AHLI UMNO : AZIZ/WAN AHMAD MEMANG TAK ADA MARUAH

Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya Wan Ahmad Wan Omar dengan selamba mengaku tidak sedar dan tidak tahu bahawa mereka adalah ahli Umno. Hebat sungguh lakonan mereka. Macamana mereka boleh kata mereka tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka ahli Umno. Bukankah bagi seseorang yang hendak memohon keahlian sesebuah parti mereka mesti mengisi borang dan menandatanganinya. Takkanlah mereka tidak ingat dan tidar sedar bahawa mereka mengisi dan menandatanganinya.

Kedua-dua mereka ini cuba menipu rakyat Malaysia. Kalau di negara luar sudah lama mereka berdua ini dipecat dan dihadapkan ke mahkamah kerana menipu. Bagaimana seorang yang diamanahkan menjaga sebuah badan paling tinggi yang mesti telus dan berintegriti boleh menipu dan berbohong. Sudah tentu mereka hilang kredibiliti dan terlucut jawatan penting tersebut.

Rakyat Malaysia mendesak kedua-dua pembohong dan pengkhianat ini meletakkan jawatan serta merta......jangan malukan negara dan tipu rakyat lagi. Dunia memerhati segala gerak geri anda. Dan yang lebih penting Allah sentiasa melihat dan mencatat segala apa yang kita lakukan .............

Comments

Anonymous said…
Ini lah yg selalu saya perkatakan kpd sahabat2 saya betapa angkuh dan sombongnya pimpinan dan konco2 yg rapat & setia dgn UMNO/BN ni. Kenyataan yg dibuat oleh pimpinan agong SPR bukan utk perlekeh atau memperbodohkan rakyat jelata. Saya melihat kenyataan seperti itu lebih kpd APA YG KAU BOLEH BUAT KAT AKU?.
kalau diteliti kenyataan2 yg dibuat oleh pimpinan & konco haprak mereka ni, boleh dikatakan semuanya menjurus kpd itu. Mereka tahu & sedar rakyat mampu mendapat maklumat tepat dan reliable dari pelbagai sumber. mereke juga tahu rakyat dah cerdik, pandai & celik.
Tengok saja kenyataan Rosmah berhubung cicncin berliannya. Ramai yg berkata "Ingat kita ni bodoh sangat ke nk percaya dia simpan duit sejak kecil samapi ke 24 juta?"
Respon saya kpd mereka yg begitu marah begini:
What the leaders and their gang are saying is this: WHAT CAN YOU DO TO ME?