.

.

15 May 2010

MAJORITI BN TURUN LAGI KEPADA 1869 UNDI

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869, 26 dari 110 saluran telah dikira

MAJORITI BN KURANG SEDIKIT KEPADA 1,957

BN - 4,205
DAP - 2,248
Bebas - 41

Majoriti BN - 1,957 setelah 25 dari 110 saluran dikira.

PERATUSAN UNDI RENDAH

BN dijangka tidak menghadapi laluan sukar untuk menang kerana peratusan yang keluar mengundi rendah iaitu kurang dari semasa PRU 12 iaitu 67 %.

Keputusan rasmi jumlah peratusan sebenar belum diumumkan.

MAJORITI BN MELAMBUNG SETELAH DICAMPUR DENGAN UNDI POS

Majoriti BN setakat ini (setelah 22 dari 110 saluran dikira) ialah 1,985 namun dijangka melambung sehingga 4,440 undi jika dicampur dengan undi pos yang telah pun tiba di tempat penjumlahan undi di Dewan Suarah, Sibu.

MAJORITI BN TURUN SEDIKIT

BN - 3,804
DAP - 1,819
Bebas - 37

MajoritI BN - 1,985 setelah 22 dari 110 saluran dikira.

BN 3,493 DAP 1,396 BEBAS 33

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33

Majoriti 2,097, 19 dari 110 saluran telah dikira.

BN DI DEPAN DENGAN MAJORITI 1,900 UNDI

Setelah 16 saluran dari 110 saluran dikira BN mendahului DAP dengan majoriti 1,900 undi. Saluran-saluran yang undinya telah dikira adalah dari peti-peti yang bilangan pengundinya sangat kecil. Ada antaranya yang hanya mempunyai 100 lebih pengundi sahaja.

Sehingga jam 4.30 petang tadi hanya kira-kira 58 % pengundi sahaja yang keluar mengundi.

Jika bilangan pengundi tidak ramai maka peluang BN untuk menang lebih cerah.

PRK SIBU : 55 % TELAH BUANG UNDI, BN TERUS DAHULUI

Sehingga jam 4.00 petang tadi kira-kira 55% pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masig.

Sementara itu keputusan rasmi dari peti undi-peti undi yang ditutup awal menunjukkan BN berada agak jauh di depan dengan majoriti lebih dari 1,700 undi.

PRK SIBU : BN TERUS DI DEPAN

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

Kwputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus mendahului DAP dengan kelebihan undi sebanyak kira-kira 1,000 undi.

PRK SIBU : DAP TERUS BERI TENTANGAN SENGIT

Melihat kepada penerimaan pengundi kepada calon DAP dan Kempen PR semasa kempen dan semasa pengundian hari ini, jelas sekali DAP berjaya memberikan tentangan sengit kepada BN.

Malah ada yang berani menyatakan bahawa jika tidak kerana adanya undi POs BN akan tumbang kali ini. Hal ini ada asasnya kerana pengundi Cina ternyata lebih memihak kepada DAP sejak hari pertama kempen. Malah dijangkakan lebih dari 65 % pengundi Cina mengundi DAP. Hanya undi Melayu Melanau, Iban dan undi pos menyelamatkan BN.

BLOG INI AKAN BAWAKAN KEPUTUSAN TERKINI PRK SIBU SELEPAS 6 PTG

KEPUTUSAN TERKINI PRK SIBU AKAN KAMI BAWAKAN DARI MASA KE SEMASA SELEPAS JAM 6 PETANG. SAUDARA/I DIJEMPUT MELAYARI TERATAK KAMI INI

38 % TUNAI TANGGUNGJAWAB SETAKAT 12.30 TGH

Seramai 38 % pengundi sudah mengundi sehingga jam 12.30 tengahari ini. Setakat ini ramalan pemerhati politik masih memihak kepada BN kerana undi biasa masih 50:50 namun BN dijangka menang besar melalui undi Pos. Jika BN menang dengan majoriti 2,500 maka kemenangan hanyalah datang dari undi pos yang sudah pasti memihak kepada mereka dengan kira-kira 2,600 mengundi mereka dan 100 mengundi PR.

