.

.

26 November 2011

Melaka jatuh ke tangan Pakatan, Ali Rustam pening?

Tidak ramai pemerharti politik dan rakyat Malaysia yang meramalkan Pakatan Rakyat akan menawan Melaka. Namun tiba-tiba Anwar Ibrahim dan Professor Abu Hassan Hasbullah mengeluarkan kenyataan bahawa PR juga akan menawan Melaka. Tersentak pimpinan Umno Melaka. Bagi mereka kenyataan ini adalah mimpi di siang hari. Bagi blog ini, kami yakin kenyataan Professor Abu Hassan dan Anwar ada asasnya. Apa asasnya, BN kena cari sendirilah asas itu.....

25 November 2011

Melaka : Duit bantuan FAKIR MISKIN kena 'PAU'?


Beberapa penduduk di negeri ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Melaka yang memotong bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM10 kepada setiap penerima.


Seorang peniaga, Badadin Abdullah 23 dari Taman Desa Baru berkata tindakan kerajaan ini memang zalim kerana memotong bantuan tersebut tanpa persetujuan penerimanya.

Beliau mempersoalkan tindakan yang dibuat kerana RM10 adalah besar nilainya kepada seorang fakir miskin.

"Duit fakir miskin pun dia orang nak pau" ujar Badadin.

Beliau menggesa kerajaan negeri supaya menggantikan semula wang yang di'kebas' dari fakir miskin tersebut demi keadilan kepada penerima bantuan tersebut.

Badadin berkata demikian ketika di minta mengulas kenyataan DAP Melaka yang menyatakan bahawa pemotongan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM10 setiap bulan bagi penerima bantuan untuk dilaburkan ke dalam Koperasi Bela Masyarakat (Kobemas) sebagai tidak wajar serta menyusahkan rakyat.


Adun DAP dari Bachang, Lim Jak Wong berkata, sekiranya benar-benar mahu membantu rakyat, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat pemotongan itu sebaliknya pihak terbabitlah yang seharusnya menambah jumlah berkenaan menerusi peruntukan negeri.

Katanya, biarpun jumlah RM10 dianggap kecil namun bagi penerima bantuan yang serba kekurangan jumlah tersebut ternyata begitu bernilai.

"Kami mahu kerajaan kaji semula tindakan itu dan sepatutnya sebagai sebuah negeri yang maju kerajaan negerilah yang seharusnya menambah lagi RM10 setiap penerima bantuan bagi tujuan itu.

"Dengan menyumbang RM10, kami tidak nampak bilakah para penerima bantuan ini akan merasai nikmat keuntungan yang telah mereka sumbang atau laburkan.

"Apatah lagi sekiranya penerima terbabit sudah meninggal dunia, sudah pasti mereka tidak akan merasai faedah itu," katanya.



Gambar di atas sekadar hiasan.
Sumber : Malaysiakini

PRU 13 : Orang MUDA MELAKA akan BUAT PERUBAHAN?

Pengundi muda Melaka akan membuat perubahan terhadap landskap politik Melaka selepas PRU 13. Perkara ini bukan mustahil kerana sudah terbukti bahawa pengundi muda agak terbuka mindanya. Mereka boleh memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang dirasakan mampu memberikan sesuatu terhadap masa hadapan mereka.


Masalah orang muda yang timbul di negara kita sekarang ini gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan BN samada kerajaan pusat atau negeri. Maka tidak hairan jika orang muda akan membuat kejutan. Mereka boleh menjadi pengundi senyap yang tidak menzahirkan sokongan mereka secara terbuka tetapi membuat keputusan di saat akhir sebelum memangkah kertas undi.


Mereka boleh mengundi BN dan boleh juga mengundi PR. Minda mereka terbuka dan tidak fanatik kepada sesuatu parti. Orang muda berjiwa terbuka dan tidak jumud seperti orang tua (otai).


NONE
Jumlah pengundi muda hampir mencecah 50 peratus dari keseluruhan pengundi berdaftar di Melaka berpotensi menyumbang kepada hasrat Pakatan Rakyat menawan negeri berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari (kanan) berkata, dengan jumlah pengundi muda mengatasi di Negeri Sembilan dan Johor, beliau percaya Pakatan Rakyat di Melaka mempunyai peluang cerah untuk membuat kejutan semasa pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, selain mampu membezakan antara dasar yang dibawa BN dan Pakatan Rakyat, golongan muda ini juga terdedah dengan pelbagai media alternatif dan media baru, sekali gus menjadikan mereka lebih peka kepada suasana persekitaran.

"Atas dasar ini, saya percaya kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pakatan meletak matlamat menawan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebagai amat praktikal.

"Dengan suasana sekarang, pengundi akan memberi dua pilihan, BN berubah atau sekiranya mereka tidak berubah, pengundi akan beralih kepada Pakatan," katanya.

Selain itu, beliau berpandangan Pakatan juga akan mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

young voters and barisan nasionalMenurut Adly, perkara berkenaan tidak mustahil dilakukan di Melaka kerana rata-rata rakyat sudah faham isu dan permasalahan yang berlaku kini.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukan, majoriti rakyat kini sudah tahu mengenai dakwaan pembaziran yang berlaku serta mempersoalkan sama ada kerajaan sedia ada mampu menguruskan kewangan.

"Sokongan terhadap Pakatan adalah jauh bertambah berbanding pada 2008, termasuklah dari masyarakat India.

"Walaupun masyarakat India dilihat menyokong BN semasa pilihan raya kecil, saya yakin jika kita konsisten menyampaikan maklumat kepada mereka, mereka akan sokong kita.

"Cuma yang perlu kita fokuskan kini adalah orang Melayu kerana mereka banyak dipengaruhi sentimen perkauman," katanya.


Sumber : Malaysiakini

Umno MEMBAWA PADAH

23 NOVEMBER – Setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, kesan dan hasil pemerintahan UMNO-BN sudah nyata kelihatan. Kesan yang mendalam dirasakan dalam bidang ekonomi dan pendidikan akibat campur tangan politik yang berleluasa dan untuk sesetengah pihak, berlebihan. Bagaimana pencapaian UMNO-BN?

Persaingan perniagaan terpilih

Antara campur tangan politik yang dapat dilihat ialah sektor ekonomi. Untuk menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Melayu dalam kebanyakan sektor ekonomi yang penting, badan-badan dan syarikat milikan kerajaan (GLC) ditubuhkan dan seringkali diberikan insentif cukai atau bantuan kewangan yang mudah.

Maka GLC tersebut pun mengembang pengaruhnya sehingga kini merangkumi lebih daripada 37 peratus daripada nilai saham syarikat tersenarai Malaysia.Dalam tahun 2001, kerajaan melaporkan yang syarikat persendirian Bumiputera dalam Bursa Malaysia hanya membentuk 3.7 peratus daripada jumlah nilai saham syarikat yang tersenarai.2

Setelah lebih daripada 30 tahun perancangan dan penstrukturan ekonomi dibawah naungan Dasar Ekonomi Baru, penyertaan usahawan Melayu masih belum menonjol. Adakah GLC tersebut telah menghasilkan kesan “crowd-out” untuk keusahawanan Melayu? Maknanya, adakah usahawan Melayu telah dinafikan peluang mereka untuk berkembang ?

Dalam satu laporan WikiLeaks terbitan laman portal Malaysia Today, dinyatakan kerajaan telah membuat satu kajian yang bertajuk “Study on Bumiputera Leakage” yang tidak diterbit untuk tatapan umum.
Laporan tersebut menyatakan yang ramai kontraktor Bumiputera menjual tender mereka untuk untung cepat dan menggunakan wang tersebut untuk membeli kereta dan rumah mewah. Laporan tersebut juga menyebut yang kontraktor Bumiputera menyalahguna bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk membayar pemiutang dan kerap kali mereka melobi untuk mendapat kontrak kerajaan yang baru sebelum menyiapkan kontrak yang diberi kepada mereka.3

Apakah dalam keghairahan campur tangan kerajaan untuk meningkatkan pemilikan Melayu, usahawan Melayu yang mampu bersaing telah diabaikan? Budaya perniagaan Ali Baba mula terbentuk akibat daripada hasil rancangan “durian runtuh” untuk mereka yang ada kaitan dengan pemerintah. Akhirnya yang mendapat nama busuk peniaga Melayu, walau masalah itu dicipta oleh pimpinan UMNO-BN.

