.

.

06 September 2014

ISU MB SELANGOR : HATI2 URUSKAN PARTI

PAS Kawasan Bukit Katil menunggu dengan sabar perkembangan seterusnya mengenai isu MB Selangor.

Pada masa yang sama PAS Bukit Katil mengharap pihak tertinggi parti supaya sentiasa berhati-hati dalam menguruskan jemaah kita. Segala keputusan yg diambil mestilah mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Kepimpinan bertanggungjawab memurnikan parti dengan semaksima mungkin. Kesilapan lalu jika ada mesti diperbetulkan dengan segera.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

04 September 2014

MB SELANGOR : PORTAL INTERNET JANGAN JADI MEDIA PENCACAI

PAS Kawasan Bukit Katil menyelar tindakan media yang mensensasikan berita-berita yang samar dan tidak datang dari sumber yang sahih. Terbaru Portal Star Online versi Bahasa Malaysia melaporkan bahawa PAS menghantar 3 nama Exco PAS sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor. Star Online melaporkan berita tersebut dengan tajuk Hadi mahu PAS MB Selangor  (://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/04/hadi-mahu-pas-mb-selangor'.)

Selepas itu laporan itu disiarkan pula oleh Malaysiakini dengan tajuk 'Hadi nominates 3 PAS Excos for MB Post' (http://www.malaysiakini.com/news/273621).

Tindakan kedua-dua portal berita ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang ramai. Walaupun tajuknya dibuat menggunakan tanda soal namun ia mungkin disalahtafsir oleh pembaca yang rata-rata menggunakan sumber portal internet sebagai rujukan berita mereka.

Sebagai sebuah media yang dikatakan mahukan kebebasan media, mereka mesti bertanggungjawab dan meneliti setiap berita agar ianya merupakan berita yang sah dan datang dari sumber yang sahih bukannya dari sumber-sumber yang samar dan tidak rasmi.

Kita bimbang jika portal-portal menjadi pencacai kepada musuh-musuh politik PR yang sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan PR sejak dari dahulu lagi.

Jangan ulangi kesilapan media arus perdana yang dikuasai kerajaan BN yang sengaja mensensasikan berita-berita yang melibatkan PR bagi memburuk-burukkan PR di mata rakyat. Portal berita internet mesti mengekalkan rekod mereka yang dikatakan bersih dan bebas.

PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini mengharapkan portal-portal berita internet memohon maaf kepada seluruh pemimpin dan penyokong PR khususnya PAS yang terguris dengan tindakan mutakhir media-media yang menyiarkan laporan yang mengelirukan. 

Kepada pemimpin dan penyokong PR berhati-hatilah jangan sekali-kali kita percaya bulat-bulat segala laporan yang dibuat oleh media-media yang ada disekeliling kita. Kita mesti membuat semakan kepada sumber-sumber sahih demi kesejahteraan dan keharmonian kita semua.

Mari sama-sama kita berganding bahu memurnikan media di negara kita agar rakyat memperolehi berita-berita yang sahih dan tepat. Jangan kita memikirkan keutungan dan populariti sahaja sehingga membelakangkan etika kewartawanan.

Mohd Sofi Abdul Wahab (http://www.facebook.com/sofiwahabpj9)
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil 

MB SELANGOR : PAS HANTAR NAMA 3 PEMIMPINNYA BENARKAH BERITA INI????

Star Online melaporkan bahawa PAS menghantar 3 nama Exconya iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Mohd Yunos Hairi sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan. Ini suatu berita yang perlu disiasat kesahihannya kerana ia jelas bercanggah dengan ketetapan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos yang lalu.

Kita bimbang media elektronik dan internet hari ini sengaja mahu mengeruhkan suasana dan mahu memporak perandakan PR. Sekarang ini banyak sekali berita-berita provokasi dan fitnah yang bergentayangan khususnya di alam maya.

Malaysiakini pula memetik laporan Star Online ini dan menyiarkannya dalam portal tersebut.

Mereka ini sengaja mahu melaga-lagakan pemimpin PAS dan juga mengujudkan suasana tegang dalam PR. Memang ada portal-portal ini yang mula berubah. Kalau dulu mereka dilihat seolah-olah cenderung untuk membuat laporan dengan tepat dan mendapatkan maklumat dari sumber sahih tetapi kini nampaknya standard mereka mula menghampiri Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Harap pemimpin PAS membuat kenyataan rasmi tentang isu ini. 

PAS BERGABUNG DENGAN UMNO!!! DAMAIKAN BUKAN KERUHKAN KEADAAN

Samada benar atau tidak ada usaha untuk PAS bekerjasama atau bergabung dengan Umno tidaklah diketahui. Namun riak dan angin seolah-olah ujud. Di tambah pula dengan mainan media maya yang boleh menyampaikan apa juga berita tanpa tapisan dan batasan.

Namun bagi blog ini kami berpendapat isu ini tidak harus digembar-gemburkan sebaliknya ia hendaklah dipadamkan dari bergentayangan media sosial. Jangan kita menjadi penyambung kepada lidah dan peluru musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melaga-lagakan kita.

