IPT MALAYSIA SEMAKIN 'HEBAT'

Oleh kerana terlampau sibuk dalam hal-hal yang tidak sepatutnya IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing. Pentadbir IPT khasnya IPTA bukannya sibuk untuk menaikkan imej dan kualiti IPT masing-masing tetapi sibuk 'berpolitik' dengan student dan kakitangan mereka. Semua gerak geri mereka dipantau sehingga kadang-kadang menjejaskan tanggungjawan hakiki mereka.

Media melaporkan bahawa Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Comments

Anonymous said…
memandangkan sifat dan sikap ali cm melaka yg suka sgt nak ikut/tiru cara/gaya/trend kera-jaan pusat, contohnya spt PWTC-MITC, putrajaya-hang tuah jaya, eye on malaysia - eye on melaka/msia (yg dh terlungkup dan ada beberapa lagi yg xdisebutkan di sini. Maka dgn lafaz melaka boleh di sini saya sarankan apalah kiranya ali meluluskan pula lesen judi utk SUKMA yg bakal berlangsung di melaka pada 10-19 Jun nanti.... barulah sama macam kera-jaan pusat.

mohon ihsan tuan Sofi memperpanjangkan hal ini utk pengetahuan ali yg suka tiru-tiru.