RAKYAT MALAYSIA BERTAMBAH MAJMUK SALAH SIAPA?

Kalau dahulu British membawa masuk warga asing untuk bekerja di lombong dan ladang kerana masalah kekurangan pekerja, kini langkah yang sama di ambil oleh kerajaan di mana para pekerja dari Bangladesh, Nepal, Indonesia, Pakistan dan lain-lain. Mereka ini dibawa masuk untuk bekerja di sektor pembinaan, pertanian, perusahaan, pembantu rumah dan sebagainya.

Kebanjiran pekerja asing dari negara luar sekarang ini tidak boleh disekat lagi. Ada yang datang secara mengikut undang-undang dan ramai yang masuk ikut pintu belakang atau secara haram. Lebih malang lagi pekerja-pekerja ini kebanyakannya tidak mahu pulang walaupun tempoh permit kerja dan Visa mereka telah tamat. Mereka tahu Malaysia adalah lubuk emas untuk mereka mencari rezeki.

Ramai dari mereka berjaya memperolehi taraf pemastautin tetap atau menjadi warganegara. Ini menjadikan Malaysia lebih majmuk dan berwarna warni. 


Semalam Menteri Sumber Manusia, Richard Riot hari menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.

    
Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan. 
    
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini hari ini.
    
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.
    
Riot berkata Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.  
    
Beliau berkata bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.     
    
Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 Sept untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor. 
    
Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Siapakah yang sebenarnya menyebabkan masalah ini berlaku. Mengapa pihak berkuasa yang menggubal undang-undang tidak membuat kajian terperinci sehingga masalah yang pernah dialami sebelum merdeka dahulu berlaku sekarang. Semua ini menggambarkan kelemahan kerajaan yang ada sekarang. Kini rakyat Malaysia terpaksa berkongsi segala kemudahan dan kebajiakan dengan warga asing tersebut. .....

Comments