.

.

28 April 2012

BERSIH 3.0 : MEDIA MULA SPIN BURUKKAN HIMPUNAN AMAN

Baru sahaja saya menonton Berita Mandarin NTV7. Spin mereka sudah bermula. Mereka menunjukkan seorang peserta Polis naik atas atap kereta Polis dan menghentak-hentak kaki sehingga kemek kereta tersebut. Selain itu ditunjukkan juga kereta Polis yang kemek teruk.

Manakala dalam satu adegan lain mereka menunjukkan peserta Bersih mengalihkan kon plastik yang diletakkan bagi menghalang peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka. Tidak pula ditunjukkan tentang keganasan Polis menembak gas pemedih mata dan air kimia kepada peserta himpunan walaupun orang ramai sedang bersurai.

Inilah tindakan yang tidak beretika media pengampu BN yang semuanya sudah difahami oleh rakyat.

BERSIH 3.0 PALING BERJAYA KUMPUL 300,000 RAKYAT

Sepanjang 3 kali menyertai himpunan Bersih, saya yakin himpunan kali ini iaitu Bersih 3.0 paling berjaya dengan  penyertaan lebih dari 300,000 orang.

Saya yang berkesempatan untuk sama-sama berarak dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka merasakan penyertaan kali lebih menyeluruh dengan penyertaan ramai kawan-kawan berbangsa Tionghua dan India.

Sesungguhnya rakyat Malaysia amat dahagakan sistem pilihanraya yang telus dan bersih.

Namun begitu kita melihat kerajaan BN dan Polis masih tidak insaf dan terus melakukan kezaliman kepada rakyat walaupun pelbagai laungan transformasi dibentangkan kepada rakyat. Penangkapan lebih dari 300 orang dan bilangan yang cedera parah agak ramai membuktikan bahawa kerajaan BN dan Polis tidak pernah belajar untuk membuat pembaharuan.

27 April 2012

DATARAN MERDEKA HARTA UMNO/BN?

Dataran Merdeka diharamkan untuk Bersih 3.0. Peserta-peserta Bersih 3.0 seolah-olah bukan rakyat Malaysia. Hanya ahli Umno/BN sahaja yang boleh menggunakan Dataran Merdeka. Mereka sahajalah yang membayar cukai. Orang lain adalah pendatang asing yang tidak layak dan tidak ada 'kelas' untuk menjejaki kaki ke Dataran Merdeka.

Dataran yang bersejarah itu Umno yang buat, tanah orang Umno, tanah nenek moyang mereka yang bergelar ahli Umno. Orang lain tidak layak dan najis untuk melawat dan bersantai di Dataran Merdeka.

Sesiapa yang datang untuk masuk dataran itu pada hari Sabtu ini akan ditahan kerana melanggar undang-undang. Sekarang tuan punya dataran yang berkelakuan seolah-olah dataran itu tanah pusaka mereka telah memagar dataran itu kerana hasad dengki dan takut kepada rakyat.

'Tuan punya' dataran itu tidak sedar bahawa sebenarnya Dataran Merdeka terletak di dalam kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Mereka buat-buat tidak sedar bahawa 10 dari 11 Parlimen di Kuala Lumpur diamanahkan kepada orang Pakatan Rakyat untuk menjadi Ahli Parlimennya. Hanya 1 parlimen sahaja di KL yang dimenangi oleh BN itupun kerana undi pos iaitu Setia Wangsa. Kalau tidak ada undi pos sudah tentu 100% Kuala Lumpur ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Mengapa begitu dangkal dan dungu sekali kepala hotak dan minda mereka sehingga tidak dapat membezakan harta rakyat dan harta pusaka mereka sendiri. .....

Kita yakin rakyat akan tetap datang dan hadir bersantai di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.. ......

SELEPAS 54 TAHUN : BN BANGGA RAKYAT MASIH MISKIN

Pemimpin-pemimpin Umno/BN sebenarnya tersilap langkah apabila membangga-banggakan diri mereka dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500.

Mereka tidak sedar bahawa jumlah penerima BR1M yang berjumlah jutaan orang itu menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat Malaysia yang miskin (pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500) walaupun negara sudah merdeka lebih dari 54 tahun.

Semakin ramai penerima BR1M menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat yang miskin, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sepatutnya selepas 54 tahun merdeka jumlah penerima BR1M ini kecil sahaja tidaklah sampai jutaan orang.

Persoalannya kemanakan kekayaan negara kita disalurkan. Bukankan pemimpin Umno/BN begitu bangga dengan pendapatan perkapita negara kita yang tinggi berbanding negara dunia ketiga lain. Tetapi mengapa pula masih ramai rakyat yang layak menerima BR1M. Ini membuktikan bahawa masih terlalu ramai rakyat yang miskin dan menunjukkan bahawa kerajaan BN gagal memastikan rakyat terkeluar dari belenggu kemiskinan. Kita juga dapat membuat kesimpulan bahawa pendapatan perkapita yang tinggi adalah disebabkan kekayaan dibolot oleh segolongan manusia yang terlampau kaya tetapi pada masa yang sama majoriti rakyat adalah miskin dan dhaif dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.

Rakyat seharusnya berfikir secara matang dan terbuka. Bukti BR1M ini sudah jelas membuktikan bahawa kerajaan BN hanya menanam tebu dibibir mulut untuk membantu rakyat keluar dari kedhaifan tetapi hakikatnya  rakyat yang miskin terus miskin, kroni Umno, MCA, MIC dan BN lah yang kaya raya.

Maka rakyat tidak ada cara lain selain dari mengundi PR bagi menumbangkan kerajaan BN yang gagal dan korup.

BERSIH 3.0 : PERISTIWA TAHUN LALU BAKAL BERULANG?

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein telah memberi amaran bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. Tindakan itu akan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Semalam DBKL telah mengeluarkan arahan bahawa Dataran Merdeka telah ditutup berdasarkan peraturan dan undang-undang kecil kerajaan tempatan. Ini bermakna sesiapa yang cuba memasuki Dataran Merdeka adalah salah di sisi undang-undang.

