BERSIH 3.0 : HISHAMUDDIN CAKAP BERBELIT-BELIT

Maka berkatalah sepupu Perdana Menteri, Hisham anak bekas Perdana Menteri ke 3 bahawa kerajaan tidak menghalang himpunan Bersih 3.0 tetapi tidak bersetuju dengan lokasi perhimpunan yang dicadangkan oleh Jawatakuasa Bersih 3.0.


“Isu kerajaan melarang tidak timbul tetapi isunya sekarang ialah lokasi. Empat lokasi ditawarkan kepada mereka kini,” katanya dipetik Bernama.
Penganjur perhimpunan yang disokong pembangkang itu memohon mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka tetapi ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat manakala polis menolak lokasi itu kerana konteks keselamatan.  

DBKL menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton Cheras dan Stadium Bolasepak Cheras sebagai lokasi alternatif manakala Perbadanan Stadium Malaysia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue perhimpunan.

“Saya sudah katakan bahawa perhimpunan itu boleh berjalan dan ia bukan satu isu, isunya sekarang ialah lokasi," katanya ketika ditemui di luar majlis pelancaran Talent Roadmap 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Kuala Lumpur.
Kalau sudah benarkan apa yang menjadi masalahnya jika diadakan di Dataran Merdeka. Buat di mana pun sama sahaja jika pihak berkuasa memberikan kerjasama. Apakah kerajaan takut untuk membenarkan himpunan itu diadakan di tempat terbuka seperti Dataran Merdeka. 
Bukankah Hishamuddin sendiri yakin bahawa tidak akan ramai rakyat yang akan hadir pada perhimpunan itu. Jadi adalah lebih baik ianya diadakan di Dataran Merdeka supaya seluruh dunia melihat himpunan itu tidak mendapat sambutan.
Dalam kenyataan rasmi Jawatankuasa Bersih 3.0 semalam, mereka tetap akan mengadakan himpunan tersebut di Dataran Merdeka.

Comments