.

.

10 September 2010

Aidil Fitri jadi medan menegakkan kebenaran

Tarbiah Ramadhan diharapkan dapat mendidik seluruh umat Islam supaya berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Setelah nafsu ditundukkan pada Ramadhan dan jiwa dididik dengan tarbiah Ramadhan maka sudah pasti sepatutnya umat Islam berani membuat perubahan untuk memerdekakan diri masing-masing dari belenggu perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah;

kita seharusnya berusaha untuk memastikan perjuangan menegakkan keadilan Islam tercapai.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

setelah berpuasa sebulan, hari ini kita merayakan kemenangan kita mengekang nafsu di dalam Ramadhan. Semoga latihan kita semasa Ramadhan dapat mengajar kita untuk terus istiqamah mengamalkan apa yang kita laksanakan semasa Ramadhan.

Raya tahun ini saya berada di Temerloh dari hari Rabu hingga Jumaat dan di Lipis dari Sabtu hingga Selasa: Hari Ahad saya akan ke Jengka 15 untuk menyertai Program meraikan anak Pahang di perantauan:

09 September 2010

Malaysia Insider bakal dikenakan tindakan!

Utusan Meloya melaporkan desakan bekas orang kuat Anwar Ibrahim agar Portal Malaysia Insider dikenakan tindakan kerana kkononnya menyebarkan berita palsu dan mengelirukan. Malah tuanpunya Malaysia Insider juga dituduh mempunyai hubungan dengan orang luar khususnya dari Indonesia dan Singapura.

Bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan jika Portal itu benar-benar akan ditutup nanti kerana Kerajaan BN sekarang sebenarnya berada dalam keadaan nazak dan mereka bertindak apa sahaja bagi memastikan maklumat sebenar tidak sampai kepada rakyat. Sebab itu kita lihat semua media yang ada hubungan dengan PR dikacau pihak berkuasa.

Kerajaan PR hargai atlet

Sebaik sahaja beberapa negeri jatuh ke tangan PR selepas PRU 12 lalu pelbagai kebimbangan tergambar di dalam pemikiran rakyat yang ragu-ragu dengan PR. Antara golongan yang bimbang kebajikan mereka akan diabaikan ialah atlet-atlet sukan negeri. Pelbagai momokan dan tohmahan dilemparkan ada yang menganggap masadepan sukan akan malap di bawah negeri-negeri PR.

Namun begitu kini semua sangkaan itu meleset dan salah sama sekali. Buktinya kerajaan Kedah baru-baru menyampaikan kira-kira RM355,800 kepada atlet negeri itu sebagai ganjaran kemenangan mereka pada SUKMA 2010 yang berlangsung Jun lalu. Kira-kira 151 orang atlet menerima ganjaran tersebut kejayaan Kedah menduduki tempat kelima keseluruhan dan juga atas kejayaan memperolehi 39 pingat emas mengatasi sasaran 35 pingat emas.

Ganjaran yang diberikan oleh kerajaan Kedah ini membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan PR untuk meningkatkan mutu sukan dan sentiasa memastikan kebajikan atlet tidak terabai.

Mashitah bercakap menentang fatwa?

Dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan jelas dinyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid termasuk ruang solat. Malah di Masjid Negara pun saban hari orang bukan Islam khasnya pelancong dibenarkan masuk ke masjid.

Tetapi Timbalan Menteri Di Jabatan Menteri, Mashitah Ibrahdalam media hari ini menyatakan AJK masjid bertanggungjawab menjaga kesucian masjid supaya orang Islam tidak masuk melebihi had kawasan tertentu.

Kalau begitu saya harap Mashitah supaya pergi ke masjid negara dan nasihatkan Ajk Masjid Negara supaya tidak membenarkan pelancong bukan Islam masuk Masjid Negara.

Pening kepala kita mana satu betul ini Fatwa Majlis Fatwa atau 'fatwa' Mashitah.

Apa firnah seterusnya runtuhkan PR

Tidak kira Ramadhan atau Rejab, Syawal atau Syaaban fitnah dan pembohongan terhadap PR dan pimpinannya terus dilancarkan oleh pihak yang kita semua tahu. Tanpa rasa tanggungjawab dan takut kepada Allah mereka ini bertindak di luar dari batas ketamadunan manusia membuat onar menipu dan mengaburi mata rakyat guna mendapat semula sokongan rakyat. Dosa pahala, etika dan amanah langsung diterajang ke tepi, persetankan semua itu yang rakyat mesti dihidangkan dengan fitnah ini supaya imej dan kredibiliti PR dan pimpinannya kotor dan jijik.

Teknik, strategi dan taktik pelbagai cara digunakan. Yang pasti media pengampu menjadi alat nombor wahid menjayakan niat buruk parti dan pemimpin berhidung belang ini.

Isu seperti pemimpin non muslim masuk masjid, Guan Eng sembelih korban, PAS cadang Tungku rampas harta orang Cina, isu khutbah dan lain-lain menambahkan koleksi fitnah mereka. Bagaimana agaknya mereka ingin menarik balik fitnah ini dari terlekat di minda rakyat kerana menurut ulama selagi tulisan itu terlekat di minda rakyat selagi itulah tukang fitnag, ketua pengarang, editor dan sesiapa yang terlibat menanggung dosa, nauzubilllah.

UMNO/BN bimbang dinar Emas Kelantan

Umno Kelantan cukup bimbang dengan penerimaan rakyat Kelantan terhadap Dinar Emas. Media melaporkan bahawa Umno menggunakan BTN untuk menjalankan kajian terhadap penerimaan kepada Dinar. Mereka jelas bimbang kerana setakat ini Rm2 juta Dinar Emas telah dibeli oleh rakyat, satu pencapaian luar dugaan. Malah Umno/BN melancarkan serangan sejak awal lagi mengigatkan rakyat dan kerajaan Kelantan bahawa Dinar bukan matawang dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk menentukan matawang yang sah di sesebuah negeri.

Tidak syak lagi bahawa mereka benar-benar tertekan dengan sambutan rakyat. Adalah dijangkakan lebih banyak Dinar Emas akan dijual pada musim perayaan ini lebih-lebih lagi dengan kepulangan anak Kelantan di perantauan.

08 September 2010

Cukuplah Tun Mahathir

Media hari ini melaporkan bahawa Tun Mahathir menuduh umat Islam menjadi mangsa PAS. Mahathir berkata PAS menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya PAS mendapat sokongan. Beliau berkata pemimpin PAS bijak memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

Kita kasihan dengan Dr Mahathir ini kerana masih terus memusuhi perjuangan Islam yang dibawa PAS walaupun usianya sudah senja. Sepatutnya beliau memberikan laluan kepada orang lain dalam urusan memusuhi perjuangan Islam yang di bawa PAS. Dalam usia sepertinya adalah lebih baik beliau mengaji dan mendalami Islam kerana mungkin di masa lalu beliau terlalu sibuk.

Islam adalah agama universal dan cara hidup yang sesuai tanpa mengira masa dan tempat. Akibat jahil dan tidak arif tentang Islam Dr Mahathir membuat pelbagai tafsiran dan tuduhan kepada PAS seperti yang disiarkan media hari ini.

Moga berani buat perubahan

Saban tahun kita berpuasa di bulan Ramadhan yang menuntut kita berubah dan memulakan hidup baru selepas Ramadhan. Tiap kali kita 'graduate' dari Ramadhan kita sepatutnya merdeka dari unsur-unsur takut kepada manusia tetapi hanya takit kepada Allah. Sudah pasti kita sepatutnya berani berkata benar dalam apa juga keadaan. Malangnya kita lihat hari ini ramai di kalangan ramai yang tidak berani berkata benar atas perkara yang hak.

Akhirnya ramai yang teraniaya dan terkeliru apabila orang berilmu juga tidak berani menegakkan yang hak dan mencegah yang mungkar. Oleh kerana itu ramailah yang keliru dan sesat kerana sikap mereka yang sengaja menyembunyikan yang hak dan batil.

Oleh itu marilah kita berdoa semoga Ramadhan tahun ini menghasilkan sesuatu yang bermakna di mana semua orang berubah dan berani.

selamat hari raya

Saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua tetamu blog ini. Semoga kita semua mendapat keampunan Allah sempena Ramadhan ini

07 September 2010

BANYAKNYA DUIT UMNO BAHAGIAN, DARI MANA MEREKA DAPAT?

Dalam usaha memastikan Aidilfitri turut disambut oleh golongan tidak berkemampuan dan menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, UMNO Bahagian Tanah Merah akan melaksanakan beberapa program Juara Rakyat yang melibatkan peruntukan RM250,000.

Utusan Meloya melaporkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, program tersebut akan bermula esok dengan penyerahan 1,500 hamper kepada penerima yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim.

Selain itu, Ikmal Hisham berkata, pada hari raya pertama 4,000 'angpau' raya akan diagih-agihkan kepada kanak-kanak bawah 12 tahun di pekarangan empat buah masjid selepas solat Aidilfitri.

Menurutnya, masjid tersebut ialah Masjid Besar Tanah Merah, Masjid Al-Falah Manal, Masjid Pekan Batang Merbau dan Masjid Pekan Gual Ipoh.

RM250,000 bukannya jumlah yang kecil. Hebat sungguh Umno Tanah Merah cari duit...dari mana mereka dapat???

06 September 2010

PROGRAM YANG MEMENINGKAN UMNO/BN

Program-program yang dijalankan oleh kerajaan PR benar-benar memeningkan Umno/BN kerana sewaktu mereka memerintah program seumpama ini tidak mampu dan tidak pernah dilaksanakan oleh mereka.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang mengambil peduli kebajikan rakyat, pentadbiran pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu turut mewujudkan satu skim sumbangan jenazah atau kematian yang membabitkan sumbangan wang sejumlah RM1,000 kepada waris atau keluarga warga emas terdekat yang meninggal dunia.

Menerusi pendaftaran sistem i-sejahtera yang dibangun dan diperkenalkan kerajaan negeri, lebih 776 waris sudah menerima sumbangan di bawah skim itu yang membuktikan dasar kerajaan negeri yang berjiwa rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng semalam menyampaikan skim sumbangan jenazah atau kematian kepada 224 penerima baru di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas.

Sejumlah 50 warga emas kawasan Sungai Dua turut menerima sumbangan tahunan RM100 setiap seorang.

Guan dalam ucapannya berkata rakyat negeri Pulau Pinang perlu mendaftar segera bagi menyertai sistem i-sejahtera yang bakal memudahkan mereka menikmati faedah daripada program sosial anjuran kerajaan negeri.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga membelanjakan RM200,000 setiap bulan bagi membantu golongan miskin tegar.

Lagi peninglah Umno/BN bila melihat program sebegini ..........apa lagi isu yang hendak mereka mainkan.

MAMPUKAH NEGERI-NEGERI BN MENCONTOHI APA YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PR SEPERTI INI?.

KURANG AJAR PUNYA EMAIL!

Saya masih terus menerima email kurang ajar yang mempromosikan nombor ekor dengan menggunakan istilah Tok Guru yang dikatakan membantunya memberikan nombor untuk menang.

Diharapkan iklan-iklan seperti mesti dikekang oleh pihak berkuasa agar ianya tidak mempengaruhi rakyat negara ini terjebak dengan kegilaan berjudi.

Saya juga bimbang kemungkinan email ini juga mempunyai agenda tersembunyi untuk memburuk-burukkan istilah Tok Guru yang secara umumnya bersih dan dihormati semua lapisan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.

Tindakan tegas mesti diambil berdasarkan mana-mana peruntukan dan undang-undang yang ada.

ZAINUDDIN MAIDIN ISTIQAMAH TENTANG PERJUANGAN ISLAM

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Tan Sri Zainuddin Maidin yang masih berpendirian bahawa ada pemimpin PAS yang berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman supaya menyuruh Tunku merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 mei 1969. Hari ini beliau dengan megah tidak akan tarik balik dakwaan ini. Sebenarnya pendirian yang diambil oleh Zainudin Maidin bukan merupakan perkara yang pelik, kerana beliau ini orang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

PAS mencabar beliau mendedahkan siapakah nama pemimpin PAS yang berjumpa dengan Tunku. Adalah satu perkara yang mustahil perkara yang besar seperti begini, Tunku tidak ambil serius dan tidak memaklumkan kepada beliau siapa pemimpin tersebut. PAS ingin mengingatkan kepada Zainudin Maidin, PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur. Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Syura dan muktamar. Contohnya ketika PAS hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional.

Perlu diingatkan PAS daripada peringkat awal penubuhan mengambil pendekatan muwajahah silmiah (cara aman) bukan secara tidak tidak demokratik. PAS tetap sabar walaupun provokasi yang pernah dilakukan oleh Umno melalui gerakan pemuda tahan lasak pada tahun 60an. Jadi adakah logik Pas hendak bertindak ganas supaya merampas harta orang china. . Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman. PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada orang Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan. Sebaliknya huru-hara hanya berlaku di luar Kelantan . Kalau ini yang berlaku ini adalah tindakan yang luar daripada landasan perjuangan PAS, iaitu melalui gelanggang demokrasi walaupun dalam keadaan padang yang tidak rata dan tiang gol yang sentiasa diubah

Apakah Zainudin Maidin yang lama terlibat dengan dunia kewartawanan boleh menjadikan hujah yang tidak tahu hujung pangkal siapakah pemimpin PAS yang bertemu dengan Tunku, maka terus ia membuat rumusan, bahawa PAS juga parti pelampau. Sedangkan apa yang diungkit adalah satu perkara yang besar yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina terhadap perjuangan PAS. Realiti pada hari ini api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno. Beberapa siri demontrasi oleh pemimpin Umno kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas orang Melayu, demo pijak kepala lembu di Shah Alam, isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.

Pemimpin Umno sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkit oleh Umno tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat dan pemimpin PAS. Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas syarak, ini yang ,menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati.

Tiba-tiba Zainudin Maidin mengeluarkan cerita yang tidak tahu hujung pangkal kebenarannya, kerana Tunku Abdul Rahman sudah meninggal. Tragedi 13 Mei 1969 kita minta Allah jauhkan daripada berulang kembali di negara ini. Apa tujuan beliau sebut tidak lain dan tidak bukan untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS. Oleh itu beberapa laporan polis sudah dibuat meminta Zainudin Maidin disiasat atas kenyataan beliau, kerana PAS secara rasmi tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang luar daripada keluhuran undang-undang negara.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

ZAM JADI AYAM SABUNG 'BARU' UMNO

Mungkin kerana semakin dilupakan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin (Zam) cuba kembali menjadi jaguh dengan menimbulkan fitnah terhadap PAS bagi memburuk-burukkan PAS di mata kaum Tionghua.

Kenyataan Zam bahawa bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, adalah fitnah yang dahsyat dan mengelirukan.

Kenyataan beliau boleh dipertikaikan kesahihannya kerana tiada bukti nyata kenyataan itu dikeluarkan. Zam pula tidak menyatakan nama pemimpin PAS yang didakwa mengeluarkan kenyataan itu malah ianya bukan kenyataan rasmi PAS.

Kita bimbang kenyataan Zam ini adalah fitnah dan strategi Umno/BN untuk merenggangkan hubungan PAS dan kaum Tionghua yang semakin erat dan baik. Selagi Zam tidak dapat memberikan bukti nyata selagi itulah ia disifatkan sebagai fitnah.

Namun jika ianya betul sekalipun kenyataan itu mungkin kenyataan peribadi bukan rasmi.

Saya menyokong cadangan pimpinan pusat supaya menyaman Zam dalam hal ini kerana impak fitnah ini adalah besar dan boleh menjejaskan hubungan baik rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

05 September 2010

PUSAT ADUAN MTD BUKIT BARU MULA BERKHIDMAT

Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru yang dirasmikan petang tadi mula mendapat sambutan apabila mula menerima aduan dari beberapa orang rakyat sekitar DUN Bukit Baru.

Antara aduan yang diterima ialah tentang bantuan kebajikan dan sebagainya.

Pusat Aduan ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharuddin Mat Isa sebelum waktu berbuka tadi.

756 AHLI PAS KELUAR PARTI : UMNO MAIN WAYANG LAGI

Umno main wayang lagi. Kali ini sekali lagi Umno menipu rakyat dengan mendakwa 756 ahli PAS di Larut masuk Umno.

Media semalam melaporkan bahawa seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Penipuan Umno ini didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain yang menafikan perkara itu berlaku,

Beliau berkata tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media juga mendakwa kumpulan yang keluar PAS diketuai oleh bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter