ALI RUSTAM AKUI BINA KOMPLEKS MAIM DAN HOTEL MAIM PAKAI DUIT ZAKAT

Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam mengakui bahawa bangunan Kompleks MAIM dan Hotel MAIM dibina menggunakan duit zakat. Kalau sebelum ini tidak ada kenyataan dibuat tentang laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan bahawa Bangunan MAIM digunakan dengan duit zakat, kini semuanya jelas dan nyata.
Asnaf yang mana pula digunakan oleh MAIM yang menghalalkan duit zakat digunakan untuk bina bangunan. Ali Rustam selaku Pengerusi MAIM mesti menjelaskan hukum sebenar penggunaan duit zakat tersebut, siapa yang menghalalkan duit zakat itu digunakan untuk membina bangunan.

Lebih menarik lagi Ali Rustam mendakwa bahawa duit zakat yang digunakan itu akan dibayar semula kepada MAIM. Begitu mudah sekali mereka menggunakan duit zakat tanpa merujuk kepada hukum Islam. Persoalannya bolehkah duit zakat diberikan kepada badan tertentu sebagai hutang. 

Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis di sebuah sekolah di Tangga Batu baru-baru ini. Rakaman ucapan tersebut memang ada dan akan didedahkan tidak lama lagi.

Ada juga yang mendakwa apabila hutang tersebut dibayar kepada MAIM maka duit itu bukan lagi duit zakat ...........benarkah begitu.

Umat Islam Melaka mesti menilai dan melakukan muhasabah terhadap kerajaan negeri Melaka, MAIM dan Pengerusi MAIM yang sewenang-wenang menggunakan duit zakat untuk kepentingan pihak tertentu sehingga duit zakat pun diberi pinjam sebagai hutang.

Umat Islam mesti bangkit memperbetulkan segala kepincangan ini pada PRU 13 nanti dengan menolak Kerajaan BN Melaka pimpinan Pengerusi MAIM, Ali Rustam.

Comments