Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Pemalsian IC (API), Dato Haji Mahfuz Omar memohon agar
Yang di-Pertuan Agong menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force yang memberikan kad pengenalan dan hak mengundi kepada warga asing.
.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di Kuala Lumpur.
Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) itu hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.
"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," katan pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.
Rakyat amat berharap ke bawah Duli Tuanku memperkenankan permohonan hamba rakyat kerana terbukti sistem pilihanraya negara kita terutama daftar pemilih adalah kotor dan banyak penyelewengan. Selagi daftar pemilih ini tidak dibersihkan dan dijamin bersih maka selagi itulah Pilihanraya Umum tidak wajar diadakan kerana kerajaan yang dilantik melalui daftar pemilih yang kotor bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan pengundi yang sah.
Lebih malang keselamatan dan kedaulatan negara diperjudikan oleh Jawatankuasa Task Force hanya semata-mata kerana kepentingan dan kelansungan kuasa Umno/BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Lebih malang keselamatan dan kedaulatan negara diperjudikan oleh Jawatankuasa Task Force hanya semata-mata kerana kepentingan dan kelansungan kuasa Umno/BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Dalam kenyataan akhbar baru-baru ini, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan bahawa Task Force tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Wan Omar.
Selain itu beberapa Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron dan Shahrul Anwar Zahidi.
Comments