAR PAS : SAYA ULANGI!!! JANGAN LAYAN MEDIA

Saya bukanlah seorang pemimpin PAS. Hanya sekadar ahli PAS yang sangat sayangkan perjuangan Islam yang sama-sama kita dokong, sokong, pikul dan harungi ini.
Sejak akhir-akhir ini terutama menjelang Muktamar yang melibatkan pemilihan maka sudah tentu media akan mengambil kesempatan memanipulasi situasi ini. Media arus perdana yang sudah tentu diketahui umum siapa dibelakangnya mempunyai 2 sebab utama mengapa sangat berminat dengan pemilihan dalam PAS ini.
Pertama untuk memperok-peranda dan memecah belahkan perpaduan di dalam PAS dan kedua untuk melariskan jualan akhbar mereka.
Manakala di dalam PAS sendiri ada segelintir individu yang mungkin cuba mencari publisiti dan peluang untuk menonjolkan diri bagi mempopularkan mereka untuk tujuan promosi lebih-lebih lagi menjelang muktamar.
Setiap kali pemilihan diadakan, media akan memainkan isu lapuk dan tradisi iaitu Ulama vs Professional. Isu ini telah lama dimainkan malah mungkin sejak penubuhan PAS lagi. Saya hairan mengapa pemimpin PAS asyik dan girang melayani mainan media ini sehingga pantang ditanya mereka pasti akan sibuk membuat kenyataan masing-masing.
Saya kira isu Ulama vs Profesional wajib dihentikan dari sekarang kerana semua orang tahu bahawa PAS sebenarnya dipimpin oleh ulama iaitu Majlis Syura Ulama' adalah institusi paling tinggi dan paling berkuasa di dalam PAS. Maka tidak timbul samada Ulama' atau bukan Ulama' yang memimpin PAS kerana hakikat sebenar Majlis Syura Ulama'lah yang sebenarnya memimpin PAS.
Jadi samada Presiden atau Timbalan Presiden maupun Naib Presiden ulama' atau tidak bukan menjadi soal kerana mereka itu tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas apa juga keputusan dalam PAS.
Malah ahli juga mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan diberikan amanah untuk memimpin PAS. Saya yakin ahli PAS sangat matang, bijak dan merujuk kepada iman dan ilmu mereka bagi memilih pemimpin. Tanyalah ahli PAS seberapa ramai pun saya yakin majoriti dari mereka mahukan ulama' menjadi pemimpin dan ini sebenarnya tidak akan berubah kerana Majlis Syura Ulama' sudah sekian lama ditabalkan sebagai badan tertinggi dan paling berkuasa di dalam PAS.
Jadi saya mengharapkan selepas semua kita tidak melayan sebarang cubaan provokasi oleh media kepada kita sebagai ahli dan lebih-lebih pimpinan di atas. Jangan terperangkap dengan jerat dan jebak yang dipasang oleh media dan musuh-musuh kita yang setiap saat menanti peluang untuk mengharu birukan jemaah dan perjuangan suci ini.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
8.25 pagi 10 Mei 2009
Batu Berendam, Melaka
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter