Pemimpin Umno ramai yang mempunyai tanah yang luas. Ada yang punya ratusan hektar tanah atas nama saudara, kawan dan pembantu mereka. Manakala rakyat bawahan tidak ada tanah. Ada yang mohon tanah selama puluhan tahun pun tidak diluluskan.
Ramai yang mengusahakan tanah dengan berjaya bermula dari hutan sehingga membuahkan hasil puluhan tahun pun tidak diberikan hak untuk memiliki tanah tersebut.
Tanah orang Melayu semakin menuncup keluasannya. Ini semua akibat tindakan pemimpin Umno yang menjadi pemimpin kerajaan menjual tanah tersebut kepada orang lain. Yang penting mereka 'kenyang' dan mendapat habuan yang banyak.
Lebih separuh tanah rezab melayu sejak ketika merdeka dahulu sudah terlepas ke tangan orang lain dan ianya tidak diganti.
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu memang jelas di mana Umno telah menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah telah susut dengan kadar 1.2% setahun. Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.
Antara tanah rezab Melayu yang digadaikan oleh pemimpin Umno ialah :-
1) 22,000 hektar tanah rezab Melayu diberikan kepada KLK (KL- Kepong) di Lekir, Manjong, Perak.
2) 200 ekar tapak kilang Simen Perak Hanjoong di Padang Rengas, Perak.
3) 9,000 hektar tanah rezab Melayu di Selangor ditukar kepada Tanah Bukan Rezab Melayu di Selangor pada zaman pemerintahan BN di mana hanya 1/3 sahaja yang diganti semula
4) Pada tahun 1990, seramai 90 keluarga Melayu yang tinggal di atas tanah rezab Melayu telah dihalau dari Pantai Chenang. Langkawi untuk pembinaan Pelangi Beach Resort.
5) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rezab Melayu di Kampung Mambau, Negeri Sembilan dihalau dari Tanah Rezab Melayu untuk projek Seremban 2 di mana sebelum itu kira-kira 600 orang penduduk tinggal di kawasan tersebut.
6) 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Pia di Johor di ambil untuk projek New Township.
7) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang diserahkan kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan.
8) Pada 1993, 1000 ekar tanah rezab Melayu (tanah sawah) di Kerpan, Kedah diserahkan untuk projek udang yang akhirnya gagal.
9) 273 ekar tanah Rezab Melayu di Kampung Chubadak, Sentul (Kampung tradisi Melayu) telah diambil dan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar dari kampung mereka.
10) 217 hektar tanah rezab Melayu Keretapi Tanah Melayu telah diserahkan kepada Singapura.
11) 290 keluarga orang Melayu telah dihalau dari kampung asal mereka iaitu Kampung Plengtong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka telah tinggal di kampung itu lebih dari 30 tahun.

Comments