Dengan amaran Hishamuddin itu, kemungkinan besar tindakan ganas dan zalim pihak berkuasa ke atas peserta himpunan aman Bersih 2.0 akan berulang pada himpunan kali ini. Walaupun kenyataan Hishamuddin dan pihak berkuasa agak lunak sebelum ini tetapi semakin hari nampaknya semakin keras. DBKL pula telah memagar Dataran Merdeka dengan pagar besi dan penghadang jalan, satu usaha yang jelas bersungguh-sungguh untuk menggagalkan himpunan Bersih 3.0.

Namun begitu dari riak dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Bersih 3.0, NGO dan parti-parti politik, jelas gelombang kebangkitan rakyat untuk himpunan Bersih 3.0 lebih hebat dari Bersih 2.0 Walaupun ianya tidak panas seperti sebelum Bersih 2.0 namun rakyat sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan penipuan, penyelewengan dan janji-janji kosong kerajana dan SPR untuk memperbaiki sistem pilihanraya negara kita. Lebih teruk lagi apabila diketahui kedua-dua teraju utama SPR iaitu Pengerusi dan Timbalannya adalah ahli Umno.

Selain itu tuntutan Bersih 3.0 yang antara lain mahukan daftar pemilih dibersihkan tidak diendahkan SPR dengan pelbagai alasan. Semalam Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof sekali lagi menegaskan bahawa nama-nama 40,000 lebih pengundi yang tiada data dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya atas alasan ianya belum disahkan oleh JPN. Bila JPN hendak sahkan? Sedangkan isu ini telah lama dibongkar oleh PR. Selain itu isu kira-kira 100,000 orang yang mendaftar atas alamat rumah yang sama turut tidak diselesaikan. Bilangan pengundi Pos semakin meningkat malah petugas SPR yang mengundi secara pos pada PRU 13 ini akan meningkat kepada 240,000 berbanding hanya 120,000 pada PRU 12 dahulu. Banyak lagi isu lain sebenarnya yang membuktikan bahawa sistem pilihanraya kita adalah yang paling 'PENIPU' dalam dunia.

Oleh itu tidak ada cara lain selain rakyat mesti menuntut hak supaya sistem pilihanraya negara kita dibersihkan dari kekotoran yang sengaja dicipta untuk memenangkan Umno/BN.

AHLI UMNO : AZIZ/WAN AHMAD MEMANG TAK ADA MARUAH

Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya Wan Ahmad Wan Omar dengan selamba mengaku tidak sedar dan tidak tahu bahawa mereka adalah ahli Umno. Hebat sungguh lakonan mereka. Macamana mereka boleh kata mereka tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka ahli Umno. Bukankah bagi seseorang yang hendak memohon keahlian sesebuah parti mereka mesti mengisi borang dan menandatanganinya. Takkanlah mereka tidak ingat dan tidar sedar bahawa mereka mengisi dan menandatanganinya.

Kedua-dua mereka ini cuba menipu rakyat Malaysia. Kalau di negara luar sudah lama mereka berdua ini dipecat dan dihadapkan ke mahkamah kerana menipu. Bagaimana seorang yang diamanahkan menjaga sebuah badan paling tinggi yang mesti telus dan berintegriti boleh menipu dan berbohong. Sudah tentu mereka hilang kredibiliti dan terlucut jawatan penting tersebut.

Rakyat Malaysia mendesak kedua-dua pembohong dan pengkhianat ini meletakkan jawatan serta merta......jangan malukan negara dan tipu rakyat lagi. Dunia memerhati segala gerak geri anda. Dan yang lebih penting Allah sentiasa melihat dan mencatat segala apa yang kita lakukan .............

PILIHANRAYA FILIPINA/MYANMAR VS MALAYSIA

Di Filiphina semua calon pilihanraya diberi peluang berkempen di TV selama 2 jam dan mereka juga diberikan hak berkempen di radio selama 3 jam.

Di Malaysia hanya calon BN sahaja yang berpeluang berkempen dan keluar dalam TV dan Radio. Calon parti lain jangan harap kerana BN merasakan Radio dan TV Malaysia adalah harta pusaka mereka sendiri.

Di Myanmar yang didakwa negeri kuku besi,  Aung San Su Kyi diberi peluang berkempen dalam TV tetapi di Malaysia negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi dan kebebasan media, semua calon bukan BN tidak akan dapat menggunakan TV dan Radio walaupun 1 saat.

Di Indonesia calon-calon Presiden dan Naib Presiden serta semua calon lain berpeluang berkempen di TV dan Radio. Calon-calon Presiden pula berdebat antara satu sama lain dan disiarkan secara langsung dalam TV.

BUKTI AZIZ SPR AHLI UMNO?

Tuan-tuan tolong sahkan adakah gambar ini asli. ?

Berat 'nanang' doh Malaysia ini. Serigala berbulu biri-biri. Pengadil yang jelas berpihak.

Siapa yang hendak menanggung dosa penipuan ini. Kemenangan dengan cara menipu, elaun dapat elaun  dan gaji haram, bagi makan anak-anak dan sebagainya......

26 April 2012

TULISAN JAWI TERBALIK : NAJIB DIMALUKAN OLEH ALI RUSTAM

Malang sekali Ah Jib Gor apabila dimalukan oleh Ketua Menteri Melaka dengan memakaikan selendang terbalik.

Mengapa pakai selendang terbalik............jawapannya :-

1) Mungkin kedua-duanya tak tahu membaca jawi
2) Mungkin kedua-duanya tidak sedar
3) Mungkin kedua-duanya tidak menghormati tulisan jawi
4) Mungkin kedua-duanya memang suka pakai selendang tulisan jawi terbalik .............

Kalau kedua-duanya tak reti baca Jawi harap dapat belajar ...........

Sumber Gambar : Addin

PTPTN BUKAN ALONG TAPI POLONG

Ada pihak yang mendakwa Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertindak umpama along yang mengejar peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka sehingga ada yang disenaraikan hitamkan.


Mereka yang gagal menjelaskan hutang PTPTN dihalang untuk ke luar negeri. Bukankah ini tindakan samseng seperti Along yang akan bertindak apa sahaja ke atas peminjam tanpa peri kemanusiaan. Tindakan menghalang para peminjam yang disenaraihitam untuk keluar negeri adalah tindakan yang mencerobohi hak asasi manusia dan ianya adalah tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.


Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Agos Cholan berkata walaupun badan itu umpama perniagaan yang memerlukan komitmen, ia tetap bukan bank. Kenyataan beliau ini disiarkan dalam portal Malaysiakini.


Kalau istilah Along tidak sesuai untuk PTPTN,  pada pendapat anda istilah apa yang sesuai. Sesuaikah PTPTN digelar POLONG. Mungkin sesuai juga sebab POLONG adalah hantu yang mungkin ditakuti oleh orang ramai. Jadi PTPTN sekarang ini memang ditakuti oleh para peminjam kerana takut diambil tindakan.. Peminjam menjadi begitu takut kepada PTPTN kerana takut diambil tindakan mahkamah dan sebagainya.....macam takut pada POLONG.

Walaupun peminjam tiada kerja dan tiada pendapatan POLONG ini tetap menjejaki peminjan untuk menagih kembali duit yang dipinjam. Sebab itu para peminjam takut kepada PTPTN macam sesetengah orang takut kepada POLONG.

BERSIH 3.0 : NAIB PENGERUSI DAP KETINGGALAN KERETAPI

Di saat semua pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya begitu bersemangat untuk memberi isyarat kepada kerajaan BN tentang kepincangan sistem pilihanraya di negara kita, tiba-tiba Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

NONE"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.

Terbukti Tunku Aziz sudah kentinggalan keretapi. Orang tidak lagi bercakap tentang keganasan semasa perhimpunan kerana terbukti semua peserta perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat adalah berdisiplin kecuali mereka diprovokasi oleh kerajaan.

Agaknya Tunku Aziz ketinggalan keretapi kerana tikdak pernah turut serta dalam himpunan aman sebelum ini.

Tunku Aziz mungkin tidak sedar bahawa Umno/BN memang sengaja mahu menyuruh himpunan BERSIH 3.0 dijalankan di Stadium supaya tidak ramai yang hadir dan mereka akan spin berita menyatakan bahawa himpunan itu tidak mendapat sokongan rakyat.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga turut tidak terjamin.


Beliau berkata demikian dipetik dari portal Malaysiakini.


Kita yakin selepas ini kenyataan Tunku Aziz ini akan disiarkan oleh media pencacai United Malay National Organization (Umno)/BN bagi mengelirukan penyokong BERSIH 3.0 dan rakyat Malaysia. Berita Perdana RTM, Buletin Utama TV3 dan surat khabar pencacai sudah tentu menjadikan berita ini sebagai berita utama mereka. Tunku Aziz telah menginfakkan peluru baru kepada United Malay National Organization (Umno)/BN.

KHALID SAMAD KENA IKAT JAMIN RM1,500

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Klang kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, Klang, pada 16 Ogos tahun lalu.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

NONEBeliau dituduh mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, dan jika disabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS diwakili peguam Muhamad Burok, manakala pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh Muhamad Saufi Mastorlani.

Hakim Norafizi Fitri Ab Manaf juga melepas tertuduh dengan jaminan RM1,500 yang dibayar oleh seorang penjamin.

Hakim juga menetapkan tarikh 7 Jun depan untuk sebut semula kes tersebut.


Di Selangor memberikan syarahan di Masjid menjadi satu kesalahan jika tanpa tauliah termasuk mereka yang berkelulusa berkelulusan agama dari Al Azhar dan IPTA tempatan. Undang-undang sebenarnya menjadi salah satu sebab masjid tidak dapat diimarahkan dengan baik.


Namun begitu kita berharap peraturan ini tidak menghalang program-program agama untuk terus dipertingkatkan di Selangor. Hanya dengan ilmu agama dan kesedaran agama sahaja dapat menyelesaikan masalah sosial di negara kita ini.

MAS RUGI RM2.52 BILION : KERAJAAN LEPAS TANGAN ?


Kerugian Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) mencecah sehingga RM2.52 bilion tahun lalu. Tetapi sehingga kini tiada pemimpin kerajaan yang mengakui kesilapan mereka dan meminta maaf sehingga syarikat milik kerajaan dan rakyat itu rugi begitu besar. Sepatutnya Menteri Kewangan meletakkan jawatan di atas kegagalan MAS. Tetapi oleh kerana Menteri Kewangan tidak ada maruah dan tidak tahu malu, dia masih mahu terus memegang jawatan tersebut.
Kalau tidak mahu letakkan jawatan pun, Menteri Kewangan sewajibnya meminta dan memohon maaf kepada seluruh rakyat dan mengaku pertukaran saham antara MAS dan AirAsia adalah satu kesilapan besar.
Sehingga kini  nasib 20,000 pekerja MAS terus menjadi tanda tanya sama ada mereka akan dibuang atau diserap ke dalam syarikat gabungan yang baru. 

Kerajaan dan MAS masih belum menyatakan secara terperinci tentang nasib mereka ..............apakah mereka akan diberi VSS atau dibuang kerja .....

AHLI UMNO :LUCUTKAN JAWATAN PETUALANG NEGARA AZIZ DAN WAN AHMAD

Jika benar dakwaan Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution Ismail bahawa Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli United Malay National Organization (Umno), mereka berdua mesti dilucutkan jawtaan serta merta. Bagaimana seorang yang memegang keahlian sebuah parti politik boleh memegang jawatan yang begitu penting yang memerlukan keadilan, ketelusan dan keikhlasan tanpa memihak kepada mana-mana pihak.

Saifuddin dalam kenyataannya semalam mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan serta merta kerana mereka berdua didakwa adalah ahli United Malay National Organization (Umno)

Malah Saifuddin juga menyatakan bahawa jika kedua-dua enggan mengaku dan meletakkan jawatan beliau tidak teragak-agak untuk membongkar cawangan mana kedua-dua 'mamat' itu mendaftarkan diri sebagai ahli United Malay National Organization (Umno).

Patutlah tindakan mereka berdua sentiasa mencuriga dan meragukan kita .............. nampak sangat menyebelahi  Umno/BN. Memang sudah diduga Umno/BN tidak akan mencadangkan orang yang bukan menyokong mereka untuk menjadi Pengerusi SPR .....itu standard la!!!!!!!!

25 April 2012

RAKYAT TETAP KE DATARAN MERDEKA WALAU BADAI MELANDA

Badai mula melanda rakyat yang ingin ke himpunan Bersih 3.0. Antara tekanan yang mula dihadapi ialah dakwaan bahawa pengusaha bas pelancong telah dihalang dari menyewakan bas mereka kepada peserta himpunan anti Lynas dan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Ini mungkin antara usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu untuk menggagalkan himpunan terbesar ini. Kalau semasa himpunan Bersih 2.0 tekanannya lebih teruk dengan ugutan, amaran dan gertakan kini pihak berkuasa mungkin merancang suatu tindakan yang lebih hebat tetapi secara senyap.

Sehari dua ini kita telah mendengar bahawa menteri mula mengeluarkan kenyataan bahawa lokasi himpunan tidak sesuai, DBKL menghalang himpunan tersebut dari diadakan di Dataran Merdeka dan macam-macam lagi  kenyataan yang menggelikan hati. Manakala Perbadana Stadium Malaysia pula menawarkan Stadium Bukit Jalil sebagai alternatif kepada Dataran Merdeka.

Namun tawaran itu ditolak oleh Jawatankuasa Bersih 3.0 kerana mereka tetap mahu mengadakan himpunan di Dataran Merdeka.

Kita belum mengetahui apakah tindakan-tindakan berikutnya yang diambil bagi menggagalkan hmpunan ini. Setidak-tidaknya pihak-pihak tertentu tidak mahu target 500,000 peserta himpunan itu dicapai .........namun rakyat akan tetap ke Dataran Merdeka pada Sabtu ini ............AYUH RAKYAT YANG PRIHATIN MARI KITA TUNTUT PILIHANRAYA BERSIH ............

PEMIMPIN UMNO BANYAK TANAH, TANAH REZAB MELAYU SEMAKIN KECIL

Pemimpin Umno ramai yang mempunyai tanah yang luas. Ada yang punya ratusan hektar tanah atas nama saudara, kawan dan pembantu mereka. Manakala rakyat bawahan tidak ada tanah. Ada yang mohon tanah selama puluhan tahun pun tidak diluluskan.

Ramai yang mengusahakan tanah dengan berjaya bermula dari hutan sehingga membuahkan hasil puluhan tahun pun tidak diberikan hak untuk memiliki tanah tersebut.

Tanah orang Melayu semakin menuncup keluasannya. Ini semua akibat tindakan pemimpin Umno yang menjadi pemimpin kerajaan menjual tanah tersebut kepada orang lain. Yang penting mereka 'kenyang' dan mendapat habuan yang banyak.

Lebih separuh tanah rezab melayu sejak ketika merdeka dahulu sudah terlepas ke tangan orang lain dan ianya tidak diganti.

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu memang jelas di mana Umno telah menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah telah susut  dengan kadar 1.2% setahun. Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.


Antara tanah rezab Melayu yang digadaikan oleh pemimpin Umno ialah :-


1) 22,000 hektar tanah rezab Melayu diberikan kepada KLK (KL- Kepong) di Lekir, Manjong, Perak.


2) 200 ekar tapak kilang Simen Perak Hanjoong di Padang Rengas, Perak.


3) 9,000 hektar tanah rezab Melayu di Selangor ditukar kepada Tanah Bukan Rezab Melayu di Selangor pada zaman pemerintahan BN di mana hanya 1/3 sahaja yang diganti semula


4) Pada tahun 1990, seramai 90 keluarga Melayu  yang tinggal di atas tanah rezab Melayu telah dihalau dari Pantai Chenang. Langkawi untuk pembinaan Pelangi Beach Resort.


5) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rezab Melayu di Kampung Mambau, Negeri Sembilan dihalau dari Tanah Rezab Melayu untuk projek Seremban 2 di mana sebelum itu kira-kira 600 orang penduduk tinggal di kawasan tersebut.


6) 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Pia di Johor di ambil untuk projek New Township.


7) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang diserahkan kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan.


8) Pada 1993, 1000 ekar tanah rezab Melayu (tanah sawah) di Kerpan, Kedah diserahkan untuk projek udang yang akhirnya gagal.


9) 273 ekar tanah Rezab Melayu  di Kampung Chubadak, Sentul (Kampung tradisi Melayu) telah diambil dan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar dari kampung mereka.


10) 217 hektar tanah rezab Melayu Keretapi Tanah Melayu telah diserahkan kepada Singapura.


11) 290 keluarga orang Melayu telah dihalau dari kampung asal mereka iaitu Kampung Plengtong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka telah tinggal di kampung itu lebih dari 30 tahun.


BN! KALAU TAK MAMPU SILA SERAH KUASA PADA PR

Berbagai alasan diberikan oleh pemimpin Umno/BN tentang cadangan dan desakan PR akan membuat perubahan drastik dalam isu-isu kepentingan dan kedaulatan negara dan rakyat. Antaranya :-

1) Menyediakn pendidikan percuma kepada rakyat
2) Menurunkan harga minyak
3) Memastikan pilihanraya bersih, telus dan adil
4) Menghapuskan akta-akta zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan lain-lain
5) Kebebasan media
6) Memulangkan royalti minyak kepada negeri-negeri khususnya Kelantan dan Terengganu
7) Mengamalkan sistem demokrasi sebenar
8) Mengamalkan semangat federalisme sebenar
9) Memastikan kedaulatan Islam dan hukum hakamnya
10) Memastikan kedaulatan orang Melayu dan Tanah Orang Melayu

dan banyak lagi .................

KALAU UMNO/BN TIDAK YAKIN DAPAT MELAKSANAKAN TUNTUTAN DI ATAS SILA SERAHKAN KUASA KEPADA PR DENGAN SEGERA.

SUAMI JADI PENGADIL 2 ISTERI BERGOMOL

Seorang suami menjadi 'Pengadil' kepada 2 orang isterinya yang bergomol di ruang tamu rumah mereka di Taman Desaria, Petaling Jaya semalam.

'Perlawanan' gusti itu berlangsung apabila isteri muda menerkam isteri tua selepas berang dengan leteran dan maki hamun isteri tua yang marah kerana suaminya yang tidak balik selama 2 hari tiba-tiba pulang membawa isteri muda berusia 20-an warga Indon ke rumah mereka.

Suami yang berusia 53 tahun itu terpaksa menjerit sekuat hati bagi memberhentikan 'perlawanan' sengit itu.


Selepas 'perlawanan' itu berhenti, 'Pengadil' perlawanan itu mula menampakkan ketidakadilannya apabila mengancam isteri tua berusia, 52 tahun itu dengan ugutan untuk menikamnya dengan pisau jika terus bergaduh. 

'Pengadil' sepatutnya kena adil bukannya bertindak menyebelahi satu pihak.

BERSIH 3.0 : HISHAMUDDIN CAKAP BERBELIT-BELIT

Maka berkatalah sepupu Perdana Menteri, Hisham anak bekas Perdana Menteri ke 3 bahawa kerajaan tidak menghalang himpunan Bersih 3.0 tetapi tidak bersetuju dengan lokasi perhimpunan yang dicadangkan oleh Jawatakuasa Bersih 3.0.


“Isu kerajaan melarang tidak timbul tetapi isunya sekarang ialah lokasi. Empat lokasi ditawarkan kepada mereka kini,” katanya dipetik Bernama.
Penganjur perhimpunan yang disokong pembangkang itu memohon mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka tetapi ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat manakala polis menolak lokasi itu kerana konteks keselamatan.  

DBKL menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton Cheras dan Stadium Bolasepak Cheras sebagai lokasi alternatif manakala Perbadanan Stadium Malaysia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue perhimpunan.

“Saya sudah katakan bahawa perhimpunan itu boleh berjalan dan ia bukan satu isu, isunya sekarang ialah lokasi," katanya ketika ditemui di luar majlis pelancaran Talent Roadmap 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Kuala Lumpur.
Kalau sudah benarkan apa yang menjadi masalahnya jika diadakan di Dataran Merdeka. Buat di mana pun sama sahaja jika pihak berkuasa memberikan kerjasama. Apakah kerajaan takut untuk membenarkan himpunan itu diadakan di tempat terbuka seperti Dataran Merdeka. 
Bukankah Hishamuddin sendiri yakin bahawa tidak akan ramai rakyat yang akan hadir pada perhimpunan itu. Jadi adalah lebih baik ianya diadakan di Dataran Merdeka supaya seluruh dunia melihat himpunan itu tidak mendapat sambutan.
Dalam kenyataan rasmi Jawatankuasa Bersih 3.0 semalam, mereka tetap akan mengadakan himpunan tersebut di Dataran Merdeka.

24 April 2012

SEORANG LAGI ARTIS SERTAI PR

Seorang demi seorang artis yang terdiri dari pelawak, pelakon, penyanyi dan sebagainya menyertai parti-parti Pakatan Rakyat.

Terbaru pelakon filem Peristiwa Bukit Kepong yang juga dramatis veteran Shamsuddin Baslah menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR). Baru-baru Shamsuddin sempat bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu yang pernah mensensasikan sejarah Bukit Kepong sehingga riuh satu dunia.

Kalau Shamsuddin yang terlibat secara langsung dengan pembikinan filem Bukit Kepong pun sedar dan menyokong PKR takkanlah Pengerusi JKKK dan AJK JKKK tak mahu berfikir dan seterusnya menyokong PR bagi membebaskan rakyat dari belenggu 'penjajahan' BN lebih dari 54 tahun.

Kita yakin selepas ini lebih ramai artis dan semua golongan rakyat akan bersama dengan PR.....ANDA BILA LAGI?????


Sumber : addin77

PM PALING LEMBIK, TPM KAKI ANGKAT BAKUL

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dianggap paling lembik kerana gagal menamakan Pengerusi Umno sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang. Manakala Timbalan Perdana Menteri pula dianggap kaki masuk bakul angkat sendiri (angkat bakul) keraan mendakwa sistem pendidikan Malaysia lebih baik dari sistem pendidikan negara-negara maju.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia berasa bingung sekali lagi dengan kenyataan fantasi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Malaysia memandang tinggi sistem pendidikan di negara kita.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata demikian selepas keputusan kaji selidik baru-baru ini oleh Introspek Asia, yang kononnya menunjukkan bahawa 55 peratus rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di negara kita setanding negara-negara lain, manakala 35 peratus mengatakan bahawa ia adalah “lebih baik berbanding negara-negara maju”.

Sebelum ini, Muhyiddin telah memilih untuk memetik sebahagian daripada Laporan 2011-2012 Global Competitiveness Index oleh World Economic Forum, dan  menggunakannya untuk membuktikan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, German dan United Kingdom.

Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia? Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan German dan bukan di universiti tempatan?

Rakyat Malaysia tertanya-tanya mengapa Muhyiddin berani mendakwa sistem pendidikan kita adalah yang terbaik sedangkan kita melihat anak-anak muda yang terdidik di bawah sistem pendidikan terlibat dengan gejala dadah, maksiat, zina, buang anak, pergaulan bebas, rasuah, jenayah, penipuan dan penyelewengan. Banyak sekali statistik dikeluarkan oleh Jabatan-Jabatan kerajaan dan badan-badan bebas yang menggerunkan kita.

Lebih malang lagi pelajar-pelajar terlibat dengan kegiatan negatif itu bukannya terdiri dari mereka yang terkandas dalam pelajaran tetapi sebaliknya terdiri dari mereka-mereka yang cemerlang dalam pendidikan tetapi hancur dalam pegangan agama dan moral. Apakah ini yang membanggakan Muhyiddin sehingga berani mendakwa sistem pendidikan kita adalah yang terbaik. Kalau hendak angkat bakul pun biarlah berpadanan dengan keadaan dan situasi negara kita serta fakta yang jelas dan nyata.

Statistik : 2 contoh yang kebanyakan pelakunya adalah anak-anak hasil didikan sistem pendidikan terbaik sebagaimana didakwa Muhyiddin.

Jumlah Penagih Dadah di Malaysia - 2,897,630 (majoritinya anak-anak muda)
Jumlah anak luar nikah/tak sah taraf (2006-2010) - 234,647 orang 


NAJIB PRESIDEN UMNO/PENGERUSI BN PALING LEMBIK

 Najib Razak disifatkan sebagai Presiden Umno/Pengerusi BN paling lembik dalam sejarah Umno/BN kerana gagal menamakan pemimpin Umno sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang walaupun Umno mempunyai 11 kerusi Dun di Pulau Pinang berbanding parti komponen lain.