Ini bermakna jika BN menang dengan majoriti kurang dari 2,500 itu bermakna wakil rakyat mereka sebenarnya wakil POS.

PRK SIBU : SOKONG BN ERTINYA SOKONG JUDI DAN APCO

Sesiapa yang menyokong dan mengundi BN pada mana-mana pilihanraya samada umum atau kecil bermakna menyokong dan menggalakkan perjudian kerana Umno/BN telah meluluskan satu lagi lesen judi baru-baru ini. Maknanya Umno/BN memang 'tahi' judi sehingga sanggup meluluskan lesen judi dengan begitu banyak.

Orang mengundi BN juga bermakna menyokong tindakan Umno/BN mengambil APCO syarikat Yahudi yang semua orang tahu siapa Yahudi dan apa yang Yahudi telah lakukan kepada umat Islam dan manusia seluruh dunia.

BEBASKAN DIRI ANDA DARI JUDI DAN APCO DENGAN MEMBEBASKAN DIRI ANDA DARI MENYOKONG UMNO/BN

BN YAKIN MENANG

Melihat kepada reaksi dan gelagat pemimpin BN di Sibu hari ini jelas mereka yakin penuh BN akan menang dengan majoriti selesa. Rata-rata pimpinan BN yang ditemui ketika melawat pusat pengundian senyum lebar dan tidak menunjukkan tanda-tanda kegusaran lebih-lebih mereka mempunyai undi 'fixed deposit' iaitu undi pos dan pengundi Melayu Melanau dan Iban.

PRK SIBU : BN TELAH MENDAHULUI DENGAN 2,500 UNDI

Proses pengundian baru bermula 3 jam tetapi BN sudah mendahului dengan majoriti lebih 2,500 undi. Ini kerana BN 'by hook or by crook' akan memastikan bahawa mereka akan memperolehi lebih dari 90 % dari undi pos yang berjumlah lebih dari 2,800 undi.

Sebab itu BN yakin mereka akan mempertahankan kerusi Sibu dengan selesa. Di tambah lagi dengan pertolongan 'parti-parti' komponen mereka iaitu agensi-agensi kerajaan yang sentiasa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan BN.

Tindakan seperti memindahkan pengundi, membuang nama-nama pengundi PR dan lain-lain akan memudahkan laluan mereka untuk menang secara HARAM.

PRK SIBU : 22 % TELAH MENGUNDI

Kira-kira 22 % telah membuang undi pada PRK Sibu hari ini. Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

PRK SIBU : NAJIB KE SIBU KALI KETIGA, ISYARAT BN DALAM NAZAK

Najib diberitakan bertandang ke Sibu untuk kali ketiga hari ini, iaitu hari terakhir sebelum pengundian esok.

Biasanya bila Najib turun sehingga ke saar akhirnya petandanya BN berada dalam nazak. Jika tidak masakan Najib terpaksa dan sanggup turun ke Sibu setelah memberikan habuan dan sogokan kepada pengundi Sibu 2 kali sebelum ini

BN sebenarnya masih takut kepada bayang-bayang sendiri lebih-lebih lagi BN masih sangsi dengan pendirian pengundi Cina. Bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada BN maka Najib terpaksa bersusah payah turun sekali lagi untuk mempengaruhi rakyat.

Namun begitu pemerhati politik masih belum dapat memastikan samada rakyat berketurunan Cina akan menyokong BN atau DAP/PR. Ini kerana dari pengamatan mereka pengundi Cina kelihatan lebih berpihak kepada DAP tetapi ianya belum tentu diterjemahkan ke dalam peti undi.

Kita tunggu esok. Apa yang pasti Najib sebenarnya secara tidak langsung mengakui BN dalam keadaan nazak sebab itu beliau turun buat kali ketiga hari ini.

PR HILANG 2 LAGI KERUSI PARLIMEN?

2 hari lalu PR hilang kerusi Parlimen Wangsa Maju apabila Ahli Parlimennya Wee Choo Keong keluar dari PKR dengan menyertai Parti 'Katak'.

Semalam 1 lagi kerusi Parlimen PR iaitu Padang Serai bakal kosong apabila Ahli Parlimennya, Gobalakrsihnan dijatuhkan hukuman denda RM3,000 ribu atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam. Jika beliau gagal dalam rayuannya kerusi tersebut akan kosong.

