FORUM MENJANA GELOMBANG 13 : SEMUA YAKIN MOMENTUM RAKYAT TETAP UTUH

Semua ahli panel Forum Menjana Gelombang 13 yakin bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menolak BN pada PRU 12 dahulu akan tetap utuh malah lebih hebat pada PRU 13 nanti.
Ahli-ahli Panel tersebut ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mereka sepakat bahawa gelombang tersebut akan terus bersemarak walaupun pelbagai usaha dan taktik digunakan BN untuk mempengaruhi rakyat. Antaranya senjata 3R iaitu Race, Religion dan Royal.
Dr Lo' Lo dalam ucapannya menegaskan bahawa walaupun negara mendapat Perdana Menteri baru namun ianya tidak akan memberikan kesan kepada sokongan rakyat, malah menurutnya rakyat semakin memihak kepada PR.
Pendapat beliau turut disokong oleh semua ahli Panel yang yakin bahawa suatu perubahan besar turut berlaku di negeri Melaka walaupun ianya tidak menjadi realiti ketika PRU 12 lalu.
Forum tersebut dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka sempena program Hari Terbuka PAS Melaka di Dataran Hamas, Komplek PAS Kawasan Jasin di Simpang Kemendor, Jasin.

Comments