Umno sering menuduh PAS adalah kuda tunggangan DAP dan PKR tetapi sebaliknya terbukti Umno lah kuda tunggangan Gerakan dan MCA. Walaupun Umno mempunyai jumlah wakil rakyat paling ramai iaitu 11 dalam Dun Pulau Pinang manakala Gerakan dan MCA langsung tiada kerusi tetapi Najib takut untuk melantik pemimpin Umno sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang, Ternyata Najib takut dan kecut perut untuk melantik Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman menjadi Pengerusi BN Pulau Pinang.

Rakyat dapat menilai dengan mata kepala mereka sendiri siapa memperkudakan siapa. Yang pasti Umno diperkudakan oleh Gerakan dan MCA di Pulau Pinang.

Ahli-ahli Umno dan penyokong Umno Pulau Pinang mesti bangkit membuka minda mereka betapa mereka dipermainkan oleh Najib dan pimpinan Umno yang lain. Mereka bercakap soal melayu dan ketuanan Melayu tetapi dalam konteks Pulau Pinang pun mereka tidak dapat menegakkan ketuanan Melayu dalam BN Pulau Pinang. Bukan sahaja mereka gagal menegakkan semangat ketuanan Melayu tetapi juga mereka gagal mengamalkan sistem meritokrasi di mana parti yang paling banyak kerusi menjadi Ketua atau Pengerusi.

Sememangnya dari dahulu lagi Umno tidak pandai matematik. Agaknya 0 itu lebih besar dari 11 sebab itu Najib melantik pimpinan Gerakan menjadi Pengerusi BN mengenepikan Pimpinan Umno yang terkulat-kulat tak dapat jawatan.

GANTUNG TUGAS JAWATANKUASA 'TASK FORCE' DURJANA


Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Pemalsian IC (API), Dato Haji Mahfuz Omar memohon agar  Yang di-Pertuan Agong  menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force yang memberikan kad pengenalan dan hak mengundi kepada warga asing.

.

Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) itu  hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.


"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," katan pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.


Rakyat amat berharap ke bawah Duli Tuanku memperkenankan permohonan hamba rakyat kerana terbukti sistem pilihanraya negara kita terutama daftar pemilih adalah kotor dan banyak penyelewengan. Selagi daftar pemilih ini tidak dibersihkan dan dijamin bersih maka selagi itulah Pilihanraya Umum tidak wajar diadakan kerana kerajaan yang dilantik melalui daftar pemilih yang kotor bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan pengundi yang sah.


Lebih malang keselamatan dan kedaulatan negara diperjudikan oleh Jawatankuasa Task Force hanya semata-mata kerana kepentingan dan kelansungan kuasa Umno/BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Dalam kenyataan akhbar baru-baru ini, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan bahawa Task Force tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi SPR  Dato Wan Ahmad Wan Omar.

Selain itu beberapa Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron dan Shahrul Anwar Zahidi.

BERSIH : PAS HANTAR 500,00O RIBU AHLINYA?

PAS akan hantar 500,000 ahlinya ke perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu ini.? Jumlah bukan perkara mustahil kerana ahli PAS sendiri sudah hampir mencecah 1 juta orang. 2 buah negeri iaitu Selangor dan Terengganu berjanji untuk menghantar 50,000 orang ahli masing-masing. Maknanya dari 2 buah negeri PAS sudah ada 100,000 ahli dan hanya memerlukan 400,000 ahli lagi dari 12 buah negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan.

Sebagaimana yang kita tahu PAS Pusat telah mengeluarkan arahan supaya semua ahli PAS hadir pada perhimpunan itu bagi menunjukkan kepada kerajaan dan SPR bahawa rakyat mahukan sebuah pilihanraya yang bersih, telus dan adil.

Jika PAS mampu menyumbangkan 500,000 ahlinya sudah tentu jumlahnya akan lebih besar kerana ahli-ahli PKR, DAP, PSM dan lain-lain NGO serta orang perseorangan sudah tentu akan juga turun ber'santai' duduk dan bantah di Taman Merdeka nanti.

Dengan jumlah seramai itu sudah pasti Perkasam, Patriot dan lain-lain tidak berani datang mengacau program duduk dan bantah Bersih 3.0

KALAU BN MENANG PRU 13, NEGARA BANGKRAP


Hutang negara saban tahun meningkat disebabkan pengurusan kewangan kerajaan BN yang lemah, boros, rasuah, melakukan penyelewengan dan sebagainya. Hutang negara sekarang mencecah 53%, hanya kurang 2 % dari paras bahaya iaitu 55 %.

Maka tidak hairanlah bagaimana menteri kabinet Najib sendiri iaitu Idris Jala menyatakan negara akan bangkrap pada 2019 jika kerajaan tidak berubah. Manakala MIER pula menjangkakan negara bakal bangkrap pada 2015 jika tiada tindakan drastik dilakukan.  

Statistik hutang negara menunjukkan bahawa hutang melonjak dari RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion (2006) dan RM451 bilion pada penghujung 2011. Dari trend kenaikan hutang ini, tidak mustahil pada tahun 2012 hutang meningkat sehingga lebih dari RM550 bilion.

Pada masa yang sama  sementara wang Felda susut daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009).

Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan berlaku ketirisan RM28 bilion, laporan Ketua Audit  Negara 2006 pula melaporkan Kementerian Pertahanan membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) tanpa ada baucer.

Sumber : Hdaily

BN DOAKAN NEGARA BANGKRAP. ASYIK-ASYIK BANGKRAP, BANGKRAP, BANGKRAP?

Sikit-sikit bangkrap, sikit-sikit bangkrap. Itulah zikir pemimpin Umno/BN semenjak dua menjak ini. Bila PR lontarkan idea pendidikan percuma , mereka kata negara boleh bangkrap. Bila PR lontarkan idea harga minyak diturunkan jika PR perintah depa kata Malaysia akan bangkrap.

Namun bila mereka boros, membazir, melakukan rasuah, penyelewengan, bail out hitang kroni, lupuskan hutang piutang suku-sakat mereka, beri pinjaman percuma kepada kroni tidak ada pula pemimpin Umno/BN yang menyatakan negara akan bangkrap. Bila IPP diberikan subsidi RM19bilion setahun secara percuma, wang negara hilang RM20bilion setahun seperti laporan Ketua Audit Negara, pemimpin Umno/BN diam seribu bahasa. Bila hutang Tajudin RM589juta dan pinjaman Lembu Kondo RM250 tidak dipulangkan atau dihapus kira mereka senyap sepi tanpa komen.

Inilah standard pemimpin Umno/BN yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap duit rakyat. Tetapi bila duit rakyat yang diuruskan kerajaan hendak dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan percuma, harga minyak yang lebih rendah dan sebagainya mereka melenting dan menghentam PR. Sedangkan pemimpin PR tampil dengan fakta dan kira-kira yang tepat bukannya bercakap tanpa fakta dan asas.

Rakyat seharusnya mengambil iktibar ini bagi menumbangkan kerajaan Umno/BN pada PRU 13 nanti. Spesies seperti pemimpin Umno/BN mesti dinyahkan dari tampuk pemerintahan kerana sememangnya mereka tidak bertanggungjawab dan tidak takut kepada balasan Allah.

MULIA ADIK : SANGGUP KORBAN DEMI ABANG


Mulia dan tulusnya seorang adikl apabila sanggup mengorbankan dirinya sendiri untuk kesihatan abang kandungnya sendiri. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham di atas pengorbanan jiwa dan raganya itu.

Kepada yang hidup mari sama-sama kita insaf dan bertaubat di atas apa juga kesalahan dan kemaksiatan yang kita lakukan.

 “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.

Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu

Sumber : HM

GAJI MENTERI RM80,OOO SEBULAN, TAPI SAHAM KEBAS, PROJEK KEBAS?

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim mendakwa gaji menteri kabinet Malaysia sekarang RM80,000 tetapi masih mereka mahu memiliki sahama dan projek.

"Menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan."

"Tapi menteri-menteri masih masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu" ujar Anwar.


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di Serendah semalam.


Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah sekiranya PR memerintah.

“Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di Selangor, kalau itu bankrap la kita, tapi saya kata hari ini pilihan raya, esok angkat sumpah satu hari lepas itu kita umum harga minyak seluruh neraga turun.

“Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak,” katanya.

Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.

Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu.

“Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun, jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.

“Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?” katanya.


Sumber : Sinar Harian



23 April 2012

BERSIH 3.0 'HALAL' ATAU 'HARAM' : SIAPA BETUL MENTERI ATAU POLIS

Pihak polis tidak akan membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan duduk bantah di Dataran Merdeka Sabtu ini, atas "sebab-sebab keselamatan".

Ketua Polis daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, dalam suratnya kepada ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah, merujuk kepada surat BERSIH bertarikh 16 dan 19 April 2012.

Salinan surat daripada pihak polis itu telah dimuatnaik ke halaman Facebook BERSIH yang merupakan gabungan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.


Yang mana satu benar. Menteri kata tak jejas keselamatan dan ketenteraman, Polis pula kata ianya tidak dibenarkan kerana sebab-sebab keselamatan. Siapa betul siapa salah ini? Kalau tak dibenarkan mengapa? Berikan jawapan yang konkrit dan tepat .


Kita tidak mahu rakyat terkeliru yang mana satu betul menteri atau Polis. Kalau menteri betul, Polis tak betul dan bohong. Kalau Polis betul, Menteri pembohong. Sesiapa sahaja yang membohong tidak layak pegang jawatan yang tinggi. Tidak layak jadi menteri dan tidak layak jadi polis pangkat tinggi.


Namun begitu yang penting Bersih 3.0 tetap akan diadakan dengan pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dan tersusun. Pengalaman semasa Bersih 1 dan 2 cukup mematangkan rakyat. Mereka juga kenal siapa lawan dan kawan. Mereka kenal sangat siapa itu Polis dan bagaimana perangai Polis bila berhadapan dengan rakyat.


Kita yakin semangat rakyat untuk memakai baju kuning 28 April ini tetap membara dan tidak dapat ditahan-tahan umpama menahan udaran di ruangan dan menahan cahaya di dunia ini.

Pra-BERSIH 3.0 MELAKA BERJAYA TARIK SOKONGAN RAKYAT


Program Pra-Himpunan Bersih 3.0 anjuran Pakatan Rakyat Melaka semalam disifatkan amat berjaya. Program yang bermula pada jam 5.00 petang semalam di Stadium Bukit Serindit dekat sini disertai oleh kira-kira 300 orang penyokong PR dan NGO.

Antara pengisian program tersebut ialah pengedaran risalah Bersih 3.0 kepada orang ramai yang beriadah di kawasan tersebut. Para peserta juga memegang belon bewarna kuning dan melepaskan belon tersebut ke udara sebelum berakhirnya program tersebut.

Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi DAP Negeri, Goh Leong San; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Koordinator Bersih 3.0 PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta pimpinan PR peringat negeri, parlimen dan cawangan.

Dari tinjauan wakil Harakahdaily semalam rata-rata rakyat yang menerima risalah yang diedarkan dengan hati terbuka tanpa sebarang tentangan. Ada juga yang tidak tahu apa itu Bersih 3.0 dan apa tujuan perhimpunan itu diadakan.

Sabtu lalu, beberapa NGO telah mengadakan satu himpunan pra-Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Bandar Hilir yang dihadiri oleh kira-kira 50 orang peserta.

BERSIH 3.0 HALAL : ADA UDANG DI SEBALIK MEE/

Kerajaan BN dilihat begitu berubah menjelang himpunan Bersih 3.0 berbanding dengan 'kebaikan' yang dilakukan mereka menjelang dan semasa himpunan Bersih 2.0 dan Bersih  Semasa kempen Bersih 2.0 ribuan rakyat ditahan sebelum, semasa dan selepas himpinan diadakan.

Mengapa Menteri, Ketua Polis dan pihak berkuasa kelihatan lunak dan tidak mengambil tindakan ganas dan 'uncivilzed' seperti himpunan sebelum ini. Blog ini merasakan bahawa mereka mempunyai perancangan rapi dan sistematik. Mungkin mereka sudah bersedia dengan segala strategi dan tindakan dengan memastikan daftar pemilih kotor memihak kepada mereka. Kita berhimpun di Dataran Merdeka pada masa yang sama mereka melakukan kerja terkutuk memanipulasi Daftar Pemilih. Terlalu banyak bukti dan evidence yang dihamparkan di hadapan mata kita bagaimana daftar pemilih sangat kotor dan sudah pasti memenangkan BN.  Bayangkan bagaima di sesetangah tempat pertambahan pengundi melebihi 30 %, tidak masuk akal.

