KERAJAAN KEDAH JATUH?

Kerajaan negeri Kedah dikatakan akan mengikut jejak negeri Perak jatuh ke tangan BN dalam sedikit masa lagi. Khabar angin sepoi-sepoi bahasa ini dihembuskan oleh Ahli Parlimen Parti Katak, Zulkifli Nordin.

Blog Mutaligat berpendapat ini semua adalah perang saraf/psikologi musuh-musuh PR yang senantiasa mencari ruang dan vacuum untuk memporakperandakan kerajaan PR dan mengujudkan perasaan bimbang dan ketidaktentuan di kalangan rakyat.

Rakyat Kedah sudah tentu tidak termakan dengan perang saraf ini kerana mereka sudah matang dan senang dengan corak pemerintahan kerajaan pimpinan Ustaz Azizan yang ada sekarang.

Oleh kerana dengki dan hasad dengan kejayaan Ustaz Azizan dan PR Kedah yang berjaya menyelesaikan semua masalah berbangkit maka musuh-musuh durjana ini gatal tangan dan 'berkudis' mulut mencari jalak untuk meruntuhkan tembok kukuh kerajaan PR Kedah.

Di pihak Ustaz Azizan sendiri rakyat yakin beliau lebih arif dan tahu bagaimana untuk mengatasi masalah lompat parti dan jual maruah diri ini.

Comments