Jika benar ujud usaha tersebut, kami cadangkan supaya mereka yang berangan-angan untuk berkawan dan tidur sebantal dengan Umno supaya berfikir panjang dan tidak mudah termakan dengan saranan serta strategi Umno. Amat malang sekali jika ada pemimpin PAS yang melupakan semua kejahatan dan kebobrokan Umno sehingga sangggup bersahabat dengan Umno. Memang Umno jenis parti yang tidak boleh dibuat kawan. Bila kuat jeling kepada kita pun tidak, bila lemah mereka melutut dan merayu kepada kita untuk berkawan dan bersahabat.

Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS ditendang keluar dari BN pada tahun 1977. Ketika Perikatan tewas teruk pada PRU 1969 pimpinan Perikatan menghulurkan tangan merayu supaya bersama-sama dengan mereka demi masa depan agama, bangsa dan negara bergabung dalam Barisan Nasional. Tetapi bila mereka kuat akhirnya PAS ditendang bagaikan kucing kurap.

Apakah Umno ikhlas ingin berkawan dengan PAS sedangkan pada masa yang sama mereka menafikan hak asasi kita sebagai sebuah parti politik berdaftar dan juga menafikan hak kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS dan PR. Terbaru tindakan mereka mengugut untuk mengambil tindakan terhadap Unit Amal adalah rentetan biadapnya mereka kepada PAS dan anggota-anggotanya.
Itu belum lagi dikira bagaimana mereka mendera rakyat Kelantan dan Terengganu (1999-2004) dengan menafikan royalti petroleum. Selain itu mereka tanpa segan silu menubuhkan 'JKKK' mereka sendiri iaitu JPP sedangkan JKKK sah di bawah kerajaan negeri telah berkhidmat sejak sekian lama.

Jadi renung-renungkanlah .................

03 September 2014

AZMIN BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI MB?

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bakal menjadi MB Selangor. Benarkah berita ini?

Petang kereta rasmi Istana Selangor dilihat berada di Ibupejabat PKR. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkannya. Apakah istana mahukan tambahan calon MB dari PKR atau alternatif lain.

Jika PKR menambah calonnya siapa agaknya calon itu.? Mungkinkah Azmin????

RAKYAT MALAYSIA BERTAMBAH MAJMUK SALAH SIAPA?

Kalau dahulu British membawa masuk warga asing untuk bekerja di lombong dan ladang kerana masalah kekurangan pekerja, kini langkah yang sama di ambil oleh kerajaan di mana para pekerja dari Bangladesh, Nepal, Indonesia, Pakistan dan lain-lain. Mereka ini dibawa masuk untuk bekerja di sektor pembinaan, pertanian, perusahaan, pembantu rumah dan sebagainya.

Kebanjiran pekerja asing dari negara luar sekarang ini tidak boleh disekat lagi. Ada yang datang secara mengikut undang-undang dan ramai yang masuk ikut pintu belakang atau secara haram. Lebih malang lagi pekerja-pekerja ini kebanyakannya tidak mahu pulang walaupun tempoh permit kerja dan Visa mereka telah tamat. Mereka tahu Malaysia adalah lubuk emas untuk mereka mencari rezeki.

Ramai dari mereka berjaya memperolehi taraf pemastautin tetap atau menjadi warganegara. Ini menjadikan Malaysia lebih majmuk dan berwarna warni. 


Semalam Menteri Sumber Manusia, Richard Riot hari menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.

    
Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan. 
    
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini hari ini.
    
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.
    
Riot berkata Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.  
    
Beliau berkata bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.     
    
Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 Sept untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor. 
    
Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Siapakah yang sebenarnya menyebabkan masalah ini berlaku. Mengapa pihak berkuasa yang menggubal undang-undang tidak membuat kajian terperinci sehingga masalah yang pernah dialami sebelum merdeka dahulu berlaku sekarang. Semua ini menggambarkan kelemahan kerajaan yang ada sekarang. Kini rakyat Malaysia terpaksa berkongsi segala kemudahan dan kebajiakan dengan warga asing tersebut. .....

31 August 2014

APA MOTIF RUMAH GUAN ENG DIBALING MOLOTOV COCKTAIL

Yang Dipetua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wagab berkata budaya membaling molotov cocktail di rumah-rumah pemimpin politik merupakan tindakan ganas dan tidak professional.

"Bukankah boleh menyebabkan kemusnahan harta benda hatta nyawa penghuninya."

"Amalkanlah budaya politik matang dan moden. Bukannya kita balik ke belakang berpolitik ala barbarian. " ujar Sofi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka.

Beliau mempersoalkan apa motif sebenar pihak yang melakukan jenayah tersebut.

"Kita mendesak pihak berwajib menyiasat dan menangkap bukan sahaja mereka yang melemparkan molotov cocktail tersebut bahkan menangkap dalang yang mungkin mengubah penjenayah berkenaan " tambahnya.


Bernama melaporkan bahawa Polis daripada unit forensik dilihat di kawasan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menyiasat bahan letupan yang disyaki koktel molotov, dibaling ke rumah ketua menteri tersebut di Pulau Pinang awal pagi hari ini.Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. – Bernama, 31 Ogos, 2014.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter