PR HILANG 2 LAGI KERUSI PARLIMEN?

2 hari lalu PR hilang kerusi Parlimen Wangsa Maju apabila Ahli Parlimennya Wee Choo Keong keluar dari PKR dengan menyertai Parti 'Katak'.

Semalam 1 lagi kerusi Parlimen PR iaitu Padang Serai bakal kosong apabila Ahli Parlimennya, Gobalakrsihnan dijatuhkan hukuman denda RM3,000 ribu atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam. Jika beliau gagal dalam rayuannya kerusi tersebut akan kosong.

Inilah nasibnya apabila kita memilih dan mencalonkan individu yang tiada integriti untuk menjadi calon dan mereka pula dipilih secara tangkap muat sahaja.

Sebab itu PAS sangat teliti dan berhati-hati dalam memilih calon. Diharapkan pada masa depan sesebuah parti yang hendak bertanding mewakili PR mesti mengukur baju di badan sendiri jangan hanya sibuk mahukan kerusi setelah menang kerusi di'jual'.

Comments