Cukuplah Tun Mahathir

Media hari ini melaporkan bahawa Tun Mahathir menuduh umat Islam menjadi mangsa PAS. Mahathir berkata PAS menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya PAS mendapat sokongan. Beliau berkata pemimpin PAS bijak memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

Kita kasihan dengan Dr Mahathir ini kerana masih terus memusuhi perjuangan Islam yang dibawa PAS walaupun usianya sudah senja. Sepatutnya beliau memberikan laluan kepada orang lain dalam urusan memusuhi perjuangan Islam yang di bawa PAS. Dalam usia sepertinya adalah lebih baik beliau mengaji dan mendalami Islam kerana mungkin di masa lalu beliau terlalu sibuk.

Islam adalah agama universal dan cara hidup yang sesuai tanpa mengira masa dan tempat. Akibat jahil dan tidak arif tentang Islam Dr Mahathir membuat pelbagai tafsiran dan tuduhan kepada PAS seperti yang disiarkan media hari ini.

Comments

Anonymous said…
dia tak mau mengaji......pasai dia pikiaq dia lebih pandai dari segala menesia..............
bahaya penyakit ujub nie......
Anonymous said…
biarkan aje dr.mahathir. Bukan isunya. Isu utamanha ialah kerjesama pas dan dap. Persoalannya, berapa lama kerjesama ini boleh bertahan? Untuk menjuangkan islam,pas perlu mengetuai pr,bukan mengikut, boleh ke dap ikut pas? Atau pas kena ikut dap? Tanya iman dan akal,jgn tanya nafsu marah pada umno, benci umno meluap2. Lu fikir la sendiri.