.

.

30 October 2013

PRK SG LIMAU : BN TERDESAK HINA USTAZ AZIZAN DAN RAKYAT

Nampak jelas BN memang terdesak sehingga tidak dapat membezakan antara penghinaan dan penghormatan. Pada ketika mereka berusaha untuk mempertahankan tindakan tidak cerdik mereka menaikkan harga gula, TPM Muhyiddin Yassin menghina Allahyarham TS Azizan yang mengidap kencing manis. Manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno, Azeez Rahim pula menghina rakyat dengan memberikan susu sudah luput tarikh.

Kedua-dua tindakan tidak cerdik ini menggambarkan kepada kita bahawa BN semakin terdesak untuk menarik pengundi menyokong mereka.

Selepas ini entah apa pula taktik dan strategi yang mereka akan gunakan bagi meraih undi. Kita yakin akan menggunakan taktik tradisi dan kuno mereka iaitu rasuah, ugut, tipu dan sebagainya. Jika rakyat tersebut tidak 'makan' dengan rasuah mungkin mereka akan diugut dan sebagainya.

Itu resam perjuangan politik Umno. Kalau semasa pemilihan Umno baru-baru ini pun mereka mengamalkan rasuah semasa berlawan sesama sendiri apatah lagi berlawan dengan PAS dan PR sudah tentu rasuah dan sogokan ini lebih dahsyat. Ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir yang marah dengan kekalahan anaknya Mukhriz pada pemilihan Umno baru-baru ini.

28 October 2013

JAUHAR KETUA DEWAN PEMUDA NEGERI MELAKA YANG BARU

Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Melaka mendapat kepimpinan baru apabila Ketua dan Naib Ketua baru dipilih pada Muktamarnya Sabtu lalu.

Jauhar Md Dawi (gambar) dan Muhsin Jamaat dilantik masing-masing sebagai Ketua dan Naib Ketua yang baru, manakala Timbalan Ketua sessi lalu Ustaz Musa Mohammad mengekalkan jawatannya tanpa sebarang pertandingan. Jauhar dipilih menggantikan Yuhaizad Abdullah yang mengundurkan diri atas faktor usia. Manakala Muhsin dipilih oleh perwakilan setelah mendapat undi yang besar berbanding seorang calon lain.

Manakala Ahli Jawatankuasa yang dipilih ialah Ustaz Mohd Khairul Anam Mohamad Razali; Aidil Azhiim Shamsudin; Ustaz Azizan Anuar;  Ustaz Norkhairi Yusof; Muhammad Aizat Baharuddin; Ahmad Anwar Razak; Fakhrul Nizam Hussein; Ustaz Mohd Sobri Hashim, Johari Osman dan Emransyah Abdullah.

Muktamar tersebut berlangsung di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan di sini yang mana perasmiannya disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu Raja Ahmad Iskadar Al Hiss Raja Yaacob.

Majlis perasmiannya dilangsungkan pada Jumaat sebelah malam dan muktamar penuh berlangsung keesokan harinya iaitu Sabtu.

Laporan oleh Ahmad Danial

27 October 2013

Hutang negara meningkat, Malsysia semakin hampir jadi negara bangkrap

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof berkata hutang Malaysia telah mencecah 54.8% dari KDNK. Jumlah keseluruhannya adalah lebih dari RM500bilion. Kita hanya kurang sebanyak 0.2% dari 55% hutang dari KDNK untuk dikategorikan sebagai negara muflis. Apa sebabnya semua ini????? TIDAK LAIN TIDAK BUKAN KERANA PEMIMPIN YANG BOROS YANG TIDAK PANDAI MENGURUSKAN WANG RAKYAT.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter