SELAMAT PULANG WAYTHA MOORTHY

Saya dimaklumkan bahawa pemimpin Hindraf P Waytha Moorthy hendak pulang ke Malaysia selepas rakan-rakannya yang pernah ditahan ISA telah dibebaskan oleh kerajaan Malaysia.

Hasrat Waytha untuk kembali ke Malaysia walaupun sedar akan risiko ditahan ISA merupakan hasrat murni sebagai seorang pejuang.
P Waytha Moorthy, yang melarikan diri ke United Kingdom sejak penangkapan abangnya hujung 2007, kini tiada lagi pasport setelah ditarik oleh Malaysia.

Saya mengucapkan syabas kepada beliau kerana medan beliau sebenarnya adalah di tanahair sendiri bukannya di luar negara. Saya yakin akan kembali memimpin perjuangannya demi masa depan rakyat dan negara Malaysia yang bercita-cita ingin menjadikan negara kita One Malaysia.

Diharapkan kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan menahan beliau di bawah ISA kerana ianya jelas bertentangan dengan Hak Asasi Malaysia. Jika Waytha bersalah maka sila dakwa beliau di bawah akta-akta dan undang-undang yang sedia ada selain dari ISA. Beri peluang beliau membela diri di mahkamah.

Insya Allah negara kita akan menjadi One Malaysia, harmoni dan bersatu padu.

SELAMAT KEMBALI P WAYTHA MOORTHY. RAKYAT MALAYSIA MASIH MEMERLUKAN SAUDARA.

Comments