Jadikan Bersih 3.0 sebagai titik permulaan untuk rakyat bangkit. Jika PRU 13 dijalankan dengan tidak telus, tidak adil dan mempunyai unsur penipuan, mari sama-sama kita hadirkan diri untuk Bersih 4.0 bagi mendesak pilihanraya semula atau hadapkan pemimpin terbabit ke muka pengadilan kerana menipu rakyat.


TURKI SEDIAKAN PENDIDIKAN PERCUMA, MALAYSIA PERNIAGAKAN PENDIDIKAN

Amat jelas perbezaan sebuah kerajaan yang meletakkan Islam, kebajikan dan Keadilan sebagai asas perjuangan dengan sebuah kerajaan yang menjadikan nafsu, pangkat, harta dan kebendaan sebagai matlamat.

Buktinya ketika Turki diperintah oleh parti sekular pendidikan tidak diberikan percuma kepada rakyat. Tetapi bila parti AKP pimpinan Recep Toyyib Erdogan memerintah Turki selepas partinya mencapai kemenangan besar dalam Pilihanraya, kerajaan baru pimpinannya telah menyediakan perkhidmatan pendidikan secara percuma kepada warga Turki.

Kini perkara yang sama hendak dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat (PR) jika rakyat memberikan mandat kepada mereka. PR yakin dengan sumber yang ada; langkah perbelanjaan berhemat; pembenterasan rasuah dan tiada penyalahgunaan kuasa, PR mampu menyediakan pendidikan percuma selepas menang PRU 13 nanti. Berbeza dengan BN yang tidak pernah bermimpi untuk memberikan kemudahan pendidikan percuma, malah menjadikan pendidikan sebagai perniagaan dengan mengenakan caj kepada pinjaman pendidikan. Lebih teruk dari itu puluhan IPTS dan Kolej sawasta ditubuhkan bagi tujuan perniagaan dan cukai. Akhirnya rakyat yang terbeban dan ramai yang tercicir dalam pendidikan.

Inilah perbezaan utama antara PR dan BN. PR tidak menjadikan pendidikan sebagai perniagaan sebaliknya melihat pendidikan sebagai kewajipan yang mesti ditunaikan oleh kerajaan secara percuma.

Oleh itu tidak syak lagi rakyat mesti dan wajib memberikan undi kepada calon-calon PR bagi memastikan hasrat dan cita-cita untuk merealisasikan pendidikan percuma tercapai.

22 April 2012

ISU BICARA SCORPENE : NAJIB TAKUT JAWAB SOALAN WARTAWAN

Najib tidak berani menjawab soalan wartawan apabila diajukan soalan berkaitan perbicaraan kes komisen kapal selam Scorpene di Perancis.

"Saya tak perlu komen, saya tak mahu komen, terima kasih" itu jawapan Najib bila ditanya oleh wartawan berkaitan isu tersebut.

Beliau terus cabut selepas berkata demikian. Nampak sangat Najib ngeri untuk menjawab soalan tersebut. Mengapa beliau ngeri sedangkan beliau telah 'bersumpah' tidak terlibat dengan isu tersebut dan juga isu Altantuya.

Najib diajukan dengan soalan cepu emas tersebut pada sidang media beliau selepas selesai perjumpaannya dengan NGO India dan NGO Cina di USM hari ini. Sidang media itu berlangsung kurang dari 10 minit kerana Najib angkat kaki sebaik sahaja soalan yang mengerikan beliau itu diaju oleh Wartawan.

Kalau beliau tidak terlibat mengapa beliau begitu takut untuk berjumpa bapa Altantuya; mengapa beliau begitu takut untuk menjadi saksi kes perbicaraan berkenaan pembayaran komisen yang akan dibicarakan di Perancis.

NGO, Suaram telah menfailkan kes berkaitan komisen pembelian kapal selam Scorpene dan Suaram juga berjaya meyakinkan Hakim Perancis supaya menerima Najib dan Zahid Hamidi menjadi antara saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu nanti.

ALI RUSTAM AKUI BINA KOMPLEKS MAIM DAN HOTEL MAIM PAKAI DUIT ZAKAT

Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam mengakui bahawa bangunan Kompleks MAIM dan Hotel MAIM dibina menggunakan duit zakat. Kalau sebelum ini tidak ada kenyataan dibuat tentang laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan bahawa Bangunan MAIM digunakan dengan duit zakat, kini semuanya jelas dan nyata.
Asnaf yang mana pula digunakan oleh MAIM yang menghalalkan duit zakat digunakan untuk bina bangunan. Ali Rustam selaku Pengerusi MAIM mesti menjelaskan hukum sebenar penggunaan duit zakat tersebut, siapa yang menghalalkan duit zakat itu digunakan untuk membina bangunan.

Lebih menarik lagi Ali Rustam mendakwa bahawa duit zakat yang digunakan itu akan dibayar semula kepada MAIM. Begitu mudah sekali mereka menggunakan duit zakat tanpa merujuk kepada hukum Islam. Persoalannya bolehkah duit zakat diberikan kepada badan tertentu sebagai hutang. 

Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis di sebuah sekolah di Tangga Batu baru-baru ini. Rakaman ucapan tersebut memang ada dan akan didedahkan tidak lama lagi.

Ada juga yang mendakwa apabila hutang tersebut dibayar kepada MAIM maka duit itu bukan lagi duit zakat ...........benarkah begitu.

Umat Islam Melaka mesti menilai dan melakukan muhasabah terhadap kerajaan negeri Melaka, MAIM dan Pengerusi MAIM yang sewenang-wenang menggunakan duit zakat untuk kepentingan pihak tertentu sehingga duit zakat pun diberi pinjam sebagai hutang.

Umat Islam mesti bangkit memperbetulkan segala kepincangan ini pada PRU 13 nanti dengan menolak Kerajaan BN Melaka pimpinan Pengerusi MAIM, Ali Rustam.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter