ZAMBRY AKAN DISERET KELUAR DARI PEJABAT MB?

Jika Speaker yang sah V Sivakumar diseret oleh Polis kerana enggan beredar dari kerusinya pada Sidang DUN 7 Mei 2009, adakah Menteri Besar HARAM, Zambry Abdul Kadir akan diseret keluar dari Pejabat MB jika enggan keluar dari pejabat tersebut.

Kita ingin melihat Polis bertindak tegas terhadap Zambry dengan mengheretnya keluar seperti yang dibuat ke atas YB Sivakumar jika Zambry berdegil.

Namun begitu saya mengharapkan Zambry tidak degil dan taat kepada undang-undang. Ini kerana Zambry seringkali menuduh PR dan Nizar tidak taat kepada undang-undang. Jadi kali ini rakyat mahu melihat apakah Zambry taat kepada undang-undang atau keras kepala.

Kalau keras kepala alamatnya mungkin beliau pun kena seret. Siapa yang akan seret beliau, saya pun tak pasti.

Comments

Anonymous said…
Lepas seret... kepit kepala cecah pintu... kah..kah..kah...
Anonymous said…
Jangan biar dia orang buat kita , kita jangan balas , kita layan dengan baik sebagaimana tuntutan Islam , jangan kurang ajar berbudi bahasalah dengan baik yee
Anonymous said…
Takbiirrrrrr.....Hidup Sofi...
Unknown said…
Rasanya orang-orang PR tidak sebodoh dan segila itu.
Anonymous said…
ingat pesan orang tua-tua, kalau tangkap pencuri yang masuk ke rumah, jangan marah, jangan pukul, bagi dia makan dan minum sampai kenyang dan buncit perut sebab dia lapar. 'LAPAG' kata orang utara.
mohahz said…
kita baca yasin depan zambry.