Matlamat DEB murni, namun pelaksanaan sudah jauh tersimpang dari tujuan asal pengasasnya Tun Razak. Di bawah naungan perisai sakti DEB ini, ramai pengampu dan kroni kerabat UMNO-BN mendapat untung atas angin dan menjadi jutawan serta-merta.

Kerap kali saham syarikat yang baru disenaraikan yang diperuntukkan di bawah program DEB dijual sejurus disenaraikan oleh pemilik Melayu untuk keuntungan cepat. Tahun lepas kerajaan mengakui yang sebanyak RM52 bilion daripada RM54 bilion saham syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia untuk pemilikan Bumiputera tidak dimiliki kaum Bumiputera lagi.4

PPSMI

Pengolakan politik dalaman UMNO juga telah merebak kepada dan menjejaskan pendidikan anak. Bulan lepas isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibangkit semula dalam debat umum. Penulis tidak berharap mengambil pihak dalam debat ini, cuma yang hendak dinyatakan ialah tentang perlaksanaannya.

Program PPSMI ini mula dibentang dan diiktiraf sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia dilaksanakan dalam tahun 2003 bermula dengan semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.5

Kesan daripada keputusan gopoh ini ramai pelajar luar bandar, khasnya Melayu, mulai kehilangan minat dalam pelajaran Sains dan Matematik. Sementara pelajar bandar pula semakin selesa dengan PPSMI. Jurang antara taraf pencapaian penduduk luar bandar dan bandar bertambah besar lagi.

Akibat daripada bantahan banyak pihak kepada dasar PPSMI, oportunis dalam UMNO mula mengambil kesempatan untuk menukarkan dasar ini. Pada 4 November, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan PPSMI adalah “kekal” dan akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2021.

Persoalannya, sejak awalnya mengapa dasar ini tidak dibentang, dibahas dan diambil persetujuan sepenuhnya oleh semua pihak sebelum perlaksanaannya? Sebenarnya semenjak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir kebanyakan dasar dilaksanakan tanpa usul periksa dan perbahasan yang sewajibnya. Masa depan anak kita dipertaruhkan hanya kerana hendak memenuhi kegilaan kuasa seseorang pemimpin.

Mahasiswa didungukan

Campur tangan dan cengkaman politik UMNO juga meruap ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digunakan untuk mengekang suara kritikan dan perlibatan para mahasiswa dalam politik. Mahasiswa kerap kali diugut digantung pelajaran mereka jika berani terlibat dengan kempen pilihan raya parti pembangkang.

Sementara surat ikrar Akujanji yang jelas menghadkan kebebasan bersuara dipaksakan ke atas semua pensyarah. Ramai pensyarah tidak berani bersuara kerana bimbang hilang periuk nasi mereka. Idealisme dan budaya mengkritik dan membalas pendapat semakin hilang dari IPTA negara. Apakah kita perlu merasa hairan wujudnya profesor-profesor universiti yang jenis pak turut sehingga boleh mengeluarkan kenyataan lucu seperti “Malaysia tidak pernah dijajah British” (Malaysiakini, 9 September)?

Seperkara yang perlu disentuh ialah tentang dasar kuota pengambilan pelajar ke IPTA. Ramai dari masyarakat Melayu amat risau dan bimbang dengan tuntutan kaum bukan Melayu supaya tempat IPTA dibuka untuk semua pelajar yang layak tanpa mengira latar belakang kaum. Kebimbangan ini berpunca daripada hasil propaganda UMNO selama ini bahawa anak-anak Melayu tidak akan mampu bersaing dengan pelajar bukan Melayu.

Akibat dari kebimbangan ini, UMNO dan penjawat awamnya telah mengambil kesempatan untuk bermain dengan sentimen politik orang Melayu. Pengambilan pelajar bukan Melayu ke fakulti-fakulti dan IPTA tertentu dihadkan demi “menglindungi” hak istimewa Melayu. Yang terkorban ialah iklim persaingan yang sihat. Yang rugi dalam jangka panjang ialah anak-anak Melayu.

Ekoran dari cengkaman politik dan dasar yang disebut diatas, kualiti dan jenama IPTA Malaysia mulai merosot. Di dalam senarai QS 200 World University Ranking untuk tahun 2011/2012, hanya Universiti Malaya saja yang berjaya masuk ke senarai 200 ke depan dengan menduduki tangga ke 167 sementara empat universiti tempatan yang lain terus menurun kedudukan mereka. (The Malaysian Insider, 23 Mei 2011).

Di dalam senarai Times Higher Education (THE) 400 Top World University Ranking 2011/12 pula, tiada satu pun IPTA Malaysia berjaya disenaraikan. Hakikatnya IPTA Malaysia di belakang tahun ini sudah mulai menurun prestasi mereka berbanding dengan IPTA negara jiran serantau.

Kualiti graduan lepasan IPTA dilihat sebagai rendah berbanding dengan graduan lepasan luar negeri. Peluang pekerjaan mereka juga terjejas. Dalam satu jawapan Kementerian Sumber Manusia kepada soalan dari Ahli Parlimen Selayang William Leong, lebih daripada 40,000 graduan IPTA kalangan Melayu masih menganggur berbanding dengan 1,403 graduan kaum Cina dan 4,694 graduan kaum Indian setakat Jun 2008.6

Kadar graduan dari IPTA Malaysia yang mendapat kerja adalah lebih rendah berbanding negara jiran. Di Singapura, kadar graduan lepasan IPTAnya yang mendapat kerja dalam tempoh enam bulan ialah 82 peratus, manakala di Malaysia pula, untuk tahun 2006 hingga 2009 kadarnya antara 42. 2 hingga 50.5 peratus.7

Kemerosotan taraf dan kualiti IPTA dan siswazah Malaysia memantulkan kepincangan pentadbiran UMNO yang terumbang-ambing ini. Apakah kita rela anak-anak graduan kita ditohmah dengan ejekan lulusan universiti “kangkung” dan membiarkan mereka terus lemah daya saing mereka?

Prestasi Pakatan Rakyat

Soalan pokoknya, kebanyakan pengundi Melayu tidak merasa mereka ada pilihan lain selain UMNO untuk membela nasib mereka. Mereka ragu dan takut pertukaran kerajaan akan menyebabkan perubahan mendadak dan mereka akan dipinggirkan. Semua ini hasil pemikiran yang dibentuk oleh pimpinan UMNO melalui media massa kawalan pusat termasuk lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia. Apakah pandangan tesebut berasas di zaman ini?

Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Pulau Pinang dan Selangor telah membawa banyak perubahan positif yang tidak pernah berlaku. Bermula dengan Pulau Pinang, kadar kemiskinan tegar negeri tersebut telah diturunkan sejak 2008.

Pada tahun 2008, terdapat 7,462 penerima bantuan kebajikan yang menerima bantuan kebajikan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat; pada Julai 2011 sahaja, 24,529 orang telah didaftar sebagai penerima bantuan kebajikan. Kebanyakan daripada mereka menetap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO dan dikesan dan didaftar oleh para penolong PR.

Program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) telah dimulakan pada 2008 untuk membantu mereka yang miskin tegar supaya hidup sihat dan kembali produktif. Bantuan sebanyak RM188,000 sebulan dihulurkan kepada mereka yang miskin tegar. Daripada 741 orang penerima bantuan (setakat Julai 2011), 87 peratus daripada mereka adalah kaum Melayu.8

Pelaksanaan sistem tender terbuka untuk kontrak kerajaan negeri telah menyaksikan kontraktor-kontraktor Melayu berjaya dalam meraih bilangan dan jumlah nilai projek terbanyak antara syarikat yang bersaing.

Di Selangor pula, pelbagai program kebajikan yang menguntung rakyat dilaksanakan. Air 20 meter padu pertama dibekalkan percuma untuk semua penghuni di Selangor. Untuk waris penduduk Selangor pula, mereka boleh mendapat wang khairat sebanyak RM2,500 setelah mereka meninggal dunia. Skim mikrokredit Selangor diperkenalkan untuk membantu mereka yang miskin dan duduk di luar bandar.9

Dengan program-program mesra rakyat diatas, tidak pula negeri-negeri PR ini jatuh muflis. Kerajaan PR Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International dalam 2009 sebagai negeri di Malaysia yang pertama mengamalkan sistem tender terbuka dan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus (CAT). Ia juga telah mencatatkan lebihan belanjawan tiga tahun berturut-turut. Sementara Selangor telah berjaya menambah simpanan tunai kepada RM 1.1 billion setakat Jun 2011, jumlah paling tinggi dalam 28 tahun.10

Kedah juga mencatat peningkatan hasil 205 peratus pada tahun 2010 dari royalti kayu balaknya melalui tender terbuka. Ia juga telah mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM 22.5 juta, prestasi terbaik negeri tersebut  sejak 2001.11

Pendek kata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR telah menunjukkan sikap berhemat dalam menguruskan perbelanjaan negeri dan mengamalkan pentadbiran yang lebih telus dan bertanggungjawab serta mengamalkan dasr yang menguntungkan rakyat.

Pilihan di tangan kita

Malaysia kini di persimpangan jalan. Masyarakat Melayu, sebagai majoriti penduduk dan penentu hala politik Malaysia, perlu menilai pilihan yang ada.

Di depan kita sekarang ialah sebuah kerajaan di mana pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri dan asyik berpolitik untuk kepastian hayat pemerintahannya. Segala apa yang tecapai digunakan tanpa segan silu untuk memburukkan dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan tuduhan seks yang berlebihan dan tidak lojik kepada pemimpin PR, pelajar sekolah juga tidak terlepas daripada fitnah mereka. Mereka yang gila kuasa ini telah kehilangan kedudukan moral.

Apakah naluri masyarakat Melayu sanggup menerima kerosakan moral yang kian hari melanda kancah politik Malaysia di bawah pemerintahan UMNO-BN ini? Sanggupkah masyarakat Melayu terus dihina intelek dan hati nurani mereka demi memelihara mitos “hanya UMNO penaung Melayu”? – Roketkini.com

Sumber

1. Re-Engineering The Government’s Role In Business, National Economic Advisory Council.
2. Third Outline Perspective Plan, 2001-2010, Kerajaan Malaysia.
3. Rampant Ali Baba Abuses in GOM Affirmative Action Program Draws PM Ire, 20 September 201, Malaysia
Today
4. Where are RM52 billion Bumi shares, asks Guan Eng, 29 March 2010 The Malaysian Insider
5. PPSMI, Wikipedia versi Bahasa Malaysia
6. williamleongjeekeen.blogspot.com, The Malaysian Resource Curse 7 Oktober 2009
7. Jawapan soalan parlimen dari kementerian sumber manusia, 16 Mac 2010.
8. Pejabat Exco Kebajikan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang
9. Pencapaian Dua Tahun Selangor 2008-2010
10. Simpanan Tunai Selangor RM1.1 Bilion Terbaik Dalam Tempoh 28 Tahun, 23 September 2011 Selangorkini,
11. Laporan Ketua Audit Negara – Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Jabatan/Agensi Negeri
Kedah 2010

Oleh TKTan

Ketua Umno TAK LAYAK jadi CALON, majotitinya TERLIBAT RASUAH?


Siapakah yang sebenarnya layak jadi calon Umno pada Pilihanraya akan datang? Ini yang menjadi persoalan kerana kriteria pemilihan calon berubah mengikut tempat.

Ada ketua bahagian bertanya kenapa dia tak layak jadi calon sedangkan dia popular di bahagian dan dia pun ada kelulusan.
Populariti seseorang ketua bahagian amat subjektif.
Ada yang popular kerana wang. Mereka menang jawatan kerana membeli undi para perwakilan. Justeru itu populariti seperti ini tidak semestinya boleh menang dalam pilihan raya. Sebaliknya jika mereka menang kerana mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu, orang seperti ini boleh menang bila dipilih sebagai calon.
Memang susah untuk menetapkan calon dalam Umno kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon. Masing-masing mahu menjadi calon kerana mereka tahu ianya adalah batu loncatan untuk menjadi kaya raya mendapat pangkat dan segala kemewahan dunia. Jika tidak masakan ramai yang berebut-rebut. Mereka tidak merasakan ianya amanah besar yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat nanti. Ianya bukan keistimewaan kerana setiap perkara yang kita lakukan akan dipersoal oleh Allah. 
Contohnya kalau kita buat rumah besar dari mana wang itu diperolehi, kalau kita beli cincin RM24juta dari mana duit sebanyak itu kita dapat, kalau kita beli barang kemas berharga RM172,000 dari mana kita 'cekau' duit itu. Kalau kita beli beg tangan berjenama berharga ratusan ribu dari mana kita 'songlap' duit itu.
Sebab itu dalam PAS pemilihan calon dibuat dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat samada calon itu boleh menang malah latarbelakang, akhlaq, pegangan agama, track record dan sebagainya dilihat dengan teliti. Majlis Syura Ulama pernah menolak calon-calon yang dikemukakan oleh parti kerana sebab-sebab tertentu. Antara yang pernah ditolak ialah salah seorang Wakil Rakyat yang melompat selepas PRU 12 lalu.
Dalam Umno memang susah untuk mencari calon yang bersih......sebab kebanyakkan tidak bersih ...........

Rakyat PATUT SERIK UNDI BN LEBIH 50 TAHUN


Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di Sungai Petani, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata ayah kepada seorang penyanyi yang sedang meningkat naik ini.

Bagi blog ini pula, kami ingin menyeru kepada rakyat Kedah khasnya dan Malaysia umumnya supaya tidak mengulangi kesilapan mengundi calon Perikatan dan BN sejak lebih 50 tahun dahulu. Kesilapan mengundi caloh BN lah menyebabkan rakyat semakin terhimpit dengan beban kenaikan harga barang, pencabulan hak asasi manusia, rakyat dibelenggu dengan akta zalim ISA, OSA, AUKU dan sebagainya.

Kesilapan memilih BN selama ini menyaksikan kekayaan negara dimonopoli oleh kroni-kroni BN di mana para pemimpin dan kroni mereka kaya raya sementara rakyat ramai yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Kebajikan rakyat juga tidak dijaga. Sepatutnya rakyat mendapat pendidikan percuma hingga ke Universiti sebaliknya rakyat terpaksa meminjam dengan PTPTN untuk belajar di Menara Gading. Selepas tamat pengajian rakyat terpaksa membayar balik pinjaman dengan bunga 4 % setahun yakni kerajaan berniaga dengan rakyat.  Kos perubatan juga terpaksa ditanggung oleh rakyat sedangkan sepatutnya ianya percuma. Harga barang semakin hari semakin meningkat membuatkan nafas rakyat semakin sesak.


Jadi jangan ulangi kesilapan mengundi calon BN lagi setelah lebih 50 tahun mereka mencengkam dan menzalimi kita semua. Jangan biarkan anak cucu dan cicit kita menangis di kemudian hari.

24 November 2011

Rakyat terus diLEMBUkan ....Duit Fidlot 2009 dah habis, 2010 baru buat perjanjian

Rakyat sekali lagi di'LEMBU'kan oleh kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Jelas sekali puak-puak ini mentadbirkan kewangan negara sama seperti duit mereka sendiri.

Ikuti kenyataan Pengerusi PAC Azmi Khalid dalam video clip yang dikepilkan dalam posting ini.

Menurut Azmi, rakyat sudah muak dengan tindakan sebegini. Apabila Laporan Audit dikeluarkan pihak audit pula menjadi sasaran.

Muhyiddin UGUT RAKYAT KELANTAN

Dewan Pemuda PAS (DPP) menganggap kenyataan timbalan perdana menteri yang memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di Kelantan jika BN diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13, sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat negeri itu.

DPP berpandangan, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menunjukkan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi BN dalam PRU ke-13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan.

"Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, kerajaan persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini," kata  Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan oleh Malaysiakini.
NONE

Kenyataan Riduan ini memang benar kerana sebagai seorang pemimpin negara Muhyiddin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang sama taraf dengan Ahli JKKK kampung. Kenyataan beliau jelas berbaur ugutan yang menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat dengan Umno dan Muhyiddin sendiri.


Sepatutnya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, Muhyiddin sepatutnya berusaha untuk menyelesaikan semua permasalahan rakyat kerana semua rakyat mempunyai hak tentang apa juga yang dihalalkan oleh perlembagaan. Kerajaan pusat sewajarnya tidak mendiskriminasi rakyat yang tidak menyokong mereka kerana semua rakyat membayar cukai dan mempunyai hak yang sama serta bebas menyokong sesiapa sahaja yang disukai.

Lebih INDAH jika UMNO Bubar dan MASUK PAS

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin  berkata urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.


Katanya, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri. 


"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama timbalan perdana menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari semalam.


Blog ini berpendapat lebih indah lagi jika Umno dibubarkan dan semua pemimpin dan ahlinya menyertai PAS bagi memperkuatkan lagi Parti Islam ini.


Umno tidak sewajarnya terus hidup kerana parti itu berjuang atas dasar pragmatik, nasionalis, perkauman dan atas nafsu manusia dengan meminggirkan Islam dari asas perjuangannya. Islam hanya digunapakai semasa kenduri kendara, doa buka dan tutup majlis dan sebagainya. Undang-undang tubuh dan matlamat perjuangan Umno hanyalah mengikut nafsu manusia dan dicipta oleh manusia.


Sudah sampai masanya Umno dibubarkan dan semua pemimpin dan ahlinya kembali kepada perjuangan Islam.

23 November 2011

SYOKNYA LEMBU DUDUK KONDO

Ada sekumpulan lembu di Malaysia yang diangkat darjatnya oleh tuannya. Lembu-lembu telah dibelikan kondo untuk menjadi tempat mereka menginap. Mana ada saudara-saudara mereka di negara lain yang dapat tinggal di kondo yang harganya jutaan ringgit. Bertuahnya sekawanan lembu di Malaysia yang dipunyai oleh sebuah syarukat fidlot yang menjadi anak emas kerajaan.

Pilihanraya BERASINGAN atau SERENTAK, kedua-duanya unutuk KEPENTINGAN RAKYAT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.

Beliau berkata, proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.

“Dalam undang-undang membenarkan mana-mana kerajaan memerintah atau kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut tarikh yang mereka suka.

“Bagi SPR, kalau boleh buatlah bersama. Proses pengurusan pilihan raya ini lebih kurang sama. Namun, kalau dibuat berasingan, kos dan tenaga kerja akan jadi berganda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat SPR bersama Pegawai Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya peringkat negeri di Sungai Petani semalam.

Bagi kerajaan negeri-negeri PR pula mereka merasakan Pilihanraya tidak wajar di adakan dalam masa terdekat kerana mereka mahu melaksanakan bajet yang baru dibentangkan demi untuk kepentingan rakyat. Jika ianya diadakan dalam jangkamasa terdekat sudah tentu bajet yang dijanjikan kepada rakyat tidak dapat dilaksanakan. Selain itu mandat bagi kerajaan yang ada sekarang hanya akan berakhir pada 2013. Tidakkah dengan mengadakan pilihanraya umum tahun ini atau tahun depan (2012) juga membazir kerana 'iddah'nya penggal ini berakhir masih panjang.

22 November 2011

LEMBU PUNYA CERITA, UMNO/BN DAPAT SUSAH

Lembu punya cerita Umno/BN susah hati. Manakan tidak mereka telah membuat onar sehingga menjadikan wang rakyat seperti wang mereka sendiri dengan mengagihkan projek lembu kepada kroni mereka. Malah kroni bukan orang  lain, orang dalam kelambu kabinet kerajaan BN sendiri. Memang mereka tidak ada maruah, yang memberi projek dan menerima projek sama sahaja, seolah-olah muka mereka lebih teruk dari muka tembok.

Kini semuanya terbongkar, beli kondo, pergi umrah dan lepas ini macam-macam lagi. Malangnya orang yang terlibat iaitu semua pemimpin utama Umno tanpa segan dan silu kepada rakyat buat tak 'reti' je. Inilah standard pemimpin kerajaan Malaysia, tiada malu, tiada maruah dan tiada tanggungjawab.


Budaya bertanggungjawab di atas apa juga kesalahan tidak ujud di negara kita malah, pemimpin BN yang terang dan jelas melakukan kesalahan juga dipertahankan oleh pimpinan dan ahli mereka. Akhirnya orang yang melakukan kesalahan di selamatkan atas pengaruh individu yang berkuasa. Budaya sebegini merupakan sesuatu yang sangat malang dan ianya boleh menghancurkan tamadun bangsa.



21 November 2011

Masalah dalaman Umno terus MEMBARAH


Malaysianinsider melaporkan bahawa Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih berhadapan dengan masalah dalaman tetapi memberi jaminan perkara itu sedang ditangani.
“Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengambil alih (kepimpinan) daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, masih ada masalah seperti pertengkaran dalaman,” kata Muhyiddin (gambar)kepada pemberita pada sidang media di sini.
“Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa parti tidak bertindak bagi mengatasi masalah adalah tidak benar. Tetapi, saya percaya itu tidak cukup. Lebih banyak perlu dilakukan,” katanya lagi sambil berkata bekas perdana menteri itu masih mengambil berat tentang parti dan mahu melihat ia kekal relevan dan menerajui kerajaan.
Mengapa pula sebelum ini pemimpin Umno menafikan masalah dalaman ini? Bila Dr Mahathir menyatakan Umno adalah masalah barulah pemimpin Umno mengaku.  Mereka tidak perlu berbohong kerana semua orang tahu bahawa Umno bermasalah bermula dari cawangan hingga ke peringkat paling tinggi. Sebab itulah Umno tidak berani mengadakan pemilihan parti apabila setiap kali Pilihanraya Umum menjelang kerana mereka tahu perebutan kuasa dalam Umno bukan setakat main duit, malah fitnah, ugut bahkan sampai ke tahap kekerasan.
Rakyat sepatutnya sudah lama sedar akan perkara ini. Apa yang pasti pemimpin Umno sebenarnya hanya mahukan kuasa untuk membuncitkan tembolok dan memenuhi nafsu masing-masing.

RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga miskin

Wang RM120 juta yang di'hadiah'kan kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil boleh diberikan kepada 62,500 keluarga miskin dengan pemberian seekor lembu berharga RM2,000 seekor.

Ustaz Idris Ahmad memberikan perumpamaan demikian bagi menggambarkan betapa banyaknya duit rakyat dibazirkan oleh kerajaan BN.

Kenyataan beliau ini dipetik dari Harakah edisi terbaru.

20 November 2011

Najib akan adakan PRU SEORANG DIRI : Negeri PR TAK IKUT SERTA

selangor dap congress 2011 2Najib kemungkinan besar terpaksa mengadakan pilihanraya umum sendiri kerana kerajaan negeri-negeri PR hampir pasti tidak akan membubarkan Dun masing-masing bersama dengan pembubaran Parlimen oleh Najib.

Khamis lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengumumkan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sehingga sekurang-kurangnya Jun tahun depan.

Mengulas keputusan itu, Lim berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan katanya, ia adalah keputusan dan prerogatif Khalid.


Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

Justeru, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beliau tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan kerana keadaan mungkin berubah mengikut senario semasa.

Lim berkata, sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13, beliau akan bermesyuarat dengan parti-parti komponen pembangkang dan juga barisan kepimpinan pusat Pakatan.

Sumber : Malaysiakini

BERI RM100 : KERAJAAN BN PENGAMAL RASUAH TERBESAR

Pemberian wang RM100 kepada setiap pelajar sekolah adalah rasuah politik yang paling besar diamalkan oleh kerajaan BN. Ini kerana walaupun ianya dibentangkan dalam Bajet 2012 tetapi ianya belum diluluskan oleh Parlimen. Ini bermakna penggunaan wang rakyat berbilion ringgit yang diberikan kepada rakyat adalah tidak menepati perlembagaan negara.

Rakyat mesti memahami perkara ini kerana kita tidak mahu wang negara dan rakyat dibelanjakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut perlembagaan. Ianya dibantah keras semasa Sidang Parlimen tetapi kerajaan BN tidak menghiraukannya.


Inilah rupa sebenar kerajaan BN yang melanggar undang-undang ciptaan mereka sendiri sepertimana mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang mendapat mandat rakyat di negeri-negeri PR.

Batal projek perintis 9 jam : ADA USAHA HENDAK JATUHKAN MUHYIDDIN

NONEAkhirnya kerajaan tunduk dengan desakan guru dan rakyat yang tidak mahu dasar guru bekerja 9 jam dilaksanakan. Jarang sekali kerajaan bongkak seperti kerajaan BN ini undur ke belakang apabila telah mengambil sesuatu keputusan. Tetapi kali ini kerajaan BN membatalkan keputusannya itu.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhyiddin berkata program berkenaan  tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.


Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya yang juga menteri pelajaran.


Ada pihak berpendapat langkah ini sebenarnya adalah untuk menjatuhkan imej Muhyiddin di mata rakyat selain dari pemberian wang RM100 yang dibuat tidak mengikut perlembagaan. Memang banyak pihak sedar bahawa ujud sebuah gerakan yang mahu menjatuhkan Timbalan Presiden Umno itu yang menurut mereka dikhuatiri akan menggugat karier politik bossnya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter