Sebelum persidangan DUN Perak 7 Mei BN melalui barua-baruanya awal-awal lagi melarang media-media bukan pengampu seperti Harakah, Siasah, Malaysiakini dan lain-lain membuat liputan persidangan tersebut. Alasannya tidak lain tidak bukan adalah untuk menyorokkan fakta sebenar apa yang berlaku di dalam DUN.
Ketika itu saya terfikir mengapa begitu bengap dan bodohnya pemimpin BN sehingga membuat peraturan begitu. Mereka agaknya terlupa bahawa sekarang ini adalah zaman ICT di mana tanpa mengira masa dan tempat sesiapa sahaja boleh membuat laporan, mengirim gambar dan sebagainya melalui handphone dan lain-lain alatan.
Laporan boleh dihantar melalui sms, email dan panggilan. Gambar boleh dihantar melalui mms, email dan sebagainya.
Walaupun wartawan media yang bukan pembodek tidak boleh masuk dewan tetapi ADUN yang ada di dalam dewan boleh membuat liputan dengan handphone, palm top, laptop dan sebagainya. Sebab itu semua kejadian di dalam Dewan dapat dilaporkan setiap saat oleh beberapa ADUN antaranya Ketua BBC, YB Khalil Idham Lim melalui blognya idhamlim.blogspot.com.
Semua gambar-gambar penting seperti tragedi Speaker diheret dan dikasari serta lain-lain dapat diperolehi sebaik sahaja ianya berlaku.
Saya sendiri memasukkan gambar tersebut ke dalam blog saya hanya selepas beberapa minit ianya berlaku selepas mendapatkannya dari Blog Cina Islam YB Khalil Idham.
Ternyata peraturan menghalang wartawan media alternatif untuk membuat liputan adalah tindakan bodoh dan dungu. Terbuktilah bahawa pemimpin BN tertinggal 20 tahun kebelakang dari segi teknologi ICT.
Comments