Inilah nasibnya apabila kita memilih dan mencalonkan individu yang tiada integriti untuk menjadi calon dan mereka pula dipilih secara tangkap muat sahaja.

Sebab itu PAS sangat teliti dan berhati-hati dalam memilih calon. Diharapkan pada masa depan sesebuah parti yang hendak bertanding mewakili PR mesti mengukur baju di badan sendiri jangan hanya sibuk mahukan kerusi setelah menang kerusi di'jual'.

WEE CHOO KEONG SEPATUTNYA SUDAH KELUAR SETAHUN LALU

Memang orang macam Ahli Parlimen Wangsa Maju sepatutnya sudah lama keluar dari PKR/PR kerana keujudannya di dalam PR ibarat menjadi duri dalam daging.

Sejak dari dahulu beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan menikam PR dari belakang. Ada sahaja perkara yang ditimbulkan oleh Wee yang menyakitkan PR.

Kepada BN ambillah seberapa beramai ahli politik lompat ini. Mereka ini akan menyusahkan BN di kemudian hari.

BOLEH JALANLAH WEE....!!!!

JUDI SUKMA MUNGKINKAH DIUJUDKAN?

Seorang pembaca blog ini melontarkan persoalan apakah kerajaan negeri akan mengikut jejak langkah kerajaan yang meluluskan lesen judi bola. Katanya, mungkinkah kerajaan negeri akan memohon kepada kerajaan pusat untuk meluluskan lesen judi untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dilangsungkan pada Jun ini.

Katanya, kalau kerajaan sering meniru kerajaan pusat seperti membina MITC, Eye On dan sebagainya kerajaan negeri juga boleh menjalankan program judi SUKMA.

Blog ini mengharapkan perkara HARAM ini tidak dijalankan oleh kerajaan negeri walaupun mereka sering meniru pusat.

14 May 2010

IPT MALAYSIA SEMAKIN 'HEBAT'

Oleh kerana terlampau sibuk dalam hal-hal yang tidak sepatutnya IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing. Pentadbir IPT khasnya IPTA bukannya sibuk untuk menaikkan imej dan kualiti IPT masing-masing tetapi sibuk 'berpolitik' dengan student dan kakitangan mereka. Semua gerak geri mereka dipantau sehingga kadang-kadang menjejaskan tanggungjawan hakiki mereka.

Media melaporkan bahawa Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

PRK SIBU : BN SUDAHPUN MENDAHULUI DENGAN MAJORITI 2692 UNDI MELALUI UNDI POS?

Proses pembuangan undi pos Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjalan lancar semalam.

Begitulah laporan media hari ini. Lancar macamana tu.....lancar untuk memenangkan BN ke?????

Seramai 2,808 orang terlibat dengan pembuangan undi yang berlangsung di empat pusat iaitu Pejabat Daerah Sibu di Wisma Sanyan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Kem RASCOM dan Kem Batu 14 Jalan Oya, di sini.

Sebagaimana biasa blog mutaligat yakin BN menang besar untuk undi Pos ini. Jangkaan blog ini ialah seperti berikut :-

BN akan mendapat 2,750 undi dan DAP hanya memperolehi 58 undi sahaja.

DENGAN ITU SEBELUM PROSES PENGUNDIAN BERMULA JAM 8.00 AHAD INI BN SUDAHPUN MENDAHULUI DENGAN MAJORITI UNDI 2692. JADI AMAT SUKAR UNTUK DAP MENANG DI SIBU.

Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,808 undi pos.

Orang Melayu/Melanau mewakili 17 peratus atau 9,369 orang berbanding Iban (15 peratus atau 8,665), Orang Ulu (0.11 peratus atau 63 orang), Bidayuh (0.5 peratus atau 30 orang), lain-lain (1.39 peratus atau 74 orang dan kaum Cina (66 peratus atau 36,494 orang).

13 May 2010

PELIK TAPI BENAR : UMNO GALAK JUDI BUKAN ISLAM SOKONG HARAM JUDI

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

PELIK TAPI BENAR, PIMPINAN BUKAN ISLAM DAP DAN PKR SOKONG HARAMKAN JUDI, PEMIMPIN UMNO LULUSKAN LESEN JUDI GALAKKAN RAKYAT BERJUDI

KEKEJAMAN POLIS : IBU TERUS ALIRKAN AIR MATA


Pimpinan PAS Negeri Sembilan menziarahi mangsa tembakan Polis Adik Mohd Azizi Azri bin Aziz di Wad 3 , Hospital Tuanku Jaafar , Seremban hari ini.

Ibu adik Azizi masih belum berhenti mengalirkan airmata bersedih di atas malang yang menimpa anak kesayangan beliau. Itulah lambang kasih sayang seorang ibu.

Hadir sama dalam rombongan PAS N.Sembilan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan , Zulkefly Mohamad Omar; Ketua DMP Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, ADUN Paroi, Haji Taufek Abdul Ghani, Ketua DMP Negeri Sembilan, Puan Fazilah dan pimpinan DMPP, Negeri dan Kawasan Seremban.


Sumber : Facebook YB Taufek

LESEN JUDI BOLA : GANTUNG BANNER NYATAKAN KEKESALAN


Blog ini mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia, NGO dan parti-parti politik Malaysia menggantung banner di rumah dan pejabat-pejabat masing-masing bagi menyatakan KEKESALAN DI ATAS KEBIADAPAN KERAJAAN BN MELULUSKAN LESEN JUDI PERTARUHAN BOLASEPAK.

Kebiadapan kerajaan BN tidak boleh dibiarkan kerana kita bimbang lebih banyak lagi lesen judi akan diluluskan pada masa depan kerana perniagaan judi memang mendapat sambutan hangat dan kerajaan sudah tentu gembira kerana wang cukai akan bertambah.

Tanpa menghiraukan HALAL atau HARAM kerajaan BN terus bergelumang dengan dosa dan pada masa yang sama mengajak dan menggalakkan rakyat berjudi.

KERAJAAN KEDAH JATUH?

Kerajaan negeri Kedah dikatakan akan mengikut jejak negeri Perak jatuh ke tangan BN dalam sedikit masa lagi. Khabar angin sepoi-sepoi bahasa ini dihembuskan oleh Ahli Parlimen Parti Katak, Zulkifli Nordin.

Blog Mutaligat berpendapat ini semua adalah perang saraf/psikologi musuh-musuh PR yang senantiasa mencari ruang dan vacuum untuk memporakperandakan kerajaan PR dan mengujudkan perasaan bimbang dan ketidaktentuan di kalangan rakyat.

Rakyat Kedah sudah tentu tidak termakan dengan perang saraf ini kerana mereka sudah matang dan senang dengan corak pemerintahan kerajaan pimpinan Ustaz Azizan yang ada sekarang.

Oleh kerana dengki dan hasad dengan kejayaan Ustaz Azizan dan PR Kedah yang berjaya menyelesaikan semua masalah berbangkit maka musuh-musuh durjana ini gatal tangan dan 'berkudis' mulut mencari jalak untuk meruntuhkan tembok kukuh kerajaan PR Kedah.

Di pihak Ustaz Azizan sendiri rakyat yakin beliau lebih arif dan tahu bagaimana untuk mengatasi masalah lompat parti dan jual maruah diri ini.

12 May 2010

LESEN JUDI BOLA LULUS? PERISTIWA MALANG UNTUK UMAT ISLAM, MUFTI SILA BERI FATWA!!!!!!

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan UMno/BN tanpa rasa takut kepada Allah S.W.T meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan, Najib Razak semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Jadi bertambah lagi satu judi yang DIHALALKAN oleh Umno/BN di negara kita. Siapa yang menanggung dosa dengan pemberian lesen judi ini.

APAKAH ORANG YANG MENGUNDI BN TIDAK RASA BERDOSA KERANA MEREKALAH YANG MENYEBABKAN BN MENANG PADA PRU 12 DAHULU DAN DENGAN KEMENANGAN ITU BN BERKUASA DAN MELULUSKAN LESEN JUDI.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

JELAS SEKALI KERAJAAN UMNO/BN HANYA MEMENTINGKAN DUIT DARI CUKAI JUDI INI TANPA MEMIKIRKAN BURUK BAIKNYA KEPADA RAKYAT.

SUDAH PASTI AKAN RAMAI UMAT ISLAM YANG AKAN TURUT SAMA BERJUDI PADA MUSIM PIALA DUNIA INI. SEMAKIN JELAS BAHAWA BN TIDAK MENGIRA HALAL HARAM YANG PENTING DUIT.

BLOG INI MENGGESA MUFTI DAN JAWATANKUASA FATWA MENGELUARKAN FATWA BERHUBUNG DENGAN TINDAKAN KERAJAAN UMNO/BN MELULUSKAN JUDI INI. ADAKAH JUDI INI HALAL ATAU HARAM.


Malang sungguh nasib umat Islam di negara kita yang berketuakan orang yang bernama Islam tetapi tidak berpegang kepada kesucian Islam yang MENGHARAMKAN judi.

DAP TOLAK NEGARA ISLAM TIDAK PELIK, YANG PELIKNYA UMNO YANG TOLAK NEGARA ISLAM

BN menggunakan negara Islam sebagai modal untuk menakutkan pengundi Cina kepada DAP. Blog ini berpendapat DAP memang memang menolak negara Islam dari dahulu lagi. Jadi mengapa ianya ditimbulkan di Sibu. Penolakan DAP terhadap negara Islam memang TIDAK PELIK. Tetapi YANG PELIKNYA ialah mengapa Umno yang mengaku PArti Islam terbesar dan pimpinannya semua Islam MENOLAK NEGARA ISLAM.

Jadi sebenarnya isu NEGARA ISLAM bukan isu besar yang harus dibimbangkan. DAP sepatutnya menangkis isu ini dengan membuat pendirian tegas bahawa mereka MENOLAK NEGARA ISLAM sama seperti Umno.

PAS juga perlu membuat kenyataan menghormati keputusa DAP MENOLAK NEGARA ISLAM seperti yang pernah dinyatakan oleh pemimpin DAP sebelum ini. Mungkin mereka menolaknya kerana mereka belum faham dan bimbang hak dan kebebasan serta kebajikan rakyat bukan Islam terabai. Jadi tugas PAS ialah memberi kefahaman kepada DAP dan seluruh rakyat Malaysia.

Masalahnya sekarang, BAGAIMANA KITA HENDAK MEMBERI FAHAM KEPADA UMNO DAN PEMIMPINNYA YAG MASIH TIDAK MAHU FAHAM ATAU SENGAJA BUAT TIDAK FAHAM.

11 May 2010

NAJIB AKAN HADIR PROGRAM DI TUA PEK KONG ESOK

Presiden Umno akan menghadiri suatu majlis di Tokong Tua Pek Kong Sibu esok sebahagian dari acara kempen beliau. Portal MalaysianInsider melaporkan bahawa Najib akan menghadiri acara tersebut di mana dianggarkan 20,000 orang akan mengunjungi Tua Pek Kong 7 tingkat itu.

Najib dikatakan sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia yang menghadiri acara di Tua Pek Kong.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga akan menghadiri majlis tersebut.

PENGUNDI SIBU AKAN TERIMA RASUAH BESAR ESOK

Pengundi Sibu akan menerima habuan rasuah yang besar jumlahnya esok apabila Pengerusi BN sekali lagi akan bertandang ke kawasan tersebut.

Entah apa lagi yang akan dijanjikan esok. Sudah tentu jumlahnya ratusan juta kerana BN sudah tentu mahukan kemenangan sekali lagi selepas menang di Hulu Selangor baru-baru ini.

Sebagaimana yang disiarkan oleh Blog ini dalam posting terdahulu bahawa ada 8 perkara besar yang telah dan akan diumumkan untuk merasuah pengundi Sibu supaya mengundi BN.

Antaranya ialah :-

1) Ratusan juta atau mungkin bilion untuk projek mengatasi masalah banjir
2) Perbaiki keadaan jalan raya tempatan
3) Tingkatkan bantuan pendidikan Cina dengan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk setiap sekolah persendirian CIna dan RM15 juta untuk sekolah rendah
4) Membina sebuah Universiti di Sibu
5) Wifi percuma di seluruh Sibu
6) RM400 sebagai sagu hati untuk warga emas
7) Menghapuskan Tol di Jambatan Lanang
8) Peruntukan RM1 billion untuk 'poverty eradication'.

BLOG INI MENGHARAPKAN PENGUNDI SIBU TIDAK TERMAKAN DENGAN RASUAH SEBEGINI. JIKA MEREKA BERI BOLEH AMBIL SEBAB ITU SEMUANYA DUIT RAKYAT TETAPI UNDI ....MESTI UNDI PR/DAP

SUDAH SAMPAI MASANYA MCA KELUAR BN SERTAI PR

MCA menggesa pimpinan BN supaya tidak menghadiri program Melayu Bangkit 13 Mei ini di Terengganu.

Saya yakin puak-puak yang mendakwa bersemangat Melayu akan tetap menghadirinya. Suara MCA itu hanya umpama angin sahaja tidak akan dihiraukan oleh mereka. MCA hanya dipandang sebelah mata sejak PRU 12 kerana MCA sudah tidak ada taring akibat kalah teruk pada PRU 12 tersebut.

MCA hanya boleh menggesa dan mengharap tetapi gesaan dan harapan itu tidak berbekas.

Jadi sudah sampai masanya MCA keluar dari BN dan menyertai PR yang tidak mengamalkan semangat perkauman sempit seperti BN. Mari kita berjuang bersama-sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisme dan lain-lain

SOKONG PROGRAM MELAYU BANGKIT!

Blog ini menyokong program Melayu Bangkit tetapi bagi blog ini bangkit bukan maksudnya supaya semangat perkauman Melayu yang sempit dibangkitkan TETAPI bangkit PENYELEWENGAN AGAMA, MENENTANG KEZALIMAN DAN RASUAH yang diamalkan oleh BN/Umno.

Umat Melayu sewajibnya BANGKIT menggunakan iman dan otak mereka untuk menegakkan YANG MAKRUF DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Hanya dengan kebangkitan ini sahaja Umat Melayu dapat menyelamatkan diri dan negara dari terus dicengkam dan dikuasai oleh Umno/BN dan kroni mereka.

AYUH BANGKIT JANGAN JADI MELAYU MUDAH LUPA

PIALA THOMAS : DENGAN JEPUN PUN KALAH

Malaysia tewas di tangan Jepun 2-3 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebentar tadi. Walaupun Malaysia berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir tetapi persembahan pasukan negara sebentar tadi benar-benar mengecewakan semua orang.

Pada pandangan anda mampukah Malaysia merampas kembali Piala Thomas jika persembahan sebentar tadi diambil kira?

TAK BOLEH GUNA NAMA KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ?

Hebat sungguh Perkasa sehingga meminta supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

Persoalannya siapa yang keliru dan susah hati dengan penggunaan nama Khalifah Islam terkenal itu. Umno atau siapa sebenarnya yang gelisah dan keliru. Sebenarnya rakyat tidak terkeliru tetapi rakyat hendak tahu siapa sebenarnya Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga seorang pemimpin bukan Islam beriya-iya hendak mencontohinya dalam mentadbir negeri. Rakyat selama ini tidak tahu dan tidak peka siapa Umar Abdul Aziz kerana Umno/BN tidak berminat untuk mewar-warkan namanya.

Tetapi bila seorang yang bukan Islam cuba mencontohi dan mewar-warkan nama Khalifah Uamr Abdul Aziz, Umno/BN dan Perkasa pula tidak senang duduk dan dengki takut nanti Orang Islam dapat menerima dan menghormati Lim seterusnya menyokong beliau.

Sepatutnya Umno dan Perkasa berusaha untuk menaikkan nama Umar Abdul Aziz bukannya menghalang Lim dan orang Bukan Islam menggunkan tokoh itu sebagai idola mereka.

SPRM SILA SIASAT JIKA BENAR RM4 JUTA WANG HASIL BALAK

Pemuda Umno Kelantan tidak habis-habis menuduh kerajaan Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri 'songlap' wang balak.

Terbaru mereka mempersoalkan dari mana datangnya wang RM4 juta yang digunakan oleh GMC yang dituduh datang dari hasil dan konsesi pembalakan sejak PAS memerintah negeri ini yang dikatakan banyak dikaitkan dengan syarikat dan individu tertentu.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian semalam mendesak supaya kerajaan Pas mendedahkan nama-nama syarikat yang terlibat dalam mendapatkan kontrak dan konsesi balak. Beliau membuat desakan tersebut dalam kenyataan medianya di Kota Baharu.

Blog ini berpendapat mudah sahaja untuk memastikan tuduhan ini benar atau tidak. Serahkan sahaja kepada SPRM supaya membuat penyiasatan. Tok Guru Nik Aziz dari dahulu, kini dan selamanya bersedia membuka pintu 24 jam malah 26 jam sekalipun boleh untuk SPRM melakukan siasatan. Kalau ada yang bersalah dakwa mereka di mahkamah. Kerajaan PAS tidak akan memaaafkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan bukan seperti Umno/BN.

SILAKAN SPRM.....SIASAT SEGERA

BN MENANG KERANA DUIT?

Hulu Selangor RM400 juta? Sibu RM1 billion? Kerdau mungkin RM1 juta, KENAPA?

Apa kata TPM Muhyiddin di Sibu hari ini 10 Mei 2010 – Keseluruhan program tebatan banjir di Sibu mungkin menelan kos lebih RM1 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya. Beliau berkata, berikutan jumlah kos yang tinggi itu, ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan mungkin dilanjutkan sehingga melampaui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu RMK-11.
Apa janji TPM Muhyiddin hari ini 10 Mei 2010, “Tetapi saya mahu berikan jaminan bahawa kerajaan BN sedar mengenai masalah bencana alam ini dan telah menyediakan peruntukan lebih RM300 juta bagi pelaksanaan fasa pertama (program tebatan banjir) dan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Kenapa TPM Muhyiddin tabur RM1 billion di Sibu pada hari ini?

1. Membuktikan kegagalan Ahli Parlimen BN selama memerintah Sibu selama 50 tahun . Sudah 5 dekad tapi masalah banjir tidak di atasi dan khabarnya masalah ini dipandang remeh oleh MP BN sebelum ini.

2. Untuk mengumpan serta menarik undi pengundi kaum Cina di Parlimen Sibu yang dikatakan lebih 70% memihak kepada DAP dan PR.

3. Untuk meneruskan agenda pembohongan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia. Janji di Bagan Pinang masih tidak ditunaikan? Janji di Manek Urai hanya mimpi? Janji di Hulu Selangor apa dah jadi?

4. Untuk menguji pengundi si Sibu sama ada mereka cerdik atau bodoh. Jika cerdik seperti pengundi di Hulu Selangor, undi PR maka SRJK(C) Hulu Selangor dapat RM3 juta, maka pengundi di Sibu juga cerdik, undilah calon DAP maka anda akan tetap dapat RM1 billion.

Kesimpulannya, TPM meneruskan agenda taburan duit kerana janji projek dengan nilaian duit bukanlah rasuah mengikut apa yang dikatakan oleh SPR yang dilantik kerajaan 1Malaysia. Jika di Hulu Selangor anggaran taburan sebanyak RM400 juta, di Sibu RM1 billion lebih, tetapi percayalah di DUN Kerdau jika ditakdirkan diadakan pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini maka percayalah tidak sampai RM1 juta akan ditaburkan sebab di sana majoriti Melayu sehingga mencecah 89% yang dipenuhi melayu Felda. Paling kuat pun yang datang hanyalah agensi kerajaan seperti Felda, JAKIM, MARA, RISDA yang akan menabur projek.

Jika mentaliti melayu masih ditakuk lama maka sedikitlah habuannya. Tetapi jika sudah ada kesedaran untuk menjadi Melayu yang cerdik maka undilah calon PR kerana pasti TPM Muhyiddin akan membawa berguni-guni duit 1Malaysia ke sana kelak. Maka yang cerdik dan untung kaum Cina dan yang rugi ialah kaum Melayu. Inilah propaganda UMNO untuk mengemis undi kaum Cina ibarat kata pepatah “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Putera Melaka.

10 May 2010

KELANTAN DAFTAR PENGUNDI BARU PALING RAMAI, MELAKA BAGAIMANA?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mendaftarkan jumlah pemilih paling ramai dalam suku pertama tahun ini berbanding sebelum ini, kata Pengarah SPR negeri, Ab. Rahim Md. Salleh.

Beliau berkata, dalam tempoh itu kira-kira 13,000 rakyat negeri ini mendaftar dengan SPR dan 60 peratus daripadanya terdiri daripada golongan muda yang berumur 21 hingga 35 tahun.

Peningkatan mereka mendaftar sebagai pemilih itu hasil gerakan pendaftaran yang dijalankan oleh wakil parti politik di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilantik sebagai penolong pendaftar, katanya Kota Baharu semalam.

Ab. Rahim berkata, ketika ini seramai 767,000 rakyat Kelantan layak mengundi dan lebih 8,000 didaftarkan oleh parti politik yang bertanding, manakala selebihnya didaftarkan melalui SPR.

Blog ini yakin bahawa sebahagian besar pengundi baru tersebut didaftarkan oleh PAS yang sememangnya diketahui bekerja kuat untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi.

PERSOALANNYA MACAMANA DENGAN JENTERA KITA DI MELAKA????

Masih terdapat kira-kira 240,000 orang di negeri ini yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih dan 65 peratus daripadanya adalah golongan muda berumur 21 hingga 35 tahun, katanya

MOGA CEPAT SEMBUH






Moga Sultan Kelantan cepat sembuh. Rakyat mendoakan kesihatan baginda.

PAS TERUS HEBAT DI PERSADA POLITIK TANAHAIR

PAS dilihat semakin diterima di seluruh tanahair termasuk di Sibu yang sedang berhadapan dengan Pilihanraya Kecil sekarang.

Penduduk Islam di desa-desa di Sibu seolah menanti-nanti kedatangan PAS dan ini dilihat sebagai perkembangan yang sangat menarik.

Tidak syak lagi masa depan Islam melalui gerakan dakwah PAS semakin menampakkan sinarnya di mana PAS bukan sahaja diterima dengan baik oleh umat Islam malah rakyat yang belum beragama Islam pun menunjukkan minat yang mendalam untuk mengenali Islam dan PAS.

09 May 2010

HABUAN DAH SAMPAI HATI-HATI ORANG SIBU

Habuan dan janji untuk rakyat Sibu sudah sampai. Saya mengingatkan pengundi Sibu supaya berhati-hati. Kalau mereka beri kita ambil itu hak kita tetapi pastikan ianya tidak mempengaruhi hasrat hati kita untuk memberikan isyarat kepada BN supaya jangan menzalimi rakyat.

8 janji manis BN setakat ini :-

1) Dana yang cukup untuk atasi masalah banjir
2) Perbaiki keadaan jalan raya tempatan
3) Tingkatkan bantuan pendidikan Cina dengan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk setiap sekolah persendirian CIna dan RM15 juta untuk sekolah rendah
4) Membina sebuah Universiti di Sibu
5) Wifi percuma di seluruh Sibu
6) RM400 sebagai sagu hati untuk warga emas
7) Menghapuskan Tol di Jambatan Lanang
8) Peruntukan RM1 billion untuk 'poverty eradication'.

SUHAIZAN KENA TAHAN POLIS

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Suhaizan Kayat ditahan didalam lokap polis malam ini kerana mengatakan "barua" kepada polis. Ini adalah disebabkan ceramah DSAI yang diadakan di Taman Dahlia, Kempas dikepong dengan 4 road block, sedangkan ceramah dari Ezam tiada sebarang road block diadakan oleh pihak keselamatan.

"Bayangkan Tmn Dahlia taman sekangkang kera di kepong 4 road block. Berapa duit rakyat telah dibelanjakan?"

"Macamana rakyat nak respek dengan polis Ceramah Ezam di Taman Dahlia Kempas free road block. Ceramah Anwar di taman yang sama 4 road block dengan lebih 80 orang anggota polis kepong. Sebab itu bila polis kena tembak rakyat tidak respon. Kuat sangat ikut telunjuk UMNO." Ujur Suhaizan sewaktu berada di IPD Johor Baharu
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter