SETIAUSAHA KERAJAAN PERAK....SILA LETAK JAWATAN DAN SERTAI POLITIK

Saya menggesa Setiausaha Kerajaan Perak (SUK), Dr Abdul Rahman Hashim supaya meletakkan jawatan dan menyertai Umno secepat mungkin. Ini kerana terbukti beliau tidak layak untuk menjadi SUK kepada sebuah negeri kerana jelas lebih Umno dari Umno.

Lebih baik beliau menyertai politik dan berlawan di gelanggang politik jika benar-benar beliau anak jantan.

Beliau inilah yang menjerkah dan menghalau Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin dari pejabatnya ketika BN mula merampas kuasa Februari lalu. Beliau juga didakwa menjadi dalang nombor satu bagi menjayakan perancangan BN merampas jawatan Speaker sehingga mencetuskan peristiwa amat memalukan Malaysia 7 Mei lalu.

..dan akhir sekali peristiwa yang berlaku juga pada 7 Mei lalu, beliau menjerkah MB Nizar supaya jangan turun bersama-sama Raja Nazrin Shah dalam lif yang sama dengan baginda. Namun Raja Nazrin memperkenankan MB Nizar untuk masuk ke dalam lif dan bersama-sama turun dengan baginda.

Biadap dan celupar betul SUK Perak ini sehingga di hadapan baginda Raja Muda Perak pun beliau biadap.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh MB Nizar pada ceramah umum beliau di Batu 8 Bukit Gantang 8 Mei lalu.

Sumber : Idhamlim.

Comments

Anonymous said…
Adakah itu syaitan akan le3tak jawatan? Tak, nanti kerajaan Pakatan Rakyat akan ambil tindakan tatatertib dan terus buang kerja dan juga sebar dengan rotan enam kali.
Kami rakyat Perak akan ajar dia , hanya tunggu masa yang sesuai.
Anonymous said…
saya setuju syaitan itu di pecat.
mustafa isa said…
ko apa hal nak suruh org letak jawatan?? ko tu yang patut letak jawatan. ko bukan org melaka. ko org luar yang nak kontrol org melaka. ahli pas melaka dah muak dan jelak dengan perangai ko. ko menang YDP pun sebab duit. btol tak????? aku pasti ko takkan mengaku..
pazli said…
oiii mustafa...stakat ckp habiskan air liur je wt pe???....buktikan ap yg ko ckp tu??...jgn nk main ckp jer....bende x btl jd fitnah..ap ko dh x takut dgn ALLAH S.W.T ke???.....stakat komen ko tu memenatkn jari baik ko blah jer x yah nk komen kat blog ni....