HATI-HATI BUAT KENYATAAN AKHBAR

Saya sebagai seorang ahli biasa PAS sangat sayangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sudah beberapa kali saya nukilkan di dalam blog ini supaya pemimpin PAS berhati-hati membuat kenyataan akhbar.
Kita semua faham bahawa media di negara selain dari menjadi pengampu kepada BN matlamat mereka juga ialah untuk mencari duit demi keuntungan dunia. Media langsung tidak memikirkan implikasi laporan samada ianya fitnah mengelirukan dan sebagainya, yang penting cerita mereka panas, sedap dan menarik minat.
Sinar Harian edisi selatan hari ini benar-benar mengguris hati saya kerana tajuk utama akhbar itu berbunyi ' SOGOK WANG MULA LANDA PAS'.
Suatu kenyataan yang berat dan bagi saya tidak benar. Malah apabila membaca isi laporan tersebut ternyata ianya tidak berasas kerana kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS tidak menyebut bahawa perkara itu ujud. Sebaliknya beliau meminta jika perkara itu berlaku ia mesti dihentikan. Tidak semestinya ia telah berlaku.
Namun Sinar Harian menggunakan tajuk 'SOGOK WANG MULA MELANDA PAS' yang saya yakin tajuk itu digunakan untuk menarik pembaca membeli akhbar tersebut.
Jadi sekali lagi saya tegaskan kepada semua peringkat pimpinan PAS supaya menghentikan sebarang komen berkenaan isu ini kerana ternyata media mula memutarbelitkan isu ini demi kepentingan politik BN dan juga keuntungan masing-masing.
Saya yakin bahawa unsur-unsur rasuah dan politik ini tidak pernah berlaku dalam PAS sehingga ke saat ini.
Sebagai contoh semasa pemilihan peringkat cawangan dan Kawasan Bukit Katil baru-baru ini ahli PAS bukannya berebut untuk bertanding jawatan tertentu malah berebut-rebut menolak untuk bertanding dan memberi laluan kepada sahabat-sahabat lain sehingga jawatan Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang Dipertua dan kebanyakan jawatan Ketua Cawangan dimenangi tanpa bertanding.
Saya sendiri diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil setelah tiada calon lain yang sanggup memegang amanah yang bakal dipersoal oleh Allah di akhirat kelak. Berlainan dengan Umno yang mana mereka berebut-rebut untuk menjadi ketua sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang besar.

Comments

Anonymous said…
sokong, bahasa dan ejaan terdapat kesilapan digunakan, mungkin maksud pengarang untuk menyampaikan itu betul tetapi bila ditafsirkan dan menjadi tatapan pembaca ianya menjadi kurang elok.
Benci Fitnah said…
Ntah pape Daud iraqi. tensen betul aku. main cakap je depan khalayak.
faida said…
Selama ini saya ingatkan suratkhabar Sinar, adil dan saksama.

Adakah ia sudah menjerus ke arah 'sebelah sana' juga seperti akhbar-akhbar perdana yang lain?
Anonymous said…
salam bro..
saya sependapat juga dengan saudara...berhati-hati bila buat kenyataan jangan kejar populariti..


1052
Anonymous said…
kenapa mau lari dari kenyataan..
hadapilah keyataan , rasuah melanda dalam PAS dah..
enko mana tau sopi...
dah betulllah la tu yang digambarkan dalam suratkabau tu..
telan jangan tak telan

